Bukan Bulan Ramadhan Saja Untuk Buat Kebaikan. Bulan Lain Pun Kenalah Juga.

August 12, 2010





Assalamualaikum w.b.t


Aku selalu mencuba untuk mengupdate blogku ini dalam sela masa yang agak singat. Sering kali. Tetapi biasalah, bila sang jari jemari mula menekan kekunci keyboard, ada sahaja perkara yang terlintas di fikiran. Lantas disalurkan dalam bentuk perbuatan. Dengan kata lain, utamakan yang mana perlu diutamakan.
Kalau boleh aku nak cuba hasilkan setiap entriku bermutu. Bajet la kan? Tak naklah sekadar mengupdate 'lepas tangan'. Ya kualiti diperlukan, mengatasi kuantiti. Almasalahnya, macamlah entri-entri aku bermutu. Err, itu yang kita tak tahu. Ada juga tulis mengenai Ciri-Ciri Entri Berkualiti Bagi Anda. Ah, itu hanya pendapat aku sahaja.
Orang lain dah dua, tiga post dah pasal Ramadhan. Yang aku ni satu pun masih belum kelihatan. Yer la, yer la. Nak tulis pasal Ramadhan la ni. Hemm, nak tulis berkaitan apakah ya?
*pikiaq sat*
*pikiaq lagi*
Sudah dapat, sudah dapat.
Eh tak la ada apa sangat pun. Cuma ini apa yang aku nampak dari sudut pandangan oblik aku lah terhadap manusia-manusia sekeliling aku. Ya termasuk keseluruhanlah. Utara, Selatan, Timur, Barat semua. Apa dia?
"Kita dah tak boleh dating macam selalulah", kata Sang Pakwe pada satu petang dinihari.
"Kenapakah?", pertanyaan terus dihamburkan oleh Sang Makwe.
"Laa, ni kan bulan puasa. Bulan ibadah. Mestilah kena kurangkan. Kena tingkatkan amalan." sedikit ceramah perdana dikeluarkan oleh Sang Pakwe.
"A'a, ya tak ya jugak kan?" iya tanpa banyak bicara.
Tergelak aku dengar rakaman perbualan tertutup ni. Eh eh, aku sorang ja dengaq. Hampa mana buleh. Eh tapi kelakar dol! Lagu tu pun ada ka? Bulan puasa semua nak buat baik. Eh bagus la buat baik. Sapa kata tak bagus. Sangat sangat sangat bagus. Tapi bulan lain tak perlukah?
Telah timbul sebuah persoalan di situ.
Inilah salah kita. Yer kita. Kita ini termasuk si empunya yang sedang gigih menaip entri ni pun samalah. Meletakkan stigma dan mindset di kepala hotak yang hanya bulan Ramadhan Al-Mubarak sahaja perlu buat itu, tinggal itu dan segala. Tersangatlah salah. Zero mark.
Ada lagi contoh.
"Dengan ini saya Cek Ti Binti Cek Tom berikrar dan berjanji, akan memakai pakaian yang sopan-sopan dan akan menutup aurat sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini. Tapi Syawal belum tentu lagi."
Tup tup tibanya 1 Syawal, tudung pi mana, kain batik pi mana, yang tinggal skirt pendek. Ishh Cek Ti ni memang betoi tepati janji. Good macam burung gud gud!
Err, hanyalah sebuah contoh.
Loqlaq sungguh la untuk mereka yang sebegini. Sungguh sangat loqlaq. Loqlaq ni maksudnya tak senonoh. Aku memang suka pakai term-term Kedah ni. So adakah cara Cek Ti itu senonoh? Pastilah tidak senonoh bukan? Pandai pun jawab.
Dua contoh cukuplah. Sebuah perumpamaan. Sebuah contoh. Untuk mudah difahami. Yeah, itulah masyarakat kita. Berazam dengan penuh iltizam membuat kebaikan. Sangat dipuji akan semangat kental yang cuba ditonjolkan. Tapi kasihanlah kepada azam dan iltizam tadi kalau ianya hanya dilakukan sebulan sahaja. Itu namanya naya pada diri sendiri. Kasihan diri sendiri.
Bulan Ramadhan, bulan kerahmatan, bulan keampunan. Kita maju setapak ke hadapan. Cuba memperbaiki kelemahan diri. Lakukan yang terbaik dari masa ke semasa. Alangkah bagusnya sekiranya semua amalan dilakukan secara istiqamah dan konsisten. Itukan lebih baik. Tak dak la berdua lebih baik. Tukar tukar! Beristiqamahkan lebih baik. Baru kena.
Jom sama-sama kita ambil peluang ni. Pertingkat dan memperbanyakkan semua bentuk amalan. Rugilah kalau tak guna peluang sebaik mungkin. Sangat rugi. Kerna kita belum tahu akan dipertemukan pada Ramadhan yang akan datang. Wallahu'alam.
Wassalam.
When Ramadan comes, the gates of the Hell are closed, and the devils are chained. [Bukhari]
Lagu wajib ketika Ramadhan menjelang tiba.

Hami Asraff : Ingat hujung minggu nak balik berbuka puasa dengan keluarga tercinta. Bergantung pada tahap kebizianlah.



