Sunday, February 28, 2010

Penjelasan Untuk Contest Sebelum Ini

Assalamualaikum w.b.t

Kesorian kemaafan kebanyakkan. Internet kat rumah aku dah 3 hari meragam. Oh Encik Wimax! Aku nak buka blog pun hanya kurang 2 minit lagi untuk cukup 2 jam. Kelembapannya diibaratkan like p** snail walking in the night (cuba memberitahu para hadirin akan kelembapan internet yang ku alami).

Ramai yang bertanya pasal Contest di bawah (aku dah agak dah). Aku nak cerita pun bukan main susah. Ya la nak buka blog pun lambat nak mam, macam manalah untuk nak buat yang lain. Ramai yang kurang faham kot. Okey aku bagitau sekali lagi.

Macam ni, wahai ibu-ibu, bapak-bapak sekalian! Baca dengan teliti dan faham. Aku buat Contest tu bersempena Maulidur Rasul. Kaitan yang aku cuba kaitkan ialah dengan sifat ketokohan Baginda yang dikagumi. Dengan kata lain, bukanlah kena mencari 100% dengan sifat Baginda. Dan bukan perlu menceritakan perihal Baginda. Cuma SEMPENA Maulidur Rasul sebab hari Contest itu dipublish ialah pada Hari Maulidur Rasul. Fahamkah?

Okeylah, aku modify sikit tajuk Contest di bawah untuk tidak mengkonpiuskan anda. Begini :

Ceritalah Tentang Seseorang/Sesuatu Yang Anda Kagumi/Minati Dan Terangkan Kenapa (Lampirkan Gambar Berkaitan)

Syarat-syarat dan cara menyertai masih seperti di bawah. Kalau masih terdapat kekeliruan YM la saya. (dah suruh YM dah sebelum ni, tapi tak ada yang YM pun). Tujuan Contest ini hanya untuk bertukar pendapat dan pengalaman di samping mengeratkan silatulrahim sesama Blogger. Aicehh ~

Hadiahnya? Oh ini ramai yang bertanya. Aku tak la menyediakan hadiah yang mahal. Nak tau jugak? Kliklah di sini [link]. Jenis-jenisnya aku yang akan tentukan. Tidak memaksa anda untuk join. Siapa yang sudi dan kelapangan.

Sebenarnya lagi kurang penyertaan, lagi senang kerja aku untuk memilih pemenang kan? So terpulanglah pada anda ya! Keputusan di tangan anda! Aicehh lagi ~ Tarikh tutup masih dikekalkan. Dan aku hanya mencari 3 pemenang sahaja.

Okey itu sahaja. Selamat mencuba. Tak rugi pun cuba, bukan keluar modal pun kan? Modal bayar bil internet je kot? :)

Sekian. Wassalam ~

p/s --> Minggu busy dengan Test. Maybe akan di'hold' dulu untuk entri-entri akan datang. Lagipun beri peluang pada anda untuk join Contest tak seberapa ni :)


Thursday, February 25, 2010

In Honour Of Maulidur Rasul : Give Away Contest

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali pada Lembaran Maulidur Rasul. Entri ini ditaip pada hari Khamis (25/02/2010) bersamaan 11 Rabiulawal 1431H. Dah tentu la esok 12 Rabiulawal 1431H. Oh semua orang dah tahu hari apa (tak payah aku bagitau ya)

Tengok tajuk entri pun anda dah tahu apa yang bakal aku tampilkan. Ehem, ehem. Orang lain sibuk buat contest aku pun turut tidak kecuali. Ni percubaan pertama ni. Okey aku akan cuba sedaya upaya.

Bagi intro dulu. Semua orang dah tahu kenapa kita menyambut Maulidur Rasul. Sempena memperingati Nabi Teragung kita dalam melebarkan syariat Islam. Buktinya? Islam sampai pada kita sampai hari ni. Menyingkap akan ketokohan Nabi Muhammad SAW ini, akan ketabahan Baginda, akan perjuangan Baginda dan sebagainya menjadi pedoman untuk kita sehingga hari ini.

Contestnya senang saja. Saya namakan contest ni :

Narrate s short story about a something/someone you like/love most and tell the reason why. (Attach a related picture)



Faham tak? Anda perlu menceritakan apa-apa sahaja yang ada rasa paling anda suka atau pengalaman hidup atau seseorang yang anda kagumi atau apa-apa sahaja yang berkaitan. Dan pastikan ianya ada kaitkan dengan Maulidur Rasul.


Syarat-syarat penyertaan :
  1. Anda mestilah seorang blogger.
  2. Cerita anda mestilah tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek. (Padat dan menarik)
  3. Anda menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Kalau nak campur Bahasa Inggeris sikit-sikit tu boleh la. (Tajuk Contest pun Bahasa Inggeris)
  4. Dilarang menggunakan shortform. Ya la memudahkan anda dan saya membaca.
  5. Ini penting! Anda diWAJIB meletakkan GAMBAR yang berkaitan dengan cerita yang anda sampaikan.
Cara menyertai :
  1. Buat entri khas untuk Contest ini dengan copy tajuk entri yang telah dibold Narrate s short story about a something/someone you like/love most and tell the reason why. (Attach a related picture) dan pastekan di entri anda.
  2. Copy Banner di atas dan paste di blog anda (entri contest).
  3. Linkkan blog anda dan blog saya.
  4. Tinggalkan jejak (link) anda di ruangan 'BERI BUAH FIKIRAN' saya yang mengatakan anda sudah join supaya saya boleh berkunjung melihat cerita anda.
  5. Promosilah Contest ini pada rakan-rakan yang lain.


TARIKH TUTUP : 15 HARI DARI SEKARANG! (12 MAC 2010)

SAYA MENCARI 3 PEMENANG TERBAIK DAN SEMESTINYA HADIAH MENARIK MENANTI ANDA! PASTIKAN ANDA YANG DICARI! :)


SEMOGA BERJAYA!

Sekian. Wassalam.

p/s --> Segala kemusykilan bolehlah YM saya dan i'll update at my Twitter :)

Sunday, February 21, 2010

Perbuatan Lawak Menjengkelkan Muda Mudi Masa Kini

Assalamualaikum w.b.t

Entah kenapa lately aku suka meletakkan tajuk entri yang panjang. Mungkin cuba menyesuai padankan dengan isi entri yang bakal aku kemukakan. Seperti yang dijanjikan ( ayat conventional ), entri kali ini aku akan membawa diriku dan pembaca jua 'melihat' realiti segelintir masyarakat di negara ini. Ramai orang tahu sebenarnya. Mungkin tak ramai yang cuba ketengahkan. Mungkin ada juga yang cuba berbuat sedemikian.

Aku suka memberi contoh atau jalan cerita supaya lebih memahami intipati dan maksud yang disampaikan. Contoh yang bakal aku setori di bawah ini ialah 'adegan' yang disaksikan sendiri oleh mataku. Apakah? Jom baca di bawah.

Perbuatan Lawak Menjengkelkan 1

Cuti yang lalu. Bertempat di sebuah kedai makan yang lokasinya dirahsiakan. Depan aku ada 2 orang hamba Allah. Lelaki dan perempuan. Tengah beratur untuk memesan makanan. Entah bagaimana tetiba duit dari genggaman perempuan itu jatuh ke lantai. Maka semasa membongkok untuk mengambil duit tersebut, ternampaklah susur belakang ( sebab pakai baju 'adik' ). Si lelaki sedari. Dengan pantas tangannya cuba menutup kembali 'aurat' wanitanya. Takut takut dipandang oleh insan lain. Aku tersenyum.

