Wednesday, July 28, 2010

Orang Kita Suka Buat Perkara Sunat Berbanding Wajib. Benarkah?



Assalamualaikum w.b.t

Ada tanda soalan di hujung tajuk entri. Bermaksud ianya adalah sebuah persoalan umum. Persoalan demi persoalan. Sama ada bakal terjawab atau tidak masih belum pasti. Mencari akan sebuah kepastian dan kebenaran memang mengundang seribu satu halangan. Tetapi aku seorang yang mencari akan sebuah kepastian dan kebenaran.

Entri yang lebih kepada perkongsian buah fikiran. Berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Mari kita cuba merungkai sebuah persoalan di sini.

Bulan Syaaban. Begitu banyak fadhilat dan kelebihannya. Terutama sekali dalam mengerjakan puasa sunat. Alhamdulillah ramai yang berpusu-pusu mengerjakannya. Takkan lepas peluang. Merebut selagi mampu dan terdaya. Alhamdulillah.

Tapi perkara ini dah lama terfikir di benak fikiran. Memang sangat lama. Ini apa yang aku lihat dari kaca mata aku. Orang kita banyak melakukan perkara sunat berbanding wajib. Aku bagi dua contoh sudahlah. Dua contoh yang cukup untuk menghubungkaitkan dengan persoalan.

BERPUASA SUNAT DI BULAN SYAABAN/REJAB TETAPI TIDAK SOLAT

Ada bukan? Cuba mengejar sesuatu yang sunat sehingga terlupa yang wajib. Betulkah caranya begitu? Memang bagus kita mengerjakan amalan-amalan sunat. Sangat-sangat dituntut syariat. Tetapi perlulah seiring dan sejajar. Utamakan yang mana perlu diutamakan. Wajib dan Sunat. Semestinya didahulukan dengan perkara Wajib. Ah, semua orang tahu. Tapi kenapa tak buat? Telah ada persoalan di situ.

BERPUASA SUNAT DI BULAN SYAABAN/REJAB TETAPI TIDAK MENUTUP AURAT

Ini pun satu hal. Umur baru 40-an. Ala, muda lagi beb! Kalau itu jawapan anda, maka anda tidak akan berjaya menjadi seorang insan yang bertakwa padaNya. Aku pun tak faham dengan segelintir manusia sebegini. Terus-terusan menayang aurat tanpa rasa bersalah walaupun sekelumit kuman singgah di hati sanubari. Bukankah menutup aurat itu WAJIB ke atas kamu? Susah sangat ke kak nak tutup aurat? Tapi kakak rajin pulak ye berpuasa. Bagus dan tidak bagus. Satu lagi persoalan yang timbul.

Bila aku bercakap begini, pasti akan ada yang mengata, 'Biarlah itu urusan mereka dengan Allah S.W.T". Aku sangat pasti ramai akan kata begitu. Aku dah terang panjang lebar dalam entri Mamat Dan Rakan-Rakannya. Sila klik dan beri pendapat anda.

Itu bukan jawapan sang pemikir dalam mencari aras kematangan dan kebenaran. Sebaliknya lebih kepada alasan lepas tangan. Dah acapkali aku uar-uarkan perihal ini. Banyak kali.

Dan ramai jugak yang beranggapan barangkali aku nak tunjuk bagus. Sila teruskan anggapan anda. Hidup di dunia ni sementara sahaja. Kalau anda terus-terusan mengejar dunia, akhirat akan terus-terusan meninggalkan anda. Sila percaya dengan 100%!

Aku menasihati diriku yang khilaf ini terlebih dahulu. Mari kita cuba memberi jawapan bagi setiap persoalan yang diutarakan. Tiada usaha tiada jawapan!

"Sesungguhnya bagi Allah ada kaum yang diberikan kepada mereka nikmat untuk menolong hamba-hamba Allah, ia akan berkekalan di tangan mereka selama mereka menggunakannya untuk membantu orang lain kalau tidak ia akan ditarik semula dari tangan mereka akan diberikan kepada orang lain." {Riwayat al-Tabrani}

Wassalam.

Sunday, July 25, 2010

Jangan Buat 'Short Form' Dalam Penulisan Entri. Agak Annoying Di Situ



Assalamualaikum w.b.t

1. Ku gi dlu. Tgu kt sn.

2. Sy ska klu kmu rmbut pnjg.

3. Gla ko xtau ke die tu artis!

4. Sy ska mkn ns aym.

Okey cukup! Cukup 4 contoh yang diberikan. Perkataan short form yang kebanyakkan gemar guna pakai. Paling suka. Entah sebab apa. Sebab munasabab yang begitu kukuh aku tak temui. Yang pastinya aku rasa NAK CEPAT. Ini pasti. Oh nak cepat, tetapi sangat annoying. Sungguh!

Bila dicheck dan disemak balik, oh mereka masih di bangku persekolahan lagi. Kebanyakkan daripada merekalah. Bahasa SMS la kononnya. Bercakap pasal SMS, ada sebuah sketsa yang agak menarik perhatianku. Dialami sendiri.

Suatu masa dulu. Lama dah benda ni berlaku. Ada sang sahabat menghantar 1 SMS begini padaku :

"tlg bl myk itm blk jpg"

Err, pedia pun aku taktau. Memang aku pun paham bahasa SMS ni. Tapi kalau terlalu 'SMS' pening jugak aku. Aku tanya balik :

"aku tak paham la SMS hang"

Nak tau apa jawapan dia?

"tolong beli minyak hitam balik kejap lagi"
(-_-")

Ishh. Tujuan SMS ialah untuk sampaikan maklumat. Komunikasi dua hala. Kalau si penerima SMS tak paham isi kandungan SMS berkenaan, maka SMS tu tak sampai maksudnyalah. Lepas tu kena hantar sekali lagi. Bukankah sebuah kerugian di situ?

Ada sekali aku sengaja buat lawak. Aku hantaq SMS begini :

J.M.N.P.T.W.M.T? (hambek!)

Err, konpem-konpem taktau kan? Kalau tau hebat sangatlah. Okey ni sebenaqnya :

Jom Malam Ni Pergi Tengok Wayang Mau Tak?

Walaweh! Kehampesan terpampang dengan luasnya!


Okey itu SMS. Boleh diacceptkan lagilah. Nama pun Short Message Service (tak sure Service ke System), mestilah nak shortkan. Short pun agak-agaklah. Jangan sampai orang tak paham langsung. Aku kadang-kadang kalau yang begitu short sampai aku tak paham, memang aku ignore je SMS tersebut.

Mari apply dalam penulisan entri. Begitu juga. Konsepnya masih sama. Tak perlulah anda menulis dalam short form. Percayalah dan aku besarkan font di sini. Ianya begitu ANNOYING. Kalau anda menulis untuk syok sendiri, maka teruskanlah angenda murni anda tu. Kalau tak, sila hentikan dengan kadar yang segera. Atau perbaiki.

Salah satu sebab anda tidak digalakkan untuk menulis shortform ialah, Enjin Carian. Andai kata ada maklumat di blog anda yang berinformasi. Mana tahu ada orang taip akan keluar apa yang di cari di blog anda.

Contohnya : Mak Bedah Jual Laksa Di Kampung Baru.

Takkanlah orang nak taip begini : Mk Bdh Jual Lksa D Kg Bru.

Konpem-konpem manusia sarwajagat tidak akan menulis begitu. Paham bukan kenapa anda tidak sangat begitu digalakkan untuk menulis dalam short form. Itu sebab terutama. Yang aku nampaklah.

Lagi? Kebarangkalian untuk readers bertandang blog anda untuk kedua atau ketiga kali agak tipis. Ini serius. Sangat serius. Lepas tu mengeluhlah, "Knplah takde org nk bc blog aku :(". Tengok mengeluh pun sempat bershort form. Habis tu macam mana.

Tapi kalau anda seorang artis ataupun orang dikenali ataupun memang orang suka anda, memang tak boleh buat apalah. Shortform pun orang suka baca.

Yang tu sajalah nak aku coretkan. Bukan tunjuk bagus. Tapi kita sama-sama belajar memperbaiki diri.

Jmp lg d ln entri. (Okey annoying!)

Wassalam.

Post Script : Aku memang seorang yang tak suka buat short form. Di Facebook atau Twitterku pun. SMS pun agak jarang. For the certain words saja.



Thursday, July 22, 2010

Sejarah Header Blog Aku Dan Pengeditan Gambar


Assalamualaikum w.b.t

Err, 8 entri sehari tu sajalah kata. Penyedap rasa gitu. Kalau free memang la aku boleh tulis. Jika unfree bagaimana? Awal-awal semester kurang kebizian lagi. Bolehlah setakat nak mencoret sesuatu di sini.

Ada orang bertanya, maka aku menjawablah.

"Macam mana awak buat header blog awak ni?" @#$^&*! (pujian yang tak dapat disiarkan)

Okeylah bagi tidak menghampakan hampa dan yang bertanya, maka nak jawab la ni. Ada sejarahnya. Sejarah yang secara tak sengaja dicipta. Eh musti hampa ingat aku berposing begitu adalah rancangan yang telah disengajakan aku bukan? Ala mengaku sajalah. Tak marah.

Err, tidak sama sekali. Semuanya berlaku sepintas lalu. Sepontan. Serius. Lorh buat hapa aku nak muhong. Aku pun tak sedaq bilalah aku letak jari jemari di dahi yang kununnya dok pikiaq. Dan tak sangka pulak possingan aku agak 120 darjah menghala ke barat gitu.

Time tangkap gambaq aku tu, aku dengan rakan-rakan tak sebaya pergi bersiar-siar di Bukit Cerakah. Dekat saja dengan rumah sewa. Kejadian berlaku di sebuah tasik. Waktu senja sedang menginjak naik. Tiada kena mengena dengan faktor cuaca.

Yang pastinya secara tak sengaja yang ditangkap oleh rakan tak sebaya yang menggunakan henponku yang dilengkapi 2 Megapixel kameranya. Silalah percaya. Sebagai bukti, inilah rupa paras wajah henponku yang telah dielobrate ciri-cirinya tadi.


Anggun bukan?

Saja membiarkan ia berpossing sedemikian. Memang banyak berjasa sang putih ni padaku. Dulu sang hitam. Baru je salin kulit beberapa bulan yang lalu. Dan perkhidmatan sang putih begitu sangat agak perlu dalam sesi penangkapan apa jua jenis makhluk yang melintasi di hadapan. Pasti akan disnap tanpa rasa bersalah.

Berbalik kepada header.

Yang sebenar-benarnya gambar itu telah ditouch-up dengan jayanya oleh Photoscape. Satu-satunya perisian edit gambar yang aku reti guna yang sungguh senang. Hanya perlu menggerakkan mouse anda sahaja. Gerak dan godeklah apa sahaja yang ada. InsyaAllah hasilnya pasti memuaskan pihak anda. Pihak lain belum terjamin.

Ada makhluk lain di sebelah kiri aku tu sebenarnya sebelum dicrop. Beliau redha dirinya dicrop. Setelah dicrop, maka sesi hentaman penggunaan dilakukan dengan begitu cemerlang. Betul, memang aku hentam saja sepanjang penghasilan header tu. Maksud aku hentam ialah aku main sental je letak itu, letak ini, masukkan kaler sikit, bloomlah, film effect lagi dan sebagainya. Maka jadilah seperti header di atas.

Ada orang kata teknik sentuhan DSLR. Err, gua hanya mampu merenung kelibat DSLR dari jauh. Sungguh. Ya aku mampu. Mampu bermimpi buat masa ini. Memang begitu mempersonaku melihat kilauan DSLR tu. Tapi biarlah orang lain yang memerlukan pakai dulu. Aicehh ~ Kalau sapa-sapa nak bagi hadiah besday ke, aku terima seadanya. Terima kasih. Ucap siap-siap.

Tapi aku memang suka edit sesedap rasa. Sental semampu boleh. Kat bawah ni gambaq-gambaq yang ditangkap oleh kamera henpon sang putihku yang telah diedit oleh Photoscape.










Sebahagian sahaja. Selebihnya tengoklah kat Facebook aku. Yang pastinya memang aku suka edit gambaq dari yang dah sediakala elok sehingga jadi buruk. Yang penting apa adik-adik?

HENTAM JE!

Okey dah bijak tu. Kira okey la. Selamat membuat sesi hentaman. Sayonara.

Wassalam.

Post Script : Hentaman kekadang membawa hasil yang memuaskan diri sendiri. Puaskan diri sendiri dulu. Orang lain belakang kira.


Wednesday, July 21, 2010

Internet Sudah Dibekalkan. InsyaAllah Akan Aktif Berblogging Kembali





Assalamualaikum w.b.t

Beri salam itu sunat. Menjawabnya wajib. Senang je kan nak dapat pahala. Apa kata mari amalkan :)

Tajuk entri dah terang lagi bersuluh. Apa yang sudah terang lagi bersuluh itu? Err, tak tak maksud aku, kalau hampa baca tajuk entri pun dah tau apa yang bakal aku entrikan di sini. Ayat tak leh belah.

Baru je pasang internet kat rumah sewaku ini. Encik Streamyx juga yang menjadi pilihan hatiku dan segenap inci rumah. Dok panas lagi kot modem yang diberi nama D-Link tu. Memang la panas cek oi kalau dah terpasang begitu. Okey okey.

Macam dah lama aku tak merepek-repek kat sini. Ya memang sudah lama dol! So entri kali ini bertemakan 'merepek-repek'. InsyaAllah akan cuba update dalam selang masa yang begitu singkat. Ala macam dolu-dolu. 8 entri 1 hari okey tak? Bersemangat waja nampak.

Semester ini berjalan macam biasa. Permulaan yang mendatar. Masih ada beberapa benda tak setel cun-cun lagi. Biasalah. Take time untuk semuanya. Belajar pun dah start ada assignment segala. Biasa bro!

Minggu ini juga aku baru dapat post hadiah untuk pemenang-pemenang hadiah CONTEST aku ni. Dan sudah sampai ke tangan masing-masing barangkali. Err, minta maaf banyak-banyak kerana ambil masa terlalu lama untuk hadiah post kalian. Sahih lepas ni tak ada yang nak masuk contest aku dah. Eh ada ke contest akan diusulkan selepas ni?

Macam dah tak tau nak melalut apa. Yang ni saja kot. Tengoklah kalau malam ni aku rajin, akan mengepost 1 entri. Wah betul-betul nak aktif ni. Lihat kamu! (translate dari see you)

Wassalam.

Post Script : Ada orang request untuk aku menulis tentang beberapa perkara. InsyaAllah i will kalau ada masa.


Friday, July 16, 2010

Penangan Piala Dunia


149

Assalamualaikum w.b.t

Hirupan jus Honey Dew diteguk dalam-dalam. Manis. Sedap. Nyaman. Sorotan mata meliar. Meninjau sekeliling The Castle Kampung Baru. Seterusnya singgah kepada sang sahabat.

"Wey lambat lagi ka nak start?" , tanyaku. Soalan lebih kepada ingin memecah keheningan pagi. Walhal jam di handphone baru menunjukkan 1.05 pagi.

"Lambat lagi. Laa kan tadi kita mai awai. Sabaq la beb!", sang sahabat menjawab acuh tak acuh.

"Yer la, yer la.", agak tak puas hati.

Manusia kian berpusu menerjah. Masing-masing mencari port terbaik. Kalau boleh paling hampir dengan kaca televisyen dan LCD Screen. Majoriti mereka memakai jersi coklat, kuning dan hitam. Di tangan memegang kemas vuvuzela. Kebanyakkan dari mereka mempunyai rupa paras orang Timur Tengah. Besar dan tegap. Tak kira lelaki dan perempuan.

"Eh awat aku tengok muka ramai Pak Arab ja ni?", kerutan dahi disusuli dengan pertanyaan dihamburkan lagi kepada sang sahabat.

"Laa, dah ni kedai Pak Arab. Hang try tengok tokei kat kaunter tu..", memunjungkan mulut menunjukkan ke arah kaunter.

45 darjah ke kiri terus berpaling. Ah, tak perlu sangkal lagi. Memang sah sah muka orang Timur Tengah. Pekerjanya kebanyakkan geng Bangladesh. "Adik manis.." terus teringat ayat yang begitu sinonim dengan mereka.

Jam seakan lambat bergerak. Seperti kelaziman. Menunggu adalah perkara paling membosankan. 5 minit seperti setengah jam. Tambah tambah sedang menunggu sesuatu yang begitu dinanti.

“Haish, kalau aku tau tadi aku bawa laptop pun tak pa. Hang la ni tak habaq kat aku kata ada Wi-Fi kat sini.” , terus menyalahkan sang sahabat.

“Lor kita bukan plan nak mai kedai ni pun.” sang rakan cuba mempertahankan jawapan.

“Hemm, takpalah. Memandangkan handphone hang canggih yang dilengkapi dengan perisian Wi-Fi, pinjam sat!” tersengih meminta.

Hulurun sang sahabat disambut dengan senyuman mekar di pinggir bibir. Lantas Sony Ericsson Satio di’explore’. Hanya satu sahaja yang akan dicari. ‘Gravity’. Perisian yang dilengkapi dengan laman sosial yang paling aku gemari. Twitter.

Home Twitter dipenuhi dengan cerita pasal World Cup. Cerita yang paling sensasi setakat ini. Masing-masing cuba membuat ramalan. Tak kurang juga sesi kutukan hangat diperkatakan. Perkara biasa. Aku pulak tukang tokok tambah. Penyedap rasa. Memeriahkan suasana Twitter Land.

“Ada orang duduk sebelah ni tak?” sapaan seseorang di sebelah kiriku.

“Err, tak ada. Silalah.” Kekusyukan bertwitter agak terganggu seketika.

Seorang pakcik parking di sebelah kiriku bersama rakannya. Meja agak besar. Tiada masalah.
Dari kaca televisyen, kelihatan pemain-pemain sudah menuruni daripada bas. Sorakan terus bergema. Teruja. Tiupan vuvuzela juga turut serta. Gamat dan gempita. Jarang dapat saksikan suasana sebegini di mana-mana. Jarang.

“Abang sokong mana?”, tanyaku beramah mesra dengan brader di sebelah kiriku tadi.

“Belanda! Lagipun hari tu Spain dan menang EURO. Bagilah Belanda pulak.”, kata sang brader sambil tersenyum.

Senyuman dibalas kembali.

Acara terulung bermula.

************************************


“Hahaha, puas aku! Tak sia-sia kita sokong Spain!”

Ucapan spontan terus dilontarkan sebaik sahaja tamatnya pertandingan yang dinanti-nantikan seluruh dunia. Ya seluruh dunia.
Aku jugak tak perasan bila masa aku angkat tangan tinggi-tinggi sebaik sahaja Andres Iniesta menjaringkan gol kemenangan Sepanyol pada minit ke 116. Semuanya berlaku secara spontan.
Perjalanan pulang ke rumah sewa.
Memang jammed sepanjang jalan. Sangat jammed. Sampai rumah betul-betul 6 pagi.
Sebelum tidur pagi tu, banyak benda berlegar di kotak minda. Banyak benda yang membuatku terfikir akan sebuah hakikat. Hakikat yang telah menjadi 1 fakta menakjubkan. Tiada lain.

PENANGAN PIALA DUNIA.

Antara persoalan-persoalan yang terfikir di tubir minda dan telah menjadi fakta barangkali :
1. 65% peratus daripada penduduk bumi menyaksikan perlawanan terhebat ini. (Aku anggarkan sahaja. Sekiranya tahu sila betulkan)
2. Piala Dunia telah menyatukan dunia. Kebanyakkan manusia melekat di depan kaca televisyen semasa perlawanan berlangsung. Malaysia dan seluruh dunia.
3. Ada acara lain yang mampu mengumpulkan sebilangan penonton seluruh dunia? Mungkin ada seperti Sukan Olimpik. Tapi rasanya tak dapat menandingi Piala Dunia.
4. Berapa ramai yang sanggup bertaruh (berjudi) untuk memastikan pasukan mereka melayakkan diri. Orang Melayu pun terlibat.
5. Berapa ramai yang syirik yang percaya akan ‘keajaiban’ Sotong Paul yang kononnya mampu meramal akan kemenangan negara-negara yang bertanding sepanjang kempen Piala Dunia. Mungkin ada yang sekadar suka-suka. Tapi yang pastinya kebetulan semata-mata.
6. Berapa ramai yang ponteng kerja, kelas dan kuliah pada pagi Isnin tu. (Aku tak ada kelas hari tu)


*****************************************


euro2008-spain-win-2


Aku membiarkan persoalan-persoalan itu berlaku di dalam relung masa dan kotak minda. Membiarkan ia berlaku dalam mimpi-mimpi indah. Membiarkan ia menjadi sebuah sejarah yang terpahat dalam lipatan memori.
Apapun itulah, PENANGAN PIALA DUNIA.
Menunggu penangan seterusnya, 4 tahun lagi di bumi Brazil.

Wassalam.

Post Script : Entri ini sepatutnya dipost pada pagi Isnin yang lalu. Tapi asyik pospone saja. Hari ni baru dapat sempurnakan.

Wednesday, July 14, 2010

Quote Of Me



Manusia punya jasad. Punya hati dan fikiran. Tetapi jasad, hati dan fikiran tidak sejajar. Keimanan adalah sumbernya. Keikhlasan adalah terasnya. Nafsu adalah pembunuhnya.

~ Hami Asraff ~


Thursday, July 8, 2010

Semangat Berblogging Kian Menurun? Mungkin!



Assalamualaikum w.b.t


Malas. Internet pulak tiada buat masa ini. Maka, kemalasan di teruskan. Bila punya idea, tidak berkesempatan pulak menulis. Idea mulalah lari lintang-pukang. Kita kalau tak buat benda itu semasa sedang dok ingat, nescaya selepas itu mesti lupa. Sebab itulah wujudnya penangguhan.


Mungkin blogger lain sehari tu sampai 2, 3 entri. Memang hebat. Aku seminggu 1 pun agak liat. Itulah, ada pasang dan surutnya.


Nak menulis pastikan ada matlamat. Pastikan ada hala tujuan. Itulah tujuan. Ramai yang berblogging punya matlamat masing-masing. Aku pun. Yer la, yer la hang pun. Tapi tak ramai blogger yang begitu konsisten dengan matlamatnya.


Ada yang berblogging atas dasar minat yang mendalam dalam penulisan. Dulu hanya menulis untuk tatapan diri sendiri sahaja. Beralih ke blog, ingin berkongsi apa yang dirasa, pengalaman dengan pembaca. Kalau punya minat dalam menulis, mungkin hala tuju dan matlamat berblogging itu tidaklah tersasar jauh sangat. Masih di landasan.


Ada juga berblogging atas dasar ingin menjana pendapat sampingan. Kekadang pendapatan sampingan ini boleh jadi lumayan. Bergantung. Ramai yang ditanya, terus je bagitau, "Memang aku berblogging sebab duit." Wah, tak boleh kata apa dah la kalau itu jawapannya. Tapi kebanyakkan mereka yang berpaksikan matlamat ini tak lama bertahan. Percayalah.


Berblogging untuk mencari followers? Hemm, ini yang salahnya. Ya aku sedar dan faham. Followers adalah nadi sesebuah blog. Kalau takdak followers rasa macam syok sendiri pulak. Tau pun. Tapi tak payah terlalu kejarkan followers sampai lupa isi penting entri. Itu salah.


Aku berblogging?


8 kali dah kot aku bagitau dalam blog ni. Aku menulis sebab memang aku minat menulis. Tiada lain. Yang paling penting terpanggil untuk menulis untuk kebaikan bersama. Berkongsi segalanya. Kekadang coretan dan pengalaman kita boleh dijadikan pedoman. Itu yang diutama.


Berblogging ini juga perlukan semangat. Semangat juga kekadang lentur. Biasalah, nama pun manusia. Rasanya ini gejala biasa bagi seorang blogger. Aku masih baru dalam dunia blog ni. Belum cukup setahun.


Ayat pun dah bersepah. Idea dah tak bercambah. Kalau ada umur panjang, blog ini akan terus bertahan. Tapi sekiranya tiada coretan, mungkin tiadalah.


Kali pertama rasa macam tak tau nak tulis apa dah. Yang tu saja kot. Semangat Berblogging Kian Menurun? Mungkin!


Wassalam.



Saturday, July 3, 2010

Evolusi Pengaruh Internet Dalam Hidup Aku



Assalamualaikum w.b.t

Sedang bertwittering. Dapat idea untuk menulis ini. Maka aku cuba tulislah. Menulis mengenai sesuatu yang telah pengaruhi hidupku. Pengaruhi hidupku sehingga sekarang. Sekarang ia masih pengaruhi hidupku. Sebahagian hidup.

Apakah? Hemm, dulu aku ada tulis mengenai Evolusi Muzik Aku. Sikalang nak berceritalah sedikit pasal pengaruh internet dalam hidup aku sehingga kini. Dari mula-mula aku kenai apakah itu internet sampai sekarang. Laman sesawang apa yang aku suka menjengok dan sebagainya.

Cerita bermula.

Aku mula-mula kenai internet masa Tingkatan 1 (1998) kot. Lambat jugaklah aku kenai. Time tu paling top sekali laman sembang MISC atau IRC. Pergh time tu kalau tak kenai MISC atau IRC saja sangatlah. Rasa macam best gila-gila dapat sembang dalam internet. Jakun jugak. Macam manalah ada orang boleh reply. Dari jauh pulak tu. Taip pulak waktu tu hanya menggunakan jari telunjuk dan bunyinya 'tak' 'tuk'. Ala, paham-paham sendiri sudah. Ingat lagi, pi Cyber Cafe semata-mata nak chatting yang ni la. Sekali tu pi keluaq window bukan main banyak. Gelabah. Terus blah. Bayaq 5 kupang untuk 5 minit. (-_-")

Time tu jugaklah aku mula-mula baru buat e-mel. Buka-buka e-mel tu kalau ada orang hantaq, pergh rasa best gila. Nama e-mel aku time tu asraff_dabest@yahoo.com. Woh takleh blah. Nama nak best ja. Hampa toksah gatai nak hantaq kat e-mel tu. Berkurun dah gua tak buka. Kata kunci pun aku lupa dah.


Peralihan seterusnya ialah aku mula mengenali Yahoo Messenger atau YM. Sampai sekarang pun YM masih digemari ramai. Tapi time tu features dia tak macam la ni. Basic sangat. Time tu selepas SPM (2002). Aku bekerja sebagai Pembantu Makmal Komputer di UUM. Pi kerja tiap-tiap hari wajibal qunnah aku install YM. Sebab komputer sana kalau restart, tinggal yang basic basic je. Bermulalah episod YM dalam hidup gua. Gila betoi chatting time tu.



Bila dah kenal YM, mulalah kenal laman-laman chat yang lain macam kampungchat.net dan kampungchat.com. Bila bosan dengan YM, beralih pada laman kampung 2 tu lah. Semua nak sembang. Start muhong pun ada. Boh nama John la, Michael la. Kerja pulak taknak kalah. Bajet sempoi la tu. Time tu mana ada gambaq lagi. Kekadang ada gambaq pun dok boh gambaq orang lain. Haha. Lawak betoi. Budak-budak lagi. Biasalah. Kadang-kadang cuba masuk chatting dalam ni bluehyppo.com.my. Kalau boleh semua nak try :)



Semua apa yang aku dipengaruhi lebih berbentuk laman sesawang berchatting. Maka, ada la orang perkenal kat aku laman forum pulak. Aku ni pantang orang perkenal. Semua nak terai. Dua forum yang betoi-betoi aku mengforumkan diri ialah dekat kedahonline.net dan myuitm.com. Walaupun aku tidak menjejaki ke UiTM lagi time tu. Kesungguhan aku berforum berbaloi jugaklah sehingga aku pernah menjadi Forumnis Teraktif di myuitm.com. Tapi tu dululah. Sekarang memang tersangat jarang aku masuk. Pendek kata tak masuk langsunglah.



Aku masuk Diploma tahun 2003 di UiTM Pulau Pinang. Woh! Laman sesawang paling glamer tak lain dan tak bukan ialah Friendster. Tulah laman sosial pertama aku. Pi CC ka memang nak masuk Friendster. Jumpa kengkawan ka sapa ka mesti tanya, "Hang ada Friendster tak?", kalau ada addlah aku. Sindrom Friendster memang agak menular di kalangan memember time tu. Seronok lawan dok komen hang aku. Lambat sikit nak tau perkembangan. Yerla kita tak tau orang tu online bila. Takpa, janji layan. Ni Friendster aku yang dah berkurun tak bukak --> Friendster aku. Tapi Friendster sekarang pun dah upgrade banyak dah. Aku juga ada Myspace dan Tagged yang dah tak terbuka. Terpengaruh la katakan.



Okey tanpa dok lengah masa aku habaq teruih la apa yang pengaruh hidup aku. Semua orang dah tau. Apalagi bukumuka! Orang rajin sebut mukabuku. Aku sebut bukumuka. Haha. Boleh aja kan? :) Semua dok pakai buat Facebook. Anak buah aku yang Darjah 2 tu pun dah tau apa itu Facebook. Dok seronok bela ikan dalam akuarium. Laptop aku ni pun kalau aku tinggai sat ja, tup tup servis bertukar tangan. Anak-anak buahku la dok berebut-rebut nak main game ikan. Aduyai ~



Last sekali. Ini yang paling pengaruhi hidup aku dalam berinternet. Of courselah Blog dan Twitter. Bangun pagi-pagi tanpa gosok gigi memang akan buka 2 ni la. Blog Picisan Hami Asraff dan Twitter Hami Asraff. Blog aku ni tidaklah seaddict dulu yang akan diupdate kekadang 1 hari 2 kali. Lani seminggu 2 kali je kot. Biasalah, semangat itu turun naik.

Tapi kalau bab Twitter, aku memang Pengupdate Twitter Tegar. Hahaha! Depa yang rajin dok tweet dengan aku tau la sejauh mana ketegaran aku terhadap Twitter. Sehari tak update, memang tak sahlah. "Eh hang ingat artis nak update selalu?". Sapa dok tanya macam tu mai sini aku talbiah sikit. Haih, ingat artis ja dok update. Yang penting sekali toksah dok samakan artis dengan kita. Kalau sapa tanya aku soalan tu, aku nak tanya baliklah, "Artis itu siapakah?" Jawab jawab! Nak join conversation dengan aku kat Twitter, addlah kat Twitter aku ni. Aku menyukai Twitter dari yang lain.


Yang tu je la nak tulis. Tak best mana pun. Tengkiu la sudi baca. Kat internet memang la banyak sangat la benda yang boleh buat. Baik dan buruk. Itu sendiri bikinlah. Yang aku cerita ni apa yang buat aku terpengaruh betul-betul. Tapi pengaruh tu pengaruh jugak, janganlah sampai abaikan benda penting lain. Wokey? :)

Itu saja kali ni. Sekian.

Wassalam.

Post Script : Esok sudah ingin kembali medan pertempuran, Shah Alam. Oh satnya cuti.