Monday, September 28, 2009

REUNION SMTA BATCH 01/02 (2009)

Assalamualaikum w.b.t

Di mulakan dengan aku mendapat SMS dari nombor yang tak dikenali pada 20 akhir Ramadan. SMS untuk reunion Teknik Arau batch aku dulu. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Teja. Dalam kepala hotak ni ligat dok pikiaq Teja mana la.. Adakah Tun Teja? Aku membiarkan persoalan itu berlalu pergi. Dalam hati tu memang teringin bangat nak pi reunion tuh. So, aku tidak mereplykan lagi SMS Tun Teja itu. Sampai aku mendapat panggilan telefon dari en. polis. (aku dah cerita dalam entri yang lepas). En. polis la yang paling bersemangat nak pi reunion tuh. Siap membuat ugutan terhadap diriku ini. ( jugak di ceritakan pada entri yang lepas).

Dan pada hari yang sama aku jugak mendapat panggilan talipon dari memba aku yang paling sengal+hampeh tetapi baek hati :-) Beliau memang tidak asing lagi dalam menggangu hidup aku. Hehe tambah ja ni. Mr. TokMat. Memba aku yang sengal+hampeh tetapi baek hati bersekolah dan bersekelas sama dari ting1 sampai 5. Memang nak ikut aku ja dia tuh. Aku tukaq sekolah dia pon ikut. Tak pa tinggai bab ni. So Mr. TokMat janji nak pi dengan aku. Eh sebenaqnya aku nak pi dengan dia memandangkan beliau mempunyai kereta berkuasa kuda 50 HP. Aku cakap ON ja beb...

Maka hari bersejarah pon menjelma. Hari raya ke3 bersamaan 22/09/09. Keterujaan memang dirasai memandangkan ini kali pertama aku bakal menghadiri sebuah reunion yang formal dan besar-besaran. Besaq ka Tun Teja? Not bad la kan.. Sebelum2 ni dok pi reunion secara tak rasmi ja. Jumpa memba secara tak sengaja macam tu ja. Nak di jadikan ceritera cinta Mr. TokMat mengekol aku pada pukul 11.30pagi pada hari bersejarah itu. Dia kata tak jadi pi reunion sebab mak mertua dia nak datang. Eh silap bakal mak mertua nak pi beraya umah dia. Abih la hang TokMat aku heboh kat sini. Haha~ So, aku pasrah je la mula tu and aku terus memesej Tun Teja. Memaklumkan akan ketidakhadiran aku ke reunion itu.

Tun Teja lantas memberi idea kepadaku. Dan dipendekkan setori aku pi dengan pakjan. Memba lama ni. Dok Changlun. Agak dekat dengan umah aku dan tak dak kontek no. Tun Teja la yang memberikan padaku.tQ Tun Teja ;-D Aku tak dak transpot hari tuh. Suma dah di chup oleh siblingsku yang laen. Maka dia mai amik aku dan kami pon pi la. Bertempat di Hotel Seri Malaysia Alor Setar. Kami sampai agak lambat 4.30 petang. Acara bermula 3.30 petang. Lambat sejam tuh. Sampai2 ja macam2 perubahan yang dapat dilihat oleh rakan2ku. Ye la 7 tahun beb tak jumpa. Di bawah ni banyak gambar aku sertakan. Kepada memba2 reunion, buleh amik gambar2 ni kalau mau. Aku cerita 1 persatu kay..
Before that, nak gitaw la sket. Sehari sebelom reunion ni aku terfikir 1 idea iaitu para lelaki memakai baju Melayu dan aku terus memaklumkan niat murniku itu kepada Tun Teja. Dia pon memesejkan kepada membe2 yang laen. Dan ramai yang ikut. Yang penting aku. 1 sut, sekali ngan sampin.. Semangat2. Ye la mood raya lg beb..

Ini lah sebahagian juadah yang kami menyantap bersama. Sebenaqnya tak sempat nak makan banyak pun memandangkan dok ralit sembang ja. Ya la macam2 benda nak tanya ni. Standet charted la kan. Maka kami berbual sambil menyantap la...

Dengan Naim Tandop. Budak sivil dulu. Dah macam artis dah mamat ni aku tengok. Dia belajaq kat UUM. Amik kos apa ntah, lupa. Tapi yang pastinya bukan sivil la. Aku penah jumpa dia sekali kat uptown Shah Alam dulu. Laa dok Shah Alam tak habaq noh..

Ni sorang lagi muka artis. Ishh Ucop ni dulu standet ja. Siap pakai songkok lagi pi klas. La memang laen sangat. Budak mekanikal. Sekarang ni dia kerja kat KL. Yang nampak muka sikit tuh the lucu boy, Helmi.

Bersama Zam sivil n Haqim bersama isterinya. Haqim ni kerja as technician kat Penang. Dia buat part time as a photographer. Waa chantek la Haqim. Aku memang tengah cari photographer. Nak belajaq sket selok belok dalam tangkap gambaq ni. Sempoi2! Isterinya cikgu. Tua pada Haqim. Maka, tua pada aku jugak. Hehe~

Baju puteh Ehsan Bahjat, diikuti dengan Beby ( nama glamer ), Zam n Aku.

I'm so lucky that day. Seumoq idop aku tak pernah dapat cabutan bertuah. Maka hari pecah la rekod. Haha~ Aku dapat hamper for the lucky number 41 ;-)

Ni dia Tun Teja.. The person yang bertanggungjawab handle n arrange pasal reunion ni. Tahniah la Tun Teja. Tetiba nama beliau sangat femes di kalangan kami. Lepaih ni kita wat lagi ya Tun Teja ;-p Yang paling aku tak tau dia pon student UiTM Shah Alam gak. Ishh2 what a small world. Dia kos laen. Tara 1 kos pon kadang susah nak jumpa. Ni fakulti laen, lagi la. Apa2 pon tq la ya..

Sesi bergambar kelas. Ucop dengan secara tak rasminya membuat susunan orang yang bakal duduk sebelahnya. Yo yo oo aku nie.. Kelas mekanikal.

Gelak dulu sebelom possing... Tun Teja paling gelak kuat nie... Hehe~

Dan inilah hasilnya. Weh But awat tak tengok kamera? Aduyai.. Aku tak mau tangkap laen dah..

Aksi yang dipamerkan oleh photographer. Ishh tak sabaq aku nak belajaq skill nih!

Ni pulak kelas sivil. Atau bahasa melayunya awam. Memang majoriti sivil gurls next door concuer @ konke..

Dan mereka lagi...

Tara.. Ni ha wakil budak2 elektrik. Ishh hampes betoi! Malam tu aku dah membuat promosi secara besar-besaran jugak. Tu pon jangan kata nak mai, aram.. Mr. TokMat budak klas aku la. Begitu jugak En. Polis yang terpaksa kerja di saat2 akhir. Kesian kat Mael yang tersilap information. Ya ampun Mael.. Dan untuk Zambros yang hampes! Janji nak mai.. Cis!
Mereka yang aku sebutkan namanya tak dapat hadiri kerna ada masalah2 tersendiri. Budak pompuan pon camtu gak. Tak pa la.. 4 orang pon tak pa la.. Layannzz..!

Dari kiri : But, Beby, Haqim n Aku

Aksi menggoda But. But dari dulu sampai sekarang still macam tuh. Cuma makin chubby n still maintainence the funny. Beby aku akan setori kat bawah nanti.

Now turn for the hero-hero SMTA nak berpossing. Haha padan muka Haqim tak sempat nak duduk.. Nasib la bang oii..!

Lagi gambar kami. Weh tengok la kamera. Satgi la sembang..

Yang ni pon. Sibok nak sembang kat belakang tuh. Maybe lama tak jumpa kan.. Takpa2.. Sembang2..

Tak ramai yang tengok kamera sini. Aku rasa aku sorang ja kot tengok. Kamera aku.. Haha~

Ni pulak heroin2. Ishh tadi nampak cam ramai. Ada yang tak join nie.. N ada yang aku tak kenai pon ada nie..

Aku rasa depa pon tak kenai aku.. Gua bukan seorang yang pemes dolu..

Yang ni kena tangkap! The femes person on that day. Laen noh kamoo Tun Teja.. Adakah aku jugak laen? Tun Teja dulu mekanikal. Tapi sekarang amik kos Bahasa Inggeris. Buleh la cek belajaq speaking dengan kamoo noh lepain nie..

With Pak Lah. Muka serius ja.. Tapi baguih insan ni. Juga mekanikal. Hari tu diz mamat masuk Buletin Utama. Dia kerja bahagian penguatkuasaan LHDN. Ala yang rampas2 barang tuh. Dah kawen pon. Weh kawen tak panggil pon..

Blue baju melayu is Mamak. Aku pon tatau la nama betoi dia apa. Dok panggil Mamak ja dari dolu. Dan the puteh boy, Zam. Zam ni selalu lepak dorm aku dolu. Dan mempunyai sedara dengan jiran aku.

Ucop, Mamak dan Helmi. Nak cerita pasai Helmi plak ni. Dia ni dolu nampak cam skema ja, laa rock n roll.. Haha~ jangan marah noh.. Ala hang kan tengok pon blog aku ni. Dengan rambut panjang dia. Petang tuh aku dok sembang dengan dia tak larat nak gelak. Lawak2 yang beliau ketengahkan banyak improvement.

Ni dia Ucop the artis boy. Dia bukan artis. Tapi saja panggil artis. Dah muka cam artis dah la ni. Salam dengan aku kunun dia la bagi kat aku hamper..

Buit baju puteh. Buit ni bakal cikgu. Baguih2.. Dok belajaq lagi. Tak pa2 cikgu Buit slow2.. Sekali lagi bersama artis Ucop.

Dan turut tidak ketinggalan. Naim the tandop mari... Dia ni ada bakat jadi model. Kacak la.. Lupa nak mintak sign.. Hahaha~

Dan with Mr. Engineer. Or nama glamer beliau Beby.. Haha~ Nama ni masa kat sekolah dolu la. Tatau la camna buleh dapat. Muka macam baby? Ishh bapak baby ada.. Tapi gua bangga dengan lu bro.. Dah jadik Engineer.. Tunggu beb.. Gua akan mengekorimu.. Nanti aku bagi resume kat hang noh. Hang buat tak kenai siap!

Bersama Ehsan Bahjat. Budak mekanikal. Ni sorang lagi budak UiTM Shah Alam yang aku tatau.. Aduyai..~ Dah la sem last dah.. Ishh2 what a small world ( eh macam dah guna ayat ni ). Dia ni amik kos programming kat UiTM kalo tak silap aku. Betoi kan Ehsan?

Last but not list, baju biru Ciken, Paklah, pakai spek itam But, Beby dan aku.

Ni la Che T rupanya... Aku dok 'jumpa' dia dalam friendster ja.. Tatau kata yang ni.. apa Gurl Bapak?! Hehe~

Bersama Wardah ( aku baru ja taw nama dia Wardah masa nak tulih ni la, tu pon Teja bagitau..) Hehe~

Dari kiri Syafiq, aku n Syukran. Syukran ni aku kenai dari Ting1 lagi. Sekolah Changlun sama2 dolu. Ishh mamat ni berubah banyak sungguh. Makin tembun aku tengok. Tembun=gemok. Hati senang kot. Keja kat Penang, Western Digital n Berliau dah bertunang dengan adik angkatnya (suatu ketika dulu).
Ni la serba sedikit gambar yang aku sempat capture. Kepada sesiapa yang tiada dalam gambar or aku tak cerita pasal dia, jangan la kecik hati. ( ceh macam la hampa semua ushar blog aku. Hehe~ ). Reunion kami ni tamat pada pukul 6 petang lebih2. Tapi kami hero2 mengambil keputusan untuk lepak kat luar plak. Kedai Nasi Kandar Ahmediah menjadi pilihan. Sambung perbualan yang terbengkalai. Sambung cerita kehidupan2 lampau.
Begitulah alkisahnya Reunion Sek Men Teknik Arau Batch 01/02 (2009). Ramai tak dapat join kerna terikat dengan program masing2. Tapi boleh dikatakan sangat OKEY la. Lepaih ni ingat nak buat laen. N kalo buleh nak kumpul budak2 letrik expecially classmate aku dolu. Tun Teja kena tolong uruskan sama ya..:-) Tu baru 7 tahun tak jumpa. Pelbagai cerita dan perubahan yang dapat dikongsi dan jelas kelihatan. Kalo tambah 7 tahun lagi pakat semua mai bawak anak2 la.
I'm the 1 who very appreciated any friendship that i'm involve to. There have a lot fun, stories, happiness, sadness, and so on. When we have a friend, treasure it, take care of it, be true to it, make good use of it, because friends comes unseen we can only see it when it's gone. Alhamdulillah tengok rakan2 laen bersama jalan hidup dan kerjaya masing2. Tumpang gembira dengan rakan2 semua. Aku akan doakan kejayaan hampa semua. Hampa pon jangan lupa doa kat aku sama noh. Ini lah perjalanan hidup aku. My journey will continue. Mengharap dan menanti sinar di hujung destinasi. Sama2 lah kita mengorak langkah ke arah itu. Umur panjang, murah rezeki, ada jodoh bertemu lagi geng2 semua. Sayonara..~ Wassalam..~

Hari Raya Yang Biasa

Assalamualaikum w.b.t

28 September 2009. Eh dah balik shah alam pun. Adus begitu pantasnya masa meninggalku yang terpinga-pinga. Tak banyak sangat nak di cerita pasal raya tahun ni. Semua biasa ja. Sederhana. Persiapan pun ala-kadar. Ingat raya tahun ni dah tak mau beli baju raya. Tetapi memandangkan adik dan abangku mempunyai baju baru, lantas nafsu serakah dan kejelasan memhantui diriku walaupun hantu tiada pada bulan ramadan ketika itu. 2 hari sebelum raya aku pun cuba mengshopingkan diri walaupun ku sedari aku tiada kemampuan ke arah itu. Maka, aku terpaksa membuat loan terhadap abangku sendiri. Ala, kira duit raya la noh. Hehe~ Dan di bawah inilah hasilnya..



Gambar ditangkap di pagi hari raya. Sebelum pergi solat aidilfitri. Kenapa warna coklat? Hemm, i like brown! :-) Banyak baju aku yang kaler coklat. So balik dari sembahyang hari raya, bermaaf-maafan dengan mak ayah dan adik beradik semua.


Bersama siblings. Ada yang tak ada dalam gambar ni. Aku pergi beraya 2 buah rumah je tahun ni. Tu pun pergi rumah member yang terdekat. Selebihnya aku duduk rumah. Bagi duit raya kat budak2. Macam tu la hari raya aku. Kemeriahan kurang terasa bagiku. Ye la raya ni kalau budak2 memang best sangat la kan. Ni dah tua bangka dah. Hehe~ Duit raya pun mana dapat dah.

Raya keenam baru pergi beraya rumah sepupu sepapat. Kat bawah ni bersama sepupu aku.



Rasanya entri ni yang ni je la aku nak cerita. Ada lagi nak cerita for the next entry. Okey Selamat Hari Raya semua.. (boleh ucap lagi, raya kan sebulan)

Wednesday, September 16, 2009

Agenda + Salam Aidilfitri



Assalamualaikum W.B.T

Hari yang penat bagiku. Balik kelas dalam pukul 1 lebih macam tu terlentang tidur memandangkan aku ada kelas lagi pukul 6 petang nanti. Terjaga dari tidur, Masya-Allah aku tak solat zohor lagi. Maka bergegaslah aku menunaikannya dikhuatiri zohor habis nanti. Sebenarnya aku ada agenda! Jeng... Jeng... Jeng!

Tetiba handphone nokia 6120 classic berbunyi mesej. Mesej yang membuatku tersenyum lebar. Kelas petang ni cancel! What a lucky day.. Ishh memang patut pun batal. Bukan apa, mood pergi kelas rasa rata-rata dah tak ada la. Kat kampus pun aku tengok dah lengang dah. So boleh la aku meneruskan agenda aku.. Jeng... Jeng... Jeng! ( 1 more time ).

Lantas aku terus mengONkan laptopku, aku capai handphone dan aku mengeluarkan memory card on my phone. So aku cucuk adapter USB kat aku laptop. Aku terus buka hard disk 'F' tapi yang keluar camni, ' You want formatted this hard disk' Adus apa masalah problem plak ni. Banyak kali aku try keluar camtu. So aku try mem'bluetooth'kan handphone aku ni. Uwaaa tak boleh jugak. 'Some file missing'. Aduyaii sebelum ni okey ja...

Pasrah je la.. Agenda aku ialah ingin memasukkan lagu-lagu raya dalam handphone dan nak dengar dalam bas malam ni. Best tak agenda aku? Hehe..~ Tapi niat murni aku terhalang! Redha je la. Yer malam ni aku balik kampung.. Hah jangan tak caya. Ni tengah dok packing barang pun sambil dengar lagu raya. Ishh tak sabaq sungguh aku ni..

Hemmm.. Tahun ni rasa sekejap sangat Ramadan.. Sememangnya aku rasa tiap-tiap tahun macam tu. Memang tanda-tanda akhir zaman. Masa pantas meninggalkan kita tanpa kita sedari. Tapi Hari Raya bagi aku tiap-tiap tahun biasa ja. Disambut secara sederhana. Memang kemeriahan tu kurang terasa compare masa kecik-kecik dulu. Biasa ar beb, dulu dapat duit raya. Sekarang ni kalau dapat duit raya lagi melampau la. Eh aku rasa boleh kalau nak dapat duit raya. Aku pergi raya bawa anak buah aku. For sure dapat punya! Hehe..~

Ada jugak kueh raya dibawa pulang untuk keluarga. Housemate aku tak habih-habih dok promote kueh raya dia. Kesian pulak. Beli jugak la. Lagipun bila lagi kan.. Yang pastinya perasaan ingin balik kampung ni memang berkobar-kobar gak la. Sekarang baru rasa perantauan tu. Dulu masa dok kat Penang tak rasa sangat. Memang kalau layan lagu 'Dendang Perantau' by Allahyarham P. Ramlee memang masyuk ni..

Aku akan bercuti selama 11 hari. dan 11 hari la aku takkan post entri bcoz kat rumah tak dak internet. Okey la aku rasa tak banyak benda nak cerita lagi di sini. Maka dengan ini aku ingin meminta maaf banyak-banyak kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri aku. Yang sengaja dan tak disengajakan. Kadang2 tidak sedar kita buat salah kat sesiapa kan. Juga kepada rakan-rakan blogger semua. Minta maaf ya kalian.. Moga lebaran yang bakal menjelma ini memberi seribu 1 keinsafan dan rahmat kepada kita semua.. Lupakan silap dan salah.. InsyaAllah.. Berhati-hati di jalan raya bagi mereka yang memandu.. Last but not list, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.. Jemput mai rumah..! :)


Gambar raya tahun lepas...

Monday, September 14, 2009

Dedikasi Terima Kasih


Assalamualaikum W.B.T

Prekuel-->

Teringat masa Dato' Fadzilah Kamsah membuat ceramah di UiTM penang suatu ketika dahulu. Tahun 2005 kot kalau tak silap aku. UiTM Penang menjemput beliau untuk memberi ceramah motivasi sempena..... ( owh i can't remember ). Tapi yang pastinya memang beliau! ( yang ni konpem remember! ). Tajuk ceramah beliau berkisar pasal student la. Masalah-masalah yang dihadapi student IPT, tips serta pandangan dari beliau. Very interesting! ( Sesungguhnya aku memang suka ceramah motivasi daripada beliau ).

Masih terngiang-ngiang lagi satu pertanyaan daripada beliau untuk para student. Soalan beliau berbunyi macam ni. "Pernahkah anda semua mengucapkan TERIMA KASIH kepada ibu anda kerana melahirkan anda ke dunia ini?" Para audien kaget dan takasima! ( takasima bukan kerusi yang mengurut tu ke? ). Termasuklah diri aku. Aku rasa semua orang dalam dewan UiTM Penang yang open tu ( laman perdana ) akan memberi jawapan TIDAK PERNAH, or BELUM LAGI. Eh sorry2 untuk mereka yang memberi jawapan PERNAH. Bagus! Beliau menyambung lagi. "Kalau belum, balik rumah nanti atau telefon ibu kamu dan ucaplah TERIMA KASIH ibu kerana melahirkan saya ke dunia ini". "For sure mengalir air mata ibu anda" tambah beliau lagi.

Now--->

Sampai ke hari ini aku masih belum mengucapkan TERIMA KASIH itu lagi kepada insan yang paling ku cintai. Ya Allah, berdosakah aku tidak mengucapkan TERIMA KASIH itu kepada ibuku? Kepada insan yang menyebabkan aku mengenali dunia ini. Kepada insan yang mencorakkan kehidupan aku. Kepada insan yang mengajarku apa erti kehidupan dan perjuangan. Juga kepada insan yang telah membimbingku sehingga aku bergelar seorang manusia. Astaghfirullahal'azim... Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah.. Adakah kalian sudah?

Menghargai adalah satu nilai yang lahir di setiap sanubari insan yang bergelar manusia. Manusia belajar menghargai dan dihargai. Dari situlah tercetusnya ikatan. Seterusnya membuahkan keintiman. Kita tidak perlu penghargaan untuk rasa di hargai. Cukuplah dengan ungkapan paling tinggi nilainya. TERIMA KASIH! Ungkapan inilah yang menyebabkan seseorang manusia itu akan belajar mengenali sesebuah penghidupan keikhlasan. Bukan sesuatu yang payah untuk dilaksana, tetapi sesuatu yang sukar untuk dilontarkan.

The beauty of life does not depend on how happy you are, but on how happy others can be... Because of you and how you respect and appreciate others... A relationship will never be long apart if you don't have a bravery to sweep the tears, kiss the eyes, and listen to the words... Think about it...

Sebelum aku mendedikasikan TERIMA KASIH ini, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana memberi banyak sangat nikmat dan rahmat untuk insan kerdil ini. Moga-moga aku tergolong dalam golongan yang bersyukur.. InsyaAllah.. Seterusnya jutaan dan bilionan TERIMA KASIH ( macam buat folio la pulak.. hehe..~ ) untuk kedua ibu bapa tercinta, ahli keluarga, jiran tetangga, guru-guru, sahabat handai serta sesiapa sahaja yang mengenali aku. Terima kasih menghargai aku dalam hidup kalian. Aku juga akan belajar menghargai. Sama-sama kita membaiki diri.

Jadilah seperti mata air yang tidak pernah berhenti melepaskan airnya ke sungai hingga ke laut tanpa mengharapkan air itu kembali dan jadikanlah mentari yang tdak pernah berhenti memberi cahayanya kepada semua yang ada di bumi tanpa mengharap cahaya itu akan kembali sebagai balasan... InsyaAllah..~

TERIMA KASIH dalam bahasa lain :

1. Bahasa Arab: Syukron.

2. Bahasa Inggeris: Thank you, Thank you very much, Thanks.

3. Bahasa Perancis: Merci, Merci beaucoup.

4. Bahasa Mandarin: Xie-xie.

5. Bahasa Jepun: Arigato Gozaimasu.

6. Bahasa Spanyol: Gracias.

7. Bahasa Belanda: Dank je.

8. Bahasa Jerman: Danke.

9. Bahasa Italia: Grazie.

10. Bahasa Korea: Gamsa-hamnida.

11. Bahasa Portugis: Obrigado.

Sunday, September 13, 2009

Ketidakpuasan Hati

assalamualaikum w.b.t

tujuan entri ini adalah untuk melahirkan dan menzahirkan ketidakpuasan hati aku berkenaan dgn fb yang aku post sebelum ni. banyak feedback yang aku dapat. ada positif dan tak kurangnya negatif. first thing first, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. apa yang kita buat, perbetulkan nawaitu. ikhlaskan niat kita ke arah itu. kat bawah ni antara feedback yang aku dapat dari sesetengah member:

"ala ko buang je la laptop ko tuh! sume tuh brand Yahudi.."

ada lagi...

