Wednesday, February 22, 2012

Mencuba Bangun Lagi





Aku jatuh lagi.
Entah yang ke berapa kali.
Seingat aku berkali-kali.
Makin lali dengan semua ini.

Pelbagai rasa lagi yang perlu ditempuhi.
Yang aku terima ini hanya sipi-sipi.
Yang besar itu masih menanti.

Tetap cuba positifkan diri.
Tetap teguh berdiri.
Tetap beralaskan kaki sendiri.
Di persada duniawi ini.

Doakan aku kembali.
Kembali merebut segala yang dihujani.
Untuk kesekian kali.
Aku tetap redha dengan ujian Ilahi.



[04:34am]
[22.02.12]
[Shah Alam]



Hami Asraff:
"Makin dekat kita mendekati, makin kuat kita diuji."


Friday, February 17, 2012

Cemburu Yang Dipendam







Assalamualaikum w.b.t

Menarik selimut meliputi tubuh badan. Malas. Badan seperti digam kuat dengan permukaan tilam. Bila dah nama malas, usah dipaksa berganjak dari tempat asal. Memang tidak berganjak. Ah! Kena lawan kuat kuat dengan malas ni. Kalau kau bagi muka pada'nya' memang kau akan tewas. Lemah terkulai.

Mukadimah yang bukan menunjukkan pada aku. Tapi pada kamu-kamu semua. Ye la, ye la aku sekali. Jadi mari kita muhasabah diri sama-sama.



*senyap sunyi seketika*



Okey dah cukup muhasabah diri tu baru hampa semua boleh sambung baca entri ini. Aku nak bercerita mengenai cemburu, jealous, envy dan yang sekutu di atas kepala dengannya. Bila aku sebut cemburu masing-masing dok pikiaq dalam kepala cemburu dengan sang kekasih, jealous dengan sang kekasih, envy dengan sang kekasih. Apa la hampa ni. Cuba la pikiaq jauh dari ruang lingkup tu sikit.

Jadi aku tak mahu fokus sangat tentang cemburu dengan kekasih tidak halal tu. Apa yang aku nak cerita ni lebih kepada cemburu yang baik. Cemburu yang dipendam :)

Ada pulak la kan cemburu yang dipendam. Aku terspontan mencipta cemburu yang dipendam ni. Memandai-mandai. Itulah aku. Bab-bab tambah imbuhan, mengada-adakan ayat yang tidak sepatutnya tu memang cukup terer. Terer yang membawa kepada hancurnya bahasa. Harap kalian maafkan aku.

Setiap daripada kita ni tak boleh terlepaslah dari hadirnya rasa cemburu di benak hati dan minda. Sampai sekarang aku masih tak tahu cemburu itu hadir dari mana. Hati ke minda? Yang tau ia hadir dengan tiba-tiba. Ya kan? Oh sungguh subjektif jika mahu mengupas akan kehadiran rasa cemburu ni. Ada masa, kita cari di mana puncanya. Sekarang nak bercerita benda lain.

Bila orang tu lebih sikit dari kita in term of pelajaran misalnya, mulalah sesi monolog dalaman berlaku.

"Dia tu pandai dari aku. Tengok tak la study sangat pun. Tapi keluar result mesti highest. Oh cemburunya daku!"

Cemburu itu dipendam.

Apabila kenalan atau sahabat kita dapat isteri cantik.

"Perghh comel gila bini dia weh. Haih, dia biasa-biasa je. Cemburu gila kot!"

(Kalau perempuan, pandai-pandailah ubah ayat di atas kepada dapat suami yang hensem la ye)

Cemburu itu dipendam lagi.

Kejayaan kerjaya sahabat handai dan rakan raulan.


"Dia dah la kerja besar, kereta besar, rumah besar. Huih ni jeles aku pun besar jugak ni!"

Cemburu itu dipendam lagi dan lagi.



*********



Okey tarik nafas, hembus. (ulang 4x)

Sebagai manusia biasa, gejala itu adalah perkara biasa. Perasaan cemburu itu akan tumbuh juga walaupun dielak dengan jayanya. Cubalah elak macam mana pun pasti akan ada juga walaupun sekelumit kuman. Dari sekelumit kuman, tumbuh menjadi bakteria, dan makin membesar tumbuh hitam di pinggir hati. Lepas tu mulalah rasa iri hati dan hasad dengki. Okey jangan begitu.

Cemburu bersifat positif itu tidak ada salahnya. Malah digalakkan. Kekalkan rasa cemburu yang positif dengan tujuan menjadi pemangkin semangat untuk terus maju, berbudaya saing. Baru betul dengan rasa cemburu yang dipendam tu. Jadi tak ada salahnya untuk rasa cemburu itu. Tapi sikit-sikit sudah. Dan kalau rasa terfikir negatif, cepat-cepat positifkan diri. Ubah mindset. Boleh? Boleh kalau kita mahu.


Jodoh, maut, rezeki, qada dan qadar tu adalah tetapan Allah. Semua orang tahu rasanya. Tetapi setakat tahu saja tak cukup. Kena yakin dengan seyakinnya. Mungkin lambat sedikit dengan orang lain itu tidak bermakna kita lemah, kita tidak hebat, kita tidak beruntung. Allah dah sedia yang terbaik untuk kita semua. Cuma kita kena terus berusaha dan berusaha tanpa putus asa. InsyaAllah, jom berusaha!

Wassalam.

Hami Asraff:


"Kita perlu melihat sesuatu itu daripada pandangan orang lain sama. Kadangkala dari pandangan orang akan nampak apa yang kita tidak nampak."



Sunday, February 12, 2012

Mimpi Menongkah Awan Di Langit





Assalamualaikum w.b.t

"Tidak salah untuk bermimpi. Sekurang-kurangnya kita yakin setiap daripada kita punya impian yang tinggi untuk dilestari."

Bermimpi di siang hari. Menyemai angan-angan yang tinggi. Kalau boleh mahu menggapai awan di langit. Menongkah atmosfera bumi. Mengejar bintang di kejauhan. Jika tidak dapat bintang, mungkin boleh mendarat di bulan.

Fantasi sungguh bila bermimpi. Nama pun bermimpi. Jadi pilihlah jalan cerita yang mana satu untuk dibawa ke alam mimpi. Jika ada kelebihan memilih begitu, alangkah indahnya. Mahu saja bermimpi kahwin anak raja misalnya. Ah, cukup-cukuplah dengan mimpi tu. Kejut. Bangun. Dari mimpi.


23 Januari 2012, (3:00 pagi)

Tersentak dari tidur. Terasa seperti kepenatan. Tercunggap-cunggap. Aku bermimpi apa tadi? Aneh. Tak pernah rasa mimpi begitu.

Lantas aku capai telefon bimbit dan aku taip sesuatu;

"Jauh di atas langit. Di atas kepulan awan. Melihat ke bawah. Gayat. Sayup-sayup kelihatan. Sangat tinggi. Beribu-ribu kaki barangkali. Seperti dengan seseorang di atas sana. Tetapi tidak kelihatan orangnya. Di depan ada jalan yang agak lebar. Juga dilitupi awan tebal. Merentasi jalan ada sebuah destinasi yang samar bayangan. Terjaga dari mimpi yang mendebarkan."



Pertama kali dapat mimpi sebegitu. Cepat-cepat tulis sementelah ianya masih segar dalam ingatan. Aku fikir ianya cuma mainan tidur. Seperti manusia lain berfikiran. Begitu senang. Tidak terus menjadi tanda tanya dalam diri. Jadi siapa kata kita tidak mampu bermimpi menongkah awan di langit? Telah dibuktikan aku. Di dalam mimpi. Jadilah.

Mimpi itu angan-angan. Kadangkala mimpi boleh jadi kenyataan. Bergantung bagaimana mimpi yang dicanangkan. Juga bagaimana ikhtiar kita dalam merealisasikan mimpi berkenaan. Semua orang berhak untuk bermimpi. Pilihlah mimpi anda untuk dilestarikan. Moga berjaya hendaknya.

Aku tinggalkan kalian dengan dendangan lagu dari Asmidar, Biar Sampai Ke Bintang. Agak tertarik dengan lirik lagu ini.

"Jangan resah ini takdir. Tuhan mendengarnya. Untuk membawa mimpi-mimpi kita."



Wassalam.

Hami Asraff:

"Hidup, kena belajar berdepan dengan realiti yang penuh dengan teka-teki. Itulah permainan duniawi."


Tuesday, February 7, 2012

Cerita Pendek Mengenai Ahad



Assalamualaikum w.b.t

Pagi-pagi aku dan ibu selalu tengok 'Tanyalah Ustaz' di TV9. Pagi ni tajuk pengisian, 'Uswah Hasanah'. Contoh teladan yang baik. Disampaikan oleh Dato' Hassan Din.

Tertarik pada salah satu pengisiannya. Beliau menceritakan bagaimana Bilal Bin Rabah diseksa apabila dibaringkan di atas padang pasir ketika bahang panas matahari. Diletakkan batu besar di atas dadanya. Tetapi iman dan takwanya tetap utuh dan menyebut kalimah:

Allah, Allah, Allah, ..... Ahad, Ahad, Ahad...

Ahad = Tuhan yang satu.

Dato' Hassan Din menambah lagi.

"Orang kita sekarang ni terbaring atas katil sambil peluk bantal peluk. Bila isteri kejut subuh..."

"Abang bangun bang, subuh!"

Si suami membalas,

"Ahad, Ahad, Ahad..."

Ahad = Hari cuti. Hari nak berehat.

Hahaha aku dan ibuku tergelak di situ. Kelakar. Tetapi memang ada kebenarannya. Jika berkesempatan, tengoklah 'Tanyalah Ustaz' ni. Bagus juga mengisi ruang pagi dalam mengutip ilmu Allah.


Hami Asraff:

"Allah senantiasa memberi peluang untuk dekatkan diri kita padaNya. Cuma kita sahaja jarang memberi peluang dekatkan diri pada Allah."


Sunday, February 5, 2012

Kemuliaan Akhlak Nabi Muhammad SAW Yang Patut Dicontohi


Assalamualaikum w.b.t

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah. Aku tertarik pada satu kisah teladan Nabi teragung kita, Nabi Muhammad SAW. Memang banyak kisah teladan yang dapat dicontohi oleh baginda. Tapi aku mahu berkongsi kisah teladan yang satu ini. Mungkin ada yang pernah membaca atau terdengar di mana-mana tentang kisah teladan ini. Mungkin juga ada yang belum pernah baca. Jadi sama-samalah kita membacanya di bawah:




*********






Alkisah, hiduplah di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari ia lalui dengan selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. 

Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam melakukannya hingga menjelang Baginda Sallallahu’alaihi wasallam wafat. Setelah kewafatan Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta tersebut. 

Suatu hari Abu Bakar, Radi-Allahu anhu, as-Siddiq berkunjung ke rumah anaknya Aisyah Radi-Allahu anha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah Radi-Allahu anha menjawab pertanyaan ayahandanya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah itu wahai anakku?”,tanya Abu Bakar Radi-Allahu anhu. Maka Aisyah Radi-Allahu anha menjawap, “Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta yang berada di sana”, kata Aisyah Radi-Allahu anha. 

Keesokan harinya, Abu Bakar Radi-Allahu anhu membawakan makanan dan menemui pengemis Yahudi buta tersebut. Pengemis Yahudi buta ini selalu berteriak-teriak dan berkata kepada orang yang mendekatinya. Abu Bakar Radi-Allahu anhu pun hairan, kenapa Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam memberi makan kepada orang yang menghinanya setiap hari.

“Wahai saudaraku..janganlah kalian mendekati Muhammad. Jangan sampai kalian terpedaya dengan tipu dayanya. Dia itu orang gila. Tukang sihir. Suka menyebarkan fitnah dengan agama barunya..!!” Kata-kata ini selalu meluncur dari mulutnya tiada henti setiap hari. Perkataan yang buruk yang merendahkan seorang nabi. 

Sampai sahaja Abu Bakar Radi-Allahu anhu di hadapan pengemis itu lantas memberikan makanan, pengemis itu mengherdik, “Siapa kau..!!” “Aku adalah orang yang setiap hari memberi makan kamu..” 

Abu Bakar Radi-Allahu anhu meyakinkan bahawa beliau adalah orang yang setiap hari memberikan ia makanan. Akan tetapi pengemis Yahudi buta itu tidak percaya kerana orang yang selalu memberinya makanan jauh lebih lembut dan lebih sabar dalam menyuapinya. 

“Bukan..kamu bukan orang yang setiap hari memberiku makan..! Apabila dia kesini, aku tidak pernah kesusahan memegang makananku, aku juga tidak susah untuk memakannya bahkan dia telah meluembutkan makananku sebelum masuk ke mulutku..” 

Dengan linangan air mata kerana terharu mendengar akhlak dari Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam. Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam selalu memberi makan dan menyuapi mulut dari orang yang setiap hari kata dari mulut itu hanyalah ucapan kotor dan hina yang merendahkan dan melecehkan diri-Nya. Ucapan kotor dan umpatan dibalas dengan suapan makanan dengan kasih sayang. Allahu Akhbar! 

Kemudian Abu Bakar Radi-Allahu anhu menjawab “Aku memang bukan orang yang setiap hari memberimu makan. Akan tetapi, Beliau tidak akan datang lagi ke sini untuk memberimu makan..” 

Mendengar hal itu, pengemis itu menangis dan berkata. “Apa salahku sehingga dia sudah tidak mahu menemuiku lagi? Sampaikan permintaan maafku sehingga dia mahu mendatangiku lagi..” 

“Beliau sudah meninggalkan dunia ini dan akulah yang akan menggantikan Beliau. Aku adalah Abu Bakar Radi-Allahu anhu sahabat Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam. Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam adalah orang yang setiap hari menyuapimu..” 

Seketika itu juga linangan air mata pengemis Yahudi buta makin deras membasahi pipinya lantas dia menyesal kerana orang yang selama ini diumpat dan dilecehkan harga dirinya adalah orang yang setiap hari dengan sabar menyuapinya. Saat itu juga, pengemis itu mengucapkan dua kalimat Syahadah dan masuk Islam di hadapan Abu Bakar Radi-Allahu anhu. 




*********






Dari cerita ini, jelas sudah betapa tingginya akhlak Nabi Sallallahu’alaihi wasallam. Beliau tidak pernah membenci orang yang mengumpatnya. Bahkan Nabi Sallallahu’alaihi wasallam tidak pernah membenci orang Yahudi atau Nasrani. Jika mahu dibanding dengan kita memang tidak terbanding.

Kita ni pula saling kutuk-mengutuk dan mengumpat saudara seIslam kita hanya disebabkan beberapa perkara remeh berlaku. MasyaAllah. Moga kita masih diberi kesempatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah kita semua mampu jika kita senantiasa berusaha ke arah itu. Mari terus berusaha!


Hami Asraff:

"Rupa paras yang elok tidak menjamin apa-apa jika akhlakmu tidak seelok rupa parasmu. Rupa paras yang cantik bukan jaminan jika agama diketepikan."



Friday, February 3, 2012

Anda Di Mata Orang Lain







Assalamualaikum w.b.t

Terima sebuah cerita di kantung email. Sebuah kisah pedoman yang sangat bagus rasanya untuk aku berkongsi bersama di sini. Baca di bawah dulu. Nanti aku ulas.



***********




Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.



***********



Ulasan Aku

Setiap daripada kita pernah mengalami jatuh bangun. Malah ditimpa dengan kesulitan yang amat sangat. Sehingga dirasakan diri useless, tak berdaya, sampah dan berbagai lagi. Seperti merelakan mati daripada terus hidup.

Mengucap panjang-panjang. Fikirkan kembali. Hidup kita memang perlukan Allah. Tanpa Allah, hidup kita akan terus terumbang-ambing. Ujian Dan Manusia Itu Ibarat Satu. Dan yakinilah bahawasanya Ujian Hidup Aku, Kamu Dan Mereka Tidak Pernah Sama. 

Manusia memang akan sentiasa buat dosa. Jika sedari yang kita buat dosa, lekas-lekas bertaubat. Seteruk-teruknya kita, belajarlah hargai diri sendiri. Terus berdiri teguh dan yakin pada diri. 




Wassalam.

Hami Asraff:

"Belajar untuk menerima diri sendiri seadanya. Belajar memaafkan diri sendiri. Dari situ kita akan lebih memahami hakikat hidup."