Saturday, January 30, 2010

Jangan Ambil Mudah

Assalamualaikum w.b.t

Okey aku perlu tulis mengenai ini. Ramai orang ambil mudah hal ini. Aku sendiri tak faham. Adakah mereka tak tahu ataupun berpura-pura tak tahu? Atau tahu tapi buat-buat tak tahu? ( eh macam sama je ). Yang pastinya ramai orang tahu. Tapi mengambil jalan mudah akan hal ini. Apakah ia? Aku cuba beri contohnya dahulu ya.

" Wey Mamat, apa ni pakai seluar pendek? Tak tutup aurat tu ". Kata Budin pada Mamat.

" Ala, lelaki sama lelaki, takkan s*** kot " balas sinis Mamat.

" Wey wey, bukan masalah lelaki sesama lelaki ke apa, almasalah problemnya aurat tetap aurat. Hukum tetap hukum " . Budin cuba memperbetulkan statementnya tadi.

" Arghh, kau peduli apa itu urusan aku dengan ALLAH ". ( Teringat cerita Mamat dan rakan-rakannya )

Dialog di atas pun anda dah faham kan? Tak perlu aku terangkan lebih lanjut. Ramai orang salah faham. Lelaki dengan lelaki auratnya tiada batasan. Kononnya la. Dan yang paling ramai faham tapi berpura-pura tak faham. Ini yang paling ramai. Sila baca penerangan di bawah sehingga habis untuk mencari kebenaran.




Artikel ini dipetik oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar


Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dengan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai paras ke lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakan dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelekat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawah lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelikat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdoa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas haram hukumnya, bagaimana keadaan anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam ( dari Bahrain-kalau tak salah penulis ) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benar teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?





Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untutk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang diperintah oleh PR itu menjadi model menganjurkan sekan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.

Penerangan di atas sudah sukup untuk menjawab segala persoalan. Itu baru bercakap perihal aurat lelaki. Belum sentuh aurat wanita. Dan masing-masing sudah tahu jawapannya.

Marilah kita terus muhasabahkan diri. Tak kesian ke tengok anak bangsa kita yang beragama Islam terus hanyut dan leka. Kalau kita tak mula siapa lagi. Mari berfikir sejenak akan hal ini. Apa pun aku menegur diri ini terlebih dahulu. Dan silalah tegur dan sangkallah kenyataan ini jika ia bercanggah dari pendapat. Yang penting sama-sama kita belajar dan terus belajar mencari hakikat kebenaran. Yang baik dari ALLAH jua dan yang kurang dari aku sendiri. Wallahu'alam.

Wassalam ~







Friday, January 29, 2010

Yang Lama Usah Dilupakan

Assalamualaikum w.b.t

"Ala, buang je la TV berjenama Pentex tu. Kita kan dah ada TV Plasma berskala 43 inci dilengkapi dengan sistem bunyi yang canggih manggih ni." Kata sang suami kepada sang isteri.

"Eh boleh guna lagi la. Setakat nak tengok Upin dan Ipin ( betul! 3x ) tu boleh lagi la."
balas sang isteri.


Adegan perbualan sempat dirakam setakat itu sahaja. Rupa-rupanya sang isterinya minat Upin dan Ipin. Okey okey tinggalkan kisah sang suami dan isteri ni. Kenapa ya tajuk entri aku kali ni 'Yang Lama Usah Dilupakan'?


Ehsan google.


Kalau dah baca tajuk tu pun rasanya rata-rata dah faham. Dan rasanya juga boleh aplikasi contoh dalam minda masing-masing. Oh begitu luas skopnya dengan dunia hari ini. Terlalu. Boleh diaplikasi pada sesama manusia mahupan persekitaran dan sekeliling.

Contoh paling mudah ialah kalau kita ada beli sesuatu benda baru. Tak kisahlah benda apa pun. Kasut contohnya. Kalau beli kasut baru tu, kasut lama dah kurang pakai dan lama kelamaan bagi kat adik. Tu pun kadang-kadang adik dah tak mau. Ceh memilih! Teringat sekolah rendah dulu. Buat karangan 'Aku Sepasang Kasut'. Dari 'dilahirkan' di kilang, lepas tu dapat tuan baru, bertukar tuan dan akhirnya dibuang begitu saja. Sekarang ni rasanya cikgu dah tak suruh murid-murid buat karangan macam tu dah kot. Itu aplikasi kalau kita dengan benda. Almost unhappy ending.

Sekarang aplikasi pulak manusia sesama manusia. Dulu jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah, naik menengah, masuk Universiti, bekerja dan sebagainya. Berapa kerat kawan-kawan anda yang still keep in touch? Simpan dan sentuh. Err, pelik bunyinya apabila dialih bahasa. Oh kalau masih ada, bagus! ( teringat N ). Dalam semua-semua tu yang masih berhubung dan terus berhubung tidaklah sebanyak seperti memulakan perkenalan waktu dahulu. Biasa la tu, kawan datang dan pergi. Tak semestinya tak berhubung tu lupa kan? Yang lama usah dilupakan.

Dan yang terakhir. Motif untuk entri kali ni. Sudah bersediakah? Kalau belum pun aku takkan menunggu. Aku akan teruskan jua penaipan entri ini. Hehe ~ 'Yang Lama Usah Dilupakan'. Ingin mencari hubung kaitnya. Okey macam ni. Apabila pengunjung memasuki blog anda ( merujuk kepada semua blogger ) dan saya sahih sahih terpampang the latest entry right? Dengan kata lain, anda akan membaca entri terbaru sahaja melainkan orang itu memang dah ikuti setiap entri anda. Kalau pengunjung yang baru kali pertama menjengah blog anda macam mana? Ya tak ya juga.

Maka, dengan ini aku wakil kepada blogger-blogger sedunia ingin memberitahu kalian satu berita penting. Sudi-sudikanlah anda ( pembaca ) menjengah ke entri lama-lama kami ( saya dan blogger-blogger sudunia ). 'Yang Lama Usah Dilupakan'. Bukan apanya, kadang-kadang entri-entri yang lama mungkin lebih urmmphh kata orang. Lebih menarik, lebih banyak panduan dan info. So why don't you give a try. Dah singgah jemputlah masuk. Berbudi bahasa gitu.

Kadang-kadang rentetan perjalanan hidup orang boleh menjadi panduan kepada kita. Pengalaman orang lain boleh menjadi pedoman untuk kita merencanakan agenda seterusnya. Di bawah ni dah tersedia 'Anda mungkin juga meminati:' Boleh klik di situ terus untuk menyusuri entri yang lain. Aku berkata ni bukan untuk diri sahaja. Tapi rakan-rakan blogger yang lain. ( cepat bagi upah tolong promote ni. Ahaks ~ )

In conclusion, 'Yang Lama Usah Dilupakan' dan jangan jadi 'Yang Lama Sudah Dilupakan'. Ceh tersangat mudah kesimpulan ya. Dah la tu. Takut tersimpul pulak kang. Selebihnya kita fikir sendiri la ya. Buat penilaian dan keputusan. Jumpa lagi di waktu dan masa yang sama dalam rancangan 'Mari Bertaranum'. Err, gua chow dulu.


Gambar dalam konduksi season. Cuba merelatekan dengan tajuk entri.

Wassalam ~

p/s --> Tak habis-habis nak promote. Masuklah blog bisnes saya dan famili ya.

Thursday, January 28, 2010

Buat Kembali


Assalamualaikum w.b.t

Oh idea sekejap ada sekejap hilang. Sering terjadi apabila berlakunya 'pencerobohan' bunyi bising juga diselangi dengan kawalan mutu penyembangan bersama-sama kawan-kawan yang tidak menepati piawaian sepatutnya.

