Posts

Showing posts from December, 2015

Coretan Di Kala Insomnia (Siri 4)

Seperti biasa bila merebahkan kepala di bantal, macam-macam perkara mula berlegar di minda. Semuanya menyerbu masuk.
Keadaan sunyi sepi. Hanya terdengar bunyi kipas angin ligat berpusing. Tiba-tiba teringat kisah dalam novel BISIK karya Syaihan Syafiq yang aku baru habis mentelaah tadi. Horror juga cerita dia. Tapi nice. Tak klise.
Sebenarnya aku tak boleh tidur ni sebab memikirkan hal esok hari. Eh bukan esok. Tapi hari ini. 31 Disember 2015. Ya ampun. Hari terakhir, bulan terakhir tahun ni. Cepatnya lahai masa berlalu. Serius cepat gila. Entah apa lah yang terbazir masa pada tahun ni. Moga tahun ni kita tinggalkan dengan kenangan dan pengalaman yang indah.
Actually esok aku ada misi penting. Apa misi tu? Eh mana boleh habaq. Haha. Paling penting, hampa doakan aku ya. Moga semua berjalan lancar. Okaylah nak tidoq.
Wan'an semua.
*peluk teddy bear*
1:39 minit pagi 31 Disember 2015 Kamar Sunyi Bandar Baru Bangi

Wordless Wednesday #13: Kereta Terbang?

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


Menyaksikan Keindahan Ciptaan Allah Dari Puncak Bukit Keluang

Image
Oleh kerana masih belum move on dengan Puncak Bukit Keluang ni, makanya aku update di sini pulak. Lagipun dah lama kot aku tak buat entri bergambar. Rindu gila zaman study dulu semua aktiviti nak bercerita kat sini even lepak Mekdi sampai subuh dinihari. Haha. Rindu beb zaman menggila blogging dulu. Okay takpa itu cerita dulu.
Actually pendakian Bukit Keluang ni bukanlah sebuah pendakian terancang sangat pun. Housemate gua nak balik kampung dia kat Besut Terengganu. Alang-alang gua pun stress hujung-hujung tahun ni, so follow je la. Boleh makan nasi dagang sama sata. Entah kenapa kalau sebut Pantai Timur je, nasi dagang dan sata saja yang terlintas di minda. Yup alhamdulillah memang jumpa pun dua makanan tu. 
Kami pi hari tu berlima. Aku tak expect apa sangat tentang Bukit Keluang ni pada mulanya. Aku dah pernah sampai Pantai Bukit Keluang ni. Cuma mendaki ke puncak bukit ni ja belum. Pendakian dimulakan seperti biasa. Pancit juga. Biasalah stamina kian mengendur sejak dah meningkat …

Ini Salah Satu Cara Selesaikan Masalah Yang Berserabut

Image
Pernah tak hang rasa serabut gila dan tak tau nak buat apa, and then pegang ni tak kena, pegang tu tak kena, rasa kusut semacam. Lepas tu nak kejar dateline, nak submit itu dan ini, nak kena settlekan semua benda dalam satu masa. Dan time ni jugak la segala permasalahan dunia menimpa. Dan hang rasa kelam terus dunia. Waktu ni hang rasa nak menjerit kuat-kuat supaya semuanya kembali normal. Tapi sebenarnya semuanya hampa. Satu benda pun tak berjalan.
Pernah alami bukan?
Tahniah! Itu menandakan hampa semua jugak manusia biasa macam aku. Hahaha.
Benda-benda macam ni memang tak pernah lari pun dalam hidup kita. Perkara biasa bila bergelar manusia. Kadang benda yang best-best ni singgah sekejap sahaja, lepas tu datang bala bencana. Amboi kasaq bunyinya. Okey tukar bala bencana kepada ujian Allah. 
Sejauh mana pun kita berlari Allah akan terus uji dan uji. Allah nak tengok kita kuat dak hadapi masalah tu. Allah nak tengok macam mana kita nak handle segala stress tu. Ada orang handle masala…

Coretan Di Kala Insomnia (Siri 3)

3:18 pagi.
Seperti biasa tak dapat lelapkan mata. Golek sana golek sini, still mata terbuka seluasnya. Ini mesti kena penangan Hazelnut Coffee Hailam Kopitiam tadi. Pasti.
So biasalah bila tak dapat lelap ni macam-macam dalam benak fikiran. Satu persatu menerjah masuk. Benda yang tak mau diingatkan pun, masuk sekali. Semuanya berpusu-pusu masuk. Aduyai.
Esok pagi ada appointment di Shah Alam. Biasalah hujung-hujung tahun ni. Nak end tahun ni kena banyak jumpa prospek dan klien. 
Okeylah nak cuba tidur kembali.
Moga esok aku tak terbabas tidur.
Wan'an (pepandai hampa cari maksud dia).

