Tuesday, January 17, 2017

Hari Esok Belum Pasti


"Esoklah buat!"

"InsyaAllah esok pagilah gosok baju. Sempat punya."

"Esok masih ada. Hari ini enjoy dulu."

Sedar tak sedar kita sering ditipu dengan ayat sebegini. Dan lebih menyedihkan yang menipu dan tertipu itu adalah diri sendiri. Sadis bukan? 

Kenap selalu jadi macam ni? Sebab mudahnya ialah kita memang sering ambil mudah. Asalkan boleh. Kita sering merasakan yang esok itu masih punya masa. Walhal sebenarnya esok masih belum beri apa-apa jaminan. Yang ada cumalah angan-angan. Angan-angan yang belum kesampaian.

Kadang-kadang kita sudah terbiasa begitu. Kita sudah terbiasa mengasuh diri sendiri supaya rilekslah dulu. Walhal ianya memang membinasakan.

Makanya kalau rasa terdetik di hati nak buat sesuatu, teruslah lakukan. Jangan bertangguh. Tak apa kalau sedikit, asalkan kau dah bermula. Yang sedikit itu lebih baik dari tak buat langsung.

Hari ini telah ditemui. Hari esok belum pasti. Usah bertangguh lagi. Kerana ajal itu kian hampiri.


Tuesday, January 10, 2017

Sukan Rakyat Muqmeen Group


Lama tak join acara sukaneka. Bila agensi aku buat Sukan Rakyat Muqmeen Group hari Ahad lepas memang rasa teruja. Best. Bertambah best bila kami semua pergi Penang naik bas beramai-ramai. Peh rasanya kali terakhir naik bas beramai-ramai dengan member ni time sekolah. Okey tak, time belajar dekat UiTM Shah Alam dulu.

So kami bertolak dari Jaya 33, PJ dalam pukul 10.00 malam. Dan sampai PLKN White Resort Balik Pulau dalam 4.00 pagi macam tu. Dok PLKN weh. Merasa juga masuk PLKN. Sebab tahun aku dulu PLKN belum wujud lagi. (Ceh nampak sangat aku dah tua).


Tidur dalam dorm. Ni la rupa paras dormnya. Nostalgia tak?













Ni sebahagian gambar-gambar sepanjang acara berSukan Rakyat. Kalau letak banyak-banyak satgi muntah pulak tengok. Hahaha. Lagipun bila letak gambar sebenarnya dah save dah dari menulis panjang-panjang. Ekekeke.

Apa pun alhamdulillah keseluruhannya best. Menjalinkan ukhwah sesama kami. Moga ada lagi di masa akan datang.


Friday, January 6, 2017

Kick Off Conference 2017


Kick Off Conference 2017. Setiap tahun Ejen Prudential seluruh Malaysia akan berkampung di Genting Highland. Tetapi tahun ini kami akan berkampung di Subterranean Penang International Conference & Exhibition Centre (SPICE), Penang.

Malam ni kami geng Muqmeen Group Jaya 33 bertolak ke Penang menaiki bas. 

Orang Penang, jumpa esok naa.

Thursday, January 5, 2017

Titipan Rindu


Ku titipkan rindu.
Pada yang layak merindu.
Ku hadiahkan rasa.
Pada yang mahu merasa.

Ku terima pada sesiapa yang mahu menyambut rinduku.
Ku menadah pada sesiapa yang mahu menyemai rasaku.

Layakkah aku menuntut rindu ini?
Layakkah aku menyebar rasa ini?

Ku titipkan rindu ini padaMu.
Ku hadiahkan rasa ini padaMu.
Itu tempat selayak dirindu.
Itu tempat terbaik untuk mengadu.

Allah.

Wednesday, January 4, 2017

Wordless Wednesday #17: Society Nowadays



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. 

Tuesday, January 3, 2017

Apa Faedah Jadi Ejen Takaful Bro?




Ada sahabat datang jumpa aku. Katanya stress dengan kerja. Engineer. Memang tak dinafikan. Aku pun pernah bergelar seorang Engineer suatu ketika dulu. 

 "Apa yang aku boleh tolong hang?" 

 "Aku ingat nak try jadi Ejen Takaful la. Boleh?" 

 "Eh kenapa tak boleh pulak. Tersangatlah boleh. Tapi hang kena banyakkan bersabar dan ikut cakap. Hehe boleh ka?" 😬 

 "InsyaAllah. Boleh aku tau antara faedah jadi Ejen Takaful ni? Selalu pi oversealah. Haha." "Nah! 

