Posts

Showing posts from April, 2010

Minta Maaf Atas Keterlanjuranku Berkata Sebegitu Dahulu

Image
Assalamualaikum w.b.t
Suasana hiruk pikuk kota, pekik tawa bergema, manusia sedang bercanda. Ya itulah yang dirasa di saat entri ini ditaip. Di saat entri ini ditaipku di sebuah pasaraya terkemuka. Ah tipu sahaja terkemuka. Tapi yang pastinya terletak nun jauh di utara. Bagaimana boleh aku menaip tika berada di pasaraya? Hemm, biarlah jadi tanda tanya. (aku suka sebegitu) Perkara ini sudah lama terperam. Sudah lama tertangguh. Sudah lama terbiar. Mungkin hari ini segalanya akan diceritakan di sini. Biarlah. Aku dah penat. Dah sarat menanggung segalan tekanan. Aku dah capek. (capek is penat) Banyak-banyak tempat, suasana hingar bingar ini juga yang dirasakan masa yang sesuai untuk meluah segala. Ya suasana ini seolah-olah mendesak aku. Desakan yang kuat untuk melancarkan penaipan. Aku terbejat. Jiwa terdampar. Justeru permonolongan dalaman segera berlaku. Ah, perlukah aku mengkhabari segalanya di sini? Adakah aku akan berpuas hati setelah aku coretkan di sini? Bagaimana sekiranya sebaliknya…

Terasa Ingin Diterjah Juga Blog Tak Seberapa Ini

Image
Assalamualaikum w.b.t
Entri kali ini bersifat tergesa-gesa seperti larian merentas desa. Entri kali ini tidaklah sepanjang entri-entriku yang lain. Ah, tengok tajuk sudah dapat agak. Ushar je la siapakah Encik di bawah.


Encik Ben Ashaari. Ya itulah nama jejaka yang bergaya ini. Kalau para blogger tidak mengenali beliau tak tahulah. Ya beliau sangat terkenal dengan siri penjelajahan terjah menerjah blog seantero negeri. Mungkin beliau agak menggemari Siri Penjelajahan Doraemon barangkali. Err, gurau-gurau je Encik Ben.
Syarat untuk diterjah?
1. Meletakkan header Encik Ben. Okey sudah.
2. Terangkan serba sedikit nama dan perihal blog. Okey, nama samaranku HAMI. Nama blogku telah tertera seperti di atas. Namaku sendiri, HAMI ASRAFF. Hemm, blogku ini tiada tema tertentu. Menulis apa yang terlintas di minda. Cetusan idea dan pendapat spontan. Tetapi lebih kepada cuba memanfaatkan diriku dan pembaca barangkali. InsyaAllah.
3. Dari mana tahu segmen ini? Dari Kelab Blogger. Oh Kelab Blogger Encik B…

Terima Kasih Sudi Baca Blog Ini. Jom Exchange Link.

Image
Assalamualaikum w.b.t
Toleh kanan laptop. Toleh kiri TV. Ku toleh kanan kembali. Oh nampaknya laptopku lebih menarik perhatian. TV? Macam sudah lama aku tidak bernafsu untuknya. Di rumah sewa aku tu ada je TV. Tapi memang tersangat jarang buka. Dan kurang dari 5 kali aku buka untuk semester ini.
Mungkin ianya terkesan sehingga terbawak balik ke rumah ayah bonda tercinta. Rancangan kegemaran? Entah dah lupa. Lebih kepada rancangan yang berunsur download. Ku tahu memasing sibuk dengan Adamaya & Asmaradana sekarang ni. Tadi pertama kali menonton Adamaya. Oh rancangan ini telah menambat dan tertambat anak-anak buahkumelekat di kaca televisyen. Dan memasing sibok setori kat aku. So aku pun terlayanlah seketika.
Entri pasal apa ya kali ni? Bila sekali sekala post new entri beginilah jadinya. Tadi buka Facebook. Ada seseorang hantar mesej di kotak inboxku. Agak kelakar jugak. Mesejnya begini :

En.Hami..hihi..mak saya suka blog encik Hami..Mak kirim salam..haha Jangan risau..Mak tak nak amik…

Study Study Juga. Solat Jangan Dilupa. Eh Solat Lagi Penting La.

Image
Assalamualaikum w.b.t

Bertemu lagi kita dalam perbincangan waktu dan hari yang sama. Ah, seminggu sekali update memang seminggu la berjumpa kembali. Biasalah gua kan student. Memang dua hingga tiga minggu ni gua dan member-member gua tidak termasuk Gua Kelam dan Gua Niah sedang bertempur di medan peperiksaan.
Alhamdulillah, aku sudah habis satu paper tadi.
"Amacam, senang ke susah paper tadi?"
Soalan paling majoriti yang dilontarkan. Eh, gua pun macam tu jugak kot. Biasalah kami kan student. Itulah soalan-soalan student seperti kami setelah selesai exam.
Jawapan pula. Oh jawapan memang selalunya begitu menyerlah. Standard charted.
"Susah la wey." (muka monyok)
"Ala, rugi dol aku tak study bab tu! Hampeh!" (muka separa tenshen)
"Entah la. Rasa macam boleh buat je. Tapi careless mistake banyak juga la." (muka ceria tak ceria)
"Senang je. Tak sia-sia aku study sampai lebam." (muka lebam kena tumbuk)
"No komen." (muka artis! err...)
Antar…

Jangan Sesekali Merendahkan Orang Lain Dengan Niat Jahat

Image
Assalamualaikum w.b.t
Ya sayalah Hami Asraff yang dimaksudkan. Dan blog ini masih blog beliau. Sila jangan tukar channel lagi. Cuba dan terus mencuba memberitahu audiens bahawasanya diri ini sangat busy sehingga terpaksa mengabaikan blog ini. Ya terpaksa. Kerna perlu melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai seorang pelajar.
"Ala, paper tu senang je beb"
Kata-kata seorang sahabat. Oh memanglah jikalau kita sudah pun mengambil paper berkenaan, maka terasa senanglah. Aku pun akan berkata sedemikian juga kot. Hemm, maybe modified sikit la.
"Paper tu? Boleh la. Lulus ngam ngam je"
Ini dinamakan sindrom sudah habis paper yang susah.
Aku sangat busy dan kalut dengan projek. Alhamdulillah sudah selesai presentation siang tadi. Walaupun sebenarnya masih perlu dibaiki. Oh tidak mengapa. Tinggalkan ia sejenak di situ.
Eh, bukan ini sebenarnya yang ingin dikongsi. Ah, biasalah aku. Mukadimah tidak mahu mengalah. Ada saja ingin ditokok tambah. Supaya ia lebih menyerlah dan in…

Surat Daripada Syaitan

Image
Gambar Hiasan Assalamualaikum w.b.t
Okey fine! Aku mencuri. Aku terpaksa. Aku terdesak. Semuanya hanya sebab blog ini. Aku tak nak ianya terus bersawang walaupun pada hakikatnya tak nampak pun sesawang itu. Woi woi hampa toksah dok pikiaq yang bukan-bukan. Aku mencuri masa untuk mengupdate blog ini la. Apa daa.
Tajuk entri kelihatan menggerunkan bukan? Err, tak pun. Kelakar ada la. Perghh dia sebut kelakar tu. Sat nah, aku nak setori kat bawah.
Sebelum tu, perasan tak entri aku bawah yang sebelum ni? Itulah entri terpendek pernah aku hasilkan. Saja nak mencuba sesuatu yang baru :) Entri-entri aku ni tak mencecah 50km sejam memang tak sah. Ceh tak laju langsung!
Okey begini. Sila jangan takut lagi. Dulu aku pernah hasilkan entri Surat Untuk Encik Maxis. Now Surat Daripada Syaitan pula. Oho!
Mari teruskan pembacaan. Sila khusyuk ye membaca.
Hai manusia yang tersayang,
Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat kursi. Ini bagus sekali ke…

Sedarlah Wahai Insani

Image
Permainan duniawi itu tidak pernah kalah dengan hasutan yang menyesatkan. Tak ramai yang ambil peduli walhal ianya sesuatu yang wajib difahami. Manusia insan yang selalu harus dinasihati.

Ciri-Ciri Entri Berkualiti Bagi Anda

Image
Sekadar gambar hiasan. Buang NO, jadi ENTRY :)
Assalamualaikum w.b.t
Ya, memang aku sentiasa memberi salam di setiap nukilan entri aku. Memberi salam itu sunnah Rasullullah SAW yang di mana apabila melakukannya mendapat pahala dan menyambutnya pula ialah Wajib, diyakini apabila tidak menjawab berdosa. Cepat jawab! :)
Aku ingin mulakan peraduan (bukan contest, tetapi beradu yang ditambahkan imbuhan). Seperti biasa, diriku bukan tapak sulaiman, tetapi seorang Insomnia. Dan sesungguhnya setiap hari aku hanya tidur 2 hingga 3 jam sahaja walaupun kelasku bermula 8:30 pagi :'(
Banyak benda hendak diungkap. Banyak perkara hendak dimadah. Banyak idea hendak dicurah. Tetapi seperti kebiasaan, ianya seperti disekat. Dicantas oleh hunusan pisau dapur yang tajam. Darah berlumuran di lantai. (err, sungguh over ayat terakhir itu)
Entahlah aku nak cerita pasal apa untuk entri kali ini. Aku kalau boleh setiap entri yang dihasilkan mempunyai identiti dan kualitinya. Maka, persoalannya di sini, adakah e…

Masa Kalau Tak Guna Betul-Betul Habislah

Assalamualaikum w.b.t
Hami Asraff ada blog? Ya masih. Dulu bukan main lagi satu hari update sampai dua, tiga entri. Sekarang 1 minggu satu! (-_-") Inilah yang dinamakan kekangan masa. Sebut betul betul, bukan kangkangan, tetapi kekangan.
Teringat lagu Raihan ketika entri ini ditaip (pukul 3.03 pagi) iaituIngat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara. Aku fokuskan sekarang hanya satu sahaja. Lapang Sebelum Sempit. InsyaAllah kalau ada masa nanti aku cuba ketengahkan yang lain pula.
Sekarang mari bercakap mengenai Lapang Sebelum Sempit (bukan Adnan Sempit). Ala, bahasa mudahnya free sebelum busy. Cenggitulah. Ini yang selalu terjadi kepada para manusia akhir zaman ini.
"Lor sat ja esok dah hari Khamis. Macam baru saja hari Khamis."
Ya, itulah yang dinamakan masa. Orang Kedah kata tak perasan pon dia mai, tengok-tengok nak balik dah.
Jelas dan ketara. Bukti telah terpapar dan terbentang luas. Cuma kita para manusia masih leka, alpa, leka, cuai dengan 'benda paling bernilai' ini. S…