Posts

Showing posts from August, 2009

Kita Kepunyaan Yang Maha Esa

Image
Janganlah engkau angkuh melaungkan... Si dia kepunyaan mu... Atau kau kepunyaan si dia... Kerana hakikatnya... Kita tak pernah memiliki sesiapa... Walau sekeping hati seorang insan... Tidakkah kau sedar... Hukum alam menyatakan... Mencintai tidak semestinya memiliki... Manusia pandai berpura... Berlakon di pentas dunia... Dan bertopeng menutup rahsia... Tetapi hati... Tidak pernah berdusta pada empunya... Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya... Tidakkah kau sedar... Mungkin si dia melafazkan... Ungkapan cinta padamu... Tetapi hati dan perasaannya... Tidak pernah berniat begitu... Dia hanya berselindung... Di sebalik sejuta alasan.. Dan kau... Begitu jujur dan setia mencintainya...

Jangan Menyerah

I LOVE THIS SONG VERY MUCH!





Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa



Bulan Yang Dinanti

Image
Salam Ramadhan semua.Entri ini sepatutnya ditulis pada 22/08/09 bersamaan 1 Ramadhan 1430 Hijrah. Tapi kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan, maka dipublish hari ini.Semalam, 1 Ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh muslimin dan muslimat. Syaaban pergi, Ramadhan pula diganti.Permulaan yang baik dalam bulan Ramadhan ini. Semalam juga Ramadhan aku disambut dengan 2 test iaitu pada pukul 9.00 pagi dan 11.00 pagi. Honestly kurang boleh buat test semalam. Tapi tawakal je la. Dah la dalam dewan annexe tu sejuk sampai ke rulang sum sum. Kalau aku duduk sejam lagi rasanya beku kot.Balik rumah dalam hujan. Abih basah kuyup. Hemm, petang ni dah plan nak buka puasa kat surau al-Islah. Tetiba dapat call dari seorang mamat yang paling aku kenali. " Jom pi bazar ramadhan..". Adus rosak program. Tapi tak apa la, banyak hari lagi puasa. So kami pun pegi bazaar ramadhan kat seksyen 17. Ramai gak orang.. Standet.. Kalau kat seksyen 2 tu lagi ramai bangat..Buka puasa kat rumah…

ماري بلاجر بهاس جاوي

السلام عليكم. اڬق لاما جوڬ ترفيكير ايديا اين. دولو كالاو بلاجر بهاس جاوي دكت سكوله رنده ساج.
هابيس سكوله رنده، مك هابيس جوڬ لا بهاس جاوي دڤلاجري. الڠكه روڬي دان سايڠ كالاو كيت تيدق مورايسي ءهرتاء يڠ برنيلاي اين.
دولو اوتوسن مليسيا اد مڠلواركن اخبار جاوي. ساتو ڤمبهارون يڠ چوبا دكتڠهكن.
سبنرڽ بلاجر بهاس جاوي اين سسواتو يڠ بوليه دبڠڬاكن، بوكن سسواتو يڠ مروڬيكن. مالهن داڤت ممڤركاسكن ڤڠواسأن كيت دالم بهاس جاوي. ان شاءالله..
سموڬ كيت حياتي حقيقة اين. ڬينراسي سكارڠ ميمڠ همڤير تيدق مڠنالي اڤ ايت بهاس جاوي. كالاو بوكن كيت تق ڤلوڤوري سياڤا لاڬي؟
تڤوك دادا، تاڽ هاتي، تاڽ ايمان...
والله اعلم..

p/s : ataspermintaanramai,akuterpaksametranslate bahasa jawi ni. ada yg mintak ke? hehe!
assalamualaikum.
agak lama juga terfikir idea ini. dulu kalau belajar bahasa jawi dekat sekolah rendah saja.
habis sekolah rendah, maka habis juga la bahasa jawi dipelajari. alangkah rugi dan sayang kalau kita tidak mewarisi 'harta' yang bernilai ini.
dulu utusan malaysia ada mengeluarkan akhbar jawi. satu pembaharuan yang …

Masalah Problem

Assalamualaikum W.B.T. Bersua kembali...
Last 2+dis week hidupku agak berantakan.. Macam2 masalah yang timbul. Yang terpaksa aku hadapi. It is life.. Normal la kan.. Masalah yang paling kerap dialami last week ialah moto burukku itu membuat hal.. Nak cerita ni. Minggu lepas je 3 kali motoku pancit. Uwaaa sedih2..!!
Dah la time tu hujan renyai2 disusuli kilat sabung menyabung ( macam dalam filem la pulok ). Kalau dah nama pancit tu alamat melayang la duitku. Huhu.. So for the first time tu aku pergi tukar tiub cam biasa la. Nak di jadikan ceritera cinta bocor lagi. Pergi lagi kedai apek tu ( mula2 ingat apek tu nak sabotaj aku.. Tak baek buruk sangka! ). Sama gak hasilnya! Lantas tanpa cakap banyak aku terus menukar tayar terus.. Hah ambek nak bocor sangat.. Pakai tiubless lagi.. Pancit gak tak tau la..
Dan hari ni... Jeng... Jeng... Jeng... ( bagi suspen sket crita ni ) selepas aku pergi maybank membayar bil p1 w1max ( last day kena bayar ), aku mengalami kegelongan ( * gelong = goyang )…