"abis ko tak yah la erk pakai google.. kan produk diorang tuh.."

ada jugak...

"banyak la brand diorang, tu tak kira makanan lagi.. camne?"

antara komen-komen yang aku dapat. terima kasih sebab bagi pandangan. dan aku cuba menjawab mengikut kemampuan dek akal dan pengetahuan aku. kalau rasa salah, sila tegur or tambah ya..

::~:: mengenai brand, memang tak dinafikan di sini. kita memang tersempit dan terhimpit. memang apa yang kita guna dan pakai seharian mostly from them. kadang-kadang tak tahu pun. dengan kata lain, kita tergolong dalam golongan yang teraniaya.. tapi, kita kena berusaha. berusaha mencari jawapan. maksudnya kalau kita memang tak tahu itu barangan from US or whatever its okay. tapi for the certain people yang tahu & buat-buat tak tahu itulah yang paling bahaya. tapi tak pernah siapa peduli dan ambil berat pasal ni. dulu waktu Palestin diserang Israel kita lantas memboikot barangan diorang ( aku dah post pasal ni ). tapi kenapa kita tak teruskan? barangan yang diperbuat oleh orang Melayu sendiri ada kualitinya. tapi berapa ramai yang nak try? nak cuba? macam KFC, kita dah buat pun. RFC ( Radic Fried Chicken). memang kalau ikutkan pasaran memang la tak sepopular KFC. tapi kita patut bangga dengan produk kita. produk kita mampu bersaing. insyaAllah. masalah orang Melayu kita especially Islam is kita tak nak bersatu! kalau kita tak mulakan semua ini, siapa lagi?

::~:: mengenai produk seperti laptop pula, kita sedia maklum apa yang ada di pasaran Malaysia memang kebanyakan produk daripada mereka. ada juga brand from Asia. tapi kita lebih cenderung kepada barangan mereka. why? promosi secara besar-besaran yang dilakukan. dari dulu lagi brand mereka di yakini disebabkan promosi ini. kualiti memang terjamin. dan kita negara Islam tidak diberi peluang ke arah itu. begitu juga dengan search engine yang paling popular google. all these things from them. but like i say, we have limited option of that. but trying the best to prevent it.

::~:: mengenai fb pulak. rasa-rasanya banyak lagi laman sosial yang lain yang boleh kita join. rata-rata ditanya, kenapa join fb ialah nak cari kawan. kawan lama, baru, senang nak berhubung & so on.. tapi again, we have another option. banyak lagi laman sosial yang boleh kita join. so aku ada terjumpa laman sosial made 100% of malay. www.myrakan.com dan www.yoouth.com apa kata kita cuba beralih ke situ. apa alasan anda? memang la tak secanggih dan sebest fb barangkali. but it still can making a lot of friends. macam fb ni dah terang lagi bersuluh. sudah nyatakan terang-terangan dalam majalah AL-ISLAM September 2009. cuma yang lain maybe ada relatednya ( macam tagged, myspase, friendster ). tapi tiada bukti menjurus ke arah itu. insyaAllah i'll find it.

::~:: benda-benda macam ni terlalu subjektif untuk dibincangkan. tapi yang mana boleh buat, cubalah dan perbaiki ke arah yang lebih baik. mengikut kemampuan diri. kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. sebagai makhluk kita tak akan mampu menyukakan hati semua orang. orang yang ikhlas hanya ada 1 Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya. orang yang tak ikhlas punya ramai 'Tuhan kecil' untuk dijaga. hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. apa guna disuka orang dibenci Allah? sukanya tak memberi manfaat. bencinya tak memberi mudarat..

::~:: mencari kebenaran itu bukan sesuatu yang mudah untuk di laksanakan. manusia ingin mencari kebenaran, tapi usahanya tiada. terima kasih jugak yang bersetuju dan memberi komen yang positif. aku hargai.. tapi apa yang kita tahu, kita kongsi.. ini kerana ilmu itu bukan hak kita hakiki. semuanya datang dari Allah SWT.. Wallahu' alam..

*note : sekiranya ada salah, sila beri tunjuk ajar dan panduan!
ada jugak yang membantu supaya delete fb dengan mempromosikan web blog aku. terima kasih untuk wan nur aminudin atas usaha anda itu. aku hargai! :-)

Jika Aku Jatuh Hati


Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Ya AllaH...
Jika aku jatuh cinta Ya Allah..
cinta kan lah aku pada seorang yang
melabuh kan cinta nya kepadaMu..
agar bertambah kekuatan ku untuk menyintai Mu..
Ya Muhaimin...
jika aku jatuh hati...
izinkan lah aku menyentuh hati seseorang yang hati nya
tertaut pada Mu...
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang palsu...
Ya Robbana...
jika aku jatuh hati....
jaga lah hati ku pada nya...
agar tidak berpaling daripada hatiMu...
Ya Robbal Izzati..
jika aku rindu...
rindukan lah aku...
pada seseorang yang merindui shahdid ibadah Mu..
Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta kekasihMu....
jangan lah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indah nya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.....
Ya Allah....
jika aku jatuh hati pada kekasih ku Ya Allah...
jangan.....jangan biarkan aku tertahtih dah terjatuh
dalam perjalanan baktiar menemu mansyih kepadaMu..
Ya Allah...
jika Kau halal kan aku menjadi kekasih Mu...
jangan biar kan aku melampaui batas..
sehingga melupakan aku...
pada cinta hati...
dan perindu abadi..
hanya..
kepadaMu Ya Allah..
Amin Yarobbal alamin..


Berbuka puasa di masjid...



Salam ramadan semua...


Seperti kebiasaan, rutih harianku, berbuka puasa di masjid. Masjid yang menjadi pilihan tak lain dan tak bukan Masjid Shah Alam. So around 6.30 o'clock aku pun mengorak langkah pergi ke masjid ini kerna memang ramai jugak la manusia akan berbuka puasa di situ.

Ada cakap2 orang mengatakan tak elok buka puasa kat masjid because ia disediakan untuk golongan susah & mereka yang memerlukan. So ingin membangkang di sini. Di bawah ialah bangkangan aku :

1. From my observation, banyak dermawan dan hartawan di Shah Alam ni. So, waktu bulan puasa ni mereka memang selalu menderma untuk masjid & so on. Dan banyak sangat makanan yang lebih. Aku rasa daripada kita membazir, baik kita meramaikan majlis.

2. Disediakan untuk golongan susah? Kalau golongan susah, aku rasa mereka tak kan datang ke masjid. Lagipun kita ada dana khas untuk mereka yang memerlukan. Itulah fungsinya sistem zakat.

3. Apabila berbuka puasa di masjid, kita dapat makan secara berjemaah. Hikmah tersembunyi disebaliknya iaitu yang sedikit dikongsi bersama. Juga kita boleh menunaikan solat maghrib berjemaah. Dituntut! Kalau kat rumah for sure buat sendiri2. Kalau yang berjemaah bagus la.

4. Boleh berjumpa dengan rakan2 sekampus dan menambah kenalan lain. Contohnya semalam kebetulan aku makan di sebelah seorang brader engineer. Memang kena sangat la. Dia yang tegur aku dulu. So dia cerita la serba sedikit profession dia sebagai seorang jurutera. Memang aku pun akan ke bidang tu satu hari nanti. InsyaAllah..

Jadi aku rasa tak salah pun berbuka puasa di masjid, malahan banyak kelebihannya. Ada story sikit di sebalik aku berbuka dekat masjid ni.

Tadi macam biasa la lepas berbuka semua nak solat maghrib berjemaah. Dalam rakaat pertama semasa duduk antara dua sujud, aku terkejut kerana ada bayi di sebelah kananku. Selang seorang sahaja. Masa nak mula solat tadi aku tak perasan plak. Waktu ni aku dah tak khusyuk dah. Rupa2nya seorang hamba Allah ni bawa anaknya sekali waktu solat. Bila waktu berdiri, dia mendukung anaknya dan waktu sujud dia bagi anaknya baring. Kecil lagi budak tu. Tak mengapa la kan? Tapi masalahnya anaknya menangis dan mengganggu jemaah yang lain. Dan aku rasa pergerakan dia tadi lebih daripada 3 kali sebab dia nak membetulkan kedudukan anaknya supaya tidak menangis. Aku terfikir juga lah tak kan dia datang sorang? Tak kan tak boleh si isteri jaga dulu anak tu? Ataupun memang dia datang sorang. Memang konpius gak la.. Tak pernah lagi aku tengok kejadian macam tadi sebelum ni..

Hmmm... Macam tu la.. Pelbagai kisah di sebalik ramadan. Tinggal 1 minggu saja lagi kita bakal meninggalkan bulan yang mulia ini. Terasa masih banyak amalan yang tidak dibaiki dan dipertingkatkan.. Jangan persia-siakan bulan keampunan dan bulan yang penuh kerahmatan ini. Jadikanlah 7 hari lagi ni sebagai masa untuk memohon keampunan daripadaNYA. Jangan lepaskan peluang yang ada. InsyaAllah.. ( Mengingat diri ini terlebih dahulu dan kalian yang membaca ). Wallahu'alam..

Friday, September 11, 2009

nice song + en. polis + reunion

assalamualaikum w.b.t

di kala keserabutan dan kegalauan ( perkataan apakah ini? ), aku membuka youtube. saja cari lagu2 yang best. aku suka lagu band indonesia. tambah2 lagu2 yang bermesej motivasi dan ketuhanan. indonesia memang pandai berkarya! ( malaysia pun apa kurangnya ). bait lirik dan sentuhan melodi tu memang ngam lah!

so aku terjumpa la sebuah band ni. indonesia ni memang banyak sangat band diorang. dan diorang suka letak nama grup yang ada band. contoh yang aku jumpa dan tahu, ada band ( grup ni dah dikenali), matta band, chili band, september band, kangen band, rasa band, dan macam2 band lagi la. yg tak pernah dengar pun ada. tapi aku tertarik pada 1 band ni iaitu 'wali band'. lagu2 diorang banyak yang berunsur ketuhanan dan paling aku suka lagu 'Aku Cinta Allah'. nice song!

The lyric so simple, but the melody is strong. Here the song and the lyric.





ANDAIKAN..
DIRIKU BISA SEPERTI YANG LAIN..
YANG KAU SAYANG..
YANG KAU RINDUKAN..
YANG KAU CINTAI..
AKU LEMAH..
TANPAMU AKU LELAH..
AKU SUNGGUH TAK BERDAYA..
TOLONGKU..
TOLONGKU..
YA ALLAH..
SETIAP AIR MATAKU MENGALIR..
ALLAH AKU LEMAH DAN TAK BERARTI..
SETIAP DERAI TANGIS MEMBASAHI..
ALLAH JANGAN TINGGALKAN AKU LAGI..
AKU SAYANG ALLAH..
AKU RINDU ALLAH..
AKU CINTA ALLAH..

stail aku bila dah suka dengar lagu tu memang akan ku layan tiap2 hari la. so lagu ni akan aku putarkan apabila laptop aku ini sentiasa on. maybe sedikit sebanayak this song kena dengan life aku. that's why 'penangan' dia terasa.

dok layan lagu ni tetiba dapat 1 panggilan telefon dari en. polis. uwaaa lama en. polis tak tepon aku. ada apa agaknya en. polis tepon aku ya. di bawah sesi perbualan kami.

en. polis : "wey, jadik tak nak pi reunion?"
aku : "huh! reunion?" balasku kaget. ( ceh kunun cam aku tak tau la. so aku berpurak- purak. "reunion apa en. polis?" )
en. polis : "lor.. ang tak dapat mesej dari teja ka?"
aku : "mesej? tun teja? ( aku saja nak mensuspenkan cita ni lagi.. nak tengok reaksi en. polis)
en. polis : "ishh camna boleh tak dapat nih? ritu aku dah suruh dia mesej ang".
aku : "ishh mana aku nak taw.. ( aku rasa aku terpaksa membongkar pembohongan nih! ) aku muhong ang ja.. aku dapat.. ( aku gelak berdekeh-dekeh)
en. polis : "cis! hampeh betoi ang nie.. *^@#$%&* !!
aku : "rilex2 en. polis.. nak meguji tahap kepekaan kepolisian ang.. haha..~"

begitu la sedikit sedutan perbualan telipon kami. so en. polis menanya aku jadik tak nak pi reunion. aku kata tak tau lagi la sebab depa nak wat reunion raya ke3. en. polis cuba memujuk aku dengan sejenis ugutan iaitu dia nak sapot aku. aku masih meneruskan keegoaan aku ( padahal dah hampir setuju ni ) dengan membalas tengok la dulu. hehehe..~

perbincangan kami bukan berkisar pasal reunion saja tapi menyentuh isu2 yang lain. dan isu tu meyebabkan aku merespek en. polis. isu tu tak leh la gtau kat sini. aku rasa en. polis tersalah profession nie. patot jadi ustaz sebab aku terkena ceramah daripada beliau. huih terpana aku seketika dengan ayat2 yang dilontarkan oleh en. polis.. wa respek sama lu la en. polis..

macam tu la.. abih saja cakap telipon, aku dapat idea nak tulih diz story.. now tengah pikiaq la nak pi reunion ka tak mau. ala biaq la dulu.. pikiaq nak pi klas esok dulu. eh esok ada quiz la.. ayoyo..!! terlupa eden.. kena tengok sikit sebelom tidoq nih.. wokey la nak sahur siap2, tengok buku sikit n kebabum.. selamat malam dan semoga esok lebih baik dari hari ini.. insyaAllah..

p/s : en. polis ialah rakan sekolahku dahulu.. identiti beliau dirahsiakan kerna beliau seorang penyiasat dan takut identiti beliau didedahkan! yaka? aku menambah ja ni.. hehe..~ jangan marah noh en. polis.. ( ala macam la hang ushar blog aku! )