Pedihnya Sakaratul Maut

December 28, 2009


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni ayahku menyelak kitab lamanya. Ada terjumpa keratan kertas. Cerita pendek. Ramai yang pernah terbaca atau mendengar pasal ini barangkali. Ceritanya berbunyi begini :

SETELAH Rasulullah S.A.W mendengar pengakuan Jibrail bahawa ALLAH S.W.T melarang para Nabi dan umatnya masuk syurga sebelum Baginda dan umatnya memasukinya, Nabi Muhammad berasa lega. " Jika begitu baiklah, hatiku menjadi tenang dan bahagia sekarang. Wahai Malaikat Maut, silalah mencabut rohku, " kata Rasulullah S.A.W

Maka Malaikat Maut terus menghampiri Rasulullah S.A.W untuk mencabut nyawanya. Ketika roh dalam perjalanan keluar dari tengkoraknya, Rasulullah S.A.W bersabda : " Betapa sakit dan pedihnya sakaratul maut ini, ya Jibrail! "

Mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W itu, Jibrail memalingkan muka ke arah lain. Maka Rasulullah S.A.W bersabda : " Wahai Jibrail, mengapa kau memalingkan muka? Adakah seraut kebencian pada dirimu untuk melihat wajahku? "

Jibrail menjawab : " Wahai kekasih ALLAH, siapakah yang sampai hati melihat wajah anda yang sedang menanggung kepedihan sakaratul maut. "

Menurut Sayidina Ali R.A, ketika roh hampir terlepas, Rasullullah sempat menggerakkan kedua-dua bibirnya, seolah-olah mengatakan : " Umatku, umatku. " Setelah pesanan terakhir itu, maka Nabi Muhammad menghembuskan nafas terakhir pada hari Isnin, bulan Rabiulawal.

Tamat cerita. Begitulah gambarannya. Sama-samalah kita menghayati dan sedar akan hakikat ini. Maut itu pasti bagi setiap yang bernyawa. Cuma persediaan kita yang mampu menyelamat kita di akhirat kelak. Sedangkan Nabi Muhammad yang maksum ( tiada dosa ) mengalami kepedihan yang amat sangat. Apatah lagi kita yang bukan sapa-sapa ni. Astaghfirullahalazim. Sekali lagi, berpesan pada diri ini terlebih dahulu.

Marilah kita sedekahkah Al-Fatihah bagi mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas yang meragut 10 nyawa di jalan Ipoh semalam. Semoga roh mereka di cucuri rahmat. Amin.

Wassalam ~

You Might Also Like

15 Comments

  1. accidents d sana sni..
    hmmm..
    al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. siannyer kat family mangsa kan..al-fatihah..

    ReplyDelete
  3. alfatihah..
    1st time melayari blog ni..rasa seronok membaca kat cini...

    ReplyDelete
  4. Al- Fatihah... antara mangsa kemalangan adlh student UniMAP n pensyarah... Sudah begitu ketentuan ILLAHI.. yg BERNYAWA PASTY KN PERGI JUA...

    ReplyDelete
  5. innalillahh....smoga rahmat sntiasa b'sm2 mrka...al-fatihah...

    lps ni t'pksa tbhkn ati sblm naek bas...he3...;p

    ReplyDelete
  6. al-fatihah buat mangsa terkorban.
    sye sggh terkejut tgk berita nie.

    ReplyDelete
  7. AkU --> yup, accident bleh dikatakan berlaku tiap2 hari. kdg2 kita dah abis berhati-hati dah. tp org len pulak yg menghantam kita. so sentiasalah ingat padaNYA.

    ReplyDelete
  8. hmm..org yg xbedosa terpaksa menaggung musibah akibat kelalain org lain..

    ReplyDelete
  9. "amethystchemiz" --> yap kesian. takziah kpd keluarga mangsa. semoga roh mereka dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  10. Fairuz Zulaila --> seronok? ala saya merepek2 je tuh. yang baek kita jadi kan teladan. yg buruk tu buang jauh2 :-)

    ReplyDelete
  11. potato people --> hemm, paling ditangisi kematian serentak mak ayah seorang saudara kita. al-fatihah

    ReplyDelete
  12. Penawar --> sentiasa ingat padaNYA dan bykkan berdoa. ajal tu ketentuan Illahi.

    ReplyDelete
  13. AniS GalaXy, Nik Imana --> takziah dan al-fatihah

    ReplyDelete
  14. maut itu pasti. tp manusia sering lalai. menganggap hari tua pasti ada utk bertaubat itu salah. sama-sama lah kita saling ingat mengingati. semoga dari hari ke hari, diri lebih bersiap utk menghadapi saat kematian. waallahualam. al fatihah utk mangsa korban kemalangan.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe