Tuesday, March 27, 2012

Lumrah Kehidupan: Manusia Datang Dan Pergi Dalam Hidup Ini







Assalamualaikum w.b.t

Mendongak ke langit. Memerhati alam sekeliling. Membuang pandangan kosong. Keadaan tampak berbeza. Semuanya bertukar serta-merta. Cepatnya keadaan berubah. Pantasnya masa berlalu. Lajunya manusia mengalami perubahan. Sedarlah, ini yang dinamakan kehidupan.

Apabila menyorot kembali rentetan hidup yang telah berlalu pergi, akan terbit rasa sayu di hati. Sekilas rasa gembira yang banyak sekali. Disilih gantikan dengan pelbagai rasa yang bercampur aduk menjadi satu. Sedih, kecewa, suka, duka, terharu, terkilan, rawan dan segalanya. Unik sungguh punya rasa-rasa ini semua. Semuanya berkumpul dalam membentuk rasa. Menyedarkan yang kita hanyalah manusia biasa yang kerdil dari pandanganNYA.

Dari bangku sekolah kita punya rakan-rakan seangkatan. Apabila memasuki sekolah menengah rakan-rakan lain pulak kita temui. Apabila tamat sekolah rasa seperti hilang rakan-rakan apabila memasuki alam Universiti. Di Universiti kembangan rakan-rakan itu lebih meluas. Pelbagai rakan segenap inci negeri ditemui. Tak kurang juga yang mencari buah hati di sini. Dan fasa kehidupan diteruskan apabila memasuki alam kerjaya. Sekali lagi kita dihadapkan dengan manusia-manusia yang baru. Dan pada klimaksnya alam perkahwinan.

Selama kita melalui seperti yang diutarakan di atas sudah berapa ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita? Mesti ramai bukan? Dalam ramai-ramai akan muncul seorang dua yang masih setia menemani hari-hari yang layak digelar sebagai sahabat sejati. Sahabat sejati itu akan ada walaupun tidak sentiasa hadir di mata. Mereka pasti ada di saat kita perlukan mereka. Jika tiada pun tidak mengapa. Terima sahaja.




Kadang-kadang ada yang bersedih memikirkan hal ini. Tak perlu bersedih. Terimalah aturan Allah ini dengan tenang sekali. Setiap orang punya kehidupan yang telah direncanakan Allah untuknya. Bergantung bagaimana pengendalian dalam usaha untuk teruskan hidup. 

Tidak perlu bersedih andai mereka hilang ataupun lari dari hidup anda. Belajarlah terima hakikat yang di mana inilah kehidupan. Belajar jangan mengongkong kehidupan orang lain. Manusia punya hak dan keputusan untuk lakukan apa sahaja yang terbaik dalam hidupnya. Begitu juga kita bukan? Makanya itulah keadilan yang Allah sudah berikan pada kita.

Manusia akan terus datang dan pergi dalam hidup kita. Kita juga akan terus datang dan pergi dalam hidup orang lain. Apa yang perlu kita sematkan di hati dan fikiran ialah, berbaik dan berbaktilah dengan semua orang. Berbaik dan berbaktilah kepada semua orang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ada hikmah di setiap pemergiaan manusia yang pernah hadir dan pergi dalam hidup kita. InsyaAllah satu hari kita akan temui hikmahnya.

Ingat, andai semuanya pergi dalam hidup kita, sekurang-kurangnya kita masih punya keluarga yang tetap menyayangi dan kita akan temui jodoh untuk terus layari bahtera perkahwinan sehingga akhir hayat. Andai sudah mendirikan rumah tangga, jagalah ikatan itu sehingga hari muka. Moga kita semua terus berbahagia. Senyum dan terima segalanya :)



Wassalam.

Hami Asraff:

"Jangan menoleh pada kehidupan yang lalu. Fokus pada kehidupan yang mendatang. Hadapi dengan cekal."



Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday #6: Kadangkala Perlu Fikir Sampai Di Luar Kotak





On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. 



Wednesday, March 7, 2012

Kadangkala Tak Semua Perkara Perlu Diperbahaskan







Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar pencinta dunia dan akhirat sekalian?

Manusia makhluk yang bijak. Ye lah kita semua makhluk yang bijak-bijak belaka. Manusia akan terus mengkaji, menganalisa, mengupas, membongkar, menyelinap seribu satu persoalan dengan harapan membuahkan hasil yang membanggakan. Dengan harapan dapat menyingkap pelbagai tanda tanya di dalam diri.

Maka, perbincangan telah berlaku. Kadangkala perbincangan yang baik berlarutan sehingga membawa kepada perbalahan yang tidak sihat. Perbalahan kepada ingin menegakkan benang yang basah. Masing-masing tidak mahu kalah. Bersikap mempertahankan diri itu ada. Egois juga turut serta. Lantaklah! Janji aku rasa aku betul.

Jadi mari aku bawakan sebuah kisah ringkas yang aku rasa rata-rata orang pernah dengar ataupun bacanya.





***********




Dua orang pemuda berdebat sesama mereka di sebuah warung kecil di tepi jalan. Perbincangan mereka ialah tentang telur dan ayam; mana yang wujud dahulu.

"Tentulah telur ayam, barulah menetas jadi anak ayam dan seterusnya jadi ibu ayam."