Kat bawah ni antara faedah yang hang boleh dapat." 

 FAEDAH YANG DITAWARKAN: 

 ✅ Pendapatan berterusan (komisen selama 6 tahun).
✅ Bonus (diberi selama 3 tahun berturut-turut daripada hasil kerja selama setahun). 
✅ Melancong ke luar negara. 
✅ Kejayaan terjamin dengan potensi membina agensi sendiri. 
✅ Masa kerja yang flexibel. 
✅ Peluang membina income pasif sepanjang hayat. 
✅ Perniagaan boleh diwarisi. 
✅ Kelas latihan efektif disediakan secara percuma. 
✅ Melaksanakan cabang ilmu muamalat Islam. 
✅ Komisen setiap 2 minggu dan bonus setiap 6 bulan. 
 ✅ Pendapatan tanpa had untuk Full Time. Anggaran RM8k ke RM10k dan lebih. 
✅ Part Time mudah memperolehi pendapatan anggaran RM3k ke RM5k. 

 Kalau yang sedang mencari pekerjaan, nak buat part time nak mencari income lebih, insyaAllah boleh hubungi saya: 

 +6019-4522171 
+6019-4522171 
+6019-4522171 

 Atau emailkan resume anda ke: hamiasraff@gmail.com 

 Jom mengejar impian bersama-sama! 💪🏻😊











TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Executive Wealth Planner
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com
Instagram: hamiasraff 
WeChat: hami_asraff




Monday, January 2, 2017

Hati-Hati Dengan Permainan Hati



"Hati manusia boleh berubah."

Seringkali ungkapan ini diungkapkan merata-rata. Disebar seluruh pelosok dunia. Sehingga sampai kepada semua manusia.

Hati, bahagian paling rumit untuk dirungkaikan. Dalamnya ada seribu satu rasa. Dan rasa-rasa itu kadangkala boleh bertukar sekelip mata. Mahu tidaknya, kadangkala sedang bergelak ketawa bertukar menjadi hiba. Seperti kebahagiaan itu direntap dengan tiba-tiba tanpa ada sebab yang munasabah. Kadangkala ada juga menangis kecewa, tetapi dengan tidak semena-mena hadir perasaan yang berbunga-bunga, hadiah dari Dia.

Rungkaian hati ini tidak pernah ada penamatnya. Keresahan pada hati ini kadang membuak-buak. Kita mahu itu, diberi ini. Kita mahu ini, diberi itu. Entah bagaimana lagi mahu memberi kebahagiaan pada hati. Entah kegembiraan yang bagaimana lagi ingin dikecapi. 

Andai hati ini mampu meluahkan kata-kata, pasti panjang lebar luahannya. Tetapi luahan itu seakan tersekat. Ada sesuatu yang menampan supaya tidak tersembur keluar. Ditahan-tahan seksanya. Tidak dapat bayang natijahnya bila makin ditahan. Takut yang keluar nanti hanya amarah. Takut yang tersembur itu dari kata-kata yang membinasa.

Hati-hati dengan permainan hati.
Jangan sampai disakiti.
Jangan sampai menyakiti.

Sunday, January 1, 2017

Tiada Azam Tahun Baru


"Hang sambut tahun baru kat mana malam ni?"

Soalan standard saban tahun.

Dan jawapan aku juga masih standard.

"Sebenarnya yang dikata sambut tahun baru tu macam mana?"

Dan penyembangan terhenti di situ. Ya sebenarnya aku sampai hari ni masih tak faham bagaimana dan apa yang dikatakan sambut tahun baru. Sebab setiap tahun aku rasa aku sambut dekat rumah. Depan TV. Atau sambut bersama dengkuran malam.

Okay tahun ni berbeza sedikit. Aku sambut dalam panggung wayang. Baru sahaja selesai menonton filem "Passengers" lakonan Chris Pratt dan Jeniffer Lawrence. Apa yang aku boleh kata adalah filem ini super duper awesome. Yes korang mesti pi tengok.

Okay mari berbalik kepada tahun baru.

"Apa azam tahun ni?"

"Tahun ni malas nak set azam. Tahun ni nak buat je apa yang depan mata. Malas nak berazam bagai tapi akhir azam hanya tinggal azam. So buat. Biar result talk."

Bebelan pertama di tahun baru.

Okay tak nak cakap azam apa-apa.

Tema tahun ini adalah "Buat je".

K.