Thursday, January 23, 2014

Abstrak Jiwa


Assalamualaikum w.b.t

Muncul dengan wajah baru. Cubaan muncul dengan wardah baru. Tetapi masih mengekalkan jiwa dan hati yang lama. Walaupun dibiarkan sepi berhari-hari, ruangan ini terus diisi. Masih adakah yang sudi bertandang ke sini?

Kenapa abstrak jiwa?

Abstrak adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada di dalam fikiran. Banyak perkara tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Mungkin adakalanya perlu diterbitkan dengan madah mata pena.

Manusia ini punya hati dan jiwa. Tetapi bukan semua punya hati dan jiwa yang sama. Jiwa-jiwa manusia sering mendambakan bahagia. Tetapi masih ramai yang mencari jiwa yang bahagia. Tidak kurang jugak yang belum temui jiwa yang bahagia.

Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Selagi nafas masih ada, selagi itu "Abstrak Jiwa" akan berkarya. Moga Allah redha.


Hami Asraff:

"Jiwa yang hebat adalah jiwa yang sentiasa ingat pada penciptaNya."