Sesi Monolog Dalaman

Thursday, January 26, 2012

Pernah Kita Terfikir Yang Kita Akan Mati Esok Hari?







Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kalian semua? Makin rajin mengemaskini blog. Kalau betul-betul free memang no hal. Yang sering menjadi hal adalah apabila untuk mencari free berkenaan. Ingat free nak cari free? Okey merepek. Mukadimah merepek kadang-kadang adalah bakat terpendam aku. Apa kamu juga? Baik, mari berkongsi kemerepekkan bersama. Merepek, semua orang berbakat. 

Okey cukup. Mari kembali pada landasan yang benar.

Hari tu. Dah lama. Tahun lepas. Aku sedang study dengan seorang sahabat di fakulti aku. Samad (bukan nama sebenar) namanya. Agak tekun study. Study untuk Final Exam rasanya. Dalam keasyikan dan kekusyukan study, tiba-tiba Samad memecah kesunyian dengan menanya sebuah soalan.


"Kita ni study, agak-agak ada masa depan yang cerah tak?"

Amboi soalan Samad. Aku berfikir sebentar. Sejurus aku menjawab.


"InsyaAllah ada. Ni yang kita study ni untuk masa depan yang cerah la."

Pergh jawapan aku. Harap jawapan yang selamat. Jawapan yang memuaskan hati Samad. Menunggu respon daripada beliau.

"Kadang-kadang risau dan runsing juga. Entah boleh ke tidak jadi Engineer ni."


Samad menambah tutur kata.


"Alaa beb, ada punyalah rezeki kita. Jangan risaulah!"

Balas spontan aku. Konon tak risau. Padahal risau juga. Mestilah risau juga. Tapi aku percaya kalau usaha pasti dapat. Beliau mengangguk sahaja. Dan meneruskan ketekunan kembali.

Sejurus giliran aku pulak membuka persoalan.


"Hmmm, kita ni asyik berfikir, risau dan runsing dok pikir masa depan yang cerah je. Pernah tak sekali kita terfikir yang kita akan mati esok hari?"

Samad diam. Aku pun diam. Tak sangka pulak aku boleh tanya soalan macam tu.

"Eh, ha'ahlah."


Balas pendek Samad.




***********





Persoalan tadi tidak hanya terhenti di situ. Wah dah macam lagu Asfan. Eh tapi bukankah lagu Asfan, Terhenti Di Sini? Okey tak payah layan sangat aku ni.

Walaupun aku tak dapat tidur malam, aku akan cuba merebahkan kepala di tilam juga. Apabila telah pun bermula sesi rebahan, seperti biasa aku akan berfikir. Banyak. Dari satu topik ke satu topik. Berangkai-rangkai. Tak mahu berfikir sebenarnya. Tetapi semuanya seperti datang sendiri. Dan aku dapat kenal pasti ini adalah salah satu faktor kenapa aku tidak dapat tidur malam. Sadis. (-_-")

Jadi fikiran aku menular pada sebuah persoalan yang aku rasa kecut perut. Gerun.

"Ya Allah, andai ini tidurku yang terakhir, cukupkah amalan-amalanku selama ini untuk bertemuMU?" :(


Rasa kecut perut itu adalah kerana aku seperti tidak membuat persediaan menghadapi mati. Rasa gerun itu berpunca dari adakah cukup amalan-amalanku selama ini?

Astaghfirullahalazim... "Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung"

Mari kita fikir dan renung kembali. Semuanya. Tanya pada diri. Adakah kita tiap-tiap hari membuat persediaan menghadapi mati? Adakah kita tiap-tiap hari teringat yang kita akan mati? Adakah tiap-tiap hari kita akan berfikir adakah hari ini adalah hari terakhir kita hidup di muka bumi Allah ini?

Terus terang aku katakan. Aku tidak fikir. Hanya sekilas dua sahaja. Betapa jahilnya aku. Kita terlalu runsing memikirkan kehidupan mendatang. Kita terlalu risau akan adakah kita akan mempunyai masa depan yang cerah. MasyaAllah jahilnya kita. Alpanya kita. Teruknya kita. Hinanya kita. Jika ada yang membuat persediaan menghadapi mati hari-hari, tahniah diucapkan. Anda adalah muslim dan muslimah sejati. Kita seringkali mendengar kata-kata begini:

"Jika kita mengejar dunia, akhirat akan lari tinggalkan kita. Tetapi jika kita mengejar akhirat, dunia akan mengekori kita."





Jelaslah kehidupan akhirat itu yang paling utama yang sering kita alpa. Kita ingat bila kita susah. Bila kita senang lenang, kita lupa semuanya. Pernah menulis di entri yang berkaitan iaitu Kita Manusia Yang Berdosa dan Pedihnya Sakaratul Maut.

