
Assalamualaikum w.b.t
Okey fine! Aku memang tak boleh tidur. Update di Twitterku yang mengatakan aku sudah hendak tidur itu hanyalah tipuan semata telinga hidung dan mulut sahaja. Ya akulah Mr. Insomnia a.k.a Kelawar Man. Eh bangga pulak menjadi Mr. Insomnia. Err, tak tak! Hakikat yang cuba dibentangkan.
Dah tak boleh tidur ni, apa lagi. Sesi penjelajahan blog dijalankanlah. Sehingga terjumpa sebuah blog sang gadis. Sang gadis yang membuatku tersipu-sipu malu seperti kucin' (without g) garfield. Garfield ialah kucin' okey. Kucin' oren yang besar. Itulah garfield. Eh eh eh, bukan nak cerita pasal kucin' oren garfield yang besar tu. Tapi nak cerita pasal ni.
Teruskan pembacaan.
Entri sang gadis yang membuatkanku terasa seperti di awang-awangan. Juga terasa menggula di dalam hati (pinjam ayat seseorang ni). Kelakar yang bersulamkan ke'blushing'an. Okey memang ku blushing. Blushing tu muka merah kan? Eh pipilah merah. Okey pipiku merah! (setelah dicubit). Ala, macam la hampa nampak merah ke tak.
Apa entri itu? Sehinggakan kamu ter'blushing'?
Hemm, nak link ke nak copy balik ayat dia ek? (pikiaq sat)
Okey aku buat dua-dua. Fair & Lovely!
Ni petikan dari entri Sang Gadis :
Berapa ramai blogger kacak (lelaki lah, ada ke perempuan kacak?) yang bila kamu masuk blog dia, jantung berdetak laju. Rasa nak gugur? Rasa bagai direntap? Iman kelip-kelap? Duhh.
Jangan ingat orang lelaki saja suka cuci mata. Orang perempuan pun sama tau. Cuma kami gadis-gadis pemalu di dunia nyata, akan sangat sedikit teruja dengan blogger-blogger sedap mata memandang ni.
Entri ini akan saya ceritakan blogger kacak yang bikin kecoh rumah saya. Rumah sewa, bukan rumah mak ayah. nak mampos gedik-gedik depan mak ayah.
Rumah saya ada tiga orang blogger amatur. Masih amatur, belum blogger tegar. Apa saja pasal blog, kami kongsikan bertiga. Tiga saja. habis nak buat macam mana yang lain buta internet. Blog pun taktau. Window 7 dengan Office 2007 pun taktau apa beza.
Seorang blogger kacak ni, saya mula tahu blog dia bila seorang housemate saya, Gadis M cerita pasal entri dia berkenaan tempat duduk lelaki perempuan diasingkan dalam bas. Saya teruja. Islamiknya dia. Buka laptop & cari blog dia.
Perghh, header saja sudah mengancam jiwa. Bila baca entri-entri dia, fuh..! penulisannya sama kacak dengan orangnya. Sejak itu blogger lelaki ini jadi fenomena antara kami bertiga. Mungkin juga ribuan follower gadis-gadis blog HA.
(cakap dengan kuat dari bilik sendiri)
Gadis F : weiiiii!!! HA masuk blog akuuu!
Cukup kuat untuk didengar oleh saya dan Gadis M. Lalu kami berdua menerpa ke bilik Gadis F. semata-mata nak tengok apa blogger HA tulis di shoutout box Gadis F.
(sambil menekur kepala)
Gadis M : ergghh, kenapa HA tak masuk blog aku ni……..(suara sayu)
Sejak itu sepertinya Gadis M dan Gadis F bersaing menanti-nanti blogger HA menjejak kasih di blog masing-masing. Seakan sudah menjadi satu hiburan pula mendengar nama HA diomel-omelkan di rumah saya.
Gadis M : waa, HA masuk blog aku!
Gadis F : eleh, dia pun masuk blog kite jugak!
Oppss, kami gatalkah? Terpulang pada tafsiran pembaca. Kami meminati HA disebabkan gaya penulisannya. Santai berdakwah. Tegurannya tak terasa pedas, tapi terkesan di hati. Kacak? Wahh itu bonus.
Akhir semester, saya pula yang menekur kepala,
“wei…kenapa HA tak pernah masuk blog aku pun!”
Hahaha. HA aka Hami Asyraff.
Dan inilah blog Sang Gadis itu --> [link]
Eh rileks rileks! Jangan rasa bersalah. Janganlah anggap daku ingin memalukan kamu pulak. Oh tidak.
First terima kasih. Sebab menjadikan blogku yang hampes ini sebagai gurauan dan percakapan saudari-saudari sekalian. Mengerti dan fahamilah, ku tidak seperti yang kalian bualkan. Tiada apa yang hendak kalian terujakan dengan diriku yang sebatang kara ini. Err, cuba menambah bagi sedap.