Contoh lain yang berkaitan :

Tak payah pergi jauh-jauh. Kalau anda seorang yang rajin, pergilah tunggu di jalan-jalan raya mahupun jalan persekutuan untuk melihat 'adegan' ini. Adegan apakah? Cubalah lihat pasangan 'couple' yang menunggang motosikal. Fokus on the awek yang memakai baju 'adik' lagi. Oh tangan itu beberapa kali cuba menutup bahagian 'belakang' yang terdedah dikhuatiri ada orang akan memandang. Aku tersenyum.


Komen aku :

Sebelum tu, aku nak gelak dulu. Hahaha ~ Okey dah! Lawak la. Cik Adik @ Kak Chik, dah terang-terangan kamu tu pakai baju 'adik', kenapalah bersusah-payah untuk meng'cover'? Memang tak boleh pun. Tahu pulak kamu malu ye. Ishh tak pahe kawe. Okey ini satu lagi lawak. Yang Cik Abang 'membantu' tolong coverkan Cik Adiknya. Oh bagus akan keperihatinan anda itu. Lagi perihatin kalau Cik Abang itu menasihati atau tolonglah beli baju 'kakak' kat Cik Adik. Baru kena tempat perihatinnya.

Perbuatan Lawak Menjengkelkan 2

Hari tu ( tak ingat hari apa ), bertempat di sebuah kediaman yang juga dirahsiakan lokasinya. Ada seorang Sang Lelaki dan Sang Wanita, juga menunggang motosikal. Sang Lelaki la yang membonceng. Menghantar Sang Wanita pulang barangkali. Berbual sekejap. Sebelum beredar, Sang Wanita bersalam dengan Sang Lelaki. Mencium tangan Sang Lelaki. Dan dibalas oleh Sang Wanita dan $%#@!&* ( tak dapat disiarkan ). Faham-faham je la ya.

Okey, aku cuba berfikiran positif. Mungkin mereka suami isteri. Okey okey. Tapi kenapakah hanya Sang Wanita sahaja menaiki ke rumah? Mungkin Sang Lelaki ada hal sekejap, nak pergi tempat lain. Okey okey. Tapi kenapa macam dah nak berpisah? Mungkin baru berkahwin. Okey okey. Tapi rasanya kalau yang dah berkahwin, tak akan melakukan adegan itu di khalayak ramai. Err, tak okey, tak okey. Sudah dapat jawapan. Aku tersenyum.

Contoh lain yang berkaitan :

Oh ini sangat berlambak-lambak. Semua orang pernah saksikan. Di mana-mana sahaja. Aku tak perlu sebut pun ramai yang dah tahu. Ramai boleh statekan tempat dan keadaannya. So tak perlu aku beri contoh la ye. Eh nak jugak? Okey, pergi saja pasar malam tu. Mana-mana je la. Oh kecrowderan manusia dilimpahi dengan 'adegan' kurang menyenangkan. Aku tersenyum lagi.


Komen aku :

Satu lagi lawak. Bertindak sebagai suami isteri. Mungkin nak praktis sebelum melangkah ke arena perkahwinan. Mungkin! Adegan-adegan di atas sudah menjadi satu trend. Seperti perkara biasa. Walhal perkara luar biasa. Sebab apa? Sebab ramai orang ambil mudah. Wey kami bukan buat apalah. Apa yang kami buat terhadap pasangan kami itu sebagai tanda kasih dan sayang kami. Itu sahaja. Hahaha ~ ( gelak lagi ). Sabaq ya nak bagi contoh.


Okey, dah dapat. Hari tu dengan seorang sahabat berjalan di sebuah pasar raya. Pasar raya is port paling 'baik' dapat saksikan adegan-adegan yang sumbangsih di kaca mata. So ternampaklah aksi kurang menyenangkan di depan mataku dan juga sahabatku.

Lantas sahabatku berkata sebegini, "Bersentuhan bukan mahram ( lelaki dan perempuan ) secara sengaja ibarat menggengam bara api neraka". Err, aku terkesima dan menggeleng kepala. Astagfirullahalazim, ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah. Bagaimana? Beranikah? Terkena percikan api yang sedikit tu pun jenuh beradoi, inikan api neraka. Nauzubillah. Tak mampu aku bayangkan!

Tujuan aku mempost entri ini untuk membawa anda dan aku melihat akan hakikat sebuah realiti kehidupan yang jauh terpesong dari landasan syariat. Kalau anda rasa apa yang aku utarakan ialah sejenis kutukan, aku mohon tolong perbetulkan. Sekiranya apa yang aku kata bercanggah dari pendapat anda, sila sangkal pandangan aku ini. Tapi kalau boleh silalah jangan beri pendapat sebegini :

"Itu urusan mereka dengan Allah S.W.T. Biarlah mereka!". Kenapa? Aku dah post mengenai ini untuk entri sebelum-sebelum ini iaitu Mamat Dan Rakan-Rakannya. Nak tahu kliklah di situ. Itu sahaja aku rasa. Aku menasihati diriku yang kerdil terlebih dahulu. Semoga kita memperbaiki kesilapan dan tingkatkan amalan kita. InsyaAllah.

Wassalam ~

p/s --> Tiada gambar yang bersesuaian untuk dipostkan.

Friday, February 19, 2010

Dengan Ini Aku Akan Menampilkan Gambar Mereka Untuk Tatapan Umum

Assalamualaikum w.b.t

Sementelah aku menghabis sisa-sisa baki percutian aku selama seminggu di kampung halaman terchenta ini, maka dengan ini aku hingin membuat entri mengenai 'mereka'. Siapakah 'mereka' inis? ( letak 's' bermaksud mereka itu lebih pada sorang. Eh kejap, bukankah mereka itu sudah merujuk lebih kepada sorang? Err, abaikan! )

Okey, tanpa berselingkuh ( entah kenapa aku memang suka pakai ayat ni ) aku akan cuba tampilkan 'mereka' satu persatu. Eh sat sat. 'Mereka' yang aku maksudkan ini anda pernah tengok. Cuma mungkin tidak mengenali dengan lebih rapat. Eh, bolehkah?

Nombot 1 ialah : ( Tengok gambar di bawah ini dulu )


Gambar ini beliau memasuki Busana Muslimah tadika beliau wilayah Felda. Dapat Naib Johan.


Beliau diberi nama Nurin Sofia oleh Ummi dan Babahnya. Panggilan kemanjaan di rumah Kak Long. Beliau kini telah menamatkan sesi konvoseksyen ( ejaan sengaja bagi salah ) di Tadika Kemas dua tahun dulu. Kini berusia 8 tahun. Bersekolah di sebuah sekolah. Pergi sekolah bukan naik bas. Meminati subjek Arithmetic. ( Sila tanya apakah itu Arithmetic ). Suka panggil aku Puteh ( sebenarnya Ayah Teh ) dek kerana terinfluence oleh umminya. Seorang yang activ 10. Suka berkawan. Peramah. Suka ayaq laici.

Seterusnya, Nombot 2 ialah : ( Tengok gambar di bawah ini dulu )

Cuba meniru aksi Kak Longnya. Tapi tidak pernah memasuki Kejohanan Busana Muslimah mahupun Kejohanan Meniup Belon.