"Dari mana datangnya telur kalau tiada ibu ayam? Jadi, tentulah ibu ayam yang wujud dahulu, barulah dia bertelur."

"Ish, tak logik! Habis tu dari mana datangnya ibu ayam itu? Mesti dari telur jugak kan?"

Pakcik tua pemilik warung mencelah perbincangan mereka. Niatnya hanya ingin meleraikan yang kusut.

"Apalah yang kamu bertekak ni. Cuba tanya pakcik yang terlebih dahulu makan garam ni."

"Haa... Yang mana wujud dahulu pakcik, telur atau ayam?"

Jawab pakcik itu: "Pakcik tidak pastilah telur atau ayam, tetapi yang pastinya, semuanya Allah yang wujudkan."




************



Amacam? Tersentap tak dengan jawapan pakcik tu?

Kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak perlu terlalu fikirkan apa yang tidak sepatutnya kita fikir. Kadangkala dalam hidup ini kita kena belajar untuk menerima ianya memang telah sediakala begitu. Memang itu adalah aturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Sudah takdirnya begitu. Bukan apa, kita terus mengupas, berbalah, tiada kesudahan. Yang ada cuma emosi dan marah-marah. Untuk apa? Tiada manfaat bukan?

Pengajaran: Yang pasti Allah telah sedia wujud, tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Kita hanya makhluk, merupakan ciptaanNya yang semestinya muncul kemudian, ada awal dan akhirnya.

Moga ada manfaat bersama. Wassalam.


Hami Asraff:

"Seriuslah dalam membuat ibadat. Seriuslah dalam membuat persediaan menuju ke akhirat."


Saturday, March 3, 2012

Allah Tahu Segalanya





Assalamualaikum w.b.t

Kalau ada yang perasan dekat entri-entri aku terdahulu (untuk sesiapa yang bacalah), aku ada share lagu-lagu yang aku rasa best, memberi inspirasi dan pedoman di saat kita memerlukan.

Aku terjumpa lagu yang aku rasa bagus untuk dikongsi. Lirik yang bagus.

Allah Knows - Zain Bhika

When you feel all alone in this world
 And there's nobody to count your tears
 Just remember, no matter where you are
 Allah knows
 Allah knows


 When you carrying a monster load
 And you wonder how far you can go 
With every step on that road that you take
 Allah knows
 Allah knows


 CHORUS
 No matter what, inside or out
 There's one thing of which there's no doubt
 Allah knows
 Allah knows
 And whatever lies in the heavens and the earth 
Every star in this whole universe
 Allah knows
 Allah knows


 When you find that special someone
 Feel your whole life has barely begun
 You can walk on the moon, shout it to everyone
 Allah knows
 Allah knows


 When you gaze with love in your eyes
 Catch a glimpse of paradise 
And you see your child take the first breath of life
 Allah knows
 Allah knows


 CHORUS
 When you lose someone close to your heart
 See your whole world fall apart
 And you try to go on but it seems so hard
 Allah knows
 Allah knows


 You see we all have a path to choose
 Through the valleys and hills we go
 With the ups and the downs, never fret never frown
 Allah knows
 Allah knows


 CHORUS (x2)
 BRIDGE:
 Every grain of sand,
 In every desert land, He knows.
 Every shade of palm, Every closed hand, He knows.
 Every sparkling tear, On every eyelash, He knows.
 Every thought I have, And every word I share, He knows.
 Allah knows





Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Perancangan Allah itu terlalu sempurna sehingga tidak terjangkau dek akal dan minda. Bila kita sudah mendapatkannya baru kita tersentak, tersedar, lantas mengucapkan alhamdulillah :)


Hami Asraff:

"Masih belum terlambat untuk memperbaiki kelemahan yang ada."


Thursday, March 1, 2012

Kasih Sayang Haiwan



Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya entri ini adalah untuk kelmarin (Rabu, 29 Februari 2012) yang sangat berpatutan dengan Wordless Wednesday. Orang Kedah panggil kelmarin itu adalah semalam. Jika kelmarin orang Kedah panggil kelmarin dulu. Tak tau la siapa yang reka term-term ni. Turun temurun. Zaman berzaman.

Aku terjumpa gambar di bawah ni setelah menyusuri arus Google image. Sekali tengok, terus tersenyum. Jom senyum sama-sama.


"Saya akan tetap menyayangi awak walaupun awak seekor kucin'. Ini janji saya"


Haha serius cute.

Tapi tertanya juga. Adakah pelukan sang kucin' itu terdorong dengan 'kasih sayang mereka' sendiri ataupun ada orang yang letak tangan kucin' tu supaya peluk kucin' satu lagi? 

Berfikir.

Apa pun haiwan juga punya kasih sayang sesama mereka. Kita manusia ni kadangkala hilang kewarasan. Kasih sayang sesama manusia kadang-kadang tidak ada. Kejam itu senantiasa. Entah kenapa aku sendiri tak tahu. Sifat kebinatangan kadangkala ada pada diri manusia. Jika ada sifat begitu pada diri masing-masing, cubalah rasa malu sikit dengan kucin' di atas ni. Malu sikit pun jadilah.

Eh kejap. Aku cakap tangan kucin' ye kat atas tadi? Maksud aku yang depan tu kaki la. Okey causinsi.

Wassalam.

Hami Asraff:

"Aku menulis apa sahaja. Aku memang suka menulis."