Tapi yang ni serius. Daku tulis blog hanya untuk suka-suka sahaja. Tak habis cakap lagi. Pada dulu-dululah. Tapi lama-kelamaan terpanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk manfaat bersama. Itu yang ku cuba titikberatkan dalam setiap penghasilan entriku. Tahu ada yang tak beri manfaat pun. Sebab tu ku akan terus mencuba.
Tiada apa pada paras rupa. Mungkin pada pandangan kita, manusia sarwajagat itu antara terpenting. Tapi di sisi Allah Taala, bukan itu ukurannya. Hanya iman dan takwa jugalah penyemai dan menjadi asas segala.
Buat Sang Gadis M dan F, ku friendlylah. Jangan bimbang. Paling aktif di Twitter. Addlah ku di situ. Yang lainku dah tak gemar sangat dah. YM boleh juga nak add kalau sudi.
Ni YMku : hami_asraff@yahoo.com
Akhir kata, nilailah blogku ini dari hasil karyaku. Hasil penaipan ku yang tak seberapa. Ya, rupa paras yang cantik itu anugerah. Yang sebaliknya pun juga anugerah. Bersyukur itu yang menjadi keutamaan. Maka, nilailah blogku ini dari penghasilan tulisanku, bukanlah yang lain ya.
Wassalam.
Post Script 1 : Perjuangan belum selesai. Doakanku ya kalian!
Post Script 2 : Dah lama tak buat entri untuk sesama berfikir mencari kebenaran. Tunggu untuk next entry ya. InsyaAllah :)

hahahahahahahaha!!
ReplyDeletememang jadik sebutan laa kan?
kalo saye pon memang kembang habes laa kan?
hahaha
lawak lawak!
haaaaaaaaaa.. sat lg de la bikin kech blog hg nie.. hehehhe
ReplyDeleteerkk..saya sudah kantoi dgn Hami Asraff..ingatkan kamu takkan jumpa entri ni sebab kamu tak pernah masuk blog saya.. err...*blushing*
ReplyDeletejangan marah jangan terasa..entri usikan nakal dari peminat...
tu la kelebihan orang kacak
ReplyDeletehehe
fuyyoh fuyyohh~~
ReplyDeletehee.
:D
kalau diberi pilihan kacak atau baik untuk menceritakan tntg seorg lelaki .lebih selesa ceritakan kebaikan.kerana rupa x bawa kemana.dan kebaikan 2 bukan diketahui melalui lelaki 2 sendiri.lebih suke tahu kebaikan lelaki tersebut dgn diceritakan oleh org lain.dan kebaikan dy boleh menaikan iman si gadis, bukan mengusik hati si gadis.maaf.
ReplyDelete(oops..terconteng dan berbual sorg2 disini)..sory2 pergi dulu.
Wow! Hehe.. Lawa gigi. :D
ReplyDeleteterus terang saye cakap.
ReplyDeletesaye jarang masuk blog nie.
sebab muke tuan blog ade di mana2.
masuk2 je da nampak da.
setan da bisik2 kat telinga.
lebih baik jauh kan diri kan?
keep on blogging.
saye suke baca tulisan anda.
salam..
ReplyDeletewahhh..thniah bro, makin ramai peminat, makin hebatlah berblogging pas ni..
syukur dan pujian buat yg selayaknya pada Tuhan yg menjadikan makhluknya dlm sebaik2 kejadian, Alhamdulillah..
erm, buat sape2 saja, tuk diri sendiri jugak, jgn dirasa bahawa Tuhan itu tidak adil dalam mencipta, sesungguhnya dalam tiap2 kejadian itu, ada kelebihannya yg tersendiri, ada hikmah yg pasti, cuba rungkai kembali, inshaAllah, anda juga istimewa =)
.::. sorry, conteng banyak pulak kt sini
hehe...
ReplyDeleteini bukan masok bakol angkat sendiri nie..
ini memang dah terangkat..!
wah3 HA mantop...
ReplyDeletejd igauan aweks...
lalala...
siap tempel gambo sendiri...
tp sy suka gaya penulisan kamu...
wat rasa nk bace smpai abes...
bukan kerana muka
bukan kerana cermin mata
kreatif itu je aku mau kata
=)
hahahhahahaaa menarik.... jadi saya patut berbanggala HA dtg di shoutbox sye...muahahaa... anyway pas neyh mesti blog gadis tue pon bnyk kunjungn...salam
ReplyDeleteha lagi satu memang jarang jumpa blogger laki yg hensem.. huhu
:)
ReplyDeletetak kacak poooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooon
ReplyDeletejeles ;(
hehe
glemer tu en hami..hehe
ReplyDeleteentry berkualiti, mesti jadi sebutan... muka ensem tu kira bonus la.. tnx to HA cuz pernah menerjah blog ku yg tak berisi tu.. :)
ReplyDeleteOk, pasni jangan tanya nape gambar HA pula hilang.. hehehehe...
ReplyDeletesukelah tu...all d best!
ReplyDeletewah.
ReplyDeletebertuah nyer ;p
ramai peminat tuh hami ehehehe =)
ReplyDeleteohohoohohoh.. lucu jugak... btw siyes penulisan kamo santai... xmustahil ramai yg tergila2kan sbb anugerah yg Allah berikan.. SYUKUR.. jgn pas nie heboh plak jd rebutan.. kikikiki
ReplyDeleteCongrats (betul ke guna word nih?) bro..huhu, xjeles2~
ReplyDeletegiler la~~jadi bualan para penduduk rumah sewe~~
ReplyDeletenanti aku nak jual blog ni kat rumah tumpangan plak~~
tunggulah entri dari mereka~~
salam,
ReplyDeletehami n semua pengunjung blog ni, jom join contest mudah di blog sy,,,
fuiyooo...
ReplyDeleteHA fames!fames! hawhawhaw...
eeeeeeii..tolong laaa,,perghh..mmg aku da agak bnda ni akan jd..
ReplyDeletekah2...rupa paras adalah kurniaan
ReplyDeleteAllah kpd kita supaya x mempersia2knnya..so,ht2 la bla menggunakannya..huhu~~
bce entry tu :)
ReplyDeletesapelah agak2 budak F dengan budak Mtu...musykil2...
ReplyDeleteamboi..ramainya peminat
ReplyDeleteamboih.. seronotnya. blog aidi xde sape nak jengah pon. :(
ReplyDeletehehehehe, cumel gila la saudari2 tersebut! ;p
ReplyDeletekuang2x..tahniah bro!!naluri manusia sukakan yg cntik...huk2..aku pon mcm 2...aku rs x yah ko letak gambo2 ko yg hensem tuhhhh..nati terancam...kah2..
ReplyDeletehati d jln ry ingt la org tersygggg..bla bla bla....
Teringat entri ko pasal gambar dlm blog bg effect kan. Hehehe.
ReplyDeletesalam singgah...
ReplyDeletex sangka HA jpe blog peminat dia...hik3..
Lelaki diorang punya stail laen sket...tapi memang lorh...Asal jumpa blog ensem @ cantik mesti kecoh....tapi apa yang aku x pernah reti sampai skang...Camne nak buat gaya penulisan yang menarik...Kawan aku buat entri pasal bilik dia bersepah jer tp gaya dia tulis sangat voke....
ReplyDeletehahaha..glamer bang teh..
ReplyDeletebila nk mkn2 kat DC lg,huu sedih2..
nti mai kg.hlmn, roger la..p aneka beli baju raya ka~
hahahahahahahaha
ReplyDeletesaya berumur jauh sgt dari HA. Pada pandangan saya wajah HA menyejukkan ..itu yg menjadi bualan sang gadis..teruskan dengan coretan bernas HA
ReplyDeletesalam...baru first time singgah kat sini...dapat link awak dari shout box saya tadi...terasa la pulak bangga awak singgah blog saya lepas baca entry ni..hehehehehehe....
ReplyDeleteu all girl2 I jealous tau..I sekacak brad pitt ..tak caya tgok profile ha,ha
ReplyDeleteu all girl2 I jealous tau..I sekacak brad pitt ..tak caya tgok profile ha,ha
ReplyDeletewalaweh.... terbangge lak HA masuk blog ku... hahaha... thanks HA... ~terbangge sbb orng ramai peminat jenguk kite~ LOL... XD
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletemmg mcmtu lah lumrah gadis2 blogger rsanyer, sbb kdng2 kami menilai brdasarkan rupa paras..bila terjumpa yg 'sedap dipndang mata' dan hasil penulisannyer plak sejuk hati mmbaca,mksudnyer kmu mmg istimewa la tu.. ;)
I like this site^-^
ReplyDeletewahhhh2x. bertuahnye jadi blogger terhangat.. *tahniah.(:
ReplyDeletekelakar jugak bila baca komen anak remaja dewasa ni..Tapi memang begitulah fitrah, suka sebab rupa paras, tulisan dan perawakan seseorang memang boleh jadi sebutan ketika di alam muda ni. Tidak salah tapi perlu ada batas2nya. Sebenarnya saya pun ke blog hami sebab adik saya asik cakap dia suka blog hami asraf sebab banyak entry bagus. Saya ni kadang2 suspicious jugakla..betul ka adik aku ni tengok blog bagus bagus. Jadi siasat2 la jugak. Alhamdulillah ada pengisian2 yang bermakna.
ReplyDelete