Bila hati rasa tak best, aku singgah sini. Bila aku rasa tak happy, aku singgah sini. Ya sekarang ini hati aku dirundum rasa sedih.
Sekadar luahan rasa, tiada spesifik tajuknya.
Terlalu banyak perkara bersarang dalam kepala sebenarnya. Serabut tu tak payah cakaplah. Berkecamuk. Macam puzzle yang sedang berselerak. Dan lebih parahnya aku tak ada daya untuk menyusun puzzle tu semula.
Allah.
"Dunia ni memang tempat untuk berpenat-penat."
Terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat tempoh hari. Ya selalu dah dengar ungkapan itu. Tapi hari tu bila sembang dengan dia memang tertusuk rasa. Tertusuk pada hati yang paling dalam.
"Sabarlah."
"Ya apa lagi yang aku boleh buat? Selama ini, sabar ini sahaja yang aku ada."
"Hang tahu tak, dekat syurga nanti ada pintu khas untuk orang yang bersabar."
"Tahu. Tapi itulah...."
"Takpa, sabar dan teruskanlah."
Meniti hari hari dengan dua kekuatan ini. Sabar dan teruskanlah. Ulang banyak kali. Sematkan di dada berulang kali. Selalu pujuk hati berkali kali.
Hidup memang begini. Ya adakalanya kau diberi rasa bahagia. Tapi kau juga tertanya kan, kenapa bahagia itu tak melekat lama.
Itulah nama ujian dan dunia. Dunia ni kan tempat persinggahan. Semuanya bersifat sementara kan?
***********************
Kereta aku meluncur laju. Jam dah 11.00 malam. Di saat kepala sarat dengan beban, aku singgah di kedai mamak favourite.
Nescafe C kosong panas.
Antara moment healing yang best buat aku. Walau sebentar. Jarak kedai mamak ke rumah hanya ambil masa 5 minit. Rutin sebelum melangkah balik. "Reset" sebelum balik bertemu isteri dan anak-anak. Ingat, hal hal kerja tak boleh bawa balik rumah. Ya ini aku selalu semat.
Tak ada yang lebih bahagia apabila sampai sahaja pintu rumah, berlari lari Kakak dan Adik menyambut kepulangan Abinya. Bukankah ini satu rahmat dari Allah?
Mungkin aku terlupa untuk bersyukur. Kalau tak lupa pun, mungkin perlu diingatkan berkali-kali.
Terima kasih Allah atas segala rezeki.
Maafkan aku atas keluh kesah.
Kadangkala, aku tak kuat juga.
Tapi aku tak akan mengalah.
Sabar dan teruskanlah.