Again, apa yang aku tulis semua ini adalah nota diri sendiri. Mengingatkan diri sendiri dan di samping berkongsi dengan pembaca. Moga kita terus sedar akan sebuah hakikat. Hidup pasti akan mati. Moga ada manfaat bersama.

Wassalam.

Hami Asraff:


"Mati akan datang menjemput kita bila-bila masa sahaja. Jadi senantiasalah bersiap sedia selengkapnya."




Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday #5: Hidup, Mengenal Erti Bersyukur




On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Saturday, January 21, 2012

Lagu Parody Yang Bagus



Assalamualaikum w.b.t

Sebuah entri ringkas. Sebuah entri tergesa-gesa. Cuma mahu berkongsi sebuah lagu parody yang bagus. Apakah itu parody?

A parody ( /ˈpærədi/; also called send-up, spoof, pastiche or lampoon), in current usage, is an imitative work created to mock, comment on, or trivialise an original work, its subject, author, style, or some other target, by means of humorous, satiric or ironic imitation. 

Sumber: Wikipedia

Mungkin ada yang telah mendengarnya. Tapi benda baik tak salah dikongsi lagi dan lagi dan lagi. Kan? Okey liriknya amat sangatlah bagus.



Tuhan tolong lembutkan hati hamba 
Untuk mencintaiMu seadanya (selamanya) 
Kerna ku tak sanggup 
Kerna ku tak mampu 
Menghadapi siksa nerakaMU 

 Tuhan aku tahu byk dosaku 
Hanya ingatkanMu kala dukaku 
Namun hanya Kamu yang mampu membuka 
Pintu hatiku untuk cintaMu 

 Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku) 
Yang slalu dustakan janjiku 
Agar kelak ku takkan disiksa 
Kerna dosa-dosa masa lalu 

 Allah..jatuh air mataku 
Dan trus mengalir mengiringi doaku 
Allah..Yang mengampuni segala Dosa2 
Hamba yang meminta.. 

 Hanya mampu berdoa.. 
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..





Orang kita ramai yang kreatif-kreatif belaka. Alangkah indahnya jika ramai yang menyumbang kekreatifan ke arah ini. InsyaAllah kita boleh.

Hami Asraff:

"Selagi ada kebaikan walaupun sedikit, kutip, ambil dan amalkanlah"

Thursday, January 19, 2012

Antara Peristiwa Penting Sepanjang Tahun 2011 Yang Lalu



Assalamualaikum w.b.t

Rentetan sepanjang tahun 2011 ditinggalkan. Walaupun seperti sudah terlambat untuk berkongsi, tetapi mahu mengisi di sini juga. Untuk tatapan dan peringatan buat diri sendiri dan pembaca barangkali. Banyak yang mahu dicoretkan sebenarnya. Tetapi aku lakarkan beberapa peristiwa penting yang akan terus dikenang di layar memori.



1 Januari 2011

Ibuku ditimpa sakit. Terjatuh depan bilik air. Spinal compressed. Tulang belakang ibu remuk. Dimasukkan ke wad selama 4 hari dan perlu rawatan susulan selama 6 minggu. Ada diceritakan dalam entri Ujian Itu Penyembuh. Moga Ibuku Segera Sembuh. Klik pada link untuk menyusuri ke entri berkenaan.


Senyum untuk menyembunyikan kesedihan. Senyum dalam gundah.




17 April 2011

Ujian terbesar dalam hidup. Ayah tercinta di jemput Ilahi. Luluh segala semangat nan samar ketika itu. Sebuah permata hilang. Tiada galang ganti. Banyak diceritakan rentetan pemergian arwah ayah di entri blog ini. Boleh klik di ruangan Belasungkawa Ayahanda di sidebar kanan blog ini. Al-fatihah untuk ayah, Ab. Halim Bin Md. Diah.


Gambar kenangan bersama arwah ayah. Hari Raya 2010



5 Mei 2011

Ramai yang tak tahu tentang ini. Aku hanya post di Facebook aku sahaja. Mungkin ada yang tahu. Aku terjatuh. Terseliuh. Dan buat pertama kalinya ditolak naik wilcha a.k.a wheel chair ke wad oleh seorang sahabat. Nasib baik tak patah. Ambil masa 2 minggu juga nak sembuh.


Bunyi 'prak' ketika jatuh. Boleh tahan sakit.




1 September 2011

Adikku, Hami Astafi mengalami kemalangan. Pada hari raya ke-3 tahun lepas. Patah tulang bahu. Ada diceritakan di dalam entri blog ini. Klik pada entri Tragedi Dan Rahmat Syawal jika mahu membaca ceritanya.


Wajah sebenar diblur. Beliau kelihatan rock time ni.



