Sesi Monolog Dalaman

Saturday, January 24, 2015

Maaf, Takaful Bukan Untuk Orang Yang Sakit









Assalamualaikum w.b.t

Sihat semua? Semua kena sihat. Sebab entri ini berkaitan dengan orang yang sihat dan tidak sihat. Baiklah mari kita mulakan.

Since aku berkecimpung dalam dunia Takaful ni, aku dihujani dengan pelbagai soalan-soalan yang pelik-pelik. Sebenarnya soalan tak pelik pun berlambak. Oh biasalah, memang hang kena menghadap soalan-soalan dari prospek yang pelbagai. Kalau dah jadi klien pun masih banyak soalan yang bakal diutarakan. Itu standard.

Tapi benda yang aku nak cerita ni lain.

Tadi ada member lama whatsapp. Member seUniversiti dulu. Lama tak berwhatsapp dengan beliau. Mulakan perbualan seperti biasa. Bertanya khabar dan sebagainya. Tapi dalam benak hatiku, pasti beliau mahu tanya sesuatu.

"Hami, cer terangkan sikit pasal insurans kau tu? Aku blur."

Oh seperti yang dijangka.

"Boleh. Kau free tak? Aku nak call dan explain. Senang sikit kau faham."

Beliau tidak menjawab pertanyaan aku. Tetapi membalas dengan sebuah ayat.

"Aku sakit sekarang weh!" Aku terkejut. Lalu bertanya,

"Kau sakit apa?"

"Sakit berat."

"Yer la berat tu sakit apa"?

Aku masih terkejut. Yer la lama tak dengar khabar, sekali dapat tahu sakit. Sakit berat pulak tu. Makin nak tahu apa sakit yang berat yang dialami sahabat. Tak sabar.

"Diagnosed buah pinggang."

Jawapan yang sangat mengejutkan.

"Dah pergi jumpa doktor ke? Doktor dah sahkan? So kau kena masuk ward ke macam mana? Ke dah kena operate?"

Soalan bertalu-talu dilemparkan. Mana taknya. Kalau dah nama sakit bukan perkara yang boleh dibuat main. Risau pulak aku dengar.

"Since bulan 9. Masa tu kena masuk ward la. Tahap aku sekarang kena buat dialisis dah. Tau kan dialisis? Cuci darah tu."

Sahabat mula bercerita. Aku tekun membaca. Dalam hati dirundum sayu. Tak sampai hati aku ingin menutur kata seterusnya. Tapi aku terpaksa jua menceritakan hal sebenarnya.

"Macam ni, once dah sakit, insurans/takaful memang dah tak akan cover. Tapi penyakit lain still cover. Cuma penyakit yang dia dah alami sekarang memang tak akan cover. Semua company insurans pun sama saja prosudernya."

Aku cuba terangkan seberapa ringkas. Aku tahu mendengar khabar begini, memang memedihkan. Lebih memedihkan bila aku tak dapat membantu. Maafkan aku. Moga terus tabah sahabat.

Perbincangan seterusnya biarlah dirahsiakan. Ini salah sebuah kisah kehidupan yang ramai orang alami. Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Tidak perlu tunding jari kepada sesiapa. Cuma perlu ingatkan diri sendiri sahaja.

Ingat, mana-mana Insurans/Takaful memang tak akan cover orang yang mengalami penyakit. Insurans/Takaful ini perlu diambil ketika sihat walafiat. Jangan bila dah sakit, baru mahu mencari agen insurans. Waktu tu memang dah tak mampu buat apa-apa.

Belum terlambat untuk membaiki keadaan. Belum terlambat untuk merancang kesihatan dan kewangan anda. Hubungi saya. InsyaAllah akan cuba membantu sebaiknya.





TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com 
WeChat: hami_asraff





Tuesday, January 13, 2015

Coretan Di Kala Insomnia (Siri 1)


Jiwa mendesah. Mengeluh yang entah berapa kali. Hati kian rawan. Tidak tenang sejak dua tika menjak. Macam-macam menyerbu kotak minda.

Sampai satu ketika kita terlalu merindui. Entah pada siapa yang dirindui. Mungkin terlalu rindu detik-detik yang berlalu, melebihi individu tertentu. Entah.

Mahu saja berlari jauh dari pasakan arus yang mengejar tidak henti-henti. Mahu hidup tenang tanpa sekilas hambatan galau rasa. Mahu memenuhi seruan hati yang asyik tertunda lamanya.

Siapa kita untuk melawan arus dunia? Hanya manusia kerdil yang meneruskan saki baki hidup. Entah berapa tahun lagi bakal menumpang hidup di bumi ini. Entah esok lusa, dijemput Yang Maha Esa. Mampukah kita melawan takdirNya?


01:34 pagi
13012015
Bangi


Sunday, January 11, 2015

Gayakan Nike Shoes Seperti Zac Efron



Minggu lepas aku pergi jogging dengan member. Baru jogging seround, tapak kasut terus tertanggal. Terbantut sesi mengeluarkan peluh hari tu. Sekali member sound,

“Tu la beli kasut pasar malam lagi!”