You Might Also Like

31 Comments

  1. salam bro. kalau boleh biarlah tiap2 bulan tingkatkan amalan kan?

    takkan Ramadan je nak pulun, masuk Syawal dah jadi macam asal balik.

    p/s: selamat meneruskan puasa.

    ReplyDelete
  2. time bulan puasa syaitan iblis kene ikat. time neh la depa baru tanak pi dating la, tanak pakai seksi2 la..
    sungguh la hipokrit pada diri sendiri. mintak2 dijauhkan ~

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan Al-Mubarak :)

    ReplyDelete
  4. hehehe bgs le entri ni mengingatkan bkn hanya bulan pose je nk wt kebaikan... =)

    slmt berpuasa utk HA semoga beroleh keberkatan sentiasa =)

    ReplyDelete
  5. hanya mampu mengangguk tanda setuju..

    ReplyDelete
  6. Salam..singgah sini jap
    moga sihat orang di sini
    setuju nasihat anda tu...
    جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  7. Hmm..peringatan kpd diri ni jgak. Semoga sama2 dapat cari momentum dlm beramal secara berterusan.

    Ramadhan Kareem~

    ReplyDelete
  8. betul tu...bukan Ramadhan sahaja untuk kita mengejar kebaikan...cuma dibulan ini lah kita memperlipat ganda lagi ibadah untuk memperolehi ganjaran yang berlipat ganda nilainya...kalau di bulan lain kita hanya mampu melakukan 10 kebaikan, maka di bulan Ramadhan ini kita semampu yang mungkin melakukan lebih dari 10 kebaikan...

    ReplyDelete
  9. aku berazam xmo tgk wayang blan ramadahan..

    ReplyDelete
  10. ingat hujung minggu depan cek pun nak balik kedah jugak.

    happy fasting bro ;)

    ReplyDelete
  11. selamat berpuasa ^__^ marilah kita tingkatkan amal..

    ReplyDelete
  12. entry yg menarik...yup...
    mmg azali...berubah hanya pada bulan 2 je...why??....tuan punye badan je leh jwb..

    -salam ramadhan...

    ReplyDelete
  13. apa lagi nak dikata..benda ni dh bnyk kali diingatkan..tapi manusia punye kepala lagi keras dri batu..

    apapun, tugas muslim mengingatkan saudara muslimnya..harap x jemu memberi peringatan =)

    ReplyDelete
  14. walaupun berubah masa bulan ramadhan je..namun masih berubah kpd kebaikan..smoga dgn perubahan tu Allah berikan hidayah terus kpdnya..

    ReplyDelete
  15. kalau boleh memang setiap hari kene improve diri..

    tapi kire macam ok la, at least mereka respect bulan ramadhan dari buat tak tau je...

    ReplyDelete
  16. sALAM..selamat berpose kepada Hami n semua..
    stuju sngat ngm entri ni ...bukan bulan pose je br nk sbuk buat baik..bulan lain pon kne upgrade jg bende y baik y patut kt buat...

    ReplyDelete
  17. yg penting sntiasa cuba utk mmperbaiki diri :)

    salam ramadhan dan selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  18. ye lagu wajib dgr bila puasa...suka!!!

    *maaf pestime menceceh di sini..=)

    ReplyDelete
  19. totally agreed wif u.. mentality org zaman skrg sema mcm ni kot.. bulan pose je baik kjp..

    ReplyDelete
  20. Di bulan Ramadhan , ramai org dpt semangat baru utk buat benda2 yg baik.. harap2 semanagt tu tidak berakhir dgn berakhirnya bulan ;)

    MY LATEST ENTRY: Ford County Stories by John Grisham

    ReplyDelete
  21. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak :)

    ReplyDelete
  22. setuju!

    yep! lagu tu WAJIB n HARUS ada. mesti ada!.dah jadi ringtone pon.haha~

    loqlaq~

    ReplyDelete
  23. puasa sja tade mknanya kalaw kita xjga kualiti puasa kta . kan ?

    ReplyDelete
  24. org skang ni nk tggu ramadhan bru nk buat baik..bulan lain bt dek je..mcm mlm nisfu syaaban la..time tuh bru ramai nk ke masjid padahal sebenarnya ada makan2.. mlm2 lain trus ilang..haish...

    ReplyDelete
  25. ahlan ya ramadan...slmt berpuasa

    ReplyDelete
  26. salam ramadhan dari bumi dublin....
    salam kenalan:)

    ReplyDelete
  27. Tetapi tidak salah kalau mereka memasang niat untuk berubah kan. Maksud aku, mereka bernazar untuk memperbaiki diri. (konteks kapel tak termasuk).

    Salam Ramadhan. Peace! :)

    ReplyDelete
  28. Betul tu Encik Hami. Bukan bulan pose je bulan untuk kita berubah jadi baik, then bulan lain.. back to 'normal'...ish3.

    Tapi sebenarnye, kalaulah bulan pose digunakan dengan sebaik-baiknya, ia boleh jadi latihan untuk kita...berubah~

    Contoh: merokok. Cubalah kalo boleh..gunakan bulan pose tuk kurangkan tabiat suka merokok. Tak elok untuk kesihatan tu~ (ini hanya pesanan sahaja)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe