Sesi Monolog Dalaman

Friday, October 22, 2010

Berehat Dari Dunia Maya


Assalamualaikum w.b.t

Setiap orang punya kisah tersendiri dalam hidupnya. Tak kisahlah yang suka ataupun duka. Yang pastinya tiada yang mahu berduka. Merana apatah lagi. Kehidupan yang dipandu akan menjurus kepada suka ataupun tidak. Terserlahlah kepada keupayaan kita untuk merencanakan perjalanan ini.

Kekadang kita tiada kuasa memilih walaupun pada asasnya itulah kekuatan. Apa yang diperoleh diterima bulat-bulat. Mungkin ada yang kisah. Mungkin ada yang tak endah. Mungkin ada jugak yang langsung tidak membuat pilihan.

Kisah hidup terlau rumit untuk dirungkai. Perjalanan yang penuh misteri. Tiada siapa yang dapat ramal apa yang bakal berlaku di persimpangan hadapan. Acapkali ramalan tersasar jauh. Tekaan berhelah. Perancangan dibuat dengan teliti belum tentu memberi pulangan yang berkualiti.

Ramai yang gusar. Ramai yang mencari jalan keluar. Tapi tak ramai yang mampu laksanakan. Punya keazaman dan jati diri yang tinggi. Tetapi masih belum terjamin akan berjaya lalui. Hati dan diri.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya luahan apakah yang aku ingin sampaikan. Aku sendiri pun kurang pasti dengan apa yang ingin dikongsi di sini. Mungkin hanya sebuah luahan di kala senja yang suram. Sesuram perasaan yang hadir tatkala ini. Ah, aku tak pandai bermadah segala. Bukan pensyair pujangga.

Aku perlu berehat dari dunia maya ini barangkali. Sehingga bila? Tiada jawapan yang sahih untuk ini. Kepada yang terus membaca nukilan picisan aku, terima kasih banyak-banyak. Ketahuilah aku sangat gembira.

Kepada kawan-kawan maya semua, minta maaf banyak-banyak. Aku perlu berundur seketika dari sini. Tatkala aku menulis ini, aku telah deactivated akaun facebook aku. Dan aku jugak akan private blog ni tak lama lagi. Usah bertanya kenapa. Kerana aku sendiri tak mampu berikan jawapan yang terbaik.

InsyaAllah aku akan kembali. Aku doakan kesejahteraan kalian. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripadaNYA. InsyaAllah.

Wassalam.

Hami Asraff: Mengumpul kekuatan untuk melangkah. Harap berjaya walaupun lelah.


Nukilan Dinihari



Ketentuan Illahi itu adalah azali
Diri terjerumus deras dalam arus keiblisan
Harapan digalas demi keegoan
Rebah, jatuh, tersadung, tersungkur di bumi

Berjalan terus-terusan
Onak duri menikam, menusuk begitu perit
Perit yang dimana diri sendiri mampu huraikan
Tapi terus tabah

Cubaan berpaling dari hamparan kenyataan
Selalu semat dalam kotak fikiran
Tetapi hati tidak sejajar
Masakan ianya berjalan lancar?

Natijah pasti diterima
Seangkuh dan sehebat mana
Terkulai layu juga
Kerdil di bawah lembayung Yang Maha Esa

Subhanallah
Tetapkanlah hati ini
Tenangkanlah jiwa ini
Pandukanlah diri ini

Agar terus mendapat keredhaanMU



Hami Asraff:
1. Nukilan picisan spontan di kala pagi seusai study. Doakan kejayaanku di Final Exam.

Monday, October 18, 2010

Majlis Perkahwinan Braderku Selamat Dijalankan & Diriku Sebagai Pengapit Pengantin






Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah entri bergambar. Malas nak tulis panjang-panjang. Tajuk dah mention pun. Majlis perkahwinan braderku selamat dijalankan.

Jom saksikan gambar yang aku letak secara rawak.






Saat ketibaan kedua mempelai.






Ini di rumah pengantin perempuan.




Dan ini rumah aku. Ehem, ehem ushar yang paling kiri tu!





Dan gambar ini punlah!






Berbisik-bisik semasa makan adalah perkara wajib okey!