Rindu Ayah

Image
Hujan sangat lebat.
Dua tiga hari ni memang akan hujan lebat bila menjelang petang.
Sambil memandu, memori melayang jauh. Ada perasaan rindu yang ditahan-tahan. Ya Allah, aku terlalu rindu padamu ayah.
Hari ini genap 66 tahun kalau ayah masih ada di dunia ini. Hari ini tarikh lahir ayah. 16 Disember 1949. Ya "kalau". Kalau itu terlalu indah. Semua boleh dilakukan, semua perkara boleh diubah, tapi sayangnya 'kalau' itu hanya manis di pinggiran bibir, hanya indah di bayangan minda.
Balik rumah, lantas aku buka youtube dan cari lagu Ayah by Peterpan. Mungkin lagu ini boleh menjadi sedikit pengubat rindu di hati.


Ayah - Peterpan
Dimana akan kucari  Aku menangis seorang diri  Hatiku selalu ingin bertemu  Untukmu aku bernyanyi 
 Untuk Ayah tercinta  Aku ingin bernyanyi  Walau air mata dipipiku  Ayah dengarkanlah  Aku ingin berjumpa  Walau hanya dalam mimpi 
 Lihatlah hari berganti  Namun tiada seindah dulu  Datanglah aku ingin bertemu  Denganmu aku bernyanyi

"Aku in…

Kos Perubatan Naik Mulai 2016

Image
"Dekat Malaysia ni semua benda naik, tak ada yang turun."
Dulu tak percaya dengan pepatah ni. Tapi lama-lama makin percaya. 
Nak marah? Marahlah.
Nak bengang? Pun boleh bengang. Bengang pada siapa?
Hakikatnya kita tetap isi petrol seperti biasa. Kita tetap bayar tol melalui jalan biasa untuk pergi kerja. 
Bila kata tol naik harga, maka ada yang kata,
"Eleh, naik la public transport. Kita ada option kan?"
But now public transport pun naik harga, apa ceritaaa?
Kita dihadapkan dengan perkara-perkara yang tidak menggembirakan. Kos sara hidup naik mendadak. Gaji kita takat yang sama. Siang malam berhempas pulas kerja, demi mencari sesuap nasi, demi mencari rezeki yang halal.
"Awak bekerja kuat sekarang sebab apa ya?"
Pernah saya ajukan soalan ini pada seorang prospek.
Tergaru-garu, berkerut dahinya.
"Eh bekerja kuat mesti la nak cari duit."
"Lagi?"
Beliau kian blur.
"Sebab saya nak bantu keluarga. Nak baiki taraf hidup yang lebih baik…

Coretan Di Kala Insomnia (Siri 2)

Aku namakan segmen baru ini sebagai Coretan Insomnia. Kenapa? Sebab dah pagi tapi aku masih belum lelapkan mata. Jadi perkongsian yang bakal disajikan adalah berupa spontan, monolog dalaman, dan segala macam yang terlintas di fikiran.

1:52 pagi.

Pagi Isnin dimulakan dengan aktiviti lemau. Tak produktif. Maybe sebab baru balik dari kampung. Keterasaan homesick tu bersisa. Petang Isnin baru ada appointment dengan seorang prospek di KL Sentral.

Hari ni ada meeting bersama Ejen-Ejen Part Time Takaful. So aku dan rerakan dah set time di mana setiap hari Isnin, pukul 8:30 - 10:00 malam ada sesi meeting bersama. Meeting under Agensi Muqmeen Group ni berupa perkongsian aktiviti sepanjang minggu lepas. Bagaimana berjumpa dengan prospek, siapa prospek tu, bagaimana closed case dan sebagainya. Meeting ni sebenarnya untuk beri energy sesama kami.

Lepas tu bila settle semua balik mesti lepak minum. Bila minum pasti akan order makan. Bila order makan, akan makan, bila makan jadi gemuk.

Hmmm...

Beg…