The Teacher's Diary: Filem Yang Best

February 16, 2015


Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak buat review filem yang berjaya ditonton. Pernah ke aku buat review filem? Ada kot sekali untuk filem ini. Itu pun dah lama. Zaman tok nadoq. Memang banyak aku tonton filem yang best-best. Setiap kali lepas menonton, mesti akan cakap, "Nanti nak review filem ni dekat bloglah!". Itu standard. Selalu sangat. Dan ianya selalu meniti di pinggir bibir sahaja.

Biasalah kalau tak taip cepat-cepat. Tunggu sampai basi memang dah tak bersemangat. Okey baiklah, aku baru selesai menonton sebuah filem ni. Filem Thailand. Direkemen oleh member rumah. Aku kalau orang kata best, memang pantang. Kena tengok terus. Sekurang-kurangnya dua kali.

Tak dapat dinafikan, filem-filem dari Thailand memang gempak-gempak. Tapi Filem yang bakal aku review ni memang ternyata best.

Teacher's Diary. For sure ramai di antara kalian dah pernah menontonnya. Tapi takpa, aku nak buat juga review. First aku tengok memang aku memandang rendah terhadap filem ini. Underestimate gitu. Haha. Tapi bila dibiarkan perjalanan cerita berlangsung, lama-lama memang layan. Maaf terunderestimate tadi.




Antara komen-komen aku tentang filem ini:


Pemandangan

Aku mulakan dengan pemandangan. Filem ni depa shooting dekat pulau yang di mana dia punya scenery memang cantik gila. Bagi aku yang cintakan pemandangan, rasa macam nak pi sana tangkap gambaq upload banyak-banyak kat Instagram. Pulau, tasik, hijau, laut, pemandangan yang dipaparkan dalam filem ni ternyata memang ummphh.

Watak

Suka watak-watak yang dimainkan. Selalu kalau watak hero ni menampilkan yang 'bodoh-bodoh cerdik' ditambah kelakar memang mampu mencuit hati orang. Watak hero iaitu Song dilakonkan oleh Sukrit Wisetkaew memang boleh dikatakan berjaya. Tak kurang juga watak heroin Ann, lakonan Chermarn Boonyasak, seorang guru yang kental yang tabah mendidik walaupun banyak gila rintangan dihadapi.

Jalan Cerita

Jalan cerita yang menarik yang buat aku rasa filem ini perlu direview. Jalan ceritanya mudah. Tak perlu susah-susah untuk difahami. Kisah warga pendidik yang tabah tu yang buat aku tertouching seketika. Almaklumlah aku pun pernah jadi sebahagian dari warga pendidik. Depa ni tak kisah melalui kepayahan hidup di atas rumah bot, asalkan dapat mendidik dan mengajar budak-budak yang berada di situ. Padahal bukanlah ramai pun student.

Cinta

Kalau tak selitkan elemen cinta memang tak sah la kan? Tapi elemen cinta yang ada dalam filem ni sungguh menarik di mana si mamat Song ni tertarik dan terjatuh cinta dengan tulisan si Ann hanya kerana membaca diarinya sahaja, walaupun tidak pernah berjumpa. Dan dia berusaha menjadi guru terbaik setelah menyelongkar diari ditinggalkan oleh si Ann. So kat situ banyak disajikan plot-plot yang menarik di mana usaha si Song ni harus dikagumi.

Pengajaran

Salah satu yang aku salute tentang filem ini adalah pengajaran yang cuba ditampilkan. Seriously, kalian harus menonton. Kadang-kadang kita tidak pernah tahu potensi yang ada di dalam diri kita, sehingga kita mampu keluarkannya. Ada orang dia hebat dalam pelajaran tetapi dia tidak hebat di alam pekerjaan. Ada orang hebat ketika mengajar, tetapi dia tak hebat di dalam memberi tunjuk ajar. Ini yang cuba disampaikan di dalam filem Teacher's Diary ini.

Cukuplah review dari aku. Satgi aku cerita semua, hampa tak payah tengoklah kan? Jadi pi download, tengok dan hayati. Pasti hampa akan jumpa mesej-mesej yang ingin disampaikan. Di bawah adalah antara scene-scene di dalam filem berkenaan.













Selamat menonton!

Hami Asraff:

"Minat mampu menjadi kerjaya. Minat dan usaha, itulah yang membolehkan kita ke puncak jaya."


You Might Also Like

2 Comments

  1. Best cerita ni best part bila cikgu dia dipatuk ular. haha

    ReplyDelete
  2. cuba cari dan nonton Front of The Class. berkenaan seorang guru yang ada tourette syndrome yang berusaha nak jadi cikgu.

    menangis tengok.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe