Thursday, November 19, 2009

Relevankah?

Assalamualaikum W.B.T
Selamat hari Khamis diucapkan! :-) Dah 2 minggu aku menglepakkan diri di rumah. Macam biasalah kegiatan yang dilakukan. Bangun tidur, makan, tengok tv, mentelaah (kunun), keluar jalan2. Macam sekarang ni pun aku dekat cyber cafe. Dah gian kot nak update blog. Hehe~ :-D
Ada 1 cerita yang menarik perhatian aku untuk dikongsi di sini. Ceritanya bermula malam tadi aku tertonton sebuah rancangan lawak kat TV3 iaitu Bang Bang Boom! Ala rancangan yang prank orang tuh. Tak apa la, aku layan macam biasa. Sampai kat yang pekena artis. Artis yang terlibat malam tadi ialah Juara Gadis Melayu Musim Ke2. Dikategori artiskah? Selebriti la kot.
Bukan nak cerita pasal dia kena prank ke apa. Tak pernah tengok pun rancangan ni. Tup2 dah ada pemenang. Fiqa kot nama pemenangnya ( minta maaf kalau silap ). Alhamdulillah, dari raut wajah memang gadis Melayu yang muslimah. Tapi yang menjadi kemusykilan di saraf mindaku ialah finalis gadis Melayu yang lain. Tak payah sebut kot. Nak sebut jugak? Hemm, dari segi penutupan aurat.
Tak tahulah macam mana kriteria TV9 untuk mencari gadis-gadis Melayu ni. Adakah hanya berbekal ilmu dunia, hebat dalam berkata-kata, berjaya menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan? Cukupkah hanya itu untuk diangkat sebagai gadis Melayu hingga mengetepikan hukum yang ditetapkan syariat. Tepuk dada tanya hati, tanya iman.
Sebenarnya banyak lagi nak komen, tapi abangku sudah menunggu di luar sana. Tak ada niat untuk menyentuh sensitiviti sesiapa. Hanya pandangan dari insan yang jahil. Kalau ada salah dan silap minta maaf. Moga diberi tunjuk ajar. Wassalam~







Friday, November 13, 2009

Untitled!



Di mulakan dengan 'Hadapi Dengan Senyuman'. Sebenarnya aku dah bersiap-siap nak balik dah. Tapi hujan mengalami kelebatan di luar sana, so apa lagi aku try la buat sesuatu kat blog aku ni. Hehe~ Picture ini ditangkap dekat pantai yang aku tidak ketahui namanya tahun lepas. Dekat Terengganu. Aku masukkan lirik lagu yang aku suka. Kena la dengan aku yang tengah senyum time tu. Hmmm... ( tengah senyum )






Aku pakai masuk picture-picture ni secara rawak ja. So inilah picture aku bersama ABC, jus epal, teh ais dan air kaler biru tu tak tau nama ni.






Bersama ABC gua. makan kat Bintang Sidewalk. Eh ABC orang makan ke minum ek?





Bersama gadis-gadis engine. They're my classmate.






Tengah berlakon time ni. Nampak dak senyum yang buat-buat tu? Heh~





Hmmm....




My Huayu group's members





No motif at all...





My laptop and me.





The journey just begins...




Masjid kristal ( without edit )


So that's all my randomly pictures. Entah apa-apakan? Huhu~ Biaslah i have no idea wanna story about. Actually banyak benda nak cerita. Tak apa la, next time.

p/s : esok nak pi tengok wayang cerita 2012. Ceh yang tu pon nak bagitau. Adei~

Wednesday, November 11, 2009

Ambik Kesempatan


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum apa-apa, gelak dulu. Hahaha!~ Aku dapat juga update blog hampesku ini. Tapi aku rasa tak buleh lama & tak banyak akan distorykan di sini. Macam biasa la dok rumah ni. Tak banyak aktiviti dilakukan. Lepak! Hehe~

Balik-balik rumah terpandang kad jemputan perkahwinan seorang rakan. Beliau sebaya dengan haku. Tapi dah berkerjaya dah. Seorang jurutera kat sebuah syarikat kat Shah Alam. Pastu semalam dapat panggilan talipon dari membe aku masa kat Intel dulu. Tapi dia dah tak kerja kat Intel. Dapat kerja kat Celcom plak. Juga menjemput diriku untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau. Turut serta dalam acara ini seorang brader kerja kat Intel juga nak kawin bulan 12 depan. Memang musim mengawan pon. Eh aku sebut mengawan ke? Hoho~ Maksud aku musim orang mendirikan masjid. Standet la ujung-ujung taun kan?