Nurnisa Umairah a.k.a Kak Ngah. Dulu panggil beliau Kak Adik. Tapi setalah munculnya adik beliau maka konsistenlah gelaran Kak Ngah itu sehingga kini. Umoq 4 tahun. Eh silap, 5 tahun ( setelah re-tanya umminya ). Seorang explore girl. Explore PC mencari game walaupun tersembunyi di celahan folder-folder yang lain. Berjaya ditemui. Mempunyai imaginasi yang tinggi. Agak pendiam. Suka kacau adik dia. Ya lah dah kami kacau dia. Suka minum ayaq teh o ais. Pi la kedai makan mana pun. Ayaq itulah yang akan diminta.

Last one, Nombot 3 : ( Tengok gambar di bawah ni dulu )

Oh, kalau posing cukup terer. Kalah Ayah Teh dia. :)


The last in the list, Ahmad Naim Yadiy. Itulah satu-satunya nama beliau sejak dilahirkan 2 tahun lalu. The only hero that anak menakan yang kami ( merujuk pak pak menakan yang laen ) ada. Nama manja of course la adik. Huih caragas si kecil ni. Cakap pandai. Kadang-kadang tak terpikiaq pun apa benda yang keluaq dari mulut dia. Ishh mengalah orang tua aih. Suka gak merap. Besa la budak-budak. Tapi dia ni kalau boleh nak terai semua apa yang orang buat. Suka minum ayaq masak. Oh ini tersangat sempoi okey.

Yang tu saja nak cerita. Eh 3 orang saja? Dalam gambar kat blog ni bukan 6 ka? Jangan tertipu. Hanya aksi ulang tayang sahaja. Motif? Saja nak memperkenalkan anak menakan aku ke seantero dunia. Aiceh ~ Bajet gempak. Sori kalau ada yang tak paham. Aku menggunanyelitkan loghat Kedah di sini. Sebab apa? Sebab aku orang Kedah. Err, okey okey. Kalau ada yang tak paham, silalah bertanyakan kepadaku.

Bawah ni antara koleksi gambar-gambar lain mereka.



Gambar ni dah lama dah. Tengok si kecil baju kunin ( without g ) tu. Kecil lagi kan?



Aksi akrobatik cuba dipamerkan di situ.




Menerai dan beraksi dengan spek Ayah Tehnya.




Kanan sikit, kiri sikit, okey senyum! :)




Mereka mesra kamera.




Sambil jalan pun dan lagi nak toleh kot sini tuh!




Yeah joget sampai terkeluaq lidah.




Err, Kak Long awat buat muka ganaih sangat tu? Kak Ngah menunjukkan giginya yang tersusun rapi. Naim innocent in this picture. :)


Oh, itu sahaja aku nak tampilkan. Aku rasa nak buang gambar-gambar mereka on the right side. Macam mana? Lepaih ni aku boh kat facebook pulak kot. Okey? Nak pi bersiap-siap pi solat Jumaat. Para kaum Adam jangan dok malaih-malaih.

Wassalam ~

p/s --> Entri seterusnya aku akan membawa ada 'melihat' dunia realiti sekarang ini. Apakah? Wait and see :)

Wednesday, February 17, 2010

I Love Living Life. I Am Happy

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini agak bizi. Dok rumah macam ni la. Ada saja aktiviti tak rasmi giat dijalankan. Cukup la ya 2 entri suka-suka yang aku post sebelum ni. Entri kali ini aku akan membawa kepada kemanfaatan bersama. Manfaatkah? Oh aku akan cuba sedaya upaya untuk memberi manfaat kepada diriku dan pembaca jua.

Lately, aku dapat emel daripada beberapa reader blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih mengemel aku. Aku hargai. Emel bertanyakan pendapat dan bertukar buah fikiran. Lebih kepada perbincangan. Hemm, aku akan cuba mengutara selatankan di sini. InsyaALLAH.

Begini, semua orang ada masalah problem tersendiri. So do i. Kamu pun. Cuma masalah problem itu sahaja yang berlainan bentuk dan cara pengujiannya. Dan semua orang tahu setiap permasalahan ada penyelesaian. Cuma kekadang belum ketemu jalan keluarnya. Mungkin banyak faktor mempengaruhi. Dan masalah itu terus terusan membelenggu diri tanpa ada rasa simpati.

Dan masalah problem yang melanda diri akan terus membuat diri kita berasa kerdil, low self-esteem, tak berani untuk melangkah dan sebagainya. Masalah yang aku cuba huraikan di sini lebih berbentuk jati diri dan konflik dalaman yang membelenggu sesetengah orang. Kemuraman, kekecewaan, kedukaan, kejatuhan, dan ke-an yang lain yang terus menghimpit.

Okey, sebulan yang lepas ( aku rasa la, kurang ingat ), aku secara tak sengaja terjumpa sebuah blog iaitu Faizal Yusup. Tertarik satu video di blog beliau. Sesungguhnya aku memang menyukai blog beliau dan telah dimasukkan dalam list 'BLOG YANG AKU SUKA'. Anda tengoklah video di bawah ini dahulu. Tengok sehingga habis. Nanti aku cuba elobrate.




Bagaimana? Mungkin ada yang pernah tengok video ni. Mungkin belum. Paling tertarik dengan ayat jejaka yang bernama Nick Vojicic, " If i fail, I try again, and again, and again.. ". Oh aku begitu tersentuh untuk itu. Adakah kita akan bersikap sebegitu? Tak payah cakap orang lain, aku sendiri pun sebegitu. MasyaALLAH, kita lebih sempurna berbanding beliau. Adakah kita akan terus bangun dari kegagalan setelah mengalami kejatuhan?

Inilah attitude seseorang yang perlu kita contohi. Terasa keinsafan menjalar di sanubari. Kita mudah kecewa apabila sedikit kegagalan datang dalam hidup. Kita mudah putus asa apabila mengalami sedikit kejatuhan. Kita tak mahu terus mencuba apabila begitu banyak ranjau berduri yang mendatang. Kita masih punya nikmat dan kudrat untuk terus melangkah. Bolehkah kita? Ya pasti boleh.

Bila kita terasa kita paling lemah, tengok dan hayatilah video ini. Bila kita perlukan kekuatan dan semangat, tengok dan hayatilah video ini. Bila sinar tidak ditemui sepanjang jalan, tengok dan hayatilah video ini. Bila kehampaan dan kekecewaan menyelubungi hidup, tengok dan hayatilah video ini. Bila rasaku ini rasamu, tengok dan hayatilah video Kerispatih. Err, okey gua chow dulu.

Semoga kita ambil iktibar dan pengajarannya. InsyaALLAH.

Wassalam ~

p/s --> Aku memang meminati motivasi. Pernah jadi fasilitator selama 2 tahun dulu. (",)

p/s/s --> Cuba dapatkan buku yang bagus ini. [link]


Tuesday, February 16, 2010

Gambar Baby Yang Telah Di Make Overkan

Assalamualaikum w.b.t

Okey, tinggalkan cerita hantu. Now beralih pada gambar-gambar yang akan aku tampilkan. Dapat emel ni dah lama dah dari seorang rakan. Tapi hari ni baru menggataikan diri nak publish.

Mungkin ada yang pernah tengok. Sebenarnya tengah bosan. Dan bukan entri ni sepatutnya nak publish dulu. Tak apa la, acara selingan lagi. Sapa punya kerja pun aku tak tau la. Tapi cute juga baby-baby ni setelah di make overkan.

So jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.

















Itu sahaja. Adakah baby anda ada dalam gambar di atas? Hoho ~

Wassalam ~

Monday, February 15, 2010

Entri Meremang Bulu Roma


Assalamualaikum w.b.t

Baru hari ini berkesempatan untuk update setelah 2 setengah hari aku meninggalkan blog aku ni. Seperti yang dijanjikan, entri kali ni aku akan menge'post' 'sesuatu'. Harap anda berada dalam keadaan stabil ya. Tajuk entri pun membuatkan anda tertanya-tanya. Tapi ianya bukan sebuah provokasi terhadap entri kali ni.

Baiklah ceritanya bermula, aku sampai ke kampung halaman tercinta pukul 2 pagi hari Khamis malam Jumaat. Adik aku waktu tu tak tidur lagi. Dia berkata padaku begini :

"Bangteh, nak tengok gambaq hantu dak?", tanya adik bongsuku.

Eh biaq betoi adik aku ni. "Err, boleh juga!", balasku pendek.

Maka sesi penayangan gambar hantu itu dilakukan di dalam handsetnya. Sebelum aku setori, hampa tengok lah sendiri gambar-gambar di bawah noh.




Gambar di atas dirakam oleh member adik aku. Dan lelaki dalam gambar ni ialah member kepada adik aku satu lagi. Cuba fokus kepada bulatan merah yang aku bulatkan. Oh kurang nampak ya. Kejap, aku cuba zoom in.




Setelah di zoom in 5 kali di hanset adik aku, maka gambar di ataslah yang terpancul. Kualiti kurang memuaskan. Paham paham je la kamera hanset. Oh ini adalah gambar original dan tidak memplagiatkan ia di mana-mana.

Lokasinya ialah di sebuah tempat di Universiti Utara Malaysia ( UUM ). Lokasi spesifiknya terpaksa dirahsiakan. Untuk pergi UUM dari rumah aku hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit. Memang banyak kisah-kisah yang berlaku di UUM sebelum ni. Kalau student UUM mungkin tahu. Cuma ceritanya kurang jelas. Aku yang sudah 25 tahun berada di sini mungkin banyak cerita yang didengari.

InsyaALLAH kalau ada masa, aku akan cerita mengenai kisah yang lain pula. Di saat aku tengok gambar ni, bulu roma aku terus berdiri tegak. Yer la waktu tu dah pukul 2 pagi. Malam Jumaat pulak tu.

Anda tengok, nilailah sendiri. Diulang, gambar ini adalah original. Tak rajin aih nak superimposekan. Dan cuba amati makhluk tu betul-betul. Memang kakinya tak kelihatan. Dan tangannya menyerupai kuku yang panjang. Itu yang kami nampak. Okey, silalah tegak bulu roma anda!

Mereka juga makhluk Allah. Cuma ingin 'menumpang' bergambar barangkali. Amalkan membaca ayat Al-Qursi sebanyak 7 kali setiap hari. InsyaALLAH anda akan dihindari oleh gangguan syaitan, binatang buas dan hasad dengki manusia. InsyaALLAH.

Itu saja kali ni. Sekian. Wassalam ~

p/s --> Banyak lagi kisah di sebaliknya. UUM memang 'keras' sikit tempatnya. Tempat lain pun ada ceritanya sendiri. Kalau ada, kongsilah di sini.


Friday, February 12, 2010

Jangan Buat Maksiat Dalam Bas

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali dalam versi baru balik kampung halaman tercinta. Baru berkesempatan membuat coretan di sini. Biasa la balik kampung ni, anak-anak menakan ( anak-anak buah ) pun menyerbu Ayah Teh depa ( they're called me Ayah Teh ). Aku ada updated kat Twitter aku kalau ada yang perasan. Okey hampa pi main jauh-jauh sat. Ayah Teh nak tulis ni dulu. Nanti Ayah Teh cerita pasai hampa na. ( Gambar anak-anak buah aku ada dekat right side blog aku )

Aku nak cerita masa aku balik kampung semalam. Oh sesuatu yang menarik perhatianku. Sepanjang aku naik bas selama 2 tahun ulang alik dari Kedah ke Shah Alam tak pernah pulak 'teguran' ini berlaku. Oh mesti korang tertanya-tanya 'teguran' apakah itu. Lagipun first time aku naik bas tu.

Mula-mula naik bas aku duduk seat sebelah tingkap. Sebelah aku tak ada orang duduk lagi. Dengan tiba-tiba seorang minah ni duduk sebelah aku. Bila penumpang mula memenuhi ruangan bas dengan tiba-tiba lagi pak cik drebar bas ni ingin membuat sesuatu pengumuman. Ishh pengumuman apa la pulak pakcik drebar ni.

Ehem ehem, testing testing! " Diminta yang lelaki duduk dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan ya! ". Wah, ini baru betul! Gua tabik sama lu pakcik. Walaupun muka pak cik itu kelihatan brutal, tapi dia menjaga 'tatasusila' penumpangnya.

Maka the minah yang dok sebelah aku tadi pun bertukar la tempat la dengan lelaki yang lain duduk sebelah wanita lain. Dan penumpang-penumpang lain pun turut serta memeriahkan acara 'bertukar tempat duduk ni'. So kepada pasangan 'couple' kirim salam la ye. Anda dilarang duduk sebelah menyebelah! ( Padan muka korang! Hahaha ~ )

Oh lupa nak bagitau. Aku naik bas Seni Budaya. Err, kurang popular kan bas ni? Tak sangka pulak mereka meniktik beratkan hal ni. Memang kenalah dengan nama basnya. Setakat ni bas lain yang aku naik tak dianjurkan berbuat begini. Alangkah bagusnya kalau amalan ini diteruskan juga oleh para-para bas yang lain. ( Imbuhan para sudah menunjukkan bilangan yang banyak. Anda dilarang menggunakan para-para. Harap maklum! )

Motif the pakcik drebar bas yang bermuka brutal tadi menyarankan sebegitu? Yang aku nampak untuk Menghalang Daripada Berbuat Maksiat. Ala, kami duduk je pun. Bukannya buat apa pun. Halo, halo, sebab tu la cakap menghalang daripada berbuat maksiat. Ada paham?! Err, okey okey paham!.

So aku sangat setuju amalan ini dilanjutkan. Anda setujukah? Aku 101% setuju! Itu sahaja nak setori. Ada lagi next entri yang aku nak setori. Entri yang akan membuat anda tak dapat tidur malam. Hahaha ~ Nantikan!


Semalam bukan rupa begini bas tersebut. Tapi Seni Budaya juga.

Wassalam ~

p/s --> Pak cik drebar bas itu bukanlah seorang ustaz. Mana tahu? Aku rasa la.


Tuesday, February 9, 2010

Tips Yang Aku Amalkan

Assalamualaikum w.b.t

Menjelajah blog orang banyak juga tips yang dapat. Paling femes ialah bagaimana caranya hendak menaikkan trafik. Serius dulu aku langsung tak ambil tahu nak bagi naik trafik semua ni. Yang aku tau Polis Trafik, Trafik Jem dan Trafik Lite. Err, okey okey tak lawak.

InsyaALLAH akan aku ikut tips-tips berkenaan. Tapi ni tips dari aku la. Okey memang aku tak cedok dari mana-mana. Kalau ada persamaan dengan tips yang anda sarankan kemungkinan besar ianya adalah kebetulan semata-mata.

Bagi aku dan yang aku selalu buat apabila berblogging ni ialah 'Menulis Dari Hati'. Wah wah bunyi mengagumkan! And just be yourself. InsyaALLAH orang akan dapat nilai hasil 'karya' anda. Oh bukanlah kata blog aku ni best dan digemari ramai. NO! Aku pun masih baru lagi dalam dunia perbloggian ini.