Antara rentetan peristiwa duka sepanjang 2011. Yang dipenuhi kedukaan. Dan aku percaya, di sebalik semua kesukaran, masih ada sinar bahagia menanti di hadapan. Sentiasa yakin akan hal ini.



1 Mei 2011

Abang aku, Hami Fazli diijabkabulkan. 2 minggu setelah pemergian ayah. Sarat dengan rasa suka dan duka waktu ini. Ada tangis di dalam kegembiraan.


Pengapit untuk kali ke-2




3 September 2011

Lahir seorang insan yang diberi nama Muhammad Harith Amsyar. Anak abang aku, Hami Shaffry. Sekarang dah nak masuk 5 bulan. Rindu beliau. Dah lama tak tengok. Juga ada diceritakan di dalam entri Tragedi Dan Rahmat Syawal ini.


Beliau.


Kita sentiasa mengimpikan semua yang baik-baik belaka. Kita mahukan kegembiraan semata-mata. Kita mahukan keadaan yang harmoni dan ceria sentiasa. Tetapi tidak semua yang kita impikan bakal menjadi milik kita. Setiap yang berlaku itu bersebab. Dan takdir ALLAH itu adalah yang terbaik. Mengharap Tahun 2012 ini dihamparkan dengan rentetan yang membahagiakan. Wallahu'alam.


Wassalam.

Hami Asraff:

"ALLAH hilangkan sesuatu, ALLAH gantikan sesuatu yang lebih baik."


Wednesday, January 18, 2012

Meninggalkan Dunia Maya?






Senja kian berlabuh. Makin samar bayangan. Dada langit kemerah-merahan. Cahaya matahari senja menerobos pada sesusuk tubuh yang sejak dari tadi di situ. Berdiri terpaku di atas sebuah bukit. Mendongak langit. Membuang jauh pandangan. Fikiran menerawang jauh. Cuba mencari ketenangan. Melepaskan sebuah keluhan yang berat. Entah berapa lama menanggung.

Mendengus halus.

Bebola mata berkaca. Melihat alam saujana terbentang memukau. Menjadi bukti kekuasaan Ilahi. Memang tidak mampu disangkal lagi. Angin menampar pipi. Perlahan-lahan merasa dingin. Sejurus meresap ke dalam jiwa. Jiwa membentuk ketenangan.

Alhamdulillah. Benar. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.



*******




Assalamualaikum semua :)


Aku masih di sini. Meneruskan apa yang telah aku mulakan. Tetap meneruskan perjuangan yang bersisa. Ada yang bertanya ke mana aku menghilang. Tidak hilang. Meninggalkan seketika dunia maya. Dunia maya pada perspektif aku adalah dunia interaksi dengan manusia yang menjadikan medium internet sebagai perantara.

Dunia maya aku: Blog, Facebook, Twitter.

Tidak pernah impi jika berdiam diri, ada yang sedari. Sehingga hari ini.




Terima kasih. Aku print screen sebahagian yang bertanya. Juga ada yang bertanya di Facebook.





Terima kasih. Aku belajar sesuatu tentang ini. Kehidupan manusia sangat mempengaruhi kehidupan manusia lain adakalanya. Bergantung bagaimana kita merencana kehidupan hari-hari kita. Kehidupan akan mengajar kita menghargai. Belajar menghargai untuk rasa dihargai.

Merajuk?




Merajuk pada dunia maya? Tidak. Tiada sebab untuk berasa merajuk. Juga tiada alasan munasabah mengapa harus merajuk pada dunia ini. Apa yang boleh aku perkatakan adalah ada masa dan ketikanya kita leka dengan kehidupan yang kita bina. Sehingga kita terlupa terlalu banyak kehidupan lain kita abaikan.

Tadi aku tweet setelah 35 hari tidak bertweet.


Dan tidak menyangka. Banyak respon yang mengharukan dari kalian.






Juga di Facebook.





Mungkin aku perlu tukar tajuk entri ini kepada 'Print Screen'. Tahu terlalu banyak print screen di entri kali ni. Kenapa? Untuk melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan sokongan kalian walaupun aku sangat jarang update blog. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih yang sudi email dan inbox di Facebook bertanyakan pendapat dan sebagainya. InsyaAllah jika berkesempatan, akan cuba jawab satu persatu.

Akan tetap meneruskan karya dalam penulisan ini. Kenapa? Kerana aku suka. Tulisan picisan ini adalah nota peringatan pada diri sendiri. Jika terkesan pada pembaca, itu rahmat dari ALLAH. 

Itu sahaja rasanya. Jumpa lagi di lain entri. InsyaALLAH :)

Wassalam.

Hami Asraff:

"Biarlah manusia lain tidak mempercayai kebolehan anda, janji anda percaya pada diri sendiri, anda yakin anda boleh. Itu jauh memadai."