Bunga & Rama-Rama

Image
Assalamualaikum W.B.TAku nak kongsi sebuah cerita di bawah ni. Mungkin ada yang pernah terbaca. Tapi kisah ni la yang menjadi pedoman untuk diri ini. Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar.. InsyaAllah...

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.




Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik.Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.




Kenapa perkara sebegini terjadi ??? Dan ini adalah jawapannya untuk kita hayatinya..

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.Cara Allah sentiasanya cara terbaik,Wal…

Salah Akukah?

Image
Adakah aku tersilap langkah? Aku dah mencuba dan terus mencuba. Tapi aku tak berani ambil risiko. Padahnya telah ku terima. Di saat kuperlukan, di situ aku kehilangan. Allah menguji hambanNYA ini lagi. Aku redha, aku pasrah. Hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan. Tapi kenapa seringkali aku diuji sebegini? Ujian dari Allah datang dari pelbagai bentuk. Dan ini ujian untuk aku. Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Tapi apa? Aku kena yakin. Aku kena sabar. Aku mesti percaya semua ini datang dari Allah. Ya Allah, aku jahil Ya Allah. Ampunkan dosa2 ku Ya Allah. Tapi kali ini aku merasai 'kehilangan' yang amat sangat. Tapi aku rasa aku tidak bersalah dalam hal ini. Tapi kenapa aku rasa aku bersalah sangat? Aku perlukan penjelasan. Aku perlukan jawapan. Dan aku perlukan kebenaran. Di saat ini hanya satu aku perlukan. Aku perlukan KETENANGAN. Ya Allah, berikanlah ketenangan ini padaku.

Nur Kasih 2

Assalamualaikum semua..Aku baru balik kelas on je laptop nak download Nur Kasih episod 12. Huih semangat2.. Tapi internet lembab daa.. Hampes! So aku tengok kat tv3.com.my je la. Sambil2 tu aku buka la youtube. Aku taip la nur kasih episod 12. Keluar banyak gak, tapi tak ada lagi yang episod 12. Dalam banyak-banyak video tu aku tertarik pada satu video yang bertajuk ' Tiz Zaqyah Razak '. Huih Nur Amina tu. Tak boleh jadi, kena tengok ni. So aku bukak & download. Bawah ni aku sertakan video tersebut. Tengok dulu baru komen.p/s : nampaknya ada masalah dengan video tersebut. So aku sertakan url dia di bawah ni.http://www.youtube.com/watch?v=PbIAVOgjLGgAstaghfirullahalazim.. Aku mengucap panjang. Dan terlebih dahulu dengan bakal apa yang aku komen di bawah ni jangan disalah ertikan. Aku memang minat sangat-sangat cerita ni. Watak Nur Amina la yang paling buat aku terus melekat untuk tahu kesinambungan cerita ini.Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah ( rasanya korang pun d…

Tiket Balik Raya

Image
Hari ni kelas berlangsung seperti biasa. Pagi tadi siap ada quiz lagi. Dua jam buat quiz ja. Huhuhu. Balik kelas waktu makan tengah hari my housemate ada la sembang-sembang pasal tiket balik raya. Depa cakap tiket balik kedah ada yang dah habis. Tak boleh jadi ni! So aku ingat lepas kelas pukul 4 nanti nak pergi ushar la tiket.Aku sampai kelas agak awal tadi. Tunggu dalam 20 minit lecture tak masuk-masuk pun. Tetiba seorang rakan memberitahu kelas batal! Yeaa.. Tak dak kelas.. Tapi.. Sambung rakan kelasku tadi, ada asignment! Asigment pun asignment la.. So boleh la aku meneruskan agenda aku pergi beli tiket balik kampung ni.. Lalalala...Sampai kat parking moto terjumpa rakan blogku iaitu Faizzudin ( glamer la hang lepas ni, masuk dalam cerita ni.. Hehe). Dia nak 'mencuri' parkingku. Ye la aku dah nak balik kan.. suddenly dia cakap " Jom minum dulu ". Jawabku " Hang belanja..". Balasnya " Orait! ". So aku pun melepakkan diri sambil minum dengan dia…

Masih Boikotkah??

