Posts

Showing posts from April, 2016

Jom Berjumpa Hami Asraff Di PBAKL 2016!

Image
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi!
Kali ini bukan lagi di PWTC. Tapi di MAEPS Serdang. Hanya sekangkang buaya sahaja dari tempat anda bukan? Jadi, tunggu apa lagi, moh ler kita serbu!
Yang asyik bertanya,
"Encik Hami, buku Encik ada jual di kedai buku dak?"
"Weh Hami aku nak beli online macam mana?"
"Awak, kalau saya nak tandatangan awak sekali boleh tak?"
Nah! Inilah masanya!
Kita boleh beramah mesra, menjalinkan ukhwah, bergambar bersama, semua boleh. So block siap-siap di jadual anda!
Sabtu, 30 April 2016, pukul 12.00pm - 1.00pm. WAJIB datang! Bawak segerombolan orang kampung! 



Wordless Wednesday #15: Jangan Mudah Putus Asa. Usaha Sampai Berjaya.

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. 


Coretan Di Kala Insomnia (Siri 7)

Hari Isnin dimulakan dengan sesuatu yang kurang indah. Hari ini aku terlewat sedikit keluar rumah untuk ke office. Yeah memang aku tau setiap hari memang jem bukan kepalang. Tambah-tambah hari Isnin. Memang teramat jem. 
Pagi tadi aku keluar pukul 7.00 pagi. Perjalanan dari Seksyen 7, Bandar Baru Bangi ke Jaya 33, Petaling Jaya lebih kurang 30 km. Dan mengambil masa 31 minit perjalanan (perjalanan biasa tanpa jem). Dalam fikiran, memang dah tahu bakal jem teruk. Tapi tetap redah juga. Jadi korang rasa aku mengambil masa berapa nak sampai office? Aku sampai 9.30 pagi. Ambil masa 2 jam 30 minit weh! Gila tak? Krem habis kaki walaupun aku naik kereta auto.
Di office settlekan payment client dan paperwork. Hari ini tak ada appointment. Hanya follow up dengan beberapa orang prospek dan sediakan quotation Takaful untuk mereka. Alhamdulillah happy dengan kerjaya sebagai Takaful Advisor. Di samping memberi kesedaran pada orang, kerjaya ni buat aku jadi seorang yang positif dan bersemangat tingg…