Sesi Monolog Dalaman

Monday, January 24, 2011

Jadikan Aku Kuat


Assalamualaikum w.b.t

Terlupa kat mana aku terjumpa lagu ni. Tapi lagu memang sangat beri aku inspirasi. Dari segi lirik dialah. Ramai orang dah tau kot lagu ni. Actually tajuk entri telah ditranslate ke Bahasa Melayu tu.

Kat bawah ni lirik dia. Hayati cepat!

Make Me Strong - Sami Yusuf

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong






Yang tu je nak kongsi pun. Sungguh short entry kali ini.

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Kadangkala lagu sebegini harus jugak didengari. Kalau tukar kadangkala ke selalu lagi bagus :)
2. Best jugak rupanya buat entri short-short ni.


Tuesday, January 18, 2011

Terima Kasih Kepada Imam Muda Asyraf Dan Heliza Helmi Yang Sudi Follow Twitterku :)



Assalamualaikum w.b.t



Niat asal untuk menidurkan diri tergendala. Makin tidak tegar berblogging. Bukan taknak update. Tahu sajalah. Busy katanya. Err, tak la busy sangat. Permulaan semester baru yang masih di awang-awangan lagi. Cuti tak cukup maa :(


Okey nak setori hal lain ni. Ah tengok tajuk entri pun dah tau gapo dio kawe nak setori mori. Hehehe.


Kejadian berlaku 2 hari lepas kalau tak silap aku. Yup memang tak silap. Aku macam biasalah, kekadang 'menggila' di Twitter. Yup Twitterku kalau tak update sehari bukan Hami Asraff la tu. Sampai member gua cakap Hami Asraff ni update Twitter 24/7 360 Degree. Err, memang tak disangkalkan lagi. But ikut time tertentu jugaklah.

So, gua bertwitterlah seperti biasa. Tup tup Twitter gua difollow oleh seorang yang gua dah follow lama dah. Haish, mimpi moon apa aku ni? Okey rileks dan buat seperti biasa. Siapakah beliau?




Sapa lagi kalau bukan Tuan Imam Muda Asyraf kita. Woho! Apa lagi tweet macam biasa la dengan ustaz sempoi ni. Eh makin rancak pulak aku tengok beliau bertweet. Yer la sebelum ni admin dia yang kuasai. Patut la pun.

Borak punya borak, gua mintak la nombor phone beliau. Mana tau kot-kot ada permasalahan dunia mahupun hal ehwal kewangan, boleh mintak tolong. (hal kewangan tu saja penambah rasa). Dan ini balasan beliau di kotak Direct Message (DM) gua yang rasa nak tergelak terbahak-bahak.





Bagi nampak yang ustaz pakai celcom sudah la ye. Boleh kan? Yang lain terpaksalah dikalermerahkan. Yer la jatuh di tangan Lisa Surihani mati gua. Hahaha. Lantas, gua pun mengekollah Imam Muda Asyraf ni. Memang sempoi dan kelakar bangat.

Rentetan dengan bertweet dengan Ustaz Asyraf, taktau pulak at the same time Ustaz tengah khusyuk bertweet dengan sorang artis cantik molek ni. Ehem ehem. Gua tweet suruh ustaz kirim salam dekat artis cantik molek tadi. Tup tup that artis follow Twitter gua.





Err, terkesima seketika. Ni ha artis tersebut!

Dok tweet dengan gadis cantik molek ni punyalah sporting noting habis. Tak sangka betul. Ahaa. Lepas tu ucapan salam diberikan di kamar Facebook beliau. Yang personal punyalah. Dan kat bawah inilah hasilnya.



Err, what else I can say? Toche toche je la. Oh wait wait! Gua tak suruh pun artis cantik molek ni add kat Facebook ye. Satgi hampa kata aku suruh pulak. Saya tak suruh kan Heliza kan? Terima kasih kata "YA" :)

Dengan Imam Muda Asyraf memang dah lama dah jadi kawan di Facebook.

Hurmmm, yang tu je la nak diceritera cintakan. Berkongsi dengan pembaca. Eh langsung tidak bertujuan memberi kejelesan mahupun kitakpuasan hati di kalangan anda. Cuma keterujaanlah sedikit. Yer la beb, artis follow Twitter hampa takkan tak teruja kot? Kalau yang takdak Twitter maybe tak rasa apa la.

Okey ni Twitter depa. Sila sila follow!

@imammudaasyraf


@helizahelmi


@HamiAsraff


Err, yang ketiga pun nak jugak. Tapi yang ketiga tu tak digalakkan follow ya. Ikut suka nak follow ke tidak. Tiada paksaan mahu pun kena hukuman sebat sekiranya tidak follow. Oh okey sudah setat merepek. Baik hentikan segera.

Jumpa lagi di lain entri. Wassalam.



Gambar dengan Imam Muda Asyraf dicedok daripada entriku terdahulu yang ini --> KLIK CEPAT



Hami Asraff:
1. Tak semua artis sombong :)
2. Ustaz, bila nak belanja bihun? Hehe.
3. Berapa kali aku sebut cantik molek di atas?
4. Meneruskan perjuangan di Bumi Shah Alam.


Wednesday, January 12, 2011

Ujian Itu Penyembuh. Moga Ibuku Segera Sembuh.



Assalamualaikum w.b.t


Sekali lagi blog ini dibiarkan tidak dikemaskini. Bukan sengaja. Tapi punya alasan tersendiri. Alasan yang perlu disembunyi. Untuk diri sendiri. Ruang kebebasan untuk menenangkan fikiran perlu dalam hidup ini. Dan ruang itu yang aku perlukan. Mungkin dapat. Tapi tidak sepenuhnya.

Ujian dan masalah dalam hidup tidak akan pernah habis selagi namanya manusia. Selagi hembusan nafas diiringi. Tidak pernah tenggelam. Malahan makin bercambah dari sehari ke sehari. Pernah menulis di wall Facebookku:


Syurga satu-satunya tempat manusia tidak didatangi masalah. Selagi seseorang itu hidup di dunia ini, maka dengan itu masalah tidak akan pernah surut.


Benar di situ segalanya kebaikan dikumpul. Segala kenikmatan disatukan. Segala keindahan diberikan. Yang tidak pernah terlintas fikiran. Kehidupan yang senang-lenang. Dan semuanya yang tidak dibenarkan dilakukan di dunia dibolehkan di syurga. MasyaALLAH. Memang dah tak mampu ungkapkan apa lagi. Janji-janji ALLAH itu pasti. Kebenarannya cumalah ISLAM. Tiada lain.

Setiap yang beriman tidak terlepas daripada diuji. Cuma bentuk ujian yang didatangi berbeza keadaan, rupa dan bentuk. Bergantung sebagaimana yang ALLAH SWT kehendaki. Awas, semua orang takkan terlepas. Yer kamu pun. Kamu yang sedang membaca blog ini. Aku, kamu, mereka dan semuanya insan yang bergelar makhluk ALLAH.

Perancangan ALLAH sempurna. Tetapi seringkali salah saja di mata kasar kita. Dan persoalan KENAPA itu pantas muncul dalam benak hati dan minda. Paling membingungkan kita tiada jawapan. Lenguh hati. Berat langkah. Akal waras kadangkala membatasi. Itulah manusia.

Siapa sangka. Permulaan tahun baru 2011 yang mendebarkan. 1 Januari 2011. Ibunda tercinta ditimpa kesakitan. Ibuku terjatuh depan bilik air. MasyaALLAH. Seringkali dengar berita ini daripada orang lain. Dan hari ini giliran ibuku diberi ujian berkenaan. Ibuku jatuh, langsung tidak berbicara. Mungkin terlampau sakit untuk ditanggung.

Ya ALLAH. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa pilunya hati aku ketika itu. Ibuku dikejarkan ke Hospital Jitra untuk jalani pemeriksaan. Tetapi akibat kekurangan doktor pakar, terpaksa dipindahkan ke Hopital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Keputusan yang diberikan oleh doktor pakar sangat mendebarkan. Tulang belakang ibuku remuk. Dan ibuku langsung tak boleh bergerak.

Sebak. Hati tersangat rawan. Hanya doa diiringi.

Ibuku ditahan di wad selama 4 hari. Dan sudah boleh pulang ke rumah. Tetapi masih perlu menjalani rawatan selama 6 minggu. Tapi perasaan bersalah menyelubungi diri apabila tidak dapat menjaga ibuku di saat genting ini. Aku masih punya perjuangan di bumi Shah Alam. InsyaALLAH, akan pulang jugak tak lama lagi.



Di wad menemani ibuku. Senyuman perlu dilakarkan walau sebagaimanapun kita diuji.



Aku akui. Banyak masalah ditimpa di permulaan tahun baru ini. Ya masalah itu adalah ujian daripada ALLAH jua. Tetapi cukuplah aku cerita mengenai perihal ibuku sahaja. Yang lain biarlah menjadi sebuah lipatan sejarah dalam hidup ini. Sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila.

Ujian itu penyembuh. Yakinlah, DIA sedang memberikan sesuatu kepada kita. Mungkin sekarang ni kita masih belum nampak. Masih tertanya-tanya kenapa diuji sebegini hebat dan sebagainya. Tapi satu hakikat yang tidak akan berubah. ALLAH tidak pernah kejam kepada makhlukNYA. Malahan senantiasa memberi peluang dan jalan untuk para hambaNYA memperbaiki amalan.

Kita kena teruskan melangkah walaupun sesukar manapun cabaran hidup yang diharungi. Ketabahan dan doa diiringi sepanjang jalan. Jalan di hadapan masih terbentang luas. Semak samun harus ditebas. Aliran sungai yang deras harus dilepasi. Gunung ganang yang tinggi kena takluki. Ada sesuatu yang menanti.

Wallahu'alam. Wassalam.

Hami Asraff:
1. Doakan ibuku cepat sembuh.
2. Doakan aku tetap tabah melangkah.
3. Doakan kita semua dilindungi dan sentiasa diberi rahmat dariNYA.
4. Hayatilah lagu di bawah. Penuh bermakna.



Tuesday, January 4, 2011

Diam Adalah Senjata Terhebat Untuk Memulihkan Hati Yang Sedang Rawan




RAWAN = ~ hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita; sayu ~ sayu dan rawan; berawan = ~ hati berasa rawan; merawan, merawani berasa terhadap (kepada); merawankan = ~ hati menimbulkan (mem­bangkitkan, mendatangkan) rasa rawanrawan: suara yang sangat sedih dan ~ hati; kerawanan = ~ hati perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah gulana, kesayuan, ke­haruan: ~ hati seseorang anak muda mudah terusik oleh persekitaran yg dilihat dan di­rasainya terlalu pincang; perawan yang merawankan hati: ~ hati.

SUMBER : SINI