Yang Mana Pilihan Anda?

December 27, 2009


Assalamualaikum w.b.t

Adui ~ internet slow la malam-malam macam ni. Ya sekarang sudah malam. Dah pukul 11.45 malam. Biasa la tu, standard charted la kan? ( sudah lama aku tidak mengguna pakai ayat ini ). Okey, fine! Apabila manusia berpusu-pusu mengguna perkhidmatan Encik Internet ni.

Maka, dapat satu idea untuk mengepost entri ni. Oh internet! Nama yang begitu sinonim bertakhta di bibir setiap insan. Dunia hari ni kalau tak tahu apakah itu internet saja sangat la.

Daripada apa yang aku belajar internet bermaksud a global system of interconnected computer networks that use the standard Internet Protocol Suite (TCP/IP) to serve billions of users worldwide.

Ala, kalau bahasa kita ni jaringan maklumat yang disambungkan oleh komputer dan diguna pakai oleh berbilion manusia di dunia ni. Begitulah maksudnya lebih kurang.

Eh kenapa aku tiba-tiba mengstory pasal ni pulak. Hemm, sebenarnya nak kongsi pendapat serta pandangan dari pembaca mengenai internet yang digunakan oleh saudara/i selama ni. Serta bagaimanakah prestasi dan mutu keunggulannya.

Okey, dimulakan dengan aku. Kat kampung halaman tercinta aku ni aku pakai TM Streamyx ( Malaysia's premier broadband provider, hooking up Malaysians nationwide with the fast-paced online world ). Pakai yang Streamyx Combo punya. RM60/month with speed 384kbps. Yang paling murah. So far not bad at all.


Dekat Shah Alam ( tempatku menimba ilmu ) pulak aku pakai P1 Wimax. Tetiba ja teringat iklan potong. Pengiklanan yang baik ialah mesejnya sampai kepada pengguna :-)


Dalam 1 minggu mula-mula pakai dulu laju la. RM99/month with speed 1Mpbs. Sharing with three person ( Ejan & Faris ). Hoho ~ engkorang berdua musti bangga nama korang terlekat dalam blog aku ni! Hehe ~

Tapi... bilaku dan rakan-rakan sudah lama pakai, Encik P1 Wimax mula menunjuk tanda-tanda kelembapan. Tambah-tambah apabila malam menjelang tiba. Buka YM pun asyik keluar je. Orang kata paling slow pun internet tu boleh la setakat nak YM tu. So begitulah definisinya.

Oh, bukanku nak mengutuk Encik P1 Wimax. Lagipun mana boleh kutuk product orang. Cuma sebagai seorang pelanggan ada hak untuk itu. Okey, pikir secara positifnya kemungkinan the line untuk P1 Wimax kawasan aku duduk ( Seksyen 7 ) too crowded. Ramai orang pakai kot. Ye la, lagi pun ianya sebuah teknologi yang berasaskan 100% wireless. So it depend on the line at all.



Dan beralih kepada Broadband. Paling pengguna mengguna pakai ialah Celcom Broadband ( rasa-rasanyalah ). Tak pernah lagi pakai broadband ni. So tak tahulah setakat mana performancenya.




Menduduki carta seterusnya Maxis Broadband kot. Eh pandai pandai je aku ni. Juga tidak pernah menterainya.





The last but not least is Digi Broadband. Jawapan seperti di atas.




