Sunday, May 30, 2010

Pembohongan Yang Tidak Munasabah Membawa Kepada Kebenaran

Assalamualaikum w.b.t

Bersua lagi pada hari dan waktu yang tidak sama sekali. Persuaan yang julung-julung kali diadakan. Berblogging makin hari makin keslowaan. Begitulah apabila bekalan internet tidak dibekalkan. Haih, sapa la nak bekal kat hang. Hang kena pasang la. Okey okey!

Hanya di kampusku yang indah ini tempatku mengonlinekan diri. Mencuri-curi kelapangan di setiap selang masa. Mencuba supaya blog ini seperti mempunyai empunya pengendali. Harap kalian mengerti.

Bilaku online tadi, terasa nak mengonlinekan diri di Yahoo Messenger atau nama manjanya YM. Oh sudah lamaku tak online di situ. Sungguh. Online saja, ada seseorang YMku begini :

(I'll use call her as Z)

Z : Kamu dah tahu sesuatu?

(I'll use call my name as H)

H : Tahu apa ya?

Z : Yang si ***** penipu?

H : Err, apakah? (kurang jelas buat masa ini) Hemm, sekejap ya. Ada kerja sedikit. I'll hit you later.

Z : Okay!

(10 minit kemudian)

H : Okey sambung pasal tadi.

Z : Nampaknya kamu masih belum tahu apa-apa lagi la ni ye. Macam ni, cuba kamu masuk blog ini, (sedang post 3 link blog). Kamu baca dulu untuk mengetahui kebenarannya.

H : Okey okey!

(15 minit kemudian lagi)

H : Meremang bulu romaku baca! Nonsense! Totally freaky! Who is this guy actually?

(banyak perbualan yang tidak dapat disiarkan)




*****************************************************



Kebanyakkan blogger tahu siapa yang aku maksudkan. Yup, ramai yang tahu pasal budak yang pysko ini. Mungkin aku saja yang baru tahu. Mungkin ramai yang tidak tahu menahu.

Tak payah la aku siarkan siapa empunya diri. Biarlah menjadi tanda tanya kepada yang masih tak tahu. Atau kalian explorelah sendiri. Tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak walaupun beliau sudah membohongi sekalian rakyat Malaysia. Ya pasti!

Sehingga 45 minit berlalu, i'm still wondering why he being like this. Orang gila barangkali. Ah, bukan cubaan menuduh. Tapi sebuah hakikat. Hakikat yang jelek yang sukar diterima.

Sebuah pembohongan akan berakhir jua. Kebenaran akan tersembul jua. Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat sedemikian. Apa jua alasan dan hujahan beliau kelak, yang pastinya ianya sebuah hakikat yang sangat sangat memilukan dan mengjengkelkan.

Bohong untuk menarik simpati? Bukan itu caranya. Banyak lagi kamu boleh buat untuk meraih simpati sekalian manusia. Tapi ramai yang mendoakan akan kesejahteraan kamu. Tapi semuanya hanya sia-sia. Again, TOTALLY NONSENSE!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah yang aku maksudkan. Untuk mereka yang tahu, beritahulah kepada yang tahu ya. Atau anda boleh je tanya aku lepas ni. Tapi mungkin aku takkan beritahu secara detail sebab ianya sesuatu yang sangat sangat tidak masuk akal.

Tak usahlah kalian menjadi pembohong. Tiada manfaat langsung yang diraih. Hanya mungkin bencian dari masyarakat sekeliling. Jadilah diri sendiri. Bersyukurlah dengan diri anda. Itu yang paling utama.

Itu saja. Sekian.

Wassalam.

Post Script 1 : InsyaAllah akan cuba mengupdate blogku ini dalam selang masa yang lebih singkat.

Post Script 2 : 2 minggu lagi Final Exam untuk Short Course.

Share/Bookmark


Sunday, May 23, 2010

Persahabatan Yang Dirungkaikan Dari Perspektif Aku




Assalamualaikum w.b.t

Idea idea datang cepat! Beginilah apabila sesekali cubaan mengemaskini blogku. Idea tu ada, cuma masa tidak mencukupi. Dulu masa kecik-kecik aku pernah juga dengar orang cakap, "Masa tidak mencukupi, bla bla bla". Tetapi sekali dengar seperti "Masa tidak bancuh kopi, bla bla bla". Err, entahku tidak tahu sebab apa. Mungkin mengalami kesoundan ketroublean dan mungkin juga aku belum dapat tangkap lagi apakah maksudnya. Okey abaikan!

