Posts

Showing posts from April, 2014

Dedikasi Rindu Untuk Ayah Tercinta

Image
17 April 2011
Tarikh keramat yang akan tercatat di dalam kotak fikiran sampai bila-bila. 4:27 pagi. Masa seakan terhenti ketika ini. Di saat ini juga denyutan nadi ayah terhenti buat selama-lamanya. Tiada sebutir kata keluar dari mulut. Cuma memujuk hati yang sarat dengan sedih. Pujuk hati untuk terus redha. Benarlah, redha itu tidak semudah ungkapan, tetapi hati dan diri kena relakan.

17 April 2014
Bagaikan semalam kau bersama kami.
Kini, telah tiga tahun berlalu. Masa berlalu, kenangan tetap datang bertalu-talu. Masa kian dimamah waktu, rindu mengetuk pintu hati bertalu-talu. Takdir tertulis begitu. Akur pada ketentuan takdir. Redha dengan qada dan qadar dariNya.
Teruskan hidup yang bersisa.
Minggu lepas aku pulang ke kampung. Pagi itu mak membuka sebuah cerita. Cerita yang bakal membesarkan sarang rindu.
"Semalam mak mimpi ayah balik rumah", mak mula bercerita. Terkejut. Begitu teruja mahu mendengar cerita selanjutnya.
"Ayah balik kot pintu belakang. Mak buka pintu, m…