Membe-membe kampung yang sebaya aku aku rasa dah 7 orang kot dah kawin. Lelaki. Kalau pompuan standet la kan? Eh mengapakah persoalan ini ditimbulkan? Adei takkan tak paham lagi? Huhu~ Yang aku ni bila ya agaknya? ( Gatai jugak aku, belajar pun tak habis lagi ). Standet la kan sapa tak mau kawin. Tapi the problem is sudah ada calonkah? :-(

Minggu depan pun nak pergi Pahang kenduri sepupu. Kawin lagi. Standet la kan.. Ishh banyak pulak standet aku ni. Adei~ Aku kat ofis kakakku kat UUM ni. Student UUM ramai tak abis exam lagi. Ramai gak gadis-gadis kat sini. Mungkinkah ada calon di sini? Hahaha~ ( Gatai! )

Sebenarnya memang banyak nak update, tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Rindu juga la tak update blog ni. Tapi apakan daya, seperti dimentionkan masa dan keadaan tidak mengizinkan. Pasrah! Tak pa la blog ni pun bukan ada apa-apa pun. Hanya medium untuk aku meluahkan segala yang terlintas di fikiran, apa yang tercetus di hati, apa yang dirasakan perlu.

So memang aku tidak menjanjikan apa-apa untuk update blogku ini. Macam la ada orang nak baca. Aduyai~ Untuk kawan-kawan yang tengah bercuti macam aku juz nak cakap Happy Holiday :-) ! Moga cuti ini dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang bermanfaat. Hehe~ Ada umur panjang, bersua lagi.. Wassalam~

Sunday, November 8, 2009

' Benda Ini '

Assalamualaikum w.b.t

Hah kan aku dah cakap aku ni dah addict nak update. Ya la aku dah nak balik kampung halaman terchenta. Kat rumah aku tak dilengkapi dengan perkhidmatan streamyx mahupun p1 wimax ataupun sekonconya yang lain. So aku kena mempergunakan peluang ni sebaek mungkin. Ya tepat sekali!

Sebenarnya masa ini ditulis aku tak decide lagi nak balik bila. tapi waktu aku continue update ni aku dah beli pun tiket bas iaitu pada 9/11 bersamaan esok (isnin) malam. So maybe ini entry terakhir sebelum aku balik kampung. Ada benda nak disetori mori kat sini iaitu mengenai 'benda ini'.

Waa mesti ramai tertanya-tanya apakah 'benda ini'. Ada yang tertanya-tanyakah? Adei~ Kalau tiada, fine. Kunun nak buat suspen la apakah 'benda ini'. Tapi itulah motif aku. Tak tahulah sama ada ianya akan berjalan dengan lancar atau berjalan dengan terhenjut-henjut (apakah perkataan ini?). Tapi harap-harap engkorang semua berada di dalam suspen ketika ini. Ala buat-buat suspen pun tak pa. Gua tak marah. Okey please bagi kerjasama ya. Please bagi rasa suspen tau!

Okey berbalik pada 'benda ini'. Eh kejap2, aku rasa nak letak pic kat end of my story. So aku rasa nanti kat dashboard musti keluar punya pic 'benda ini' Aduh~ rosak plan haku. Adakah aku perlu meneruskan penceritaan 'benda ini'. Okeylah aku cuba. Kalau yang dah ternampak pic itu diam-diam sudah. Hehe~

Sebenarnya ada 2 'benda ini' yang aku nak setori-mori di sini. 1st aku rasa agak penting la. 'benda ini' menghantui aku saban hari. Eh silap, saban minggu. Entah sebab apa. Memang bagi effect la 'benda ini' kat pancaindera aku. Mahupun memberi kesan psikologi geometri kepada aku. 'benda ini' membuat daku terus diselubungi rasa ingin tahu yang menebal dan turut membuat daku terasa seperti tidak sabar-sabar untuk mengetahui what will happen the next. Eh macam dah bagi klu ja. And aku rasa aku takkan bagitau kot apakah 'benda ini' untuk yang 1st ni. Kesorian la. Janganlah memarahi diriku kerna aku terpaksa merahsiakannya. (Waktu ni dah ada suara-suara merdu yang berbunyi, ceh baek takyah gtau kalau macam tu). Okey-okey aku janji untuk 'benda ini' yang ke2 aku bagitau. Siap aku papar gambar secara eksklusif lagi.