Image
Assalamualaikum W.B.TTerlebih dahulu aku ingin memperingati diri ini dan juga semua umat yang bergelar Muslim. Sama-sama kita membaiki kelemahan diri ini.. InsyaAllah..Dulu ingat lagi time Israel menyerang Palestin yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Dunia Islam lantas mengambil penyelesaian dengan memboikot barangan Israel laknatullah dan seketunya Amerika. Memang marah, benci, dan kita mengutuk sekeras-kerasnya mereka dengan harapan kita dapat membantu nasib rakan-rakan seperjuangan kita di sana.Masa berlalu.. Boikot hanya tinggal nama. Barangkali! Untuk sesiapa yang terus memboikot alhamdulillah.. Dulu juga masih ingat memang ramai kawan-kawan kita termasuk diri ini sendiri memboikot barangan mereka.. Kalau nak beli barang tu macam-macam yang akan keluar.. "Eh tu barang US wey, mana boleh beli.." ada lagi "Tak mau la makan McD & KFC.. Israel & US tu.." n so on..Tapi sekarang?? Mana laungan kebencian itu pergi? Mana semangat hendak menent…

Intel Dalam Kenangan

Image
Assalamualaikum semua...
Actually dah lama dah terpikir nak tulis pasal ni. Cuma tak berkesempatan... Hemm, i wanna story about my previous work experience..

Tanggal 1 Julai 2007, aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat yang tak asing lagi (ramai orang pernah dengar company ni)iaitu Intel Technology Sdn. Bhd that located at Bayan Lepas, Penang. My position at there is MTE. MTE is stand for Manufactoring Technical Engineer. (dah dapat title Engineer dah. Ok la tu. Hehe). Or in other word technician la.. Ye la diploma kan..

So, the first day pergi kerja tu tertanya-tanya jugak apa kerja yang harus aku lakukan. Sampai kat sana, ada 8 orang lain including me waiting for someone. Aku pun memulakan sesi perkenalan tak rasmi. Oh diaorang pun pekerja baru gak like me.

Dalam 15 minit menunggu datang la a chinese guy yang merangkap our boss. Kitaorang di bawa masuk ke production line. Before that, kami dibekalkan dengan smock. Smock ni ialah pakaian yang mesti dipakai kalau nak masuk dalam prod…

Kegilaan Facebook

Image
"jan dah la dok men facebook tu.. laqo' suma tue.. dah2 pi stadi.." kataku pada roomateku. padahal aku pon tengah berfacebook gak nie. haha.. empat huruf ni. f.a.c.e.b.o.o.k.. sebenaqnya aku baru berjinak-jinak dalam donia facebook nie. dolu aku dok layan prenster ja. mola2 tu cam tak bopa best. tapi lama kelamaan syok plak.yg best pasai 'mukabuku' ni ialah kita dapat taw sapa yang ngah online. buleh chat lagi cam ym. lepaih tu kita buleh post kat wall kita dan suma pren2 kita dapat ushar skali. secara tak langsongnya depa dapat komen teruih kat profile kita.lagi dalam 'pesbuk' ni ada kuiz2 yang amat mengarut lagi tak logik dan jugak hampeh! tapi fun gak even do tak buleh dipercayai. hehehe. 1 lagi ada game2 yg quite best..hemmm.. k la nak log in sat. tapi intenet lembab la malam nie. maybe ramai tengah mengonlinekan diri nie..

Hot Spring At Legong Baling

Image
Assalamualaikum W.B.T

Seminggu berholiday di rumah, kini my journey will continue. So i wanna story la apa yang aku buat cuti tempoh hari. Last Friday (31.07.2009), my family and i went to hot spring at Ulu Legong, Baling Kedah.



Sebelum tu tangkap gambar dulu. Bergambar bersama mother gua. On the way ni. Dekat-dekat nak sampai dah waktu ni.



Hah dah sampai pun. Ni la pintu nak masuk dia. Yuran kemasukan hanya RM4 untuk orang tua dan kekanak rasanya RM2 kot. Rasa2 ikan la. Tak sure. Lagi pun lupa nak snap tiket ni. Kami sampai dekat2 maghrib dah.


Sampai2 ja lantas aku beregu dengan abangku memasang khemah. Maka, ini lah hasilnya. Jeng..jeng..jeng!


Dan ini pula khemah kakakku sefamili dia. Tak aci khemah ni besar lagi!




Ni dalam kolam renang dah ni. Kolam ni tak berapa panas sangat. Standard charted ja. Tangkap gambar dulu beb! Dari kiri ibuku & kanan braderku.



Dalam menghayati kepanasan air panas, pekena ais krim dulu. Perghh memang kena sangat la di saat2 memerlukan ni. Murah ja aiskrim ni…