Dengan itu berilah sedikit pendapat anda. Apa yang korang pakai dan setakat mana performancenya bagi engkorang. Eh aku tidak dibayar untuk membuat survey ini. Saja je la. Tu pun sekiranya ada yang baca blog aku ni. Ada ke? Adei ~
Hanya itulah setori yang tidak best dari haku. Sebelum berpisah hayatilah ayat di bawah :

" Orang tidak akan bertambah baik sekiranya mereka tidak merujuk kepada suatu tahap atau contoh tertentu yang lebih baik daripada mereka. " { Tryon Edwards }

Ada kena mengenakah dengan tajuk entri? Kalau tiada pun, ambil ia sebagai satu motivasi. InsyaALLAH :-)

Wassalam ~

You Might Also Like

17 Comments

  1. adkah aku org pertama menoment???
    heheh

    pilihan ku adalah sume di atas.. hahah

    mane y laju itu adalah pilihan ku..

    da dok hostel pa lg jaring ukm la kegunaan harian ku

    ReplyDelete
  2. aku rs aku sokong hg..
    kt png aku pki streamix gak..
    lju jer..
    up sket la dr hg pya..
    hujan pn x da hl pya kn??
    siap wayarless lg pki kt umh aku..
    besa la kn..
    cm fn gak..
    pki fn umah lg sng nk col mn2.. line sentiasa ada jer..
    kalu h/p... msk utan dh signal low..
    tiap2 menda 2 da pro n cons dia sniri..
    hg kn amik major comm... ni suma mesti kne tau la bro..
    hehehe..
    t hg leh la reka yg lg byk usage n low problem..
    adios...

    ReplyDelete
  3. bgs2......sy org TM amat b'bangga ngn kalian sumer...toshey2 cbb sokong streamyx...heh3.... ;p

    ReplyDelete
  4. dulu pakai wireless uitm jek..

    sob sob=')) 'tersangat' laa laju nyee...

    skang gune berokband maxis.. ok laa.. not bad=))

    ReplyDelete
  5. hish hish hish pasal broadband ni hang kena blajaq lebih skit tau. semua yang disebutkan di atas (dalam entri hang tu) adalah broadband atau dlm bahasa kita disebut jalur lebar.

    mmg tak dinafikan sejak iklan P1 Wimax kat TV tu sebut potong! potong! potong! bkn main lagi semua org kutuk streamyx (produk TM) sampai iklan tu diarahkan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dam Multimedia) untuk dikaji semula.

    Sebenaqnya, penggunaan jalur lebar ni bergantung kpd keperluan kita msg2. sy kat umah gunakan streamyx dengan kelajuan 1MB dgn menggunakan wireless router sbbnya kat umah sy ada 4-5 komputer termasuk laptop yg memerlukan capaian Internet, manakala utk sy travel sy gunakan celcom broadband dgn kelajuan 7.2MB sbb sng nak dibawa ke sana sini.

    Komen saya - so far yg sy pakai nih semuanya ok melainkan klu ada masalah spt blackout, atau capaian di luar kwsn, atau hujan, atau kekangan2 yg lain yg tdk dpt dielakkan, mmg lah servis masa tu teruk gila kekadang berhari-hari tau.

    Apa pun, sbg pengguna kita kena bijak berbelanja mengikut kemampuan dan semua produk jalur lebar nih ada baik & buruknya takdek yg perfect 100% tp kenalah pilih yg menghampiri 100%, ye dak?

    salam perkenalan buat hami asraff, saya dpt link ni dr blog kelabram.com :-)

    ReplyDelete
  6. MiE MaeL : yup! kamulah org pertama yang mengkomen. terima kasih atas komean anda itu. oh jawapan yang begitu umum sekali :-)

    ReplyDelete
  7. nurul --> eh malu, kamu lagi. hehe ~ jarang hang menjengok ke blog aku ni noh. oh sokong dengan aku ya! maunya dak. hang pun pakai wimax gak. hihi ~ weh aku rasa aku amik major instrument la. why? nnt la aku setori kat hang.