Eh kaver-kaver pulak, takmau buka mulut.




My brader dok kata apa taktau la kat my kakak ipar.






Juadah.





Sila tambah-tambah. Aku suka part ni.





Hampa malu, hampa lapaq.




Anggota kumpulan nasyid yang diimport khas dari UUM.






Part ni tak kurang hebatnya yang aku suka.






Cuba cari aku dalam gambar di atas. Okey tak payah cari. Memang takdak pun. Ini aku tak dapat hadiri kerana terikat dengan test segala. Memang sangat mengundang kejelesan.





Pengapit berposing adalah perkara wajib. Eh macam kartun dak gambaq aku ni? Hehe.



Semoga bahagia selamanya.





Itu je la gambaq yang aku letak. Ikutkan memang la banyak. Jenuh nak letak semua. Dah aku nak sambung ketiduran. Tatkala entri ini siap, baru sampai Bumi Shah Alam.


Tahniah kepada brader gua. Moga berkekalan hingga akhir hayat. InsyaAllah.


Wassalam.


Hami Asraff :
1. Siapa memerlukan khidmat pengapit, sila hubungi aku ya. Sebut betoi-betoi. Bukan pengepit, tapi pengapit.
2. Pssst.. Psst... My kakak ipar lebih muda pada aku. Sekian.


Tuesday, October 12, 2010

Kadangkala Kita Tak Pasti Apa Yang Perlu Kita Cari Di Dunia Ini







Assalamualaikum w.b.t

Tersentak dari tidur yang hanya berbekalkan 4 jam. Untuk meneruskan tidur untuk kedua kali adalah sesuatu yang agak payah. Bagi aku, orang lain tak tahulah.

Macam-macam di kepala otak dan minda. Bercampur menjadi satu. Bercelaru. Tambahan seorang pelajar seperti aku lagilah. Hujung-hujung pengakhiran semester hidup seakan berantakan. Istilah yang sesuai. Berantakan ini lebih kepada tidak terurus. Semua buat jadi serba tak kena. Tekanan pasti berada di puncak.

Keluhan adalah asam garam. Keluhan bukan bermakna tidak bersyukur dengan apa yang ditimpa. Tidak. Lebih kepada membuang sedikit tekanan yang menyesak di minda. Walaupun sebenarnya tidaklah membantu mana. Dengusan halus ini sekurang-kurangnya menyedari sebuah hakikat. Manusia adalah makhluk yang sibuk dengan duniawi. Pasti.

Diri ini sering bertanya pada diri sendiri. Apa yang aku cari? Apa yang aku cari sepanjang 25 tahun bernafas di dunia yang fana ini? Ah, pelbagai jawapan tersembul keluar. Pelbagai jawapan memberi signifikan tersendiri. Tetapi langsung tiada jawapan yang jitu dengan soalan yang dikemukan. Betul. Buat apa nak tipu diri.

Yang nampak hanyalah satu. AKHIRAT. Tiada lain. Itulah pengakhiran segala destinasi. Tak kiralah apa jua bentuk perjalanan dilalui. Lurus, bengkang-bengkong, berliku tajam, tetaplah AKHIRAT. Tetapi terlalu mudah memberi jawapan sebegini. Semua orang mampu beri.

Dah keluar satu, yang lain pasti menyusul jua. Sejauh mana yang kamu lakukan untuk mencapai destinasi AKHIRAT tu? Kelu dan bisu. Jawapan termudah dalam segala hal. Penyelamat. Pilihlah ini untuk selamat. Tengok jugaklah. Kadang-kadang tak semua situasi mampu diaplikasi.

Tapi memang betullah. Memang tak dapat jawab dengan baik soalan yang dikemukakan. Menjawab setelah berfikir-fikir, inilah jawapan aku "Terlalu banyak benda, perkara, amalan dan segala jenis bentuk kebaikan yang perlu ditampung lagi. Banyak sangat. Tak terbilang dengan jari walaupun campur dengan jari kaki. Sungguh. Dosa tu sentiasalah dok tambah. Kadang-kadang amalan tak pula ditambah."

