Sesi Monolog Dalaman

Wednesday, May 30, 2012

Bolehkah Orang Melayu Yang Beragama Islam Bermain Nombor Ekor?








Assalamualaikum w.b.t

"Tak boleh. Haram!"

Itulah jawapan untuk soalan pada entri kali ni. Dengan tiba-tiba je kan? Sebab ada cerita di sebaliknya yang mahu diceriterakan kat sini. Selalu dah nampak dengan mata kepala sendiri situasi ni. Okay let's baca story aku kat bawah ni.

Hari tu pagi. Aku tak ingat hari apa. Aku tengah minum sorang-sorang kat sebuah gerai ni. Menghirup kopi panas tanpa menghiraukan khalayak ramai yang lalu lalang. Tak jauh dari meja aku ada sorang mamat ni. Dia sorang sorang tengah makan karipap. 

Tak lama selepas tu, datang la member-member dia. Dua orang. Lelaki Melayu. InsyaAllah beragama Islam. Oh ya mamat tadi pun lelaki Melayu dan insyaAllah beragama Islam juga. Di tangan member sorang ni ada surat khabar. Aku amati surat khabar yang dia pegang adalah akhbar Bahasa Tamil. Pelik. Tapi aku buat derk dan cuba berfikiran positif (kononnya) yang mamat tu pandai baca tulisan Bahasa Tamil. Tak pun beliau hanyalah tengok gambar-gambar sahaja dalam akbar berkenaan. Mungkin.

Telahan awal aku tersasar.

Kawan kepada mamat tadi menyelak ruangan yang macam agak familiar. Tak lain dan tak bukan adalah?



NOMBOR EMPAT ANGKA! Atau sinonim dengannya adalah Nombor Ekor!

Astaghfirullahalazim. Aku hanya mampu beristighfar dalam hati. Mungkin ada yang tanya kenapa aku tak tegur mereka. Oh ya? Aku lemah. Aku hanya mampu membenci di dalam hati. Aku tahu, ianya adalah selemah-lemah iman. Lantas, aku beredar dari gerai tu. 

Aku teringat kisah lama. Pernah alami situasi yang hampir serupa. 10 tahun lalu. Masa tu aku habis SPM. Aku kerja sementara kat sebuah kilang di Penang. Aku terkejut. Makcik-makcik dekat situ yang beragama Islam main nombor ekor. Siap bangga lagi bercerita tentangnya. Makcik yang dah ada anak 5 orang. MasyaAllah. Terfikir aku, takkanlah dia berbelanja duit tu dekat anak-anak? Walahu'alam.








***********





Sampai ke hari ni aku berfikir tentang hal ini. Aku tahu memang ramai orang-orang Melayu yang beragama Islam yang bermain nombor ekor tanpa rasa bersalah. Tanpa rasa berdosa pada diri. Malah yang sudah berkeluarga. Yang sudah ada anak berduyon-duyon kat rumah. Adakah itu contoh yang murni untuk anak-anak? Tak ke jadi 'Bapak Borek Anak Rintik' nanti?


Aku terjumpa persoalan dan jawapan yang menarik:

Soalan:

1. Apakah dosa bagi orang bermain nombor ekor?
2. Adakah duit yang dimenangi akan menjadi halal selepas ditukar dengan wang simpanan yang berbangsa Cina?
3. Adakah boleh jika wang berkenaan didermakan kepada anak yatim, orang susah dan digunakan membina rumah?
4. Adakah saya turut dikira berdosa dan bersubahat kerana tidak melarang mereka daripada terys hanyut dalam dunia nombor ekor?

Jawapan:

BERMAIN nombor ekor adalah salah satu bentuk perjudian yang hukumnya HARAM. Berdosa bagi orang yang terbabit dengannya. Jika menang duit itu tetap haram walaupun ia ditukar dengan duit simpanan bangsa lain yang berlainan agama.

Keadaan ini tidak mengubah hukum hakam menjadi halal. Wang daripada sumber haram jika disedekahkan atau didermakan tidak akan mendapat sebarang ganjaran dari sisi agama.

Jika kita melihat kemungkaran, adalah wajib mengubahnya sekadar termampu. Paling tidak sudah melaksanakan tanggungjawab melarang. Mudah-mudahan dengan teguran itu akan menyedarkan mereka.



Sumber: DI SINI

Boleh dikatakan kebanyakkan akhbar-akhbar tempatan pada hari ini terselit ruangan nombor ekor. Ada akhbar yang menyediakan ruangan agama, menyedarkan yang mana haram dan yang mana halal, tetapi akhbar yang sama juga menyediakan ruangan nombor ekor ini. Di manakah silapnya?

Hidup ini tidak lama. Jika kita asyik mencari benda yang salah, bila pulaknya kita mahu mencari yang betul? Banyak lagi sumber rezeki yang halal boleh digali daripada terus terusan mencari sumber rezeki yang tidak halal ini. Apa tak tahu yang main nombor ekor ini haram? Okey sekarang dah tahu kan?

Moga ada manfaat bersama.



Hami Asraff:


"Kita boleh tipu orang lain. Tetapi kita tidak boleh tipu diri sekali. Jauh sekali mahu tipu Yang Maha Ilahi."



Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday #7: Selamat Hari Cikgu








On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.




 

Saturday, May 12, 2012

Laaa... Bukannya Susah Pun Nak Solat!




Assalamualaikum w.b.t

Jumpa lagi. Walaupun amat jarang kini. Sudahkah anda solat? Belum? Apa malas? Jangan malas. Sebab solat hanya memerlukan 5 langkah mudah.








Amacam tersangat mudah kan? Jadi awat yang dok malas nak solat sangat pasai pa? Jagalah solat walaupun di mana anda berada.

Kalau 6 jam kita boleh berfacebooking, takkan 6 minit kita tak boleh solat? Kalau 6 jam kita boleh bertweeting, takkan 6 minit kita tak boleh solat?

Apabila masuk waktu solat, tinggalkan urusan dunia sebentar. Segerakanlah menunaikan solat. Jangan beralasan lagi. Mati itu tidak mengenal usia.

Moga ada manfaat bersama.


Hami Asraff:


"Apa erti kejayaan dunia, andai solat entah ke mana."