Okey entri kali ini aku akan cuba memperbetulkan apa yang tidak betul. Dulu aku memboikot facebook. Alasan telah pun diberikan. Banyak juga pandangan kritikan dan saranan yang aku terima. Dalam tempoh ini jua, aku telah mengkaji dan membuat beberapa penilaian.

Sehingga terjumpa website ini. saifulislam.com. Sesungguhnya aku memang menyukai blog beliau dan mengikuti perkembangan entri-entri beliau. Memang banyak sangat ilmu yang bermanfaat aku perolehi di sini.

Aku terjumpa mengenai ini. Facebook : Antara Pro Dan Kontra. Aku dah baca ni tahun lepas lagi. Tapi hari ini, entri kali ini baru terasa ingin menampilkannya di sini. Mungkin ramai yang telah baca entri mengenai ini. Dan rasanya aku tak perlulah komen banyak di sini. Anda boleh klik di situ dan boleh terus membaca entri yang sangat berguna tu.

Memang waktu aku baca mengenai “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN” dalam keadaan beremosi dan sangat-sangat marah. Ya la siapa tak marah negara Islam dan penduduknya ditindas. Dilakukan sewenang-wenangnya. Lantas aku deleted akaun facebook.

Terfikir juga aku. Dulu facebook ( bagi aku la ) memang melalaikan. Ya, aku seorang pengemar tegar facebook ketika dahulu. Sanggup habis berjam-jam hanya untuk facebook. Oh itu memang salah aku ye. But now terfikir juga aku facebook satu jaringan yang sangat interaktif ( semua orang tahu ). Sekejap sahaja nak dapat kawan. Kawan baru, kawan lama, awek baru, awek lama, pakwe baru dan juga pakwe lama. ( ayat last tu sila kata tak setuju! terima kasih )

But now, dengan terbuka hatinya diriku membuka akaunnya sekali lagi. Tetapi aku buat fan page. Err, kau ingat kau artis ke nak buat fan page. Sedar diri tu sikit. Aduyai ~ Serangan hendap berlaku di situ nampaknya. Okeylah, kat situ tulis 'HAMI ASRAFF'S FAN BOX'. Okey now aku tukar kepada 'HAMI ASRAFF'S KOTAK KIPAS' ( sila scroll down, akan nampak on the right side ). Tak la rasa macam peminat kan. Lalalala ~ ( bersiul dan buat-buat tak bersalah )

Tujuan aku buat fan page itu hanya satu. Bukan mencari populariti yang sememangnya dah tak popular ni. Cuma aku linkkan entri aku in my 'KOTAK KIPAS'. Supaya mereka yang ada facebook dapat membaca entri aku lebih mudah. ( ceh macam la ada orang nak baca ). Dan facebook juga adalah jaringan laman sosial yang terpantas dan semakin berkembang dalam melaksanakan sesuatu agenda. That's all! Kalau anda nak jadi 'kipas' dipersilakan dan sangat-sangat aku hargai. Kalau tak nak pun ada kena nak juga. ( Adei ~ macam itu pun ada ). *just kidding*

Lebih kepada perkongsian idea dan pendapat. Coretan serta nukilan yang terterbit di hati dan minda kurniaan Illahi ini. Dan yang paling penting marilah kita mengamalkan sikap tegur-menegur dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Begitu juga aku. Tegur dan kritik lah diriku jua. Dengan teguran yang bernas memungkinkan sesuatu itu terlaksana dengan lebih sempurna. Dan yang paling penting buatlah ( nawaitu ) hanya kerana ALLAH S.W.T. Jadikanlah medium ( facebook, blog, twitter and so on ) sebagai medium untuk kita memperkembangkan syiar Islam di mata dunia. InsyaALLAH.

Dipetik dalam entri Facebook : Antara Pro Dan Kontra.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

Wassalam ~


p/s --> Dan alasan paling best untuk buat ni. SAJA! Okey tak? Huhu ~

Tuesday, January 26, 2010

Kelakar Beb!





Kredit : Mr. Google ( gambar tiada kena mengena dengan cerita di bawah )


Assalamualaikum w.b.t

Okey gua ada cerita kelakar. Gua akan cuba mempersembahkan dalam bentuk kelakar. Sila beri kerjasama. Tolong gelak pun jadilah sebagai tanda hargai. Ada dua benda. Okey aku start dengan yang ni dulu.

Hari ini kelas berlangsung seperti biasa. Habis sahaja kelas aku caragas pergi ******. Wey wey aku pergi tandas la. Time gua keluar dari tandas alangkah terkejut bukan kepalang apabila ada seorang perempuan dalam tandasku masuki itu. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Sebenarnya itu sahaja nak cerita. Okey okey tak kelakar. Maka diri yang telah terkesima merenung wajah wanita tersebut yang kelihatan terpinga-pinga. Alamak! Adakah gua silap masuk tandas? ( Ya la tadi gua rushing gila. Boleh jadi aku silap. Aduyai ~ )

Tapi seingat aku dekat Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam Tingkat 5 berdekatan Cafe 5 ( wah, specific ) ialah tandas lelaki. Okey, aku sangat pasti ini. Absolutly! Definately! No error! ( Over pulak ).

Dengan wajah beliau ( wanita itu ) yang terpinga-pinga mengushar aku seperti aku yang silap masuk tandas. Lantas, aku berkata begini " Err, ini tandas lelaki ". " Eh yeke? " jawab beliau dengan agak suspen diselubunyi perasaan separa malu.

Tanpa mengucapkan terima kasih, beliau terus mengorak langkah dan berlari-lari anak keluar dari tandas itu meninggalkan aku yang dah bersedia untuk ketawa mengirai. Err, gua gelak juga lepas tu. Gelak dalam hati tapi keluar juga la bunyi. Gelak kuat satgi kata gila pulak. Hoho ~ Lawak la. Tapi heran juga macam mana la dia tak tengok dulu. Hemm, nevermind la. Benda dah jadi.

Okey tamat cerita. Eh tak kelakar? Thanks! Eh gua tipu sikit. Kejadian sadis tersebut bukan berlaku hari ini. Tetapi semalam yang bukan malam dan sepagi yang bukan pagi. Tengah hari. Okey dah dah.

Dan yang ini pula baru tadi gua menggooglekan diri dan secara tak sengaja terjumpa gambar-gambar ( formula matematik ) yang kelakar. Mari sama-sama saksikan kekelakarannya.



Sepanjang gua belajar Matematik dari bangku sekolah sehingga kini, baru gua tahu formula ini. Oh begitu senang rupanya.





Oh ini juga tak boleh blah okey. Kalau jawapan sepatutnya 3 kuasa dua tambah 4 kuasa dua dan dipunca kuasa duakan maka dapatlah jawapan untuk x. Err, kalau jawapan sebegini pun ada akan dapat habuan juga kot. Habuan penampar dari cikgu/lecture korang. Hehe ~






Very good girl! Wah, terlebih kreatif di sini. Daya pemikiran kekreatifan tu harus dipuji. Ahaks ~






Dan ini paling lawak okey. Peter peter, soalan suruh expand ( kembangkan ). Betul-betul dia kembangkan. Gua menaip sambil gelak ni.



Itu sahaja cerita kelakar dari gua. Sori kalau tak kelakar. Okey selamat menjalani hidup dengan ceria dan gelaklah selalu untuk jalani hidup yang sihat. Tapi bertempat la. Dok tak dok gelak bahaya juga. Nanti orang kata korang ______ plak. ( sila isi tempat kosong )

Wassalam ~

p/s --> Siapalah punya idea reka formula tu. Not bad actually.


Monday, January 25, 2010

Sekarang Baru Tahu




(bukan sekadar gambar hiasan)

Assalamualaikum w.b.t

Nak cerita apa ya? Okey cerita ni tak la best sangat. Saja je buat mengisi masa lapang yang terluang. Terluangkah? Baru sahaja selesai buat Mandarin sikit. Esok pepagi kelas mandarin.

Soalan yang acapkali orang akan tanya apabila menjengah blog aku yang hampes ini. Soalan mereka berbunyi begini :

"Eh lagu apa ya dalam blog awak ni?" Almost girl la yang tanya. Eh rasa-rasanya setakat ni kaum hawa saja kot tanya. Oh nevermind. Okey-okey gua bagitau. Lagu dekat blog gua ni ialah lagu bertajuk 'Ya Allah' nyanyian oleh 'Wali Band'. Minta maaf sekiranya terlepas pandang soalan anda dekat shoutbox tu. Nanti korang download la sendiri kat youtube or mana-mana ya.

Soalan kedua yang aku selalu dapat. Eh bukan soalan. Tapi more too permintaan. Selalunya soalannya berbunyi begini : "Awak, jom exchange link nak?". Err, memang aku tak faham apa itu exchange link. Eh silap. Aku tahu la maksud exchange link tu bertukar link. Tapi aplikasinya tu kurang faham. Kolot kan gua? Huhu ~

So gua bertanyalah pada mereka yang otai apakah aplikasi 'exchange link' tersebut. Maksudnya ialah meletakkan link blogger lain di blog kita. Ooo, selama 5 bulan gua berblogging sekarang baru tahu. Hampes betul! Selama ni aku just letak blog yang aku suka baca seperti yang aku letak kat sebelah kanan tu. "BLOG YANG AKU SUKA"

Okey tanpa menghampakan hampa ( wah bunyi seakan-akan ) aku letak new list "RAKAN-RAKAN". Sila scroll down sampai bawah. Kalau nama anda tiada dalam list minta maaf sangat-sangat la. Mungkin terlepas pandang atau terlupa nak boh. Tapi most of them pernah keep and touch la. Tapi boleh direquestkan. Eh macam la blog aku ni bagus sangat. Aduyai ~

Terfikir juga kelebihan letak link ni. Siapa masuk blog kita boleh nampak our blog list. Quite easy to us and anybody nak menyusuri blog lain-lain. Tapi terfikir juga, kalau blog kamu tu dah orang minat, for sure ingat punyalah url blog. Ya tak? Hemm, betul2!

So terima kasih banyak-banyak la ya kepada follower and sesiapa sahaja yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Tapi kata orang follower means nothing. Yang penting mutu keunggulan entri anda yang boleh tarik peminat pembaca. Benarkah? Kerana anda semualah aku rasa bersemangat waja untuk teruskan perjuangan dalam berblogging. ( eh feeling pulak dia )

Itu saja la kot nak cerita. Moga kita sama-sama dapat memartabatkan blogger-blogger Melayu di mata dunia. Mampukah? InsyaALLAH. Marilah kita sama-sama berkongsi pendapat serta pandangan atau apa-apa sahaja yang berilmu supaya terus tingkatkan jati diri dan kemahiran berfikir. Okey? You rock guys! ( rock = best )

Wassalam ~
Motif letak gambar? : Tiada motif. Maybe nak menunjukkan baju yang berharga RM10 barangkali. ( eh dah kira motif la tu. Adei ~ )



p/s --> Korang pakai perfume apa?
Klik di sini

Saturday, January 23, 2010

Kita Dan Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t

Salam perpaduan semua. Minggu ke tiga belajar. Dah bermula episod kebizian dalam melewati hari-hari yang mendatang. Kerja pun makin hari makin banyak. So ayat yang saya selalu pakai apa murid-murid? STANDARD CHARTED la! ( Segerombolan manusia menjawab serentak ). Oh sungguh bagus anak-anak muridku ini. Gua praktis nak jadi cikgu.

Beberapa weekend yang lalu member gua ajak pergi Lowyat. Kalau sebut ja Lowyat siapa tak tau tu saja sangat la. Tapi aku pun baru saja tau sejak menjejak kaki ke bumi Shah Alam ni. Lowyat sinonim dengan ' Barang-barang komputer '. Memang perkakas lain turut serta meramaikan majlis, tapi barangan komputerlah mendominasi tempat itu.

Aku bukannya nak beli apa pun. ' Membeli-belah tingkap ' sahaja. Tetapi gua dengan secara tak sengajanya termasuk sebuah kedai yang tak ingat namanya. Tertarik akan sebuah 'benda'. Ya la bagitau. Benda itu ialah sebuah buku. Kat bawah ni lah rupa paras buku yang dimaksudkan.


Buku bertajuk ' AL-QURAN RAHSIA TERUNGGUL ( RAHSIA KEBAHAGIAAN SEJATI ) hasil karya oleh ALI AHMAD MALEYA. Err, setakat nak beli buku tak payah nak pergi sampai Lowyat. POPULAR dah berlunggok dah. Ya tak ya juga. Ala dah terlanjur pun. Apa salahnya kan. Okey okey tak salah.


Aku baru baca sedikit buku ni. Aku ni memang gemar membaca tetapi bukanlah seorang yang gemar 'rushing'kan pembacaanku. Maksudnya aku ni tak akan concentrate on that book until finish up. Aku suka baca sikit-sikit dan sambung pulak esok atau lusa. Oh itu terpulang kepada anda la. Ke'suitable'lan masing-masing. Janji tanamkan sikap suka membaca. Itu yang paling penting.

Basicly this book very good for everyone ( i think ). AL-QURAN RAHSIA TERUNGGUL : Kunci utama untuk menyingkap segala rahsia yang tersurat dan yang tersirat di dalam ayat-ayat qalam Allah, yang terungkap melalui Al-Quran dan sering kita dengar, sering kita baca, tetapi malangnya tidak ramai yang mampu menjiwai makna dan rahsianya, sehingga kita terlepas dari merasai kenikmatan dan keberkatan yang terkandung di dalamnya.

Aku cuba berfikir dan mencari hubungkaitnya dalam kehidupan masyarakat kita hari ini. Di bawah apa yang terfikir :

Hari ini ibu bapa berasa sedih dan kecewa jikalau anak mereka tidak lulus peperiksaan terbesar ( UPSR, PMR, SPM, STPM ). Tetapi tidak berasa sedih dan kecewa sekiranya anak mereka tidak tahu membaca Al-Quran.

Hari ini ibu bapa berasa hampa dan terkilan jikalau anak mereka tidak disenarai akhir dalam menyertai pertandingan realiti tv. Tetapi tidak berasa hampa dan terkilan sekiranya anak mereka tidak mengenal Al-Quran.

Hari ini ibu bapa sanggup menghabiskan wang ringgit demi membiayai kos pelajaran anak-anak mereka demi memastikan hebat dalam pelajaran. Tetapi tidak sanggup untuk menghantar anak-anak mereka ( kelas ) untuk belajar mengenal dan membaca Al-Quran.

Sila jangan salah faham lagi. Aku tidak melabelkan sesiapa dalam apa yang aku utarakan di atas. Just my point of view. Sekadar pandangan dan pendapat dari insan yang jahil ini ( masih belajar memperbaiki diri ). Aku pun masih belajar membaca Al-Quran. Masih tidak sempurna bacaanku. Masih mengalami kekeliruan dalam hukum tajwid lagi. Tapi insyaALLAH aku akan belajar membaiki diri.

Kadang kala terlintas juga di fikiran ini. Apabila di tanya segelintir manusia. "Yang mana penting lagi? Dunia ke akhirat?" Jawapan yang rata-rata akan membalas "Eh dua-dua penting beb! Bagi seimbanglah dunia akhirat".

Okey now mari berfikir sejenak. Seimbang dunia dan akhirat. Apabila rancangan kesukaan TV mula nak start, contohnya pukul 9 malam. 8.30 dah tercegat di hadapan TV. Tetapi apabila azan berkumandang di udara, "eh kejap lagi la, dah nak habis dah rancangan ni". Seimbang dunia dan akhirat.

Contoh lainnya pula. Selepas solat maghrib lekas-lekas buka buku pelajaran. Yer la, esok exam pagi-pagi tu. Eh tak boleh ke baca Al-Quran sekejap. 5 minit je pun. Seimbang dunia dan akhirat. Nak contoh lain? Hemm, kejap fikir. Okey dah dapat. Kalau nak beli sesuatu yang nak sangat sanggup habiskan duit. Aku tak kira! Janji aku dapat selipar jepun ni. Err, okey contohnya. Tapi rasa sayang sangat nak sedekahkah wang ringgit kat tabung masjid depan rumah tu. Seimbang dunia dan akhirat.

Adakah perbuatan-perbuatan di atas menggambarkan seimbang dunia akhirat? Anda dah tahu pun jawapannya. Sekali lagi ingin memberitahu, bukanlah bermaksud aku ini dah terlalu banyak buat kebaikan. NO! Tidak sama sekali. Tapi aku rasa benda ini patut kita sedari dan sama-sama berfikir macam mana caranya untuk memperbaiki diri.

Amalan yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah melakukan sesuatu itu secara berterusan walaupun sedikit. Marilah kita sama-sama berfikir akan perihal ini. Jom kawan-kawan. Jomlah kita jadi pemuda-pemudi yang cintakan kitab suci yang agung ini - AL-QURAN.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Salah satu golongan antara tujuh golongan yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan lain selain naunganNya ialah seseorang pemuda yang cenderung hatinya untuk beribadat kepada Allah." { Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah }

Tegurlah diriku sekiranya kenyataanku di atas salah sama sekali. Sangkallah pendapatku sekiranya lagsung tidak boleh diterima dek akal. Kritiklah aku sekiranya apa yang aku nyatakan salah di pandangan anda. Apapun marilah kita muhasabah diri, belajar dan terus belajar. Sesungguhnya yang terbaik itu datang dari Allah jua dan yang lemah dari insan kerdil ini. Wallahu'alam. Wassalam ~



p/s --> Jom dapatkan buku tersebut di pasaran dan sama-samalah kita menjadi insan yang cintakan Al-Quran.
p/s/ --> Silalah menjengah ke blog bisnes gua dengan hanya klik di sini. TQ!

Friday, January 22, 2010

Mr. Nuffnang


Assalamualaikum w.b.t

Dah lama gua tak check encik nuffnang. Buat tak tau je kat dia. Huhu ~ Tadi baru terasa nak check. Sebenarnya tak la se'excited' sangat sehingga aku check tadi. Eh biar betul earnings aku naik dengan begitu mendadak. Hoho ~

Eh tak bermaksud nak bangga or apa-apa. Saja la bagitau kat sini. Berapa ringgit? Eh tak la banyak sangat. Boleh la setakat nak beli pendrive 8GB tu. Tak dapat menandingi mereka yang terdahulu yang dah 'husler' dalam dunia nuffnang ni.

Oh terima kasih la kepada mereka yang mengklik dan sudi menjengah ke blogku. Baca juga ya blogku yang hampagas ni. Huhu ~ Xiexie!

Sebenarnya bukan entri ni gua nak publish dulu. Tapi tergatal tangan plak nak menaip ni. Aduyai ~ Eh gua memang tak sangka my previous entry 'Aku Nekad' paling dapat sambutan. ( Ceh angkat bakul sendiri la pulak ). Okey minta maaf. Tengok je la gambar kat bawah ni.



Bursa sahamku mula-mula mengalami penurunan dan tetiba naik mencacak. Aduyai ~ 348 orang visitors. Oh tidak aku menyangka. Thanks ya kalian.


Okey dah. Sebelum tu nak bagitau siap-siap the next entri aku nak bawak para pembaca berfikir. So prepare ye. Adei ~ Ingat kamu tu lecture ke nak suruh-suruh orang. Okey baiklah. Ops sesiapa yang belum tengok blog bisnes gua dan kakak gua silalah berbuat demikian di :

bisnes gua
bisnes kakak gua

Kalau berminat konteklah ( YM ) saya okey. Itu sahaja. Wassalam ~



p/s --> Tips untuk nuffnang : Buat tak tau je. Tak yah dok check selalu. Musti naiklah. Selamat Mencoba!

Wednesday, January 20, 2010

Aku Nekad!


Assalamualaikum w.b.t


Oh aku perlu menceritakan benda ni. Sangat perlu aku rasa. Dah sarat menanggung bebanan. Biarlah aku luahkan semua di sini. Biaq ampa semua tau! ( tudia keluaq dah loghat kedah dia ) Biar satu dunia tahu. Biarlah! Aku tak peduli lagi. Biar aku membuka 'pekung di dada' ( please jangan halang aku ejan! ) Err, ejan? Budak rumah aku la.

Okey begini. Dengar baik-baik ya kalian. ( Sengaja aku tulis dengar, lepas tu nak suruh korang perbetul, bukan dengar tapi baca ). Kisah ini telah berlaku 12 tahun yang lalu. 12 tahun yang lalu telah berlaku kisah ini. Dan kisah yang telah berlaku 12 tahun ini. Dah stop it!

Sebelum itu, hendak mengkhabari di sini cerita yang bakal aku ceritera cinta ini bukanlah seperti cerita 'Benda Ini' dan 'Sukarnya Membuat Pilihan'. Aku tahu ada yang 'teperdaya' dengan aku. Adakah? ( eh tak ada? *blushing* ). Ini cerita lain okey. Buktinya? Tu tajuk entri dah lain kan? Okey, fine!

Dengan ini aku akan start. ( sila baca dengan khusyuk ). Aku telah 'involve' dalam benda ni sejak 12 tahun lagi. 12 tahun beb! Dah darjah 6 pun kalau diukur umur dengan seorang budak. Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Aku betul-betul tak sangka dah 12 tahun aku 'terjebak' dalam ni. Ohbulan! ( teringat lagu yuna )

Selama 12 tahun ini 'ia' terlalu sebati dengan diriku. Terlalu! Terlalu = sangat. Dan dengan tiba-tiba aku boleh berubah fikiran. Adakah aku terlalu kejam? Tidakkah aku hargai 'ia' selama 12 tahun ini? Ya, sekarang itulah perasaan aku. Bagi aku 'ia' dah tak bermakna dalam hidup aku.

( Waktu ni mungkin ramai yang dah suspen ) Aku cerita sedikit kenapa aku boleh ubah fikiran. Aku ni seorang observer. Pemerhati dalam bahasa Melayu. Aku tengok dah ramai orang buat 'benda ni'. Entahlah, memang aku tengok pun tertarik. Oh begitu kuat penangannya. Tapi bukan semua orang perlu 'benda ini'. Certain orang macam aku sahaja.

Dulu aku tak ambil port sangat. Entah kenapa semester ini keinginan aku mencuba membuak-buak. Oh tidak! Aku nekad. Biarlah apa orang nak kata. Aku akan buat juga. Aku tak peduli! Biarlah orang nak kata apa pun. Keputusanku muktamad. Tiada talian nyawa. Okey, entri tamat di sini.

( Aku rasa dah ada orang nak bagi penampar bongsu kat aku ni ). Eh rileks ar beb! Korang ni emosional la. Okey setelah tindakan nekadku itu, maka hari ahad yang lepas mengukir sejarah tersendiri dalam hidup aku. Aku ingat lagi hari tu. "Ejan, jom teman aku pi Bintang sat" ( Bintang is pasaraya. Harap maklum ). "Eh apa barang bintang, bulan la beb!". Eh dok buat lawak basi pulak mamat ni. Ingat aku nak gelak la tu. Pirahh! "Lani toksah dok cakap banyak, nak pi jom, tak mau sudah" kataku yang kunun marah. "Err, okey okey jom" kata memberku ketakutan. Haha ~ ( Habih la hang aku mengeksploitasi hang. Lalala ~ )

Tanpa berselingkuh ( pakai lagi ayat ni ), kakiku terus meluru laju ke kedai yang telah aku aim sebelum ni. Habis la lu tauke. Gua datang nak serang. "Tauke, wa nak beli 'barang' ni." Kataku dengan nada ganas. "Macam-macam ada kawan, yang mulah ada, yang mahal ada, yang cantik suma ada. Lu nak yang macam mana?" Balas the apek. "Wa nak itu balang yang baek ar tauke, tapi itu balang kasi yang mulah-mulah sudah la" Aku cuba berkomunikasi loghat apek itu. "Okey, wa kasi yang inilah". Gua bagi duit dan terus blah.

Di rumah sewaku. Sebelum tu, gelak dulu ya. Hahaha ~ Akhirnya aku dapat juga. Yes! Pagi tu aku bangun awal dari biasa. Oh sangat tidak sabar untuk menerai 'benda ini'. Jeng.. Jeng.. Jeng.. ( rehat kejap, penat la menaip )

Okey sambung. Ceh aku ingat sekejap sahaja 'upacara' ni. Rupa-rupanya ambil masa sampai 1/2 jam. Aduh ~ Masaku berlaku begitu sahaja. Tak mengapalah sekurang-kurangnya aku mencuba. Oh hari itu terasa lain sekali. The whole day aku rasa semacam je. Ye la first time kan?

Sehinggalah saat aku ingin 'menanggalkan'nya. Oh aku rasa time nak 'memasukkannya' lebih mudah. Aduyai ~ Lantas aku menalipon rakanku juga yang telah 'involve' dengan 'benda ini'. "Wey, macam mana ni wey? Dah la boh sampai 1/2 jam. Nak buang pun seksa gak. Ishh menyesai aku" Luahku pada memberku. Tahu member aku cakap apa? Dia bantai gelak kat aku. Hampes sungguh! Dia kata " Susah-susah sangat hang buang dulu bijik mata hang tu. Hahaha ~ " Katanya dengan penuh tragis.

Eh eh aku macam dah bagi klu tu. Korang dah dapat tangkap ke? Mesti korang fikir benda pelik-pelik tentang aku kan? Astaghfirullahalazim. Aku tak buat benda-benda tak elok la. Benda-benda tak senonoh tu. Okeylah kesian sangat korang dok berteka teki kan? Aku sertakan gambar kat bawah ni.



Eh what the nonsense?! Ini gambaq hang. Hang jangan nak pekena kami. Satgi ada yang makan penumbuk kot. Eh rileks dulu boleh tak? Ishh, cuba amati di mataku. Nampak? Bagus! Anda tak rabun macam aku.

Dengan ini secara eksklusifnya ingin memberitahu aku telah memakai CONTACT LENS atau bahasa Melayunya KANTA LEKAP atau KANTA SENTUH. Hahaha ~ ( gelak paling jahat )

Mesti korang menyesal gila-gila kan baca entri aku kali ni. Minta maaf ya. Aku memang bermaksud nak buat macam ni pun. Cacilah, makilah aku. Kalau itu membuatkan korang rasa berpuas hati. Mungkin dengan cara itu sahaja caranya nak 'balas dendam' padaku.

Okey, now aku dah dapat biasakan dengan 'mata baru' ni. Bagi aku best. View lebih menarik and more comfortable. Ya la pakai spek rasa macam ganggu walaupun dah 12 tahun aku pakai spek.

Sila kata aku jakun. Ya memang aku jakun. ( sumpah aku tak tau jakun tu maksud dia apa. Tau sebut ja. Adei ~ ). Tapi memang lawaklah nak pakai memang susah kalau first time. Rasa takut-takut. Nak kena sentuh mata hitam tu beb. Nak keluarkan pun macam tu juga. So aku dapat pengalaman yang berguna. Okey dipersilakan ramai-ramai gelakkan aku. Terima kasih.

Moral of the story : "PRACTICE MAKES PERFECT". Eh ada kena mengena ke? Entahla, layan sudah. Okey gua caw dulu. Kalau tak best cerita ni jangan marah ya. Kalau marah pun macam la aku boleh tolong meredakan kemarahan korang. Hoho ~ Dah dah. Wassalam ~

p/s --> Jangan jadi jakun macam gua. Terima kasih.
p/s --> 'ia' merujuk pada spek gua. 'benda ini' merujuk kepada kanta sentuh.

Tuesday, January 19, 2010

Kegagalan Suntik Semangat




Assalamualaikum w.b.t

Masuk-masuk terpandang jejaka di atas tu. Siapakah beliau? Beliau ialah Najmil Faiz Mohamed Aris. Mungkin ramai yang kenal beliau. Mungkin juga tak ramai yang kenal. Di bawah ni ada sedikit info mengenai beliau. Anda pasti kagum.

Percayalah!
Sumber di petik : Kosmo Online.

Kegagalan Suntik Semangat


NAMANYA mula menjadi sebutan pada awal tahun 2005 yang lalu. Najmil Faiz Mohamed Aris membuatkan rakyat negara ini tersenyum bangga apabila menjadi anak Malaysia pertama diberi penghormatan membentangkan tesisnya di Parlimen Britain.

Bukan hanya nama negara dijulang, bahkan kajiannya itu berjaya membuatkan Britain membuka mata tentang kebolehan anak watan negara ini. Para hadirin yang terdiri daripada tetamu terhormat dan saintis di House of Common, London tertarik dengan pembentangan selama 15 minitnya itu. Mungkin tarikan itu datang daripada saiz tubuh yang lebih kecil, tapi hakikatnya, idea penyelidikan anak muda ini begitu mempesona.

Kajiannya mengenai teknologi nano dalam kejituan kejuruteraan mendapat pujian Menteri Perindustrian Britain, Dr. Brian Iddon dan dinobatkan sebagai Prospek Terbaik untuk industri pembuatan. Hebat sekali pencapaiannya. Terpilih sebagai seorang pelajar Asia paling cemerlang, mungkin ramai yang beranggapan dia sememangnya lahir sebagai insan terbilang.

Benarkah begitu? Dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan dalam keluarga sederhana, dia merupakan pelajar sekolah yang nakal di sekolah dan pernah memakai tali rapia pada kasut sekolah. Lebih teruk daripada itu, dia turut terjerumus ke dalam kancah mat rempit jalanan. Kerana sikapnya yang nakal dan culas, akibatnya, dia memperoleh pangkat 3 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dilabel ramai sebagai satu kegagalan. “Kegagalan itu menjadi kaunselor hidup saya. ‘Dia’ membantu saya bangkit dan sentiasa di sisi untuk ‘memukul’ saya bagi meneruskan perjuangan,” katanya ketika dihubungi KOSMO! baru-baru ini.

Najmil, 28, kini menuntut di Brunel London University dalam pengajian ijazah doktor falsafah. Selain telefon, emel juga menjadi penghubung di antara penulis dan Najmil bagi menyediakan bahan artikel ini. Menyorot zaman ‘nakalnya’ dahulu, Najmil berkata, sejak di sekolah rendah lagi, dia minat bertukang dan mengubah suai basikal. Keadaan tersebut berlarutan ketika di peringkat sekolah menengah.

"Nama pun budak sekolah vokasional. Kalau dulu basikal... kini motosikal menjadi sasaran saya. Sikit sebanyak ilmu automotif yang diterima oleh saya dan kawan-kawan di sekolah telah dicampur dengan kreativiti sendiri untuk memperbaharui prestasi motor. “Namun, kebolehan yang ada disalah guna dengan menguji hasilnya di jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan diri. Inilah masa untuk menguji sejauh mana lajunya motor kita dengan motor orang lain.

Saya pernah terlibat dengan kemalangan tetapi tidaklah cedera teruk,” katanya. Selepas ‘terkandas’ dalam peperiksaan SPM, dia bekerja sebagai pembantu pam minyak berhampiran rumah. Ejekan dan sindiran sinis daripada kawan-kawan serta ada yang ‘buat-buat seperti tidak mengenalinya’ membuatkan dia berasa perit dengan kegagalan. Dia mula sedar untuk menjadi lebih baik dan bertekad untuk ‘berhijrah’ menjadi insan berjaya.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang mengejek saya gagal kerana ungkapan itu tidak melemahkan saya malah membakar semangat saya untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti hari ini,” ujarnya. Perjalanan untuk bangkit tidaklah semudah itu. Dia kemudian memohon masuk ke sebuah institut pengajian tinggi swasta di Damansara, Kuala Lumpur dalam pengajian berkembar luar negara bagi kejuruteraan mekanikal. Bagaimanapun, keputusannya tidak memuaskan sekali gus memadam hasratnya untuk mendapatkan tajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Namun, dia tidak berputus asa. Dia memilih jalan sukar untuk masuk ke Leeds Metropolitan University, Britain. Dia berusaha mengumpul wang sebanyak yang termampu dengan bekerja di sebuah syarikat antarabangsa di Damansara. Berbekalkan duit gaji itu serta pinjaman bank yang dijamin oleh bapanya yang berpendapatan sederhana, cita-citanya untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut tercapai. “Di sana, saya bekerja keras untuk hidup. Wang perlu dicari sendiri untuk membayar yuran universiti, sewa rumah, buku dan sebagainya.

Saya bekerja dan dalam masa yang sama, tekun belajar. Hanya belajar dan bekerja menjadi rutin harian hidup saya. Tidak ada masa untuk berehat, melepak atau berhibur. "Macam-macam kerja saya buat. Mengangkut barang, mencuci bangunan dan longkang serta membersihkan stadium. Kadang-kadang sampai tiga kerja sehari. Saya lihat, pelajar yang mendapat tajaan pun terpaksa bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan. Bermakna saya yang datang tanpa tajaan perlu bekerja lebih kuat lagi!



MENERIMA Anugerah Terbilang daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di PWTC, Kuala Lumpur pada tahun 2005


Akhirnya, berkat kesungguhannya, dia berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan pembuatan dengan cemerlang dan penyelianya mencadangkannya untuk meneruskan pengajian ke peringkat doktor falsafah.

“Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Prinsip hidup saya adalah selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Jika orang lain boleh melakukannya, kita juga pasti boleh melakukanya,” tuturnya.

“Ia untuk mengeluarkan diri kita dari zon selesa yang menyebabkan kita kurang sifat cekal. Apabila kita berada di tempat orang, kita terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran seperti budaya, bahasa pertuturan dan layanan yang berbeza. Semua ini akan menguatkan semangat dan membuatkan kita berfikir lebih matang dan pantas,” ujarnya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Isteri dan anaknya menemaninya di London.

Ikuti cerita selanjutnya di sini.

Sebenarnya sikit saja lagi cerita mengenai beliau aku tak copy di sini. So macam mana? Kagum dengan pencapaian anak muda ni? Kalau bertanyakan aku, jawapanku SANGAT KAGUM!. Aku telah mengikuti perkembangan mengenai beliau sejak tahun 2005 lagi. Dari situ aku jadikan beliau sebagai 'inspirasi' aku. Cerita 'kegagalan' beliau menjadi pedoman untuk aku.

Last 2 years aku berjaya dapatkan buku tulisan beliau yang bertajuk Meniti Puncak Antara Realiti & Fantasi. Versi Inggeris Towards Greater Height. Memang menarik buku tu. Menceritakan pengalaman jatuh bangun beliau dalam dunia akademik sehingga ke mercu kejayaan. Juga disertakan beberapa tips belajar dan saranan. Good for everyone.

Di muka terakhir buku, beliau ada memberi emelnya supaya senang untuk dihubungi. Memang aku ada emel beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan yang sangat membanggakan itu. Mengharumkan nama negara beb! Bukan semua orang boleh lakukan. 10000 orang dalam 1 barangkali. Juga aku minta tips serta pandangan.

2 tahun berlalu. Tiada emel yang singgah di kotak emelku dari beliau. Oh faham. Beliau pastinya seorang yang sangat sibuk dalam merencanakan kejayaan hidupnya. Banyak urusan yang perlu didahulukan. Sehinggalah semalam.

Aku online YM seperti biasa. Tiba-tiba somebody YM aku begini " Salam. Perjalanan masih jauh lagi " Mula-mula tu aku buat rileks je. Ingat member-member. Bila aku amati nama beliau, NAJMIL FAIZ??!! ( teruja yang amat sangat ketika ini )

Memang aku tak sangka dapat YM orang yang dah lama aku 'inspirasikan'. Alhamdulillah diberi kesempatan itu. Ada la YM tanya itu dan ini ( kan aku ni banyak bertanya ). Juga aku telah minta kebenaran beliau untuk menulis mengenai beliau ini. Dia kata, " Silakan dan thank you very much " dan mengakhiri perbualan " Hami, take care. Kamu akan berjaya satu hari nanti "

Doa dari seorang insan yang aku kagumi. Memang lepas sahaja YM dengan beliau aku terus menulis entri ni. Diharap kisah beliau menjadi pedoman dan inspirasi untuk kita semua khususnya para pelajar macam aku.

Itu sahaja kali ni. Wassalam ~

"kegagalan dalam liku-liku perjalanan hidup adalah untuk mematangkan diri seseorang"


Bersama buku tulisan beliau bertajuk "Meniti Puncak Antara Realiti & Fantasi"


Monday, January 18, 2010

Mandarin + Electrical Power Machine




Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku belajar Mandarin. Level 3 dah. Last untuk the whole semester. So nak berkongsi sedikit la dengan para pembaca. Kalau yang dah belajar tu pun boleh je nak baca. Ini apa yang aku belajar tadi.

Situasi : Perbualan ibu dan anak di pasar.

" Mama, wei shenme baba meiyou gen women qu basha? "
- " Ibu, ayah tak pergi bersama-sama ( pasar )?

" Ta bu shufu. Jintian, zhoushang women zou bashi qu "
- " Dia kurang sihat. Pagi ini kita pergi dengan bas sajalah! "

" Wei shenme bashi hai meiyou lai? "
- " Kenapa bas tak sampai-sampai lagi? "

" Na ge er bai er shi er ( 222 ) hou de bashi "
- " Ha, itu pun bas no. 222.

" Lai! lai! Jintian zhaoshang de shucai hen xinxian "
- " Mari! Mari! Sayur-sayuran segar dan murah.

" Laoban, yi gongjin niurou duoshao qian? "
- " Tauke, berapa 1kg harga daging? "

" Shi ba kuai qian "
- " Rm 18.00 "

" Yi zhi ji shi wu kuai qian "
- " 1 ekor ayam RM 15.00 "

" Zheme gui! Wo yao mai yu "
- " Saya ingin beli ikan "

" Mama, didi xihuan chi pangxie "
- " Ibu, adik suka makan ketam "

" Pangxie bu xinxian. Mai yu gou le "
- " Ketam tidak segar, beli ikan pun cukup dah!

" Wei shenme hen gui? "
- " Kenapa begitu mahal? "

" Oh, yinwei zuijin changchang xiayu "
- " Oh, kerana baru-baru ini selalu hujan.

" Mmm... Hou chi "
- " Mmm.. Enaknya "

" Chi le fan, women zou dishi hui jia "
- " Selepas makan, kita balik dengan teksi "

Okey dah. Mesti terbelit-belit lidah korang. Aku yang belajar ni pun tak berapa fasih lagi. Yer la, belajar bahasa ni kena selalu praktis. Tapi secara jujurnya tak praktis pun.

Petang kelas Electrical Power Machine pulak. Best kelas ni sebab 8 orang je dalam 1 kelas. Hoho ~ Advantages for lecture and us ( my friends and i ). Malah sesi soal jawab pun senang. Mula tu lecture nampak macam fierce. But he is okay at all. Nama beliau Prof. Madya Muhammad Yahya.

Dah cerita tak best dari aku for today. Sebenarnya nak prepare for the next entry. Apakah itu? Nantikan. Okey zaijian ( zaijian = jumpa lagi )

Wassalam ~

Saturday, January 16, 2010

klik di sini



Assalamualaikum w.b.t

Pesan mak gua : "Mengalah tak berertinya kalah, melawan tak semestinya menang"

Pesannya lagi : "Diam lebih baik daripada berkata-kata. Kerana dengan berkata-kata ( yang lagha' ) akan membuat dosa"

Mak gua tambah lagi : "Jadilah diri lu bro" Err brutalnya saranan mak gua ( yang ni menambah )

So gua jadi diri gua. HAMI ASRAFF BIN AB HALIM :-) Sebenarnya gua okey je beb! Gua cool je! Rileks rileks sudah. Tak sangka plak banyak betoi komentar dari anda. Ishh baca juga blogku yang hampes ni ya. Huhu ~ Apa pun berbilionan gua ucap terima kasih atas pandangan dan nasihat. Dulu gua ada dekikasi terima kasih kat blog gua. Nak tau klik di sini. ( Sebenarnya bukan dekikasi, tapi dedikasi ).

Dah alang-alang gua tulis ni, nak promote la sikit ye. Cuba masuk blog ini. KeretaMayat. Anda pasti terpegun. Gua suka blog beliau. Cara beliau mengolah sesuatu isu memang best. Mesti ramai dah tahu blog ni. Very humble person di mata gua. Tak percaya cubalah klik di sini.

Dan sudi-sudikanlah diri anda untuk melayari blog bisnes kakak gua dan gua ( bukan gua kelam ). Dengan hanya klik di sini dan di sini ianya akan membawa anda terus menyusuri blog yang dimaksudkan. Selamat mencuba ya! Boleh kontek kakak gua terus ( dia ada bagi no telefon ) untuk keterangan lanjut!

Sambil-sambil tu jom kita layan lagu kat bawah ni. Sedap gila beb! Oh yang paling penting cuba tengok lirik dia. Bukan tengok saja. Baca! Lagu bertajuk 'InshaAllah' oleh 'Maher Zain'

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way





p/s --> Eh banyak pulak klik di sini ya. Oh jangan lupa klik dapatwang & nuffnang gua sama ya. TQ2!


wassalam ~

Friday, January 15, 2010

Menjadi Isukah?



Assalamualaikum w.b.t


Tujuan entri ini dihasilkan adalah untuk memperbetulkan tanggapan segelintir masyarakat terhadap blog aku. Aku buat blog ini hanya suka-suka ( masa mula-mula buat dulu ). Tapi lama-kelamaan aku rasa aku perlu menulis untuk memanfaatkan bersama. Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian, cetusan idea, pendapat spontan dan nukilan di hati.


Sebelum tu, ingin memberitahu entri kali ini memang panjang. Mungkin entri paling panjang pernah aku hasilkan. Tetapi luangkan sedikit masa anda untuk membaca entri ini sekaligus aku akan cuba mengupas sesuatu isu yang kebanyakkan orang terlepas pandang. Saya akan cuba membawa anda dan saya berfikir tentang isu ini. Hanya demi mencari sebuah kebenaran.


Aku ada post entri sebelum ni yang bertajuk 'Persoalan Terjawab'. Oh entri itu memang hanya untuk suka-suka. Sekadar sesuatu 'jenaka' yang dicipta secara tak sengaja. Tertarik akan satu komen dari seorang hamba Allah yang juga memakai nick name sebagai 'hamba Allah'. Komen beliau berbunyi begini :

salam....bleh bg komen. x bermksd ape2 pon dsini...dan maaflh klu penulis mrh @ terasa.
trus terang sya kta, penulis mmpunyai paras yg sdap mata memndg. begitu indah ciptaan Allah... klu kite prsn, perempuan x bleh nk siarkn gmbr2 mrka. sbnrnyer, lelaki pon sme. apetah lg gmbr2 yg indah. ckplh tatapn kite shje. bkn ape, scare x lgsg kite dh m'goda org. tp x th lh kot2 penulis ada niat yg lbh baek yg sya x th. scra x lgsg, niat utk bce blog nie dh terbatas... maaf yea penulis.....

Dan aku membalas :

hamba Allah --> waalaikumussalam w.b.t. terlebih dahulu terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. ingin saya katakan di sini lagsung tiada perasaan marah atau terasa. bahkan saya rasa bersyukur yang amat sangat kerana menegur. menegur diri ini yang jahil. terima kasih. kadang kala teguran itu membuat kita mengenali siapa kita. minta maaf banyak-banyak sekiranya dengan letak gambar-gambar itu membawa maksud 'menggoda' para wanita. langsung tiada tersinggah akan agenda itu dalam hati dan minda. harap tak salah faham k. saya dah deleted picture on the right side. tapi mohon saya kekalkan gambar primary header saya. thanks a lot again. moga Allah merahmati kamu ya! pesan Nabi "SAMPAIKAN WALAUPUN SATU AYAT" saya bersyukur. wallahualam.

Ingatkan apabila aku dah balas komen beliau, aku dah rasa tenang, selesa. Rupanya tidak. Entah kenapa aku rasa sesuatu perasaan yang bersalah. Dan aku tegaskan sekali lagi di sini. Tujuan aku letak gambar-gambar aku tak lain dan tak bukan hanya untuk suka-suka atau bahasa kasar yang selalu orang cakap, "BLOG AKU, AKU PUNYA SUKA LA". Tetapi aku bukan seorang yang cepat melatah dan melenting dengan sesuatu teguran. Aku akan cuba buat penilaian terhadap teguran-teguran tersebut. Sebab itulah aku menulis entri ini.


Lantas aku cuba bertanyakan pendapat mengenai isu ini dari sahabat-sahabat YM aku. Aku takkan mengupas sesuatu isu itu tanpa soal selidik. Aku masih jahil dalam pelbagai perkara. 3 orang cuba memberi buah fikiran.




Pendapat 1 : Me ismail

Pendapat dari ustaznya : ini pendapat saya la.. kalau niat kita letak gambar sebagai pengenalan diri kita bagi menyatakan kitalah yg tuan empunya blog saya rasa x jadi masalah.. ianya sama seperti penulis2 buku di kulit belakang buku tersebut diletakkan gambar penulis sebagai pengenalan bahawa itulah penulisnya (biasanya kita hanya letak gambar kecil seperti gambar pasport).....tetapi kalau niat kita letakkan gambar dengan niat nak menunjuk2 @ riak itu bagi saya tidak boleh la...dalam satu lagi konteks biasanya apabila kita membuat penulisan tentang sesuatu peristiwa kita akan letakkan gambar sebagai menguatkan fakta kepada penulisan kita.. jadi sekiranya is bagi tujuan penceritaan peristiwa dan gambar tersebut tidak mengandungi unsur2 maksiat seperti pembukaan aurat dan unsur2 maksiat lain bagi saya tidaklah salah.





Pendapat 2 : nur kasih

ntahlah bg saya kalau ada pic tu lagi senang untuk mengenali sesorg teman itu. bukan sbb niat lain. tapi bila ada niat/nafsu tu kot yg jadi salah.... kalau mcm pmpn tu ia d kire sbgai zina2 kecil lah kot. sbb menarik perhatian kaum wanita yg melihatnya. Bila berbicara soal fotografi ni, teringat dulu-dulu ada belajar tentang hukum bergambar atau di dalam bahasa arabnya di panggil taswir dan kebanyakan ulama2 terdahulu menghukumkan bahawa bergambar ini adalah haram berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari kiamat ialah orang-orang yang menggambar" ( Riwayat Muslim )






Pendapat 3 : Insan Tinggi



( pendapat paling tak boleh blah ) : mmg pmpuan tergoda pn. saya pn tergoda. ekekeke. Adei ~ Tapi aku tahu Insan Tinggi hanya bergurau. :-)

Ayat-ayat sahabat yang 'berbual' di YM. Langsung tiada tokok tambah di sini walaupun short form ( aku tak suka buat short form ). Kalau anda meragui kenyataan aku, silalah klik pada nama mereka dan terus ke link blog diorang. Boleh bertanya mereka betul ke tak. Dipersilakan.


Persoalan bermain di tubir minda saya.

  1. Salahkah saya meletakkan gambar-gambar sedemikian rupa?
  2. Adakah aksi saya di dalam gambar keterlaluan/seksi ( tak menutup aurat )?
  3. Adakah wanita-wanita yang tengok 'tergoda'? ( without Insan Tinggi )
  4. Bagaimana pula dengan gambar-gambar wanita lain yang disiarkan dalam blog mereka? Yang tidak menutup aurat? Ada teguran berlaku seperti ini?

Mungkin persepsi masyarakat dan orang ramai ramai berbeza. Memberi pendapat dan pandangan. Tetapi perlulah diingatkan di sini sebaik mana pun kebaikan yang anda taburi pasti nampak salah di mana segelintir orang. Menjadi sesuatu perkara yang biasa dalam masyarakat. Walhal ianya sesuatu yang luar biasa.


Mengenai isu yang cuba saya ketengahkan, bukan nak cari publisiti atau kontroversi ( ceh ingat artis ke? ) tapi membawa anda dan saya berfikir akan hakikat ini. Ingin mencari sebuah kepastian yang tak kunjung tiba. Ramai orang terlepas pandang. Mari berfikir dan terus berfikir.


Sekiranya anda ada info dan pengetahuan mengenai ini, silalah berkongsi di sini. Aku bukan ustaz. Tapi aku seorang yang akan mencari akan hakikat kebenaran. Sila beri tunjuk ajar dan pandangan supaya kita tak tersasar dari landasan syariat.


Aku menyeru kepada blogger yang mempunyai follower yang ramai, cubalah ketengahkan isu yang membawa para pembaca berfikir. Berfikir mencari sebuah kebenaran dan kepastian. Agama diletakkan sebagai tunjang perbincangan. Bukanlah hiburan dan artis yang menjadi perbualan.


Diharap anda dapat memberi sedikit pandangan. Kalau boleh silalah jawab empat soalan yang aku utarakan. Sangat-sangat berharap. Mungkin buah fikiran anda dapat memperbetulkan diri yang jahil ini. Mungkin dengan pandangan anda dapat memberi kesan positif kepada diri ini.


Juga kepada 'hamba Allah' terima kasih banyak-banyak sekali lagi menegur saya. Mungkin tanpa teguran anda, saya masih lalai dan leka. Diharap pandangan anda menyusul jua dalam entri kali ini. Berilah peluang pada diri sendiri dan orang lain menilai diri anda. Mungkin penilaian itu baik untuk anda. Yang baik hanya dari ALLAH SWT jua, yang jahil tentang pelbagai perkara hanya dari insan kerdil lagi khilaf ini - HAMI ASRAFF -


Persoalan Terjawab


Assalamualaikum w.b.t

Tanpa mukadimah yang banyak aku cuba berterus terang dengan kalian. Okey, entri kali ini tiada motif. Sungguh! So aku tidak memaksa korang teruskan pembacaan sehingga tujuh langit pernafasan ku ( spontan dapat ayat ni ).

Again, gua dihujani dengan banyak pengYM-pengYM untuk mengYM gua. Ceh nak habaq kata dia HOT la tu. Err tidak. Janganlah melakukan serangan hendap sebegitu. Berilah kesempatan kepada gua menerangkan perkara sebenar ya. Oh sebelum tu nak bagitau, ( kalau yang dah tau buat-buat tak tau ye ) gua hanya layan YM dan blog sahaja. Dah bersara dengan laman-laman sosial yang sedang bergiat cergas di luar sana. Cuma persaraan gua secara tak rasmi lagi.

Berbalik pada agenda entri. Setelah mengYM dengan pengYM-pengYM sekalian, soalan yang terbit di jendela YM ku ialah soalan yang berlulang. Ikuti perbualan yang sempat dirakamkan oleh ASPIRE 4920 Intel Core 2 Duo processor T5550.

si gadis : Assalamualaikum
gua : Waalaikumussalam. Jemput masuk.
si gadis : Awak hami asraff kan?
gua : Yup! ( nama aku kat YM terpampang hami asraff. Harap maklum! )
si gadis : Kamu bla.. bla.. kan?
gua : A'a, saya bla.. bla.. ada juga bela arnab.

( sesi ini berlangsung selama 2 minit )

si gadis : Eh nak tanya ni, umur kamu berapa ya?
gua : Agak-agak? ( memang selalu gua menjawab soalan dengan soalan )
si gadis : Hemm, saya rasa awak mesti muda pada saya, around 21 or 22?
gua : Eh yeke ( gua bangga! dia kata aku 21 wey ). Kamu lahir tahun berapa ya?
si gadis : 1987
gua : ( waktu ni gua dah pekup mulut, menahan gelak ). Eh tuanya awak. Lalala ~ ( bersiul )

( perbualan lain tak dapat disiarkan kerana hujan turun dengan lebatnya )

So fa mi re do, gua nak jawab kat sini. Biar semua orang tahu umur gua. Adei ~ Macam malu pulak. Macam la korang peduli umur aku kan? Kalau aku bagitau pun tak ada efeknya terhadap sistem permarkahan ujian lisan english kau. Okey fine! Entri tamat di sini.


( Panggg!!! ) Sebilah penampar melekat di pipi gua. Adei ~ ( sambil berjalan terhoyong-hayang ), okey gua lahir... Tahun lembu. Wey orang tak mahu tahu la kau lahir tahun apa. Orang nak tahu kau lahir tahun berapa. OKEY2!! Aduh ~

1985


Nampak tak? Telah menggunakan font terbesar sekali. Okey berpuas hatikah? Tahun ini 2010 - 1985 = 21. Matematik aku failed!

Begitulah berakhirnya entri yang tak best dari gua. Gua dah bagi warning okey. Ramai dah menyumpah-nyumpah aku di saat dan ketika ini. Tak apa lah. Aku redha. Terima kasih untuk segalanya. ( berlari-lari anak pastu pergi sembam muka kat bantal. Uweak! )


Untuk menebus segala kesalahan gua, gua bagi no. phone gua. sila klik di sini
--> no. phone gua

Wassalam ~


p/s --> Janganlah membenci gua. Gua hanya insan biasa.
p/s/s --> Sila kata aku tua. Terima kasih.