Sebab tu kadangkala aku memilih "ENTAH". Nampak macam tak tahu apa-apa. Blur. Pending. Di tengah-tengah pun ada. Lalang bahasa mudahnya.

Subhanallah. Maha Suci Allah. Tidaklah Engkau menjadikan segala bentuk sesuatu dengan sia-sia. Kebesaran Illahi itu tampak jelas. Membuat kita terus berfikir dan mencari sinar disebalik kegelapan dan kegalauan. Dialah pencarian kita selama ini. Yakinlah tiada yang lain. MasyaAllah.

Semoga kita terus mencari Nur Illahi.

Wassalam.

Hami Asraff : Malam ni ada test.


Wednesday, October 6, 2010

Apabila Hami Asraff Bertemu Imam Muda Asyraf





Assalamualaikum w.b.t



Sebutan nama agak sama. Tetapi hakikatnya berbeda. Mempunyai matlamat yang sama. Tetapi mungkin cara tidak sekata. Sebuah kepastian. 'Jauh Panggang Dari Api'. Hanya mampu mengagumi dari jauh.


Mengikuti perjalanan insan ini selepas beliau dinobatkan menjadi Juara Imam Muda Musim Pertama. Sebenarnya aku tak pernah tengok pun setiap minggu bila program ni berlangsung. Tapi bila selesai program dan setelah mengetahui Mohd Asyraf Bin Mohd Ridzuan Juara Imam Muda Musim Pertama, baru aku download di youtube setiap minggu acara berkenaan sehinggalah malam kemuncak.


Tapi tidak berkesempatan buat entri berkenaan. Dah lama teringin untuk berjumpa Juara Imam Muda ni. First, dekat Jaya Jusco Bukit Tinggi. Hanya mampu melihat dari jauh. Second, di Seksyen 24 Shah Alam. Ada perkara yang perlu dibereskan. Tetapi sehinggalah semalam.


Memang tak bajet pun. Program Weekly Boomerang anjuran UiTM. Ah, dah ada kesempatan, mana boleh lepaskan. Ajak memember pakat ada hal. Last berjaya mengheret si housemate EJAN. (Ejan jangan buat-buat lupa noh)


Antara pengisian malam tadi yang berjaya dirakamkan oleh kepala otak. Tajuk ceramah 'Straight Fighter'. (lupa bawak note)




* "Orang yang luar biasa adalah orang yang mempunyai hubungan luar biasa dengan Allah SWT."


~ MasyaAllah! Kata-kata Imam Muda Asyraf yang betul-betul buat aku tersentap. Tetapi itulah tunjangnya untuk menjadi luar biasa.




* Perancangan Allah terlalu cantik dan sempurna.


~ Imam Muda Asyraf menceritakan yang beliau langsung tidak pernah terlintas untuk memasuki Program Imam Muda. Apatah lagi bergelar Juara. Dan apa yang Allah aturkan itu adalah yang terbaik untuk kita walaupun kekadang di pandangan kita salah. Teringat entri Bunga Dan Rama-Rama.




* Sesiapa sahaja boleh mendapat hidayah dari Allah SWT.


~ Ya. Sebuah kepastian. Allah berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Jangan kita memandang rendah pada orang dan kita juga seharusnya perlu mencari hidayah tersebut.




* Perlu dakwah secara halus.




~ Inilah yang kita perlu amalkan. Dakwah mengikut peredaran zaman. Bak kata Ustaz Asyraf. "Buat sikit-sikit, kita tengok apa yang orang muda nak." Itulah seharusnya. Kekerasan bukan penyelesaian.




* Jaga akidah dan akhlak.


~ Akidah dan akhlak ni memang selalu sangat orang cakap. Tetapi percayalah orang akan lihat akhlak kita. Tambah-tambah orang bukan Islam. Maka, jagalah akhlak. (Akidah pun jangan lupa)




5 point yang berjaya dihayati. Selebihnya Ustaz Asyraf suka menceritakan kisah-kisah para Sahabat Nabi yang sangat menjadi pedoman dan iktibar. Dan paling aku suka, kepekatan loghat utara Ustaz Asyraf memang best. Sebab aku pun orang Utara jugak. Hahaha. Layan.


Habis ceramah. Berpusu-pusu keluar dewan. Masing-masing ambil kesempatan nak tangkap gambar la apa lagi. Aku? Macam takdak can ja. (bajet). Eh mana boleh tak tangkap.



Inilah housemate gua, Ejan. Sori pakai henpon murah. Gambaq tak berkualiti.






Mengambil kesempatan dalam kecrowderan. Oh ustaz tak tengok sini pulak dah.


Akibat ketidakpuasan hati, aku 'paksa' tangkap lain. Hehe. Tengkiu la ustaz. (abaikan permandangan di belakang)





Sempat juga beramah-tamah dengan Ustaz Asyraf. Antara bualan kami:

Hami Asraff: Saya pun Asraff jugak ustaz. (ceh tak malu gila habaq)

IM Asyraf: Eh yaka? Sama la noh. (senyum)


Hami Asraff: Saya ada reply Twitter Ustaz, tapi tak reply pun. (berpura-pura keciwa)

IM Asyraf: Oh Twitter saya tu orang yang buat dan bukan saya kelola. Facebook pun macam tu. Jarang tengok.

Hami Asraff: Ustaz, kalau saya tulis pasal ustaz dalam blog saya boleh dak? (nak habaq kata dia blogger la tu)

IM Asyraf: Eh boleh. Sila-sila. Saya pun ada blog. Ada baca dak?

Hami Asraff: Eh musti baca. Wokeh nanti saya tulis saya tag kat Facebook ustaz.

IM Asyraf: Orait!


Ucap tengkiu, salam dan balik. Oh alhamdulillah, Allah beri jugak kesempatan ini untuk aku. Memang teringin lama dah nak jumpa. See, perancangan Allah itu terbaik. Sangat cantik. Beri jugak kesempatan pada hamba Allah ni.

Untuk mengenali Ustaz Asyraf dengan lebih lanjut, bolehlah ikuti perkembangan beliau di:

[1] Blog IM Asyraf
[2] Facebook IM Asyraf
[3] Twitter IM Asyraf




(Ustaz tak suruh promosi pun, memandai je)


Tapi banyak ilmu dan input bakal diperolehi. InsyaAllah. Eh macam panjang dah ni. Okey sekian dan wassalam.

Hami Asraff:
1. 4 karektor untuk Ustaz Asyraf: Kelakar, Humble, Cool, Sempoi.
2. Jurang perbezaan umur hanya setahun, tetapi ilmu kami berbeza. Moga dapat mendalami lebih dari Ustaz Asyraf :)

Sunday, October 3, 2010

Misteri Yang Berlaku Di Rumah Sewaku Terungkai Walaupun Mengalami Keraguan




Assalamualaikum w.b.t

Agak jarang bercerita di blog mengenai peribadi. Kalau ada pun tidaklah terlalu peribadi. Sekadar apa yang dialami dan dicetuskan di sini. Alami lebih kepada pengalaman hati dan diri.

Ah lama sudah tak buat entri yang saspen saspen ni. Err, ada ke entri aku yang saspen? Entah anda lihatlah contoh-contoh entri yang berjaya disaspenkan kot.


Rasanya ada 5 entri yang berunsurkan saspen ni. Setakat yang berjaya dihasilkanlah. Sesiapa yang belum baca lagi bolehlah membaca sejurus tamatnya membaca entri ini dengan mengkelik link di atas.

Baiklah. Ini sebuah kisah benar yang ingin dipaparkan. Boleh kata ianya sebuah misteri. Tapi tak dapat kenal pasti sama ada misteri nusantara ataupun bukan. Oh bukan. Tapi masih sebuah misteri yang belum terungkai. Sehingga kini.

Cerita bermula.

(watak di bawah adalah watak sebenar, dan tidak diselewengkan)

Ahad yang hening. Pukul 11.45 pagi. Aku baru pulang ke rumah sewaku setelah berjumpa seorang sahabat. Kamar bilik dibuka. Seperti biasa, laptop Aspire 4920 ku di 'ON' dan memulakan aktiviti 'online'. Ini adalah rutin harianku.

Kekusyukan meng'online' terganggu seketika nan apabila sayup-sayup kedengaran suara dari kaca televisyen di ruang tamu.

"Amin barangkali. Mungkin nak tengok MELODI." Aku bermonolog.

Meneruskan aktiviti online sambil bertwittering. Membaca akhbar online. Memang tak puas membaca akhbar online. Kena baca akhbar yang asli jugak. Biarlah, asalkan ada maklumat yang ingin disampaikan.

Tak lama kemudian terdengar seseorang memanggil seseorang dari luar kamar.

"Ejan, ejan!" Suara Akramin memanggil.

"Ejan? Bukankah Ejan belum balik lagi? Bukan semalam dia tidur rumah makcik dia di Cheras?" Aku bermonolog lagi.

Tiba-tiba pintu kamar dikuak, tersembul si Akramin.

"Wey hang panggil Ejan? Dia balik dah ka?"

"Eh aku ingat dia balik dah. Sebab tu aku panggil."

"Awat hang panggil dia pulak?"

"Tu TV kat luaq sapa bukak?"

"Amin la kot."

"Amin tidoq la. Hang ka buka TV?"

"Eh pulak. Aku tak buka pun. Amin buka TV lepas tu dia tidoq la kot."

"Ishh takkan dia buka, pastu pi tidoq. Tak logik."

"Mana la nak pi tau. Takpa satgi dia bangun kita tanya."

Perbincangan aku dengan Akramin habis di situ. Mesti Amin la buka. Tak dak orang lain ni. Di rumah ini tinggal 5 jejaka. Aku, Akramin, Amin, Abu dan Ejan. Eh ada 4A di situ termasuk Aku = Hami Asraff. Kalau letak Hami tak jadi A :)

Abu dan Ejan memang tiada di rumah. Hanya aku, Amin dan Akramin (3A). Dengan kata lain antara kami bertiga sahaja yang dipertanggungjawab untuk buka TV berkenaan. Aku sah sah bukan. Takkanlah aku nak tipu. Si Akramin pun dah mengaku bukan dia yang buka. Tinggal Amin saja lagi. Tunggu beliau bangun dulu.

Aku nak keluar beli makanan tengahari. Amin ada di ruang tamu. Akramin di dalam bilik.

"Amin, tadi hang buka TV ka?"

"Waktu bila?"

"Pukoi 12 taksat."

"Eh dak pun. Awat?"

"Aik, biaq betoi! Habih tu sapa buka tadi? Akramin pun kata bukan."

"Err, mana nak pi tau."

"Sat aku nak pi beli makanan sat. Satgi kita sembang dengan Akramin."

Perbualan dengan Amin terus menjadi 'BIG QUESTION'.

SIAPA YANG BUKA TV?

Haih, seram dah den. Dah macam cerita Jangan Pandang Belakang dah ni. Tapi ini serius. Siapa yang buka TV tadi? Hampa jangan buat-buat main. Takkanlah TV itu terbuka sendiri? Kalau dia tak buka siapa yang buka? Tiada sesiapa di antara kami bertiga yang buka.

Dipendekkan cerita. Kami tiga orang di ruang tamu.

"Akramin, Amin kata dia tak buka pun TV tadi." lontaran vokal menuju ke arah Akramin.

"Eh betoi ka Amin hang tak bukak tadi?" Akramin bertanya Amin.

"Lor, betoi la. Aku tidoq tadi" , kata Amin dengan bersungguh-sungguh.

"Habis tu, siapa yang buka?" hampir serentak soalan ini terpancul keluar dari kami bertiga.



SENYAP...



SUNYI...



DIAM...



SEPI...



BERFIKIR...



Dan tiba-tiba Amin bersuara,


"AKU RASA KUCING LA TEKAN REMOTE TU."


Kelu dan terkedu.

Hatta, kami menganggap semuanya setel dan menjalani hidup seperti biasa.

Sekian.


Hami Asraff:

1. Cuba berfikiran sepositif mungkin terhadap misteri di atas.
2. Mungkin kami terset TV tu untuk sleep. Tapi siapa yang set? Tiada pengakuan dibuat.
2. 3 orang daripada kami budak Kedah (Aku, Akramin dan Amin). Ejan Terengganu dan Abu Kolumpo. Ejan pandai cakap Kedah.