The 2nd 'benda ini' is.............. Owh sebelum tu aku nak cerita la sikit pasal salasilah 'benda ini'. Eh salasilah ke? Entah, hantam je la. Ianya bermula pada tahun 2003. Kalau tak silap aku. Dan yang pastinya time tu aku sedang menuntut di uitm penang dalam jurusan... Eh jangan melalut. Fokus2! Aku diperkenalkan 'benda ini' oleh seorang kawan. Mula tu aku tak tertarik pun kat 'benda ini'. Tengok gitu2 ja. Tapi entah kenapa pada penghujung tahun 2006 aku rasa tertarik untuk mendekati 'benda ini'. Serata negeri dan tempat aku mencari 'benda ini'. Tapi tidakku temui. Kesian kan kat aku? Huhu~ Maybe bukan jodoh aku dengan 'benda ini'. Eh memang la tiada jodoh. 'benda ini' is benda okey. (cuba melengah-lengahkan para pembaca).

Sehinggalah kelmarin (sabtu, 7/11) aku temui 'benda ini'. Bayangkan selama 6 tahun kot aku mencari 'benda ini'. Tapi rasa-rasa ikan la, ramai yang telah memiliki 'benda ini'. Yaka? So aku ni yang last2 la ek. Adei~ Biarlah, janji sekarang 'benda ini' milik aku. Hahahaha~ (gelak orang baek). Dan aku rasa tak sabar-sabar nak mengexploracekan 'benda ini'. Jaga kau!

Kenapa aku perlukan 'benda ini'? Jawapan yang tepat ialah aku pelukan jawapan di sebalik 'benda ini'. Best tak jawapanku ini? Hehe~ Actually aku telah disyorkan oleh ramai pihak supaya memiliki 'benda ini'. Ceh ramai ke? Rasanya baru 3 orang kot. Adei~ So pendek kata aku perlukan 'benda ini' dan 'benda ini' perlukan aku. Macam itu pun ada ka?!

Di saat ini ramai yang sudah menghentikan pembacaannya setelah menunggu lama untuk aku mengintroducekan 'benda ini' di khalayak ramai. Tak kurang juga yang saspen menantikan kemunculannya. Begitu juga yang buat-buat saspen. Okeylah tanpa membuang masa apakata mempersilakan..........


(loading... 0%)


(loading... 3%)


(loading... 12%)


(loading... 26%)


(loading... 34%)


(loading... 41%)


(loading... 55%)


(loading... 68%)


(loading... 77%)


(loading... 82%)


(loading... 94%)


(loading... 99%)


(loading... 100%)


.........

........

.......

......

.....


ERROR!



Hahahaha! Aku rasa ramai telah menyumpah-nyumpah aku. Tak kurang juga telah mengclose 'a journey' ini. Dan berazam untuk tidak membuka 'a journey' untuk selama-lamanya. Mereka nekad!

Ala gurau-gurau manja ja pun. Inilah cara orang yang dah habis exam bergurau. Diharap engkorang tidak memboikot aku. Ok lah di bawah inilah 'benda ini' yang aku maksudkan. Musti segelintir engkorang pernah melihatnya. Sama-samalah kita saksikan siapakah or apakah 'benda ini'.



Taraaaa..............................




Ceh benda ni ja pun? Hampeskan aku? Tapi inilah ia. Buku yang bertajuk JANGAN BERSEDIH or LA TAHZAN or DON'T BE SAD. Hasil tulisan Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Norainee Abu. Memang aku perlukan buku ini. Tapi aku tak start pembacaan lagi. Rasanya balik cuti ni aku perlu mentelaah buku 615 muka surat ini. Walaupun dah abih exam kena study lagi. Adei~ Tapi benda ni insyaAllah memberi manfaat kepada aku. So aku tak boleh lepaskan.

Kepada sesiapa yang rasakan perlu memiliki buku ini, sila dapatkan di pasaran. Ops sebelum terlupa buku ini BUKU YANG TERLARIS DI MALAYSIA or in english BEST SELLER. No wonder la haku susah nak cari dulu. Rasanya sampai di sini saja kot. Bersua di laen hari. Ceriakan hidup anda dan jangan bersedih! :) Wassalam~



Friday, November 6, 2009

The most important person in our life~


Assalamualaikum w.b.t

Bersua lagi dalam episod perjalanan seterusnya. Biasa la aku free and available. So daripada aku mengisi masa lapang dengan benda tak memberi manfaat, baik aku update blog aku. Manfaatkah? Hopefully. Hemm, aku rasa benda yang bakal aku cerita ni bakal memberi manfaat pada kita semua. Tapi sebelum tu apa kata kita layan video kat bawah ni dulu.

Eh, alamak, tidak, no! Percubaan kali ke-6 aku untuk upload video yang dimaksudkan itu tidak mengalami tanda-tanda berjaya. Adei pelik ni. Selalunya upload kat youtube tu okey ja. Takpalah, apa kata cuba klik di sini
Aku masuk url dia la. So layanilah dulu sebelum aku komen. Maybe certain pada you all dah pernah tengok kot. Kalau tak pernah, tengok dan hayatilah. Yang dah tengok, tengoklah sekali lagi kalau sudi. Sudi-sudikan lah diri anda.

Dah tengok? Actually aku tengok video tu awal semester ni. Ada hadiri program fakulti aku. Dalam program tu ada la papar pasal video ni. Eh tapi kenapa post? Bukan hari ibu pun kan? Perlu tunggu hari ibu ke untuk post benda alah ni? Eh tak perlu, tak perlu. Bagus dan tahniah kepada mereka yang telah menjayakan produksi ini.

" Kadang-kala mak bertanya, adakah nanti anak-anak boleh lakukan perkara yang sama kepada mak. Mak minta maaf sekiranya mak terlalu mendesak adik dan along untuk belajar bersungguh-sungguh ". Paling tertarik dengan monolog ni. Luahan seorang insan yang bergelar ibu. Dan yang paling tersentuh atau bahasa omputeh sebut touching ialah di mana seorang ibu meminta maaf atas bukan kesalahannya. Waa what the touching tiger hidden dragon ( tak dak kena mengena dalam hal ni, so abaikan ). Eh sebenarnya bukan touching tapi crouching kot. Ah, apa2lah. Yang penting abaikan. Hehe~

Pernahkah situasi itu terjadi dalam kehidupan kita? Rasanya pernah la kan? Sebab tu terhasilnya produksi tersebut. Base on the true experience. Adakah kita akan mengutamakan ibu kita dalam apa-apa hal? Adakah ibu kita akan menjadi orang pertama yang akan dikhabarkan berita gembira? Adakah ibu kita hanya tempat kita menumpang kasih di saat kita kehilangan? Di saat kita kesusahan? Ada orang pernah berkata. Ibu seorang mampu menjaga anak 10 orang, tetapi anak 10 orang belum tentu dapat menjaga ibu seorang. Sama-sama kita fikir dan renungkan.

Di saat ini juga terfikir akan ketabahan seorang makcik yang menjual nasi dan lauk-pauk kat bawah flat aku. Week days memang the makcik akan datang. Memang betul-betul bawah flat aku. Dia drive seorang diri. Susun atur meja, nasi, lauk and so on seorang. Pernah aku bertanya that makcik. " Makcik masak ni semua? " Jawab makcik tu. " A'a ". Dan makcik tu pagi-pagi pergi pasar jual sayur-sayuran. Tengahari jual nasi and lauk-pauk kat flat aku. Malam pergi menjual kat pasar malam. Yang paling aku kagum is semua dia buat sorang.

Begitulah alkisahnya. Hargailah ibu kita semasa mereka masih ada. Bahagiakanlah mereka sedaya upaya, semampu boleh. Kerana memang kita tak mampu membalas segala apa yang mereka berikan pada kita. Segala jasa, perit merih mereka sehingga kita menjadi seseorang. Menasihati diriku ini sama. Wassalam~



bersama ibu gua. copy from

Selesai Untuk Semester Ini



assalamualaikum w.b.t

"study sampai lebam". petikan dari kata-kata sorang member gua. lebamkah aku? hemm, mata ada la sikit kot. maunya tak. dok tidoq lepaih subuh ja everyday. maka dengan ini secara rasminya 5/11 berakhirnya salah satu ujian dunia untuk aku. final exam untuk semester ini. tahniah untuk aku! :)


muka yang kelihatan ceria dah abih final exam


paper communication theory 2 adalah penyudah untuk semester ni. suppose aku habih 11/11 bersama-sama dengan budak-budak batch aku, tapi memandangkan paper yang 11hb tu aku dah ambik time short cos aritu. so kelegaan meresapi jiwa ragaku sekaligus aku antara student uitm yang habis awal exam. ( bangga seketika di situ. hehe~ ). tapi episod tidak bangganya juga muncul dengan jayanya setelah aku menjawab paper communication thery tadi. kekonpiusan banyak jugak la. entah la camna. and aku rasa sem ini semua final susah-susah. yaka? ala, sebelum ni pun susah-susah juga. nasib badan.

now tugas usaha aku sudar berakhir. dan yang tinggal hanya bertawakkal + doa. and aku redha dengan apa jua keputusan yang bakal aku dapat nanti. diharap setimpal dengan usaha. insyaAllah~

balik rumah lepas exam tadi kepala rasa ringan gila. ya la semua formula yang berselirat dalam saraf kepala hotak aku telah dibebaskan dengan lancarnya. and at the same time rasa penat. balik tidoq. and bangun2 perut berkeroncong menandakan masuknya waktu untuk perut gua dihidangkan dengan makanan yang berkhasiat. teringat lecture gua cakap. dia cakap dulu dia study sampai lupa nak makan. adei study sungguh tuh! aku begitukah? entah la. so disambungkan cerita gua kontek sorang member gua yang tak asing lagi iaitu 'member gua' :-)

pekena ani sup utara best gak. tapi destinasi menuju ke nasi ayam pakmal sek11. tapi hampa kerna mengalami penutupan dan nasi ayam mancongkam menjadi destinasi pilihan. 1 gua tak suka kat 'member gua'. suka sangat nak belanja gua. aduyai~ bila aku kata tak mau kata tolak rezeki. adei~ mo taw ( modified dari mau tau ) kalo lepak dengan 'member gua' alamat sampai 2-3pagi. lagipun gua dah free apa.

balik rumah lekaih-lekaih ( lekas-lekas ) buka laptop untuk menghupdate blogku ini. aku juga telah mendownload banyak tv series show kegemaraan gua untuk tatapan gua. so statement di atas bertukar. "tengok sampai lebam". hahaha~ hambek!! layan sampai pengsan!

huih tak sabaq betoi nak balik kampung halaman terchenta. kali ni cuti lama jugak. 28/12 kot masuk balik. memang lama gak tuh. aku dah ada aktiviti kat rumah nanti. makan sampai buncit + tidoq + tengok tv ( jangan tiru aktiviti tak berfaedah gua ni ). so aku hingat nak balik hari isnin ni kot. sabtu ahad lepak sini dulu sambil meneman member-memberku yang masih berjuang.

sebelum terlupa, aku nak ucapkan selamat menempuh alam baru untuk member-member aku yang final year ( sem 8 ). depa ni semua member-member batch diploma dulu. tak sabar nak mengekori jejak langkah engkorang. dah jadi engineer janganlah lupa daku di sini. nanti aku bagi resume aku ya! :) selamat maju jaya ya kalian!

eh untuk member sem gua jugak ( kecik hati tak sebut ). good luck weh~ paper QMT500 senang ja.. hehe~ mentang-mentang aku dah ambik kan. tarak la. joking2 ja. buleh score punya. insyaAllah~ rasanya sampai di sini dulu kot. macam banyak nak update. nantikan kemunculan entry baru ( poyo! ). wassalam~

p/s : entry gua banyak pakai bahasa ibunda ( gua kedah sejati beb! ) juga dicampur adukkan dengan aku sebagai ganti nama gua. aku is equal to gua equal to saya. harap tak kisah. kalo nak kisah pon kisah la. aku tak kisah. hehe~

perjalanan kita masih jauh beribu batu, selagi roh masih dijasad hidup diteruskan.