Posts

Showing posts from August, 2012

Iklan Raya Petronas Vs Iklan Raya Bernas

Image
Assalamualaikum w.b.t
Vs? Perlawanan? Oh tidak. Sengaja letak vs tu. Tak ada perlumbaan atau perbandingan pun kat sini. Dah ramai yang sudah berkongsi iklan-iklan ni. Aku pun nak la tumpang sekaki.

Iklan Raya Petronas


Kalau iklan dari Petronas memang jarang mengecewakan. Meaningful. Tapi bagi iklan 'Strangers' ni agak panjang. Lebih kepada short film. Kalau tengok iklan kat TV depa suruh tengok full version dekat Youtube. Kalau tengok iklan tu je for sure memang tak faham. So macam biasalah pengajarannya adalah 'Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Mengajar untuk memahami dan berasa bertuah hidup di negara sendiri yang serba lengkap berbanding negara-negara lain. Dengan erti kata lain, bersyukur :)

Iklan Raya Bernas



Iklan ini paling mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Semua terkesan dengan watak lakonan Ahmad dan Fizi tu. Thumbs up untuk Bernas. Kadang-kadang kita meraih senang-lenangnya dalam menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta. Tetapi ma…

Sultan Kelantan Yang Zuhud Dan Berjiwa Rakyat

Image
Assalamualaikum w.b.t

Zuhud: Ar (bkn seseorang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; berzuhud mengamalkan sifat. zuhud: perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya.
Sumber: Di sini
Aku terjumpa satu post yang dikongsi di Facebook. Jadi aku cuba berkongsi di sini pulak. Perkara baik perlu dikongsi bersama. Moga manfaat itu kita sama-sama dapat.




Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:
Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat. Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.
Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersol…

Ibubapa Borek, Anak-anak Rintik

Image
Assalamualaikum w.b.t
"Didiklah anak-anakmu bersembahyang sejak berumur 7 tahun..." 
Sebuah lagu terngiang-ngiang di kepala. Tak ingat lagu siapa. Nasyid kot. Aku Google tak jumpa pulak. Tak apalah. Aku menambah pulak,
"...dan rotanlah anakmu jika tidak solat ketika berumur 10 tahun."
Kan?
Dalam Islam dah pun anjurkan perkara ni. Penerapan dan asuhan agama itu cantik sekali. Islam suruh umatnya alert tentang agama sejak dari kecil. Bimbing, asuh, didik, suap, ajar sejak dari kecil. Sebab itulah munculnya sebuah pepatah Melayu hebat yang tetap tumbuh segar di minda dan jiwa manusia,
"Lenturlah buluh biar dari rebungnya."
Rebung boleh dibuat makan. Menjadi sayur. Bila dah mula membesar jadi buluh, nescaya memang tak boleh dilentur. Tiada cara lain, perlu ditebang sahaja. Tapi buluh dah tak boleh makan. Hanya boleh dijadikan cover untuk dibuat lemang, sebagai juadah santapan Aidilfitri tidak lama lagi. Tak pun boleh dibuat meriam buluh. (Mula menghampiri zon …

Nasihat Yang Sering Disalahertikan

Image
Assalamualaikum w.b.t
Ini entri sepantas supersonik. Ya spontan. Jadi aku taip laju-laju. Diyakini apabila aku melembabkan penaipan aku, ditakuti idea-idea bersepah merata-rata.
Mukadimah tak boleh belah.
"Eleh time Ramadhan, semua nak tunjuk baik. Post-post yang Islamik kononnya. Piraahh. Padahal lepas Ramadhan entah pi ke mana."
Amboi lancangnya mulut anda. Nasib baik aku tak terasa. Okey kalau ye pun aku terasa dan ayat atas ditujukan kepada aku, jadi aku nak membalaslah begini:
"Ya saudara yang budiman, tidak pada bulan Ramadhan sahaja saya mengepost status-status berbentuk Islamik dan yang baik-baik. Dah lama dah saya berbuat begini. Apa tidak percaya? Oh ada caranya. Apa kata anda cuba khatam semua entri-entri ni blog saya check semua status di Twitter dan Facebook dan seterusnya anda bersuara. Boleh?"
Hehe. Sangat tragis dan sadis. Bagi sesetengah orang begitulah. Tak puas hati adalah makanan harian. Bila letak status-status nasihat mulalah pelbagai tohmaha…

Kita Melihat Yang Banyak Sehingga Kita Terlupa Yang Sedikit

Image
Assalamualaikum w.b.t
Ramadhan. Bulan kepanasan. Bila tengahari, bantal dan tilam sentiasa berlegar di minda. Indahnya imaginasi itu. Apabila keinginan itu berjaya direalisasikan, memang itu adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Oh dunia! Akan aku sematkan semua moment-moment indah itu dilayar memori. Tidak akan ku biarkan semuanya berlalu begitu sahaja. Tidak akan...
*lagu Spongebob dimainkan
Okey sudah cukup cukup sudah. Cukuplah berfantasi di siang hari tu. Mari berdepan dengan realiti. Tapi memang best pun kan bila saat-saat di atas disemai dengan jayanya. Pernah tak kita bila penat yang amat sangat, balik rumah terus membuat terjunan tiruk ke atas tilam kita? Oh jangan kata tak pernah. Nescaya sesiapa yang kata tidak pernah itu adalah tergolong di kalangan mereka yang menipu sunat di Bulan Ramadhan.
Bila dah boleh landing tu mulalah berlaku monolog dalaman:
"Rileks la sat. Satgi la pi buat qheja tu. Nak kalut pi mana." (Kedah version)
"Rileks la kejap. Kej…