Ada reader blog aku mengemukan persoalan. Eh bukan soalan tapi perbincangan. Eh aku pun kurang pasti sama ada persoalan ataupun perbincangan. Tapi yang pastinya ianya berbaur begini :

"Kamu jarang tulis mengenai friendship ek"

So adakah itu persoalan atau perbincangan? Aku rasa soalan. Tapi kenapa tiada tanda soal? Sila jawab sendiri.


Eh aku rasa ada je kot aku cerita pasal persahabatan dalam entri ini. Tapi aku tak specified untuk friendship tu. Aku selitkan ia di antara entri-entriku. Ah, memangku suka begitu.


Alright! Entri kali ni aku akan cuba bercerita pasal persahabatan. Persahabatan tu meluas definisinya. Aku akan kecilkan skopnya dan cuba memperincikan dari kaca mataku yang bercermin mata ini. Suka dan sering hampa semua dengaq orang kata ini. Sejak terun temurun lagi. Zaman Tok Nadoq lagi (orang Kedah akan faham maksudnya). Apakah?


"TAK KENAL MAKA TAK ______"

(sila sambung sendiri, tatau jawapan dia habaq kat aku)


Tapi bagi aku la, TAK KENAL MAKA TAK KENALLAH. Yer tak? Sebab itulah sesi perkenalan ataupun ice breaking itu diperlukan supaya kita dapat memecahkan ais kiub itu!


Selalu jumpa manusia sebegini, dan akan bermonolog di dalam hati. Mungkin aku juga barangkali.


"Eh, muka mamat ni kerek gila. Mesti perangai kerek juga." (muka ganaih)


Eh eh tak baik buruk sangka. Itu dinamakan first impression. Standard chartedlah. Penilaian pertama setiap manusia adalah apa yang kita nampak di depan mata dan lantas penafsiran berlaku dengan secara tak sengaja. Sifat lahiriah manusia itu sendiri. Tapi cubalah berprasangka baik ya.


Tup tup bila kenal mak oi, baik gila! Kerek pun gila. Baik pun gila. Mana 1 betoi ni. Adei! Orang Kedah ni suka letak 'gila' dibelakang ayat. Which is ia menunjukkan benda tu betul-betul interesting. Bukanlah gila yang gila tu. Itu crazy. Err, mungkin penggunaan itu kurang bersesuaian. Tapi seperti sudah sinonim. Maka, terbiasa. Faham-faham la noh.


Ada juga yang begini.


"Muka minah ni cun. Mesti seronok dapat mengenali beliau!" (muka memang cun)


Tapi apabila usia perkenalan itu dilangsungkan dengan jayanya, maka sedikit sebanyak tersembul segala. Yang baik dan juga sebaliknya. Pendek kata sesuatu yang berlawanan dengan rupa paras yang cun tadi. Fahamkan?




Apa yang aku cuba nyatakan di sini ialah dalam subuah persahabatan, penilaian pertama itu tidak selalunya tepat. Mungkin ya, mungkin tidak. Sebab itulah persahabatan ini perlu menjalani proses yang dinamakan 'kenali hati budi". Ya proses ini memakan masa. Tak kisahlah berapa lama yang diambil, tetapi menguji dalam sesebuah tempoh.


Kekadang, 2 jam usia perkenalan kita terasa seperti sudah 2 tahun mengenali orang itu. Kekadang juga, 5 tahun mengenali seseorang itu, tetapi masih tidak mengenalinya. Bergantung juga dengan tahap kendalian kita dalam 'build' the friendship.


Tapi suatu hakikat yang perlu kita sedari, KAWAN DATANG DAN PERGI. Ini kita perlu tahu. Cubalah anda tengok dari anda sekolah rendah, naik menengah, alam Universiti, pekerjaan dan sebagainya, berapa banyak kawan yang anda temui? Mungkin masih ada yang setia. Tapi yang pastinya kita akan berjumpa dengan rakan-rakan yang baru sepanjang perjalanan hidup ini.


1 benda yang aku cuba titikberatkan dalam persahabatan ialah, IKHLASKAN diri. Ah, semua pekerjaan pun begitu. Janganlah memilih kawan. Pernah diajukan dari seorang rakan kepadaku. Soalannya begini :


"Andai kata orang tu gemuk, hitam, muka banyak jerawat, tak hensem dan sebagainya, adakah hang nak kawan dengan orang tu?"

Balasku,


"Lor, why not. Siapa aku untuk memilih untuk berkawan atau tidak. Memang hak memilih itu ditangan kita, tetapi haruskah?" (aiceh, aku pulak tanya dia)


"Aku kekadang pilih juga. Takkan nak kawan dengan orang jahat!" , balasan dilemparkan.


"Eh budak ni! Aku tak kata pun pasai budak jahat ka dak. Yang aku cakap ialah pemilihan berkawan atas dasar fizikal. Itu bukan caranya untuk berkawan. Ada faham?!"


"Okey, okey!"


Ada juga yang jadikan faktor ini sebagai aras untuk berkawan. Kalau anda ada ukuran sebegini, maka jalinan persahabatan yang bakal anda jalinkan kelak bukanlah seperti yang dituntut dan dinamakan KEIKHLASAN.


"Manisnya persahabatan kerana manisnya IMAN. Diikat kuat bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. Bersabar dengan kerenah insan dan menegur dengan kasih sayang kerana enggan terpisah di hari pembalasan."


Amboi amboi dah macam ahli motivasi pulak aku ni. Haha. Saja la merepek-repek sikit. lagipun ada yang request nak entri pasal friendship ni. Aku balun je pun. Tak best habaq la noh.


Conclusion.


Berkawanlah dengan semua orang. Be nice to people. Biarlah persahabatan itu terjalin dengan sendirinya. Tiada paksaan dalam persahabatan. Beri keutamaan pada rakan anda. Dalam certain-certain time la. Kekadang ni ada juga kawan yang tikam dari belakang. Berwaspada dengan rakan-rakan anda yang ditemui.


"Tidak semestinya apa yang kita miliki itu milik kita selamanya. Nilai kasih seorang sahabat adalah tinggi darjatnya. Hargailah persahabatan yang ada. Menjaga hati seorang umpama menjaga kaca yang berkilau. Jika silap pegang jatuh berderai. Pepatah mengatakan BERKAWAN BIAR SERIBU, BERKASIH BIAR SATU. Yang seribu itu kita tidak pasti mana yang serasi. Manakala yang satu itulah yang sukar difahami. Kasih dan perasaan hanya hati sendiri yang rasa."


Cukuplah puitis itu.

Wassalam.


Post Script 1 : Terima kasih untuk saudari F yang spend 2 jam baca blogku yang tak best ini. Hargai! :)

Post Script 2 : Belajar dengan begitu rushing sekali short course ini. Biasalah sebulan je.


Share/Bookmark

Monday, May 17, 2010

Hasad Dengki Mampu Membunuh Setiap Jiwa



(Gambar Hiasan)

Assalamualaikum w.b.t

Sudah berada di kampus. Ya aku cuti hanya seminggu sahaja. Sedang meneruskan perjuangan. Perjuangan dalam menggalas impian. Impian yang masih jauh kelihatan. Harapan terus disandarkan.

Ah, dengan kata lain aku sedang buat intersesi sekarang ni. Atau lebih dikenali sebagai short course. Kenapa short? Sebab sesi pembelajaran hanya berlaku sebulan sahaja. Silibus masih sama. Cuma masa dikurangkan. 1 bulan. Juga perlu membayar untuk subjek yang kita ambil.

Ramai tahu kot apa itu intersesi. Maka, aku tak payah cerita panjang la ya.

Bukan ini yang hendak dicerita. Hanya mukadimah, penyedap rasa. Tapi yang ini.

Benda ini paling ramai dimiliki oleh setiap orang. Ya, paling. Paling itu menunjukkan sesuatu yang agak 'besar' dan 'banyak'. Sebab itulah penggunaan paling digunakan sebab ia menunjukkan 'besar' dan 'banyak'. Okey stop!

Straight to the point. Perasaan Hasad Dengki. Oh bulan! Tak kisahlah perasaan itu tumbuh dari apa cara sekalipun. Yang pastinya melekat di hati sanubari insan yang bergelar manusia.

Aku masih tak faham. Masih menjadi tanda tanya hingga kini. Manusia itu sering dan sering mencari kesalahan dan kesilapan orang lain, nan seperti tidak menampakkan kesalahan diri sendiri. Ah, tiada siapa sempurna beb!

Tak payah sibuk-sibuk nak tengok bangsa lain. Tengok bangsa kita sendirilah. Masyarakat sekeliling kita. Kawan-kawan yang berdekatan dengan kita. Ya sila lihat sekarang.

Mungkin kita pernah mendengar sebegini :

100 kebaikan yang ditaburi dilesapkan dengan hanya 1 kesilapan sebesar zarah. Lumrah manusia itu sendiri. Selalu menampakkan yang buruk lagi dari yang baik. Terus-terusan mencari dan terus mencari kesilapan orang. Kebaikan orang tu 'simpan' diam-diam. Aku tak faham.







Perasaan hasad dengki ini punya cabang kejahatannya sendiri. Tak kisah ianya lahir dan dizahirkan dalam segala bentuk. Tapi yang pastinya sebuah penindasan. Penderaan mental dan juga fizikal. Malahan membawa maut. Banyak kes begini berlaku.

Kisah benar.

Kawan kepada abangku. Seorang lelaki. Memiliki rupa-paras yang biasa-biasa sahaja. Sederhana. Dapat berkahwin dengan seorang gadis yang cantik rupawan. Memang sangat cantik untuk dibandingkan dengan sang lelaki. Ramai yang tidak puas hati dengan sang lelaki. Sehinggakan sang lelaki menemui ajalnya. Diracuni racun tikus (kalau tak salah). Sebab? HASAD DENGKI!

Aku tahu. Perasaan hasad dengki yang tumbuh itu datang dari bisikan iblis laknatullah jua. Hanya iman dan takwa penguat segala. Kalau kita bertuhankan iblis, maka kisah benar di ataslah yang akan terjadi. Banyak lagi contoh rasanya. Malahan, ramai orang yang ada kisahnya tersendiri.

Tak usahlah kamu sibuk pasal orang. Jagalah kain batik dan pelikatmu sahaja. Percayalah tiada langsung keuntungan yang dikaut daripada hasil hasad dengki yang bertaut. Mungkin hanya kepuasan yang sementara. Hakikatnya penderitaan yang berpanjangan.

Status di Facebookku sebelum ini :

Selagi insan itu bergelar sang manusia. Selagi itu hasad dengki bermaharajalela di hati. Kenapa? Jawapan pada kamu sendiri!

Ya, kamu! Tak usah tunding jari kepada orang lain.

Tak usah turut kata hati yang boleh membunuh setiap jiwa itu! (pernah guna pakai ayat ini pada entri sebelum ni). Kembali padaNYA. Berprasangka baiklah dengan Sang Pencipta kita. InsyaAllah ketenangan akan dirasai.






Itu sahaja. Wassalam.

Post Script : Rumah sewaku tiada internet buat masa ini. Aktiviti berblogging akan slow kini. Harap maklum!

Share/Bookmark

Wednesday, May 12, 2010

Tak Macho Pun Pakai Benda Alah Ni. Tetapi HANCUR. Percayalah!



Assalamualaikum w.b.t

(tenguk air dulu)

Done!

Telah diuar-uarkan di Twitterku bahawa entri kali ini menyentuh perihal lelaki. Wah wah wah. Apakah? Rileks rileks. Tapi kalau dah baca tajuk entri pun sedikit sebanyak dah dapat beri gambaran kepada anda apa yang bakal ku persembahkan ini.

Cerita bermula. Bertempat di sebuah rumah perkahwinan.

"Bangle kat tangan RM500 lebih-lebih, cincin emas RM400 lebih-lebih, rantai emas tu RM100 lebih-lebih jugaklah. Total kira sendiri."

Kata sang sahabat padaku.

Aku hanya mampu meng'OOO'kan sahaja di samping senyuman sinis singgah di pinggir bibir. Juga diikuti dengan gelengan kepala 180 darjah.

Sang sahabat seolah-olah kagum dengan barang perhiasan yang dimilikinya. Sang sahabatku itu ialah seorang insan yang mempunyai jantina serupa denganku. Ya kaum Adam. Lelaki maskulin walaupun dia tak pernah masuk dalam Majalah Maskulin edisi terbaru.

*sigh*

Persoalan yang berlegar di otak si pemakai barang kemas! (lelaki la, bukan perempuan)

"Huih gua terasa diperhati ni. Bangga bangga! Tak sia-siaku pakai barang-barang kemas ni semua. Tampak gah di situ" (sambil mendabik dada yang tak berapa bidang)

Jawapan orang yang memandang insan yang rasa bangga tu. Aku la, sapa lagi!

"Lor, aku ingat mak nyah mana la tadi. Muka brutal gila. Pakai rantai pulak. Uweaak! Sumpah hancus gila!" (hanya telahan di dalam hati)

Cukup la kutukan itu dilakukan. Selebihnya aku simpan sendiri.

Wahai kaum Adam, ya kamu yang bernama Adam pun dengar sini. Hampa semua tau dak lelaki diharamkan memakai segala bentuk perhiasan yang menyerupai emas. Eh eh bukan menyerupai. Tetapi emas. Diulang! HARAM!


Dalam hadis Nabi ada menyebut :

Saidina Ali Abu Talib ra berkata :

"Rasulullah saw mengambil sutera, lalu meletakkannya di sebelah kanannya dan mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas Baginda bersabda : kedua-dua ini haram buat orang lelaki dari umatku (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah). Dalam riwayat Ibnu Majah, ditambah : "Halal kedua-dua ini bagi perempuan".

Jangan tanya aku HARAM tu apa pulak. Dah sah-sah haram, kalau kamu buat juga apa maknanya murid-murid...?

BERDOSA CIKGU!!

Anak-anak murid Darjah 3 pun tahu jawapan dia. Ni kamu yang baru nak masuk umur 33 pun masih terkapai-kapai kelemasan. Malulah beb! Siapakah yang berumur 33 itu? Err, contoh la. Gua tak mention sapa-sapa pun. Harap mereka yang sedang berumur 33 tahun ini tidak terasalah ye.

Selamat selamat. Nasib baik aku pakai rantai silver. Yay! Aku tak berdosa. (melonjak keriangan)

Haih, dia pikiaq kot situ la pulak. Sabaq sat.

Berdasarkan hadis, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berkata :

"Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya."

Mengerti kamu?

So, tak kisah la kamu pakai emas ke, suasa ke, silver ke dan apa-apa saja. Kalau barang perhiasan anda itu menyerupai kaum wanita, maka dilarang dan ditegah sama sekali.

Ada juga yang cakap macam ni :

"Muka aku nampak macam wanita ke pakai rantai ni?"

(Muka kongsi gelap stok pecah rumah. Sah sah tak nampak wanita)

Haih, soalan sebegitu tak perlulah tanya jikalau hanya untuk nampak gah. Itu lebih soalan yang sudah tahu jawapannya. Lebih kepada ingin menampakkan kebanggaan yang tidak perlu dibanggakan.



Gambar Hiasan

Gambar Dosh Duhamel memakai rantai. Mamat ni takpa la. Bukan Islam. (Gambar Hiasan)


Entri ini sebenarnya kesinambungan entri seorang sahabat blogger yang telah terlebih dahulu menulis entri mengenai ini. Ini blog sahabat FIRDAUS. Bagus rakan blogku ini. Antara blogger yang keep in touch dalam penghasilan buah fikiran. Juga kupasan entri-entri di dalam blog beliau sangat membina dan memungkinkan mendapat manfaat bersama.

Kesimpulan yang dapat aku katakan ialah sikit pun anda tak nampak macho bila memakai sebegitu. Hancur yang aku nampak. Serius sangat sangat mengjengkelkan sesiapa yang melihat anda apabila memakai benda alah itus. Maka, percayalah cakapku. Hukum tetap hukum.

Tak usah terlalu nak ikut trend peredaran zaman sehingga menghalalkan yang haram dan sebaliknya. Sangat sedih melihat muda-mudi yang sebegini. Ya aku sedih. Anda bagaimana? Silalah jangan kata anda gembira melihat gejala tidak sihat ini. Tak untung pun. Mungkin anda dipandang hebat oleh rakan seangkatan. Tetapi anda akan dipandang jelek oleh masyarakat sekeliling.

Ini yang sering kita lihat. Artis lelaki dan pemakaian benda alah ini. Aku tidak melabelkan mana-mana artis. Anda lihat, anda kaji, anda nilai. Itu pun masih ramai yang cuba menjadikan artis sebagai idola. Adakah mereka yang sebegini mampu menjadi idola anda? Jawapannya pada anda.

Aku tidak mengatakan diriku baik dan sempurna. Hakikat tiada yang sempurna selagi ia insan yang bergelar manusia. Jesteru, aku menasihati diriku terlebih dahulu. Yang baik kita jadikan panduan dan sandaran. Yang tak baik buang jauh-jauh (macam ada yang tak kena dengan pepatah ni)

"Peliharalah ALLAH, nescaya kamu akan mendapatiNYA dihadapan kamu. Kenalilah ALLAH ketika kamu senang, nescaya ALLAH mengenali kamu ketika kamu susah. Ketahuilah pertolongan berserta dengan kesabaran, kelapangan berserta keperitan dan bersama kesusahan mendapat kesenangan" [Riwayat al-Tirmizi]

Wallahu'alam.

Wassalam ~

Post Script : InsyaAllah sekiranya ada kelapangan, akan ku cerita perihal Kaum Hawa pula.

Share/Bookmark

Tuesday, May 11, 2010

Entah



Entah
Aku tak mengerti kenapa ia hadir lagi
Sangat tak suka akan rasa ini
Berkeceramuk
Lintang-pukang
Rimas dan lemas

Entah
Kenapa begini?
Harus dan seharusnya diuji
Tapi kenapa begini?
Memangku tiada kudrat namun kugagahi

Entah
Pada empunya diri
Manusia ini kekadang berubah
Bukan kekadang
Mungkin selalu
Sekelip mata dan secangkir rasa

Entah
Aku tak pandai nak bermadah
Bukan cubaan berhelah
Serta berfalsafah
Tapi ku lelah

Entah


Post Script 1 : Mungkin perlu mendengar lagu Entah? Entah!

Post Scrip 2 : Ini bukan tajuk lagu. Tapi nukilanku sendiri.



Share/Bookmark

Thursday, May 6, 2010

Terkejut Juga Dengan Blogger Ini Tulis Pasal Diriku






Assalamualaikum w.b.t

Okey fine! Aku memang tak boleh tidur. Update di Twitterku yang mengatakan aku sudah hendak tidur itu hanyalah tipuan semata telinga hidung dan mulut sahaja. Ya akulah Mr. Insomnia a.k.a Kelawar Man. Eh bangga pulak menjadi Mr. Insomnia. Err, tak tak! Hakikat yang cuba dibentangkan.

Dah tak boleh tidur ni, apa lagi. Sesi penjelajahan blog dijalankanlah. Sehingga terjumpa sebuah blog sang gadis. Sang gadis yang membuatku tersipu-sipu malu seperti kucin' (without g) garfield. Garfield ialah kucin' okey. Kucin' oren yang besar. Itulah garfield. Eh eh eh, bukan nak cerita pasal kucin' oren garfield yang besar tu. Tapi nak cerita pasal ni.

Teruskan pembacaan.

Entri sang gadis yang membuatkanku terasa seperti di awang-awangan. Juga terasa menggula di dalam hati (pinjam ayat seseorang ni). Kelakar yang bersulamkan ke'blushing'an. Okey memang ku blushing. Blushing tu muka merah kan? Eh pipilah merah. Okey pipiku merah! (setelah dicubit). Ala, macam la hampa nampak merah ke tak.

Apa entri itu? Sehinggakan kamu ter'blushing'?

Hemm, nak link ke nak copy balik ayat dia ek? (pikiaq sat)

Okey aku buat dua-dua. Fair & Lovely!

Ni petikan dari entri Sang Gadis :

Berapa ramai blogger kacak (lelaki lah, ada ke perempuan kacak?) yang bila kamu masuk blog dia, jantung berdetak laju. Rasa nak gugur? Rasa bagai direntap? Iman kelip-kelap? Duhh.

Jangan ingat orang lelaki saja suka cuci mata. Orang perempuan pun sama tau. Cuma kami gadis-gadis pemalu di dunia nyata, akan sangat sedikit teruja dengan blogger-blogger sedap mata memandang ni.

Entri ini akan saya ceritakan blogger kacak yang bikin kecoh rumah saya. Rumah sewa, bukan rumah mak ayah. nak mampos gedik-gedik depan mak ayah.

Rumah saya ada tiga orang blogger amatur. Masih amatur, belum blogger tegar. Apa saja pasal blog, kami kongsikan bertiga. Tiga saja. habis nak buat macam mana yang lain buta internet. Blog pun taktau. Window 7 dengan Office 2007 pun taktau apa beza.

Seorang blogger kacak ni, saya mula tahu blog dia bila seorang housemate saya, Gadis M cerita pasal entri dia berkenaan tempat duduk lelaki perempuan diasingkan dalam bas. Saya teruja. Islamiknya dia. Buka laptop & cari blog dia.

Perghh, header saja sudah mengancam jiwa. Bila baca entri-entri dia, fuh..! penulisannya sama kacak dengan orangnya. Sejak itu blogger lelaki ini jadi fenomena antara kami bertiga. Mungkin juga ribuan follower gadis-gadis blog HA.

(cakap dengan kuat dari bilik sendiri)

Gadis F : weiiiii!!! HA masuk blog akuuu!

Cukup kuat untuk didengar oleh saya dan Gadis M. Lalu kami berdua menerpa ke bilik Gadis F. semata-mata nak tengok apa blogger HA tulis di shoutout box Gadis F.

(sambil menekur kepala)

Gadis M : ergghh, kenapa HA tak masuk blog aku ni……..(suara sayu)

Sejak itu sepertinya Gadis M dan Gadis F bersaing menanti-nanti blogger HA menjejak kasih di blog masing-masing. Seakan sudah menjadi satu hiburan pula mendengar nama HA diomel-omelkan di rumah saya.

Gadis M : waa, HA masuk blog aku!

Gadis F : eleh, dia pun masuk blog kite jugak!

Oppss, kami gatalkah? Terpulang pada tafsiran pembaca. Kami meminati HA disebabkan gaya penulisannya. Santai berdakwah. Tegurannya tak terasa pedas, tapi terkesan di hati. Kacak? Wahh itu bonus.

Akhir semester, saya pula yang menekur kepala,

“wei…kenapa HA tak pernah masuk blog aku pun!”


Hahaha. HA aka Hami Asyraff.



Dan inilah blog Sang Gadis itu --> [link]

Eh rileks rileks! Jangan rasa bersalah. Janganlah anggap daku ingin memalukan kamu pulak. Oh tidak.

First terima kasih. Sebab menjadikan blogku yang hampes ini sebagai gurauan dan percakapan saudari-saudari sekalian. Mengerti dan fahamilah, ku tidak seperti yang kalian bualkan. Tiada apa yang hendak kalian terujakan dengan diriku yang sebatang kara ini. Err, cuba menambah bagi sedap.

Tapi yang ni serius. Daku tulis blog hanya untuk suka-suka sahaja. Tak habis cakap lagi. Pada dulu-dululah. Tapi lama-kelamaan terpanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk manfaat bersama. Itu yang ku cuba titikberatkan dalam setiap penghasilan entriku. Tahu ada yang tak beri manfaat pun. Sebab tu ku akan terus mencuba.

Tiada apa pada paras rupa. Mungkin pada pandangan kita, manusia sarwajagat itu antara terpenting. Tapi di sisi Allah Taala, bukan itu ukurannya. Hanya iman dan takwa jugalah penyemai dan menjadi asas segala.

Buat Sang Gadis M dan F, ku friendlylah. Jangan bimbang. Paling aktif di Twitter. Addlah ku di situ. Yang lainku dah tak gemar sangat dah. YM boleh juga nak add kalau sudi.

Ni YMku : hami_asraff@yahoo.com

Akhir kata, nilailah blogku ini dari hasil karyaku. Hasil penaipan ku yang tak seberapa. Ya, rupa paras yang cantik itu anugerah. Yang sebaliknya pun juga anugerah. Bersyukur itu yang menjadi keutamaan. Maka, nilailah blogku ini dari penghasilan tulisanku, bukanlah yang lain ya.

Wassalam.




Post Script 1 : Perjuangan belum selesai. Doakanku ya kalian!

Post Script 2 : Dah lama tak buat entri untuk sesama berfikir mencari kebenaran. Tunggu untuk next entry ya. InsyaAllah :)



Share/Bookmark