Posts

Showing posts from June, 2012

Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang

Image
Assalamualaikum w.b.t



Golek ke kiri. Golek ke kanan. Bangun. Tidur. Baca doa tidur. Baca 3-Qul. Selawat. Semua dah cuba. Tetapi masih tidak berjaya memejam mata. Insomnia aku ni kadang-kadang tak sekata. Kadang-kadang datang tanpa dipinta. Entahlah. Dah pun terai beberapa petua untuk senang tidur. Berjaya juga. Tapi bertahannya tak lama. Dah pun meluahkan perasaan dalam entri Aku Seorang Insomnia ni.
Aku buka lampu tidur. On laptop dan menaiplah sesuatu. Masa nak menaip ni baru teringat sesuatu. Salah satu kaedah untuk mententeramkan jiwa dan minda. Ya lah kadang-kadang kita tak dapat tidur ni sebab minda tak tenang. Jiwa tak tenteram. Dok pikiaq banyak sangat. Mau la tak bikin jiwa ribut dan serabut.
Jadi ubatnya adalah Zikirullah.
Alaa, banyak sangat kat Youtube. Cuma perlukan kerajinan mencari ja. Dan aku memang sungguh tertawan dengan alunan Zikirullah Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Syahdu, sedap, meruntun jiwa. Tak percaya? Sila dengar di bawah.



Amacam? Sedap gila kan? Maksud aku pen…

Tutorial Cara Pasang Fungsi Threaded Comment di Blogspot

Image
Assalamualaikum w.b.t

Aku ada tengok segelintir blog yang entrinya boleh reply komen. Ya dulu memang aku ada buat. Tapi bila reply komen, komen tu tak berada di bawah komen yang direply tu. Tetapi setiap komen yang direply untuk komen akan berada di bawah sekali di antara komen-komen yang ada. Entah-entah korang faham ke tak la apa yang aku cakap ni.
Nak lagi mudah faham, apa kata klik di entri ni: LINK
Tengok ruangan komen tu. Kita reply komen orang, akan ada di bawah komen yang direply tu. Kebanyakan blogspot tak ada keistimewaan ni. So aku pun cuba dan terus mencuba la cari tutorial ni. Dah akhirnya berjaya. Sekalung tahniah untuk aku. Hahaha!
Jadi untuk sesiapa yang teringin jugak nak buat, kat bawah ni la stepnya. Tapi agak panjang. Jadi kena ikut step betul-betul supaya tak tersalah langkah.


STEP 1
Log in dashboard--> Template --> Edit HTML --> Proceed.


STEP 2
Seterusnya tick "Expand Widget Templates"


STEP 3
Dengan menggunakan keyboard, tekan "Ctrl+F" car…

Hami Asraff dan Hilal Asyraf ni adik-beradik ke?

Assalamualaikum w.b.t
Ramai yang bertanya. Jadi aku terpaksa jawablah. Bukan apanya, bila jawab sorang, esoknya tanya lagi. Lotih den nak jawab. Bajet se-famous Hilal Asyraf orang nak bertanya bertali-arus. Makanya aku jawab bagi pihak Hilal Asyraf sekali la ni.
Hilal Asyraf
Nama yang tidak asing lagi di dunia maya mahu pun dunia nyata yang terang tang tang. Sapa tak kenai mamat ni? Rasanya ramai yang kenal dan makin dikenali. Bahkan Tun Mahathir pun pernah tulis pasal Hilal Asyraf di blognya tentang Hukum Hudud yang dulu tu. Pandai-pandai hampa pi belek tengok.
Dia ni penulis yang berbakat besar. Dah ada banyak buku dia dekat pasaran. Aku ada juga la beli buku dia. Seorang pendakwah yang banyak guna medium Facebook untuk menyampaikan dakwahnya. Twitter ada juga. Tapi tak sekerap Facebook. Tu yang aku pasti.
Lagi? Ah, semua orang dah tau la salasilah mamat yang bernama Hilal Asyraf ni. Selebihnya korang boleh elobrate dekat aku :)

Hami Asraff
Okey siapa pulak mamat ni? Sapa ni? Sapa ni…

Allah Itu Terlalu Dekat Dengan Manusia

Image
Kita sering merasakan yang Allah itu jauh. Sebab itu kita tidak takut melakukan dosa. Allah itu terlalu dekat. Malah, sentiasa ada di setiap iringan jalan kita. Kalau dosa itu nampak seperti di langgar lori kontena yang berkelajuan sangat tinggi, pasti ramai manusia yang takut melakukan dosa. Andai pahala itu seperti guguran intan dan pertama di langit sana, pasti ramai manusia berlumba-lumba mendapatkannya.

Hami Asraff:
"Kita boleh jadi baik jika tidak mahu jadi jahat. Takuti Allah. Taat pada Allah."

Keluarga Berintegriti Jaminan Kesejahteraan Negara

Image
Assalamualaikum w.b.t
Dah kenapa tajuk tiba-tiba sungguh berbedikasi ni? Hahaha! Dengan tidak semena-mena kan berintegriti bagai. Dah macam tajuk karangan SPM nampak gayanya ni. Oh oh wait! Actually saja je la nak kupas sikit sikit tentang integriti ini walaupun bukannya pro sangat.

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.
Sumber: DI SINI
Tu kalau dari bahasa formalnyalah. Tapi kalau dari bahasa mudahnya integriti ni adalah semua aspek yang mengandungi nilai-nilai murni. Dan nilai-nilai murni yang …

Aku, Penulisan Dan Electrical Engineering

Image
Assalamualaikum w.b.t
Aku suka menulis. Rasanya dah berbelas-belas kali aku selalu mention dalam blog ni yang aku memang suka menulis. Apa tak tanya pun? Well, dalam dunia blogging ni tak perlu tunggu orang tanya pun. Hang tulis dan cerita je tanpa segan silu. Ini dinamakan Freedom Of Writing. Okey sumpah term itu adalah spontan terkeluar hasil dari penaipan ni. Freedom freedom jugak. Tapi jangan salah gunakan ke-freedom-an dalam arena penulisan ni. Hang salah tulis, naya beb!
Okey terus terang entri kali ni tiada motif. Sungguh. Aku cuma rindu nak menaip panjang-panjang. Macam dulu-dulu kala. Menyimpang dan merepek tu adalah perkara wajib dalam bidang penulisan ni. Oh ya maksud aku bidang penulisan aku sendiri. Bukan bidang penulisan secara formal tu. Nampak tak kat sini? Perenggan yang penuh dengan tidak ilmuan. Sengaja meleret-leretkan ayat. Jadi usah ditanya bagaimana boleh mengarang panjang-panjang.
Terlajak perahu boleh digostan. Terlajak menaip, apa kata teruskan. Jadi di kese…