Gambar hiasan

Eh sebenarnya bukan nak tulis pasal ni. Di atas itu hanya acara selingan sahaja. Sebenarnya aku nak cerita pasal member aku ni. Cerita ini baru saja berlaku. Pukul 11 pagi tadi. Kalau anda yang pernah terbaca entri aku sebelum ni yang menceritakan mengenai Perjuangan Diteruskan aku ada cerita pasal member aku yang exchange student tu.

Tadi aku terjumpa lagi mamat tu. Aku paksa dia lepak dengan aku. Aku ni jenis yang tanya banyak, apa lagi bertubi-tubi soalan aku lemparkan. Hambik kau! Yer la member aku ni tersangat busy sekarang ni. Dia antara orang penting kat UiTM tu. Benarkah? Ya benar!

Aku terlopong seketika apabila dia mengatakan dia ada presentation depan Timbalan Naib Canselor ( TNC ) beberapa Universiti juga dihadiri oleh Menteri-menteri yang terlibat. Dia ni very humble person. Tu pun aku yang korek. Kalau tak memang dia tak ceritalah. Okey, aku minta permission dia nak tulis ni okey. Dia kata jangan mention siapa. Okey, no hal la bro.


Gua kagum dengan lu bro. He has a big dream. Me too. Eh you all too ( nak jugak ). Tak yang ni serius. Aku memang respek kat mamat ni. Dan aku yakin dia mampu melangkah lebih jauh. Tapi 'dream' yang bakal dia kecapi itu memang langsung aku tak pernah terpikir. Mungkin anda pun. Tapi perlu dirahsiakan di sini. InsyaALLAH kita pun mampu.



Gambar hiasan

Eh kenapa aku cerita ni? Apa kepentingan pada kami? Err, rilex2. Sat sat nak cari hubungkait. Okey macam ni. Ajaklah kawan-kawan anda berbual tentang perkara-perkara ilmiah atau islamic atau apa-apa sahaja yang menjurus ke arah kebaikan dan mercu kejayaan.

Tak salah nak sembang merapu. Aku ni pun boleh tahan juga merapunya. Tapi pastikan kemerapuan penyembangan itu ada kualitinya. Selitlah perbualan yang membawa kepada berfikir, bertukar pendapat dan memberi buah fikiran. Bukan saja anda dapat mempertingkatkan mutu penyembangan anda, bahkan banyak ilmu yang anda dapat barangkali. Sesungguhnya aku ni kaki sembang!

Selalu bila kita dengar pengaruh rakan sebaya inilah yang paling kuat. Kadangkala ianya lebih menjurus ke arah negatif. Apa kata kita cuba 'inverse'kan negatif tu jadikan positif. Macam mana? Macam ni, pilihlah kawan-kawan yang boleh membawa anda ke jalan itu. Bagaimana? Itu anda yang kena lakukan.

Bukanlah bermakna anda perlu memilih kawan. Oh tidak. Berkawanlah dengan semua orang. Berbaiklah dengan semua orang. InsyaALLAH dalam ramai-ramai tu anda akan ketemu kawan yang anda cari untuk jadi positif. Selamat mencuba.

Honestly, aku memang seronok tengok member-member aku berjaya. Macam member aku sorang ni la. Tak sangka betul! Dan yang paling penting kita kena ingat rezeki masing-masing dan jangan pernah putus asa. Teruskan usaha dan tingkatkan amalan padaNYA. Itulah yang paling utama.

Okeylah, sebenarnya aku tengah pening ni. Nak buat lab report tak siap-siap lagi. Kalau buat 'report' kat sini laju je kan? Huhu ~ Jumpa lagi di lain entri.

Wassalam ~

Sekadar gambar hiasan

p/s --> Member yang aku cerita tu tiada dalam gambar di atas.

Buku Oh Buku!

Assalamualaikum w.b.t

Kelmarin kelmarin ( menunjukkan sudah beberapa hari yang lalu ) aku menggogglekan diri. Memang kegiatan ini yang sering dilakukan pun sejak menginvolvekan diri dalam arena berbloggian ini. Perblogwalkingan pun agak kejarangan dek kerana kemalasanan yang disengajakan. Jikalau ada bloggeran menziarahi blogku ini, maka penziarahan dilakukan kembali. ( sungguh banyak penambahan himbuhan di sini )

Okey abaikan mukadimah di atas. Sebenarnya begini, aku ada la terjumpa laman sesawang yang aku rasa sangat bermanfaat pada diriku yang sangat cintakan buku. So tanpa berselingkuh, ( aku guna ayat ini untuk kali ketiga dalam entri ) aku akan memperkenalkan 'mereka'. Tengok la gambar kat bawah ni.



Laman sesawang ini dinamakan GoodReads. Kira ni book club la. Aku pun baru sahaja join beberapa hari. Maka pada pengamatan aku, GoodReads ini sangat bagus untuk mereka yang cintakan buku. Sedang mencari buku-buku yang bagus mengikut kesukaan masing-masing.

Macam laman sosial jugak. Anda boleh review buku-buku feberet anda, boleh bertukar pendapat serta pandangan rakan-rakan lain dalam GoodReads ni. Boleh pilih author kesukaan anda. Jawab trivia, quizzes, events dan sebagainya. Nak tau lebih lanjut, klik la kat sini. GoodReads.

Kalau dah ada tahu kat mana boleh review buku-buku yang menarik, sudah tentu nak tahu cara macam mana nak beli pulak kan? Kelmarin kelmarin juga aku secara tak sengajanya ber'YM' dengan saudari 'AQILAH. Entah macam mana boleh cerita pi cerita mai keluar soalan macam ni, "Eh website apa ya mudah nak beli buku secara online ya?"



Tanpa cakap banyak, beliau pun berilah saranan padaku. Dia kata masuk ni. MPH Online. Aku masuk dan belajar la cara-cara nak beli buku secara online semua. Mak oi, teramat mudah. Anda hanya perlu memilih buku yang anda suka and then beli. Mudah kan? Siap boleh review lagi. So tiada kesukaranlah untuk anda berbuat demikian. Eh terlupa nak bagitau. Pastikan anda kena ada akaun Maybank2u untuk membuat urusan jual beli ya.

Selama ini destinasi pilihan aku jikalau membeli buku hanyalah POPULAR Bookstore saja. Lagipun aku ada member card. Dapat diskaun. Eh tak pasti pulak POPULAR boleh beli online ke tak. Anda tahu? Kalau tahu bagitahu saya. Pernah juga beli kat MPH, jika kat POPULAR tak ada. Lepas ni senang la aku. Tak payah la pi Jusco Bukit Raja tu walaupun kurang daripada 10 minit nak pi. Haha ~ ( pemalas )

Ingat 2 ini sahaja kot. Tengok ada seorang hamba Allah ini iaitu Putera Melaka memperkenalkan kepadaku satu lagi medium yang sangat-sangat berguna. Ish macam tau tau ja aku nak tulis pasal ni. Dia memperkenalkan kepadaku Storm Readers. Konsepnya lebih kurang macam MPH Online.



Tapi more too buku-buku agama, ilmiah, koleksi doa-doa dan hadis dan sebagainya. Ini adalah usaha syarikat pengedar buku-buku Islamik paling popular iaitu Telaga Biri Sendirian Berhad ( Telaga Biru ) untuk memudahkan lagi pencarian anda dalam mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan anda di dunia mahupun di akhirat kelak.

Tapi aku baru sahaja join lebih kurang 2 jam. So tak tahu sangat lagi macam mana. Segala pertanyaan, bolehlah bertanyakan kepada Putera Melaka ya. Mungkin beliau boleh membantu.

Yang tu saja kot nak kongsi di sini dengan para pembaca. Aku pun nak sambung baca buku-buku Engineering aku yang bapak tebal ni. ( jarang aih baca buku Engineering ). Sekarang ni dalam proses nak cari buku 'Aku Terima Nikahnya' oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Tapi sebut Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dulu aku kurang kenal. Tapi kalau sebut saifulislam.com memang ramai kenal kot. Itulah beliau.

Itu sahaja nak kongsi. Jumpa lagi di lain entri. Mengantuk bangat sih! ( dah pukul 3.20 minit pagi. Kelas pukul 8.30 pagi )

Wassalam ~

P/S --> Membacalah untuk kesihatan anda. Err, abaikan!

Monday, February 8, 2010

Mari Bantu Adik Ammar

Salam, Entry kali ini dibuat khas untuk Adik Ammar yang kini sedang sakit. Maklumat lanjut mengenai Ammar ada disini --> [ link ]




Kami mendapati bahawa Adik Ammar mengalami masalah jantung yang memerlukan rawatan lanjut pada tarikh 22 / 2 / 2010. Tetapi, kos untuk rawatan tersebut terlalu tinggi untuk dicari oleh keluarganya. Kos rawatannya ialah RM12,000.

Mungkin anda tidak mampu menyumbang RM12000. Tetapi jika 600 orang menyumbang RM20, maka RM12000 bukanlah mustahil untuk kita kumpulkan. Lagi banyak anda sumbangkan, lagi cepat kita dapat kumpulkan RM12000 untuk Adik Ammar.

Kami yakin ada ramai diluar sana boleh membantu Adik Ammar. Sumbangan anda boleh dibuat ke akaun Ibunya berikut:

Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)



Keikhlasan sumbangan anda pasti akan mendapat balasan yang baik. RM20 bukanlah duit yang besar untuk kita simpan selama-lamanya. Kebajikan yang dilakukan kitalah yang akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Buktikan kita Blogger yang saling mengambil berat antara kita.

InsyaALLAH mari kita sama-sama membantu. Moga adik Ammar cepat sembuh.

Yang ni baru terfikir dan baru saja tambah :

Terfikir juga ramai lagi mereka di luar sana yang mengalami nasib yang sama dengan adik ammar ni. Mungkin ada yang lebih teruk dan sebagainya. Tiada pendedahan sebegini dilakukan. Tapi rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap prihatinnya.

Macam mana nak tahu? Hemm, senang saja. Apa kata jom kita sama-sama pergi melawat hospital. Kat sana macam-macam jenis pesakit dan penyakit kita boleh tengok. Mungkin di sana juga kita boleh membuat kebajikan. InsyaALLAH. Cuma terfikir saja. Sama-sama kita renungkan ya.

Wassalam ~

Saturday, February 6, 2010

Explaination : Maksudnya 'Penjelasan'



Assalamualaikum w.b.t

Tadi aku buka kamus. Cari makna 'Entry'. Oh dapat. Maksudnya 'Kemasukan'. Lepas tu aku cuba cari dalam Bahasa Melayu pula maksud 'Entri'. Oh tak dapat. Entiti ada. Err, kenapa tiba-tiba menimbulkan persoalan ni? Entah, cuma terfikir kenapa dinamakan entri. Okey-okey aku tak nak fikir.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal entri ka, no entry ka, entiti ka. Tapi aku cuba nak menyingkap takbir persoalan yang telah aku dapat sepanjang aku berblogging ini. Eh sat sat, nak tanya, apakah itu takbir persoalan? ( Senyap. Tiada jawapan. Tandanya? ). Okey proceed.

Aku dirainny a.k.a dihujani dengan bertubi-tubi soalan. Tapi sebenarnya 2 soalan sahaja. Aku namakan ia sebagai Soalan Cepu Silver. Sebab? Saja. Okey proceed.

Soalan Cepu Silver pertama yang aku dapat :

"Blog anda ni blog dakwah ke?"

Jawapan gua : Baca betul-betul ya. Err, mula-mula tu terkesima dulu. Macam ni, aku dah pun setori dekat selori untuk 'kemasukan' yang lepas-lepas. Oh tak mengapa. Aku copy balik la ye yang aku tulis dekat belah kanan blog aku ni.

[mula perenggan baru]
Blog ini dijadikan sebagai medium aku meluahkan apa yang ternukil di hati, apa yang berlaku tentang dunia hari ini, apa yang berlaku pasal diri yang kerdil ini, apa yang terlintas di minda kurniaan Illahi, cetusan idea dan pendapat spontan dan apa sahaja yang bermanfaat yang dirasakan perlu dikongsi [titik noktah]

Clean and clear tak? Tapi kenapa macam banyak je unsur-unsur dakwah. Ishh tak suka I. Okey jawapan sinikal gua. Memang tujuan hidup kita hanya satu beb! Semua orang tau. Apadia? AKHIRAT. Huh nasib baik betul. So tidakkah menjawab soalan anda itu?

Eh tak clean and clear lagi ni. Elobrate elobrate. Ishh dia ni, sekeh kang. ( Sabaq sabaq ). Dalam entri-entri aku, aku akan cuba menyelitkan unsur sebegini ( Islamic ). Tujuan? Mengingat diriku yang sering alpa dan para pembaca jua. InsyaALLAH. Oh bukannya bermaksud diriku telah sempurna. Hakikatnya tiada yang sempurna. Habih tu, tanya lagi? Okey okey tak tanya dah.

Sebenarnya itu tanggungjawab kita. Menasihati sesama kita. Hidup ni sat ja. Pinjaman semata-mata. So apa kata jom kita terus nasihat menasihati sesama kita. Bukankah itu amalan mulia? Aicehh ~ Blog aku ni bukanlah 100% dakwah. Banyak juga kemerepekkannya ( see, merepek kan? ). So faham tak murid-murid sekalian? ( Wah praktis jadi cikgu lagi )

Soalan Cepu Silver kedua :

"Awak ni dulu sekolah agama ke?"

Jawapan gua : Apa kata hampa semua terai klik kat sini. Mukadimah. Ini 'kemasukan' pertama aku. Okey dah klik? Langkah seterusnya. Baca. Dah baca? Dah jawab kan? So senang kerja aku. Hehe ~

Tak pa la, aku elobrate sikit la. ( Sila baca dalam loghat Kedah ). Ceq ni tak besa aihh sekolah agama. Dolu pak ceq nak hantaq ceq tak mau. Jenuh qheriau. Time tu ceq jahil gila. Mana mau pi sekolah agama ni. Bahasa Arab pon ceq tak besa ambek. Tau sebut yang ni ja, " Anta baqarah? ". Err, jangan salahkan ceq naa. Yang tu ja qheti kecek pon. Eh awat masuk Kelantan plak ni? Dah dah.

Begitulah alkisahnya wahai sekalian pembaca. Motif bagitau : Lor tanya lagi. Untuk menjawab persoalan itu la. Tiada maksud hendak bangga atau riak di sini. Cuma ingin memberitahu kisah yang terus menyelubungi hidup gua. Start merepek dah.

Kesimpulannya aku bukanlah ustaz. Aku tak pernah sekolah agama. Aku tak pernah ambil Bahasa Arab. Dan blog ini bukanlah 100% blog dakwah. Lebih kepada ingat mengingati sesama insan.

Okey? Sila tegur diri ini andai kata silap berbicara, mengguris hati dan sanubari anda barangkali. Sila beri panduan dan tunjuk ajar sekiranya terdapat kecelaruan dan ketidakfahaman. Dan yang paling penting lakukan everything hanya kerana ALLAH SWT ya. Okey hampa semua sempoi!

Aku nak pi makan nasi lemak dulu. Sejuk dah pa dok ralit taip ni. Okey caucincalok ~

Wassalam ~
Gambar hiasan : Ini bukan gambar gua. Lalala ~


P/S --> Nasi lemak makcik ni sedap gak. Layan. ( tengah lahap menyantap )

Friday, February 5, 2010

Evolusi Muzik Aku

Assalamualaikum w.b.t

Wah tajuk entri bajet gempak. Okey entri kali ni gua akan menceritakan pendedahan terhadap pengaruh muzik dalam hidup gua ( bukan gua.com.my ). Aicehh bajet artis la. Oh cannot. Gua nak cerita sikit la muzik-muzik yang gua minat dari dulu hingga sekarang.

Frankly, gua layan semua. Gua tak tengok artis yang terlibat dalam menjayakan lagu tersebut. More fokus on the song. Rasanya ramai yang macam ni kot. Tapi ada juga yang minat fanatik terhadap seseorang artis tu. But not me.

Tapi banyak-banyak pun 3 jenis je pun. Lagu Melayu, Indonesia dan Inggeris. Lagu Melayu tu menyeluruh la. Nasyeed pun turut tidak ketinggalan. Kalau Indonesia tak payah cakap la. Memang terinfluence banyak dengan band-band mereka. Pernah tulis di entri sebelum ni.


So gua nak cerita influence muzik Inggeris yang gua layan. Okey sebelum tu, kat bawah ni ada gambar seorang mamat. Kenal mamat ni?






Mungkin ada yang kenal. Mungkin tak kenal. Nama mamat ni Aaron Aziz. Eh tak tak, Aaron Lewis. Vokalis kumpulan Staind. Aku start terinfluence dengan lagu-lagu depa ni since 2003 kot. Sebab apa aku suka?

First suara mamat ni sedap. Lepas tu lagu-lagu dia memang gua boleh terima. Slow rock gitu. Depa ni memang hits. Lagu-lagu macam It's Been A While, Outside, Home, Everything Change, Believe, So Far Away dan sebagainya memang top. Boleh layan la. Pengaruh depa ni kuat juga sampai aku terletak nama depa dalam emel aku. Ishh jahilnya aku ketika itu. Tapi itu dulu-dulu la.


Aliran muzik yang aku suka now beralih pula pada mamat kat bawah ni.






Ceh sapa tak kenal mamat ni saja sangat la. Aku rasa muda-mudi kenal. Nama mamat ni Chris Daughtry. Dia pun dah ada kumpulan muzik yang juga dinamakan Daughtry. Memang pengaruh muzik dia kuat juga kat negara ini. Aku juga turut tidak ketinggalan. Huhuhu ~ Sadis.

Sebab apa suka lagu mamat ni? Hemm, semua orang dah tau. Lagu-lagu dia best. Semua hits la pendek kata. Nak contoh? Over You, What About Now, Feel Like Tonight, Home, No Suprise, Breakdown and so on. Terhafal la juga satu dua lagu tu. Dah ada album baru kot. Entah dah tak ambil tahu dah.

2 orang yang telah 'mempengaruhi' aku ni telah hilang sikit demi sikit. Bukan habis terus. Cuma dah kurang layan dah. Ambil tahu sikit-sikit je. Bukan apa, lagu-lagu depa memang sedap. Cuma tema dan mesej tu kurang jelas. Lebih kepada pemujaan insan dan duniawi.

Now beralih pula kepada pengaruh muzik aku. Oh memang sekarang ni everyday aku putar lagu-lagu beliau. Gambar beliau kat bawah ni.









Aku rasa ramai gadis-gadis dah 'jatuh cinta' dengan beliau. Hehe ~ ( Ada pengakuan tau ). Since aku jumpa lagu beliau dulu, boleh kata everyday aku putar lagu-lagunya. Oh lupa pulak nak perkenal. Beliau ialah Maher Zain.

Ini baru betul. Baru Evolusi Muzik Aku. Muzik inilah yang aku cari selama ni. Alunan suaranya memang urmmph beb! Lagu-lagu yang memuji kebesaran Illahi. Menyentuh perikemanusiaan, memuji Nabi Muhammad SAW.

Sebelum ni aku ada post 2 entri tentang lagu beliau ( kalau ada yang perasan la). Memang lagu-lagu beliau dekat sangat dekat dengan diri gua. Tak percaya? Okeylah gua sertakan di bawah link download lagu-lagu beliau yang best.

Eh sebelum tu nak bagitau. Lagu kat blog gua yang korang cari tak jumpa ni pun lagu dari beliau. Hehe ~ Ini lagu paling feberet gua. Dah lebih 200x dengar. Huhu ~ Try la download di bawah :


Ini sahaja yang dapat. Setakat ini lagu-lagu beliau sangat tidak mengecewakan. Bagi aku la. Bagi aku sumber inspirasi dan semangat. Daripada kita dok layan lagu yang entah apa-apa, apa kata kita beralih pada genre sebegini. Banyak sebenarnya. Cuma kita sahaja yang tak explore prepaid. Ahaks ~


So soalan aku. Apakah persamaan ketiga-tiga individu di atas? Err, aku rasa korang dapat teka kot. Hehe ~ Okeylah gua chow dulu. Selamat layan lagu-lagu Maher Zain.

Jumpa lagi di lain entri. Wassalam ~

p/s --> Untuk para gadis : Jangan tidur bermimpikan Maher Zain ya. Lalala ~ ( bersiul )




Thursday, February 4, 2010

Insaf Di Situ

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas, hari rabu. Aku mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan. Kedengaran suara rakanku itu agak cemas. Okey, memberku accident. Dia ( saksi yang juga rakanku ) minta nombor telefon keluarganya untuk dihubungi. Aku tak ada. Aku pun terkejut kerana baru kurang 2 jam aku bercakap dengannya. Benda nak jadi.

Hari jumaat lepas baru berkesempatan pergi melawat. Hospital Klang dengan Shah Alam Seksyen 7 tak la jauh sangat. Tapi aku dan rakan-rakan memang tak tahu lokasi yang tepat hospital tu. Maka acara redah dilakukan. Alhamdulillah jumpa juga setelah 1 jam perjalanan. ( err, masa tu agak lama kalau nak dibandingkan dengan jarak lokasi ).



Member aku dok wad 5A tingkat 8. Teruk juga. Tulang pahanya patah 3. Jari 'telunjuk' kakinya no function. Bakal dipotong. ( katanya ). Kesian juga. Tapi ya la perumpamaan yang sering didengari, 'Malang Tak Berbau'. Daripada cerita saksi, dia tak bersalah. Kejadian berlaku betul-betul depan Unit Kesihatan UiTM Shah Alam.

Bila dalam wad tu biasa la. Akan terpandang manusia-manusia lain. Yang sakit. Yang terlantar di situ. Ada yang baring saja. Ada yang tidur. Ada yang keluarga dan sahabat handai datang melawat. Ada yang keseorangan. Ada yang berwajah muram dan suram. Ada yang meraung kesakitan. Gejala biasa yang dapat dilihat dalam hospital. ( Aku seorang observer ) *observer = pemerhati.

Maka dengan secara tak sengaja, terterbit di hati, terimagine di kotak minda. Alhamdulillah aku masih sihat walafiat. Masih cergas dan mampu buat apa sahaja lagi. Dan kalau aku berada di tempat mereka macam manalah. Baru ditarik sedikit nikmat di situ, terasa kekurangan serba serbi. Astaghfirullahalazim aku hamba kerdil. Terima kasih Ya Allah, aku bersyukur kau masih beri aku nikmat kesihatan.

Memang keinsafan menjalar di sanubari. Terdetik perasaan simpati dan seiring memanjatkan kesyukuran pada hadrat Illahi. Kita masih sihat, masih mampu meningkatkan amalan padaNya. Andai kata kita ditarik nikmat itu bagaimana? Bila tiba masa itu, tiada guna lagi keinsafan walaupun aku percaya waktu itu adalah keinsafan hakiki.

Oleh itu, aku nasihati diriku terlebih dahulu dan kalian yang membaca. Jagalah kesihatan tubuh badan kita. Peliharalah nikmat-nikmat yang diberikan percuma ini sebelum ia ditarik balik. Marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadat. InsyaAllah.

Bawah ini aku sertakan doa apabila menaiki kenderaan. Baca dan amalkan. Memang kalau benda nak jadi, jadi jugakan. Tapi ini adalah salah satu usaha dan tawakal kita. Kita berserah padaNya dengan apa segala yang berlaku di muka bumi ni. InsyaALLAH.



Semoga Mr. Hafiz a.k.a Mr. Komeng cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti sedia kala. Sebelum aku berpisah sempat aku berkata pada memberku itu, "Harap kau tabah, ini ujian untuk anda." Itu sahaja kali ni. Yang baik hanya dari ALLAH SWT jua. Yang jahil dan naif dari insan yang masih memperbaiki diri ini jua.


Wassalam ~

p/s --> Memang tempat yang paling tak gemari, Hospital. ( rasanya semua orang macam tu )

Tuesday, February 2, 2010

Di Sebalik Sebuah Cerita

Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas 2 kali aku sempat tengok wayang. Bukan 1 hari balun 2 teruih. 2 sabtu. Itu pun atas desakan dan hasutan housemate aku. Ceh, tak nak mengaku yang aku ni yang ajak sebenarnya. Eh biarlah siapa ajak siapa pun kan? Okey okey tidak timbul isu di sini.

Aku dan rakan-rakan menengok cerita 'Tooth Fairy' dan 'Adnan Sempit'. Eh mesti korang ingat dah lapuk kan? Orang dah cerita habis dah la. Hang tu ketinggalan. Okey fine! Aku bukan nak cerita preview mengenai filem-filem ni. For sure ramai yang dah cerita. Tapi aku nak cerita nilai murni dan pengajaran yang dapat di ambil dari filem-filem yang aku dan rakan-rakan tengok ni.

Okey aku start dengan 'Tooth Fairy'. Oh cerita ini memang sangat khurafat dan tahyul. Juga boleh diklasifikasikan sebagai mitos. Yeke? Hentam sajalah labu. Tengok dan anggaplah hiburan semata-mata. Tinggal bab pari-pari gigi yang ingin mengutip gigi kanak-kanak tu.



Nilai murni dan pengajaran yang aku dapat dalam cerita ini. Kesungguhan membawa kepada kejayaan. Wah simplenya. Maksudnya macam ni walaupun pelbagai tohmahan, ranjau duri yang mendatang anda tetap cool dan tabah untuk aim your matlamat. Biarlah apa orang nak cakap tentang anda. Teruskan usaha tanpa berputus asa. InsyaALLAH kejayaan menjadi gengaman anda.

Now beralih pulak kepada filem yang tengah hangat sekarang ni aku rasa. 'Adnan Sempit'. Okey bagi gua cerita ini memang lawak nak mampoih ( kalau orang Kedah cakap macam tu la. Menggambarkan kata lawak gila ). Oh siapa yang dah tengok mesti tahu punya la. So bukan nak cerita pasal keklakaran cerita ini.




Nilai murni dan pengajaran yang dapat dalam filem 'Adnan Sempit'. Oh, janganlah kita pandang orang sebelah mata. Even orang itu mat rempit a.k.a mat sempit. Tak semua jahat. Mereka manusia biasa jua. Cuma berminat terhadap motosikal dan bukan tujuan untuk berlumba. Kadang-kadang mereka lebih murni pada orang lain. Baik hati dan hormat orang lain. So don't ever underestimate people! Tak kiralah kamu tu berpangkat besar ke apa. Tapi di sisi ALLAH bukan itu jadi ukurannya. Iman dan takwa juga pengukur segalanya.

Itu sahaja nak cerita. Ambil dan aplikasikan setiap nilai dan sudut positif tak kira di mana anda berada, apa yang dilakukan dan apa jua bentuk persekitaran. Kalau anda bersikap positif, insyaALLAH anda mampu 'menarik' elemen-elemen positif melekat untuk diri anda. Tak percaya? Cubalah try test tengok. Hehe ~

Wassalam ~

p/s --> Member ajak tengok Avatar pulak. Ceh agak ketinggalannya aku. Waduh waduh!


Monday, February 1, 2010

Nak Marah Ke Tak?




Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini bersifat marah.

MARAH 1

Straight to the point la ye. Bro, lu kalau tak pandai nak pinjam barang orang jangan pinjam. Dah la pinjam, lepas tu bagi hilang. Siapa tak marah beb! Okey itu buku nota. Buku nota yang serba serbi ada dalam tu. Gua boleh accept kalau buku tu hilang. Macam mana dengan ilmu, benda alah dalam tu? Boleh ganti balik? ( Diam. Sunyi sepi seketika )

MARAH 2

Oh wimax wimax! Kenapakah engkau begini? Setelah ditaburi dengan janji-janji manis, ini yang kau berikan? Okey aku fahami sini line tersangat busy body. Dan itukah alasan kau untuk segalanya? Hari itu bukankah itu jua alasan yang kau berikan? ( Diam. Sunyi sepi seketika )

KETERANGAN MARAH 1

Benda ini sering terjadi. Kepada sesiapa pun rasanya. Waktu nak pinjam tergeliat-geliat ( err, abaikan ) minta. But, nak pulangkan macam-macam alasan. And the worst is hilang. Tak mengapalah benda nak jadi. Tetapi we are talking about sikap. Sikap mudah alpa dan lupa. Memikul amanah dan tanggungjawab. Memang benda tu nampak macam simple. But you have to think. Kalau benda simple tak boleh nak handle, macam mana dengan benda yang lebih mencabar? Hemm, nevermind.

KETERANGAN MARAH 2

Secara positifnya begini. Mungkin sistem belum stabil. Masih banyak kekurangan yang perlu ditampung. Tapi mengapa sering? Ada la tu yang tak kena. Mungkin mereka tengah mencari solution tu. Sabar la ye. Hemm, okey nevermind.

Kalau anda marah, bacalah doa di bawah




yang bererti: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam”.

Inilah ayat yang disuruh baca oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika marah.

Begitu juga sunat dibaca doa ini ketika marah:



Ertinya: “Wahai Tuhanku, Tuhan nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan”.

Jika kemarahan itu tidak hilang dengan membaca yang demikian, maka hendaklah seseorang itu duduk jika dia marah dalam keadaan dia berdiri, dan berbaring jika dia marah dalam keadaan dia sedang duduk, dan dekatkanlah diri dengan bumi, yang mana dari bumi itulah dia dijadikan dan agar dia tahu akan kehinaan dirinya. Kemudian carilah dengan duduk dan berbaring itu ketenangan.

InsyaALLAH. Sama-sama kita amalkan.

Wassalam ~



p/s --> Moral of the story : Bersabar dengan apa jua keadaan. Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. InsyaAllah.