    ReplyDelete
  8. Penawar --> oh yeke kamu bekerja di TM? kat mana tu? kalau nak minta buat praktikal buleh di tempat anda? ( pertanyaan ini serius. sem depan kena buat praktikal )

    ReplyDelete
  9. reen_sofee --> uitm mana tu? hemm, standet la kalau yang free ni. memang tersangat slow. kalau sekarang dah okey, okey la tu! :-)

    ReplyDelete
  10. Linda Amri --> salam perkenalan juga dari saya. terima kasih atas komen yang panjang lebar dari anda :-) ceq hargai! eh eh, cik Linda Amri janganlah salah faham atas kenyataan saya itu. again saya katakan, saya tidak mengutuk mana-mana product. yang saya kata sebagai seorang pengguna we have our own choice to choose which 1 is better. lagipun nilah namanya persaingan. insyaAllah saya memang dalm jurusan yang mengenai bab-bab ni. banyak lagi ilmu yang perlu ditimba. terima kasih ya atas teguran! kalau ada salah sila betulkan ya! :-)oh cik Linda Amri pengikut setia novel RAM? so do i? :-)

    ReplyDelete
  11. kli w1max tu sy x tau. tp klu broadbanf ikut tempat. tmpt mne yg ade coverage, cth kt tasik permaisuri, digi laju, tp celcom lembabwe yg amat! tp kt sg ptani celcom ok plk. gitu. ikut coverage.. btw, klik2 ur nuff, dpt DG! he3

    ReplyDelete
  12. mamma mia! : yup! itulah yang dinamakan broadband! :-) depend on the coverage at all. pilihlah yang dirasakan mempunyai kelebihan di tempat anda ya. ok jangan lupa klik lagi ya! saya pun akan klik utk anda jugak :-)

    ReplyDelete
  13. ku masih setia dengan celcom brdband. walau bila malam je jangan kata ym, nak tengok blog orang pun kene refresh banyak kali...mungkin ku pilih sbb harga.

    kalu brdband ni ikut tempat..if compare between jb dengan tangkak..jb line lagi laju

    ReplyDelete
  14. 'AQILAH --> again, standard charted la tuh! kamu pilih yg RM60/month ke?

    ReplyDelete
  15. kali nie bio lah saya yg ke berapa pun mkomen yg nie.......

    personelly sy gune BB(broadband)~vodafone'celcom...igt teman istimewa ja kaa leh panggey "B"..BB tu pun umpama jantung hatiku...dosa pun x dapat.lau pgey B pada manusia free tiket dosa dapat =)
    oh yea....sebulan i juz pay RM50(student package)...speed sama(standart). tapi kena taruk ats ckit laptop tu bru laju ckit..
    tapi fakta untuk BB nie totally "FOREVER SLOW".. n depends pd coverage jugak.faedah die easy to bring. tpi sy guna okay saja.. x membebankn otak nie memikirknnya.

    balik kemaman guna strymx adikku,syukur lah dpt adik yg pemurah.x kedekut...speed boleh lah berbanding BB..seperti race d ats jalan tnpa ada halangan.
    bila clear smooth je jalan...bila dia majuk no signal terus.
    itu jelah leh komen.
    xde slow2.......depends juga kot coverge kan....

    tapi nak tenet yg turbo gunalah package yg mahal....
    lagi kualiti lagi mahey harganya.
    adat hidup =)

    kaylah..blebel byk dah nie kat pages ore..sat g kena halau lak....
    thanks

    ReplyDelete
  16. Salam. Saya nak turut sama beri komen. Saya merupakan pengguna baru
    P1W1max. Kalau di JB atau Johor khususnya, kawasan "coverage"nya agak terhad dan belum menyeluruh. Tentang aspek kelajuan setakat ni tiada masalah... Seperti kebanyakan broadband lain, ketika cuaca mendung & hujan.

    Saya pernah mengalami masalah "line" yang agak lambat tetapi setelah menelefon servie centre P1.. semuanya dapat diselesaikan.
    P1W1max tak berpuas hati,

    ReplyDelete
  17. Maaf.. ayat terakhir itu tergantung..

    Pengguna P1 yang tak berpuas hati, perlu hubungi service centre secepat mungkin. Buat masa ni, saya berpuas hati dengan perkhidmatan P1 ni.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe