Wednesday, June 30, 2010

Orang Ikhlas Tertindas?






Assalamualaikum w.b.t


Mungkin ramai yang pernah baca artikel ini. Memang sangat menarik. Benda yang baik kita kongsi bersama. Semoga ianya menjadi pedoman untuk kita. Jom baca di bawah.


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus terang.


"Mengapa?" balas saya.


"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja."


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakan sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "Kakak punya berapa orang anak?"


Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.


"Oh ramai encik..."


"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.


"Kakak, boleh saya bertanya?"


"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"


Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "Antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"


Dengan cepat kakak itu menjawab, "Hati ibu encik... Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.


"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.


"Maksud encik?"


"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."


"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."


"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya telah misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."


"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"


"Maksud kakak?"


"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"


"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


"Metafora atau analoginya begini. Katakanlah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.


"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudia atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tuba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"


Kakak itu tersenyum dan berkata, "Tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."


"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?"


"Pasti ada! Insya-Allah."


"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."


"Subhanallah!"


"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."


"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"


"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."


"Itu balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha Kaya. Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."


"Maksud encik?"


"Orang yang iklas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting, hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."


"Jadilah orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"


Giliran saya pula tersenyum.


"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja, pangkat yang mereka dapat akan meyebabkan mereka melarat. Gaji naik, ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back. Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.


"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tidak beberapa bulan lagi ni?"


"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "CEO", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah dengan keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya mereka tidak dapat penghargaan..."


"Maksud encik?"


"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."


"Kenapa?"


"Kita akan sakit jiwa!"


"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah Yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al-Quran.


"Tetapi Allah tidak berhenti memberi..", kata kakak itu perlahan.


"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru, siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"


"Ah, kita terlalu ego..."


Dan itulah itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan. Orang Ikhlas Tertindas?


Tamat cerita.


Aku taip semula artikel ni. Haih, dah macam menaip assignment sudah. Semoga kita ikhlas dalam setiap pekerjaan kita tanpa mengharap sebarang ganjaran. InsyaAllah.


Wassalam.

Sunday, June 27, 2010

Menjawab Perihal Award Dan Tag Di Blog








Assalamualaikum w.b.t

Minta maaf dan terima kasih.


Okey mulakan dengan minta maaf. Sebab apa minta maaf? Sebab aku tidak mampu menjawab tag-tag yang telah diberikan untukku. Juga aku tidak mampu mengambil award-award yang diberikan kepadaku sepanjang berblogging ni.

Terima kasih pula. Terima kasih sebab sudi mengetag dan memberikan award kepada blog picisan ini. Hargai dengan pemberian kalian.
Memberi sedikit pendapat mengenai blogku ini.

"Silalah menjawab tag di blog saya ya." Tak pun, "silalah mengambil award di blog saya." Memang ini yang acapkaliku dapat. Terima kasih lagi. Janganlah kalian menganggap aku tidak peduli. Jauh sama sekali. Ya benda itu mudah sekali. Tapi aku tidak menjawab sebab punya alasan tersendiri.

Alasan apakah?

Kalau mengenai tag aku rasa tidak ada masalah sangat. Ianya lebih kepada permainan yang berunsurkan 'sharing is caring'. Bagus juga. Mengeratkan silatulrahim sesama blogger di samping meningkatkan trafik blog tersebut setelah nama blogger itu di tag. Tetapi mengenai award yang diberikan. Mungkin lebih mudah dikenali sebagai 'Award Berantai'. Agak kurang gemari. Award itu apakah? Ya award diberikan untuk menghargai sesuatu atau seseorang. Bermaksud di sini ialah award sepatutnya diberikan kepada sesuatu atau seseorang yang benar-benar layak. Faham bukan?

Tapi dalam kes 'Award Berantai' tadi, ianya seolah-olah semua blogger dapat merasainya. Macam lucky draw yang semua orang mampu dapat. Macam agak lari dari konsep award pulak. Yang sepatutnya perlu di beri khas untuk blogger itu sahaja atau dalam jumlah yang kecil. Contoh di banner award : "Blog Terhebat : Blog Mamat". Begitulah.

Eh eh eh. Salahkah award itu dipassing passing? Err, di manakah ayat di atas yang kata salah? Tidak kan? So tak salah sama sekali. Sebab apa yang aku katakan hanyalah pendapatku semata-mata. Sekiranya tidak setuju, nyatakanlah pendapat anda.

Terima kasihlah yang sudi beri award kepada blog picisan ini (aku telah gunakan picisan lagi) dan juga sudi tag namaku untuk menjawab tag-tag kalian. Tengkiu tengkiu. Tapi memang aku tak mampu nak buat di blogku. Nanti aku belanja Cendol Pak Akob Seksyen 7. (hampa mai sini la)

Yang tu saja nak setori. Kalau tidak puas hati dengan kenyataanku di atas, silalah BERI BUAH FIKIRAN kalian ya.

Wassalam.

Post Script : Menghabiskan cuti di rumah sementelah tinggal berapa hari sahaja lagi cuti untuk masuk semester hadapan.


Saturday, June 26, 2010

Perlu Kesungguhan Dalam Mengerjakan Solat


Assalamualaikum w.b.t

Entri ini sepatutnya dipublish semalam, Jumaat (25 Jun 2010). Tapi baru hari ini berkesempatan menaip. Kalau anda baca hari ni, Sabtu (26 Jun 2010), maka anggaplah semalam anda baca. Kalau anda baca esok, Ahad (27 Jun 2010), juga anggaplah seperti hari Jumaat juga anda membaca. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Okey cepat beranggapan!

Semuanya berkaitan Hari Jumaat. Jumaat penghulu segala hari. Semua orang tau kot. Nak cerita apakah? Hemm, hari Jumaat of courselah para Kaum Adam diWAJIB menunaikan Solat Jumaat. Diulang! WAJIB! Kalau WAJIB tu maknanya tak buat berdosalah. Okey nasib baik faham.

Begini. Cerita bermula. Bertempat di sebuah masjid. Semasa hendak menunaikan solat semestinya kena merapatkan saf. Ya ini sangat-sangat perlu. Apabila mengangkat takbir ratul ikram, tetiba seorang hamba Allah di kananku beranjak tempat ke hadapan sebab ada kekosongan. Maka, belah kananku kosonglah.

Tengah solat. Aku menanti makmum sebelah kananku untuk merapati saf denganku. Makmum selalunya kena merapati sebelah kanan. Mulakan di tengah-tengah dan seimbangkan. Almasalahnya, belah kananku ada 2 orang sahaja. Dengan kata lain, yang kanan tu kenalah merapati belah kiri. Tetapi sehinggalah tamatnya solat, hamba Allah itu tidak juga merapati.




*sigh* (mengeluh sat)

Nak berilah sedikit pendapat dariku. Aku tengok perkara ini macam dah biasa. Lebih tepat lagi jahil. Jahil yang aku maksudkan di sini bukannya bodoh. Tetapi tidak tahu. Tidak tahu, maka kena belajarlah. Bukan bermaksud aku ni dah banyak ilmu agama. Tidak. Masih belajar membaiki diri. Tapi perkara itu mudah sahaja.

Perkara yang sama juga berlaku kepada emakku semasa beliau buat kursus haji dulu. Jemaah merapati sebelah saf sahaja dan biarkan kosong di tengah-tengah. Tak betul caranya itu. Sebab itulah kita perlukan ILMU. Dari ilmu, timbullah AMALAN. Dari AMALAN membawa KEBERKATAN.

Masih situasi di masjid.

Menyaksikan seorang insan yang kurang upaya mendirikan solat dengan gigih hanya berpaksikan sebatang kaki. MasyaAllah hamba Allah itu sangat gigih dan berusaha meningkatkan amalannya. Terfikir juga aku dengan orang lain yang sihat walafiat. Cukup sifat. Tapi tidak cukup kekuatan untuk melangkah ke masjid menunaikan Fardu Jumaat. MasyaAllah.

Tak payah Solat Jumaat, solat lain pun begitu. Bila ditanya, amalan apakah yang pertama akan dihisab di akhirat kelak, semua dengan rakusnya menjawab, "MESTILAH SOLAT BEB!". Tetapi kerakusan hanya pada jawapan. Tidak pada tindakan. Itu bukan. Ya bukan elok untuk dijadikan panduan.

Selalu aku uar-uarkan. Aku menasihati diriku yang khilaf ini dahulu. Apa jua tindakan anda, dahululah agama. Apa jua matlamat anda, dahululah agama. Agama penyelamat kamu di sana kelak. Bukannya yang lain. Banyak sangat tanda-tanda akhir zaman dan semua orang tahu. Adakah kita hanya mampu berpeluk tubuh sahaja? Silalah jawab sendiri.

Mengejar cinta Illahi memang memenatkan. Kadangkala mengundang putus asa. Tetapi percayalah ganjaran yang bakal kamu terima nanti tak terbayang dek akal fikiran.

Wassalam.

Post Script : Dalam keseronokan Piala Dunia, tengok bola sampai lewat pagi, janganlah lupa untuk solat subuh.

Thursday, June 24, 2010

Menjawab Soalan Tentang Blog Hampesku Ini




Assalamualaikum w.b.t

Eh kata nak update selalu, mana mana? Hemm, standard charted la beb dok kampung halaman ni banyak saja aktiviti tidak rasmi yang pasti dilakukan. Paling utama semestinya bergurau senda dengan anak-anak buah aku. Besaq-besaq dah depa tu.

Okey kembali pada tajuk entri. *sigh* (mengeluh sat)

Ada la seseorang hamba Allah ni mengemukakan sebuah persoalan kat blog hampes ku ini. Oh bila ianya sebuah persoalan, maka kenalah ada jawapan setimpal. Soalan dia dalam bentuk lazim. Tapi aku pecahkan satu-persatu. Dan cuba menjawab sebaik mungkin.

Ini soalan beliau. Eh mula tu bukan soalan lagi. Tapi sebuah statement.


entry brani mati mmg la rmai folowers..
huhuhu.....sume bnde y kite bt 2 ade resiko nye..
emm nk tnye..


Okey okey, dipersilakan tanya, eh silap, dipersilakan tnye..


bile dh ramai y jejak blog anda ni..adakah ade sedikit riak o bngga di hati anda sehinggakn anda ingin mgupas isu2 y "hot"..means y mcm mnarik phtian org nk bce...


Haih loqlaq sungguh soalan yang dikemukan. Ni dah tanya, aku kena jawab jugak la noh.

Mula-mula nak tanya sat, tang mana tu entri yang berani mati? Habaq mai! Pasal follower yang follow blog aku ni, terima kasih la. Aku tak pi blog depa dan habaq begini pun, "Jangan lupa follow blog saya ya." Waduh waduh!

Riak dan bangga? Ni macam mana aku nak jawab soalan sebegini? Okeylah aku jawab.

"Mestilah aku bangga gila. Riak tu toksah dok habaq la. Riak menguasai jiwa dan raga ini."

Bolehkah aku menjawab macam ni?

Okey okeylah, aku jawab macam ni.

"Eh saya tak bangga pun. Jauh sekali riak."

Okey tak jawapan gua? Puas hatikah?


Okey soalan terakhir.


ni blog nk lepaskn kemarahan kt org lain ke...

Err, terkedu pulak bila soalan ini dikemukan. Haip, bila masa gua lepas kemarahan ni? Cuba habaq sat entri mana yang berbaur kemarahan pada orang lain? Okey habaq segera!

Eh last-last aku pulak yang tanya dia. Wakaka wagaban betoi!

Okeylah baca komentar gua ni. Untuk si penanya, perlukah kamu bertanya soalan-soalan sebegitu? Soalan yang hanya tak mampu memberi jawapan yang sepenuhnya. Itu lebih kepada soalan dengkisorus. Tak tau dengkisorus tengok kamus sepanyol versi 43.

Cubalah anda fikir dulu sebelum bertanya. Kepada sesiapa sahajalah. Aku makin hari makin heran dengan sikap segelintir manusia. Terus terusan mencari kesalahan dan kesilapan insan lain.

Kalau tak puas hati sekali pun, cubalah tegur dengan cara yang lain. Di antara si penegur dan menegur sahaja.

Ya setiap teguran dan kritikan itu membuatkan kita lebih mengenali diri kita, tapi pastikan ianya bersesuaian. Soalan-soalan anda menunjukkan tahap kematangan anda. Itu anda perlu rasa tahu. Ya sangat perlu.

Umur kita makin menginjak naik. Tak payah la dok buat perangai kanak-kanak ribena yang kekadang sangat mengjengkelkan. Dan bukanlah aku cakap diri ini bagus. Ah, tidak! Tapi kalau ya pun tak suka sesetengah blogger tu, simpan je dalam hati. Toksah dok menghamburkan kepada si blogger. Lagi baik, buat derk je.

Yang ni sungguh kot melepaskan kemarahan. Hahaha. Tak la marah pun. Cuma aku nak tergelak la dengan si penanya yang menanya. Tanyalah soalan yang best sikit. Makanan kegemaran ke, subjek disukai ke, kan senang. Senang sikit aku nak jawab.

Betoi betoi wakaka wagaban!! (pedia pun aku tak tau la yang ni)

Oh itu saja. Gua nak pi ambil anak buah gua dari sekolah ni.



Nak tanya, tanyalah Encik Kapten ni. Semua soalan anda akan dijawab dengan baik sekali.


Wassalam.

Post Script : Nak sangat entri 'Hot'? Nanti aku cuba usulkan.



Monday, June 21, 2010

Rahsia Untuk Kamu

Assalamualaikum w.b.t

Erkk..... (sendawa berpanjangan)

Orang Kedah panggil sendawa as belahak. Hah hampa jangan tak tau. Ni awat dok tak dok sendawa ni? Oh bukan sendawa kekenyangan. Tetapi sendawa kelegaan. Sebab sebab? Sebab gua sudah habis final exam short courseku. Bagaimana? Susah? Ah, biarlah itu jadi jawapan pada diriku sendiri! (bajet sempoi). Yang penting gua dah habis. Hoye! Balik kampung!

Dah lama kot aku tak update. Ala, baru seminggu je pun. Oh agak lama juga bagi seorang blogger tegar. Eh eh gua kategori tegarkah? Mungkin ya dahulu. Now busy dengan exam segala, disusuli dengan ketiadaan bekalan internet dibekalkan, maka ketegaran itu tak seberapalah.

Hemm, kenapa tajuk entri 'Rahsia Untuk Kamu'. Ada la mana boleh bagitau!

Oho ~ Lama dah aku tak bergurau senda jenaka di blog hampesku ini. Ini entri segera. Idea pun segeralah. 'Rahsia Untuk Kamu' tu adalah modified dari 'The Secret To You'. Aku terjumpa dekat Youtube. Dah lama dah. Tapi entah kenapa video tu bagi aku strength. Macam bagi sedikit motivasi pada diri ini.

Tak percaya? Jom tengok video kat bawah ni. Tapi baca sekali ayat-ayat yang dilampirkan.



Amacam? Ceh sedikit pun tak bagi semangat dan motivasi kat kami pun. Err, mana la aku nak pi tau yang tu. Aku tengok, termotivasilah juga. Huhu. No komen no komen.

Okey dah la kot untuk entri kali ni. Takpa takpa lepaih ni aku akan acapkali mengupdate. Ceh bajet macam orang nak baca ja. Aduyai ~

Wokeh nak pi release release tension lepaih habih exam ni. Bersua lagi.

Wassalam.

Post Script : Entri seterusnya akan menjawab soalan-soalan kalian tentang blog hampesku ini. Nantikan.

Monday, June 14, 2010

Pramugari Koma Di Tanah Suci [Kisah Pengajaran]



Assalamualaikum w.b.t

Memang aku dah tak berkesempatan untuk update blogku. Aku ada buka Facebookku. Ada seseorang menghantar sebuah kisah yang membuatkan aku berfikir banyak kali. Berfikir akan betapa banyaknya dosa-dosaku selama ini. Nauzubillah. Di bawah ni kisahnya. Aku copy 100 %. Moga ada pengajaran bersama.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah.... Pagi tadi ana baru menerima email dari seorang teman tentang peristiwa seorang pramugari yang koma di Tanah Suci Makkah ketika ingin menunaikan fardhu haji.... Marilah kita membaca kisah ini dengan mata hati kita... moga dapat menjadi iktibar buat kita semua...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. " sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak".

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus..

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya.. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."


Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"

Wassalam.


Wednesday, June 9, 2010

Katakan Tak Mau Pada Yahudi Laknatullah


Assalamualaikum w.b.t

Tak tahu dari mana nak start. Bila nak mula menaip, idea datang kemudian ‘lari’ bersepah. Menaip satu perenggan, oh teringat kerja lain yang terbengkalai. Tinggal sekejap, lepas tu dah lupa nak sambung dekat mana. Oh!

Lagi satu masalah pabila tiada bekalan internet yang disalurkan sewajarnya. Selalu mengonlinekan diri di kampus sahaja. Online pun sempat bertwitter dan baca blog-blog yang ada info terbaru. Okey pesan aku, sekiranya anda seorang blogger pastikan bekalan internet dipasang di rumah anda! Err, semua orang tahu la. Okey okey!

Nak setori pasal apa pun menjadi samar-samar bayangan. Okeylah, nak setori pasal setori yang masih hangat diperkatakan sekarang ni. Bukan Piala Dunia. Tapi masih tentang kebiadapan Yahudi Laknatullah terhadap serangan dan layanan kepada anggota-anggota misi menyalurkan bantuan.

(Tengok tajuk entri pun dah boleh agak kan?)

Dapat sebuah mesej di kotak offline YMku. Begini mesejnya berbunyi. Jangan tertipu. Tiada bunyi dikeluarkan sebenarnya. Okey pembetulan. Begini mesejnya. Kan senang. Hampeh! (-_-“)

Isra = Yang Teratas = Tuhan El = Kami Fikirkan, kita berdoa kepada Allah tetapi mengutuk Allah 6 .Wahai kawan-kawan, jangan berdoa meminta Israel dilaknat kerana maksud Israel adalah "Tuhan tanpa kita sedari apabila melaknat Israel. Gunalah istilah "Yahudi Laknatullah". Sila sebarkan maklumat ini. Wallahua'lam bissowab. Credit to Ustaz Nik for this info.

Ada lagi.

1. BYE = maksud tersirat perkataan ini ialah "DI BAWAH NAUNGAN PADERI"

2. ASKUM = maksud tersirat perkataan ini ialah "DEWA YUNANI"

3. SEMEKOM = maksud tersirat perkataan ini ialah "CELAKA KAMU"

4. MECCA = maksud tersirat perkataan ini ialah "TEMPAT @ PUSAT PELACURAN"

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI SAHABATKU. BANYAK-BANYAKLAH MENGUCAP KALIMAH ALLAH DENGAN DOSA YANG TIDAK DISENGAJAKAN.



Mungkin ramai yang pernah dapat mesej-mesej begini. Aku copy 100 peratus. Tiada sentuhan editing dilakukan terhadap mesej di atas.

Kalau nak cerita pasal kebiadapan Yahudi Laknatullah ini memang terlalu banyaklah. Kalau cerita silap hari bulan boleh panas jugak hati. Ah, bukan sahaja takat panas hati, ajakan semangat fizikal juga disokong bersama.

Maka aku nak menulis pasal ni. Pernah juga aku tulis pasal ini dalam entri ini. Waktu mula-mula menceburi dunia blogging dulu. Biasalah. Tak lain dan tak bukan, isu memboikot barangan atau produk mereka.

Hemm, bila saja sebut pasal BOIKOT, perghh semua semangat berkobar-kobar. Tak mau beli yang ni la. Tak mau makan yang tu la. Tak mau, tak mau dan tak mau!

Almasalah problemonya, berapa lamakah ‘Tak Mau’ itu bertahan. Err, toksah sibuk-sibuk dok sebut pasal orang lain. Diri ini pun terinfluence sama. Jahil masih ada dalam diri. Ya masih jahil tentang pelbagai perkara.

Kita dan dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Yahudi Laknatullah ke atas bantuan yang dihantar oleh orang-orang Islam tempoh hari. Mengutuk akan kekejaman terhadap rakyat Palestin memang sudah lama. Dan tak pernah padam sama sekali.

Lantas, demonstrasi besar-besaran dilakukan. Cuba memberitahu dunia, bahawasanya dunia Islam memang menentang apa yang Yahudi Laknatullah lakukan melanggar hak asasi manusia sarwajagat. Satu cara yang boleh terus dilakukan.

Tapi pada pandangan aku la, cara yang paling berkesan tiada lain. Boikot dengan secara selektif. Barangkali. Juga pernah tulis dalam pasal ni. Memang tak dinafikan susah jugak nak boikot sebab kebanyakkan produk adalah daripada mereka. Sebab itu aku menggunakan perkataan ‘selektif’. Selagi rasa boleh boikot, boikotlah. Selagi rasa boleh guna produk lain melebih produk mereka cubalah guna.

“Tapi aku tengok McD Seksyen 3 tu penuh je orang kita.”

Hemm, kita jawablah sendiri. Percaya atau tidak apabila satu dunia memboikot produk mereka, kita mampu melumpuhkan ekonomi mereka dalam sehari. Kalau dilakukan secara konsisten mungkin akan dilumpuhkan dalam tempoh yang agak panjang.



Satu lagi cara ialah teruskan berdoa pada Yang Maha Esa supaya Palestin terus diselamatkan dan semoga kita dijauhkan dari segala bentuk kejahatan mahupun anasir jahat dari Yahudi Laknatullah.

Ramai yang sedari, ramai yang fahami. Tetapi masih ramai yang tidak peduli. Hak dan pendirian masing-masing. Persoalan sudah mendapat jawapan. Cuma tinggal perlaksanaan sahaja. Banyak lagi produk Islam yang ada kualitinya. Contoh paling tepat ialah produk dan barangan HPA. Cubalah dulu. Baru tahu! :)

Semua di atas hanyalah pendapat aku semata-mata. Dan semestinya menyedari akan kekhilafan diri dahulu. Akhir kata, ‘Katakan Tak Mau Pada Yahudi Laknatullah’.

Wallahua’lam. Wassalam.

Post Script : Minggu yang penuh dengan kebizian. Assignment, projek, test dan final exam.