Ceh kurang asam.

“Ini je mampu bro. Nak buat jogging pun.” Balas aku.

“Ye la. Tapi alah membeli menang memakai. Ni tengok kasut aku ni. Nike bro! Nike!”

Kata member sambil menunjuk-nunjuk kasut beliau. Persis seperti Duta Nike. Tapi memang betul pun. Kalau beli barang yang berjenama memang kualiti dan confirm tahan lama. Aku tengok kasut dia cun juga. Nak beli satulah!

“Hang beli mana?”

“Aku beli dekat Zalora. Ala website online shopping nombor satu Malaysia tu.”

Semangat ingin tahu membuak-buak. Oh Zalora. Confirm-confirmlah tahu. Beli pakaian semua online. Ushar laptop/phone, pilih, buat order, bayar dan dua tiga hari sampai depan rumah. Senang sungguh.

“Okey nanti ajar aku macam mana nak beli dari Zalora tu!”


Kalau disebut sahaja jenama Nike pasti ramai tahu dan terus akan mengatakan bahawa ia adalah jenama sukan yang terbaik dalam pasaran sekarang ini. Ini disebabkan prestasi Nike yang selama ini terus kekal mempertahankan kedudukan mereka sebagai jenama pilihan ramai. Kalau kita lihat dengan lebih dekat, mereka sangat mengutamakan kepuasan para pelanggan dengan sentiasa menghasil dan memasarkan koleksi produk sukan yang sangat berkualiti tinggi.

Memang berita baik untuk penggemar-penggemar kasut Nike seluruh dunia. Dekat Malaysia pun dah banyak koleksi kasut Nike yang ditampilkan. Mudah di dapati, berkualiti tinggi, dan harga berbaloi-baloi.

Koleksi Nike shoes Malaysia terkini boleh didapati dengan meluas di Malaysia di cawangan-cawangan stor Nike di seluruh negara. Kasut sukan Nike bukan sahaja menjadi kegemaran orang biasa malah ianya menjadi pilihan utama ramai seblebriti terkenal Hollywood seperti Zac Efron. Beliau adalah antara selebriti yang sering dilihat mengenakan kasut dan apa sahaja produk daripada Nike.

Jom kita lihat bagaimana pelakon sensasi Zac Efron menggayakan kasut Nike on a daily basis.





Padankan pakaian sukan Nike dan kasut sukan Nike bersama sepasang cermin mata hitam, anda pasti akan menarik perhatian ramai gadis yang melihat anda!


Mudah sahaja bukan sebenarnya untuk menggayakan Nike shoes for men. Bukan sahaja dapat digunakan untuk ketika bersukan malah boleh digayakan pada hari-hari biasa juga!
Peh Zac Efron pun pakai, takkan korang pun tak nak pakai? Hahaha. Jadi yang mahu membeli dengan cara mudah dan terpantas tu, apa kata korang masuk ke Koleksi Nike shoes Malaysia terkini dan pilih sendiri yang mana berkenan di hati.


Selamat bershopping!


Thursday, January 1, 2015

Buku Sulung Hami Asraff: Telegraf Cinta USD


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar pencinta dunia dan akhirat sekalian? Moga terus awesome hendaknya. 

Semalam kita tinggalkan kenangan, hari ini kita mula cipta impian. Biar episod-episod lalu berlalu. Kuburkan bersama harapan yang telah tenggelam. Hari ini, marilah kita mula cipta lembaran sejarah baru. Mari kita meneroka semula selok belok dunia. Mari kita mencipta pengalaman baru semula. Mari kita menjadi orang yang baru.

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari Sabtu ini, 3 Januari 2015 akan terlunas sebuah hasrat yang telah berkubur lamanya. InsyaAllah hari Sabtu ini bakal direalisasikan. Terbitnya buku tulisan marhaen saya sendiri. 

Telegraf Cinta USD. Apa itu USD? Dah mula orang bertanya. USD sebenarnya Untuk Si Dia. Sengaja meletakkan USD tu. Cuba untuk kreatif mungkin. Kreatifkah? Haha tak tahu. Anda tentukan.

Cover buku 

Terima kasih pihak penerbit, NuBook (Adik kepada DuBook Press) sudi nak terbitkan buku ini.




Makanya, jom ramai-ramai kita pi hari Sabtu, 3 Januari 2015 ni untuk event Live Aid Pantai Timur dan seterusnya akan melancarkan Buku Telegraf USD pada hari tersebut. InsyaAllah boleh dapatkan terus dari situ. Dan hasil dari jualan buku akan disalurkan pada mangsa banjir di Pantai Timur. Sambil membeli sambil menderma. Ayuh! Jom kita meramaikan majlis!


Terima kasih kerana menyokong. Moga hati-hati kita terus tertaut pada Tuhan Yang Satu.



Hami Asraff:

"Hambatan hasrat akan tertunai suatu hari nanti. Usar gusar, teruskan berusaha